❦︎☾︎ CHAP 16 ☽︎❦︎
"NAK tak jadi... ermm.. lupakan jelah tak penting pun" kata-kata Farhan membuatkan Diandra mengerut dahi.
"Nak cakap apa? I give you a time" kata Diandra masih belum berpuas hati.
"Takde cakap apa-apa. Macam yang saya cakap.. lupakan jelah tak penting" kata Farhan lagi.
"Ouh oke" balas Diandra pendek.
Orang tak sudi takkan nak paksa😌🤣
"Nanti ada masa saya share dekat awak" kata Farhan apabila melihat wajah kelat Diandra.
"Eh! Taknak share pun takpe. Siapalah saya kan" kata Diandra sambil buat muka pasrah
Farhan hanya mampu tersenyum kelat apabila dia sedikit terasa dengan kata-kata Diandra.
"Saya balik dulu ya" kata Diandra sambil menghadiahkan senyuman manis buat Farhan.
"Ermm.. hati-hati tau" pesan Farhan prihatin.
"Terima kasih" jawab Diandra sambil membelakangi Farhan.
"Diandra.." suara Farhan membuatkan Diandra kembali membatu.
"Ya?" Balas Diandra sambil perlahan-lahan tubuh dibalikkan kembali.
"Saya sayang awak Diandra.. saya hampir buat sesuatu yang langsung tak masuk akal. Tunggu Diandra.. satu hari nanti saya akan sahkan awak. Itu janji saya" kata Farhan sambil tersenyum manis pada Diandra.
Diandra gembira dalam terkejut. Dari tadi dia menunggu sambungan dari kata-kata Farhan.
Walaupun berbeza ayat dia tahu maksudnya masih tidak berubah.
"Tapi sebelum tu.. saya kena kerja dulu.. kumpul duit sebab nak halalkan awak. Sanggup ke awak tunggu saya?" Tanya Farhan lagi.
"Kenapa tiba-tiba?" Tanya Diandra pura pura bingung.
"Sebab saya takut hilang awak tapi saya selalu rasa diri saya tak layak untuk awak" kata Farhan.
"Jangan pernah rasa diri awak tak layak Farhan.. awak dah cukup baik bagi saya" kata Diandra.
"Terima kasih sebab sudi terima saya" kata Farhan pula.
"Saya akan cuba halalkan awak secepat mungkin" kata-kata Farhan disambut senyuman manis Diandra.
"insya-Allah.. niat yang baik akan dipermudahkan Allah S. W. T" kata Diandra.
"Aminn.."
"DIAN balik dulu ya Umi.." kata Diandra yang tiba-tiba muncul disitu.
"Dah nak balik? Dah habis borak dengan Farhan?" Tanya Umi Hasmah sambil tersenyum.
"Dah Umi.." balas Diandra meleret.
"Sayang eh Dian! Handphone awak tertinggal" kata Farhan cepat-cepat.
Nak cover malu sebab tersasul punya pasal🤣
Umi Hasmah sudah tersenyum girang apabila telinganya masih menangkap kata kata Farhan.
"Ouh.. ada udang dibalik batu ni.. tak share pun dengan aku" usik Hafiz yang muncul selepas membuat panggilan telefon.
Diandra pula sudah salah tingkah apabila semua mata tertumpu padanya.
"Terima kasih" kata Diandra sambil mengambil Iphone miliknya yang berada di tangan Farhan.
"Umi.. ibu call tadi. Dia cakap dia nak jumpa Umi" kata Hafiz tiba-tiba sambil tersenyum.
"Ibu nk jumpa dekat mana? Dekat luar la. Kalau ibu datang sini mesti tak selesa" kata Umi Hasmah.
"Betul ke ni Umi? Kesian Umi kena bergerak" kata Hafiz prihatin.
"Umi bukan tak boleh berjalan Hafiz" kata Umi Hasmah membuatkan Hafiz ketawa halus.
"Yelah Umi.. nak jumpa kat mana? Senang ibu datang" Tanya lagi.
"Entah la. Umi bukan tahu sangat.. " jawab Umi Hasmah.
"Dekat Cafe Dian la senang. Free of charge!" Tawar Diandra.
"Betul juga tu! I lupa you ada Cafe" kata Hafiz menyokong Diandra.
"Saya ikut awak je" balas Farhan apabila mata Diandra terarah padanya.
"Ok cun!" Balas Hafiz girang bagaikan kanak kanak mendapat gula-gula.
"Apa la kau ni? Aku cepuk karang!" Acah Farhan dengan tawa kecil.
"Jealous lerr tu" kata Hafiz sambil membuat muka toya.
"Takde masa aku nak jealous bagai! Nak pergi sana naik apa ni?" Tanya Farhan.
"Naik kereta aku la. Dian.. nak join sekali?" Tanya Hafiz pada Diandra.
