"ASSALAMUALAIKUM" suara lembut yang meberi salam itu membuatkan jantung seseorang berdetak hebat.
"Walaikumsalam.. Tengku Diandra! Buat apa kat sini?" Tanya Hafiz.
"Err.