"Saya naik kereta saya je" jawab Diandra sambil tersenyum tipis.
"Kalau macam tu saya naik dengan awak" kata Farhan pula
"Eii! Gatal" ejek Hafiz.
"Ada juga makan cangkul sekejap lagi ni" kata Farhan sambil mengetap bibir.
"Relax ahh bro! Aku gurau jelah" kata Hafiz cuak.
Manalah tahu makan cangkul betul-betul jap lagi! Uish! Tak kahwin la aku! HAHAHAHA
Diandra hanya tersenyum manis melihat telatah mereka.
SUASANA dalam kereta hanyalah ditemani lagu-lagu yang berkumandang di corong radio. Diandra mahupun Farhan hanya keras membatu tanpa seorang pun membuka mulut.
"Sayang.."
"Farhan.."
Mereka saling berpandangan apabila kedua duanya serentak membuka mulut.
"Awak dulu la" kata Diandra mengawal nada suaranya.
"Bolehkan saya panggil awak sayang?" Tanya Farhan membuatkan Diandra tercekik liur sendiri.
Ya Allah.. soalan 😌❤️
"Err.. mana la saya tahu." Jawab Diandra pula.
"Pulak dah! Saya nak je panggil tapi takut awak tak selesa je" kata Farhan pula.
"It's up to you" balas Diandra dengab senyuman manis.
Uuuu.. senyum tanda apa guys?! 🤣❤️
"Okay! Saya akan panggil awak sayang" putus Farhan.
"Sayang.." panggilan itu membuatkan pipi gebu Diandra bertukar rona.
"Pipi awak merah la sayang.." kata Farhan sengaja mengusik.
"Lagi sekali awak cakap.. pipi awak pun merah sama" balas Diandra membuatkan Farhan bingung.
"Apa sayang? Saya kurang fahamlah. Saya cakap pipi awak merah je" kata Farhan.
Diandra mengetap bibirnya.
"Awak diam sekejap boleh tak sayang? Saya nak drive ni" balas Diandra sambil tersenyum puas.
Farhan menelan liurnya.. pipinya yang merasa kebas ditekup oleh jari Jemarinya yang kasar.
Diandra ketawa kecil melihat aksi Farhan..
"Tahu pun malu.. awak giat saya tak apa pula" kata Diandra sambil ketawa.
"Eleh! Awak malu ke suka sebenarnya ni?" Farhan masih belum berhenti mengusik Diandra.
"Farhan Izrain.. nantikan ada yang pengsan sekejap lagi ni" kata Diandra sambil menjeling manja Farhan.
"Hahahaha.. awak nak tanya apa tadi?" Kata Farhan.
"Ouh.. saya nak tanya siapa Hafiz tu?" Kata Diandra.
"Bukan awak dah kenal dia ke?" Tanya Farhan pelik.
"Memang la.. tapi kenal sebagai rakan kerja je sebab dulu pernah kenal dengan dia" jawab Diandra.
"Dia sepupu saya" jawab Farhan pendek.
"So maksudnya.. awak cucu kepada Tuan Maliki? Usahawan terkenal tu?" Tanya Diandra lagi.
"Ermm.." hanya itu yang keluar dari mulut Farhan.
"Ouh.. kenapa awak dengan Umi.." kata-kata nya terhenti disitu.
Dia sedang sedaya upaya memikirkan ayat yang terbaik agar tidak menyakiti hati Farhan.
"Sebab dia cakap saya bawa bala dalam keluarga tu.. dua minit selepas Hafiz pindah kitorang kena halau. Saya berhenti sekolah sbb umi dah tak mampu nk kerja lebih untuk sara saya dan adik-adik" balas Farhan dengan senyuman pahit.
"Adik-adik?" Tanya Diandra lagi.
"Ya.. saya ada dua orang adik Fatihah dengan Adam tapi diorang dah takde dah" ujar Farhan lagi.
"Kenapa?" Tanya Diandra ingin tahu.
"Adam kemalangan. Langgar lari. Fatihah pula demam panas tapi masa tu duit tak cukup nak biayai kos perubatan" cerita Farhan lagi.
"Tuan Maliki tak tolong?" Pertanyaan Diandra membuatkan Farhan tersenyum sinis.
"Tak" jawab Farhan pendek.
"Awak benci dia?" Tanya Diandra lagi.
"Saya tak benci dia tapi andaikan satu hari nanti dia dah sedar kesalahan dia dan datang minta maaf.. saya harap sangat dia faham yang saya tak boleh layan macam mana orang lain layan atuk diorang" kata Farhan bersama sebuah senyuman.
Bibir tersenyum tapi sayang.. mata tidak mampu menutup kelukaan yang dia alami.
Diandra terkaku sebentar mendengar cerita Farhan.. suasana kembali sunyi sepi..
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎
Stay tuned for the next chap😘❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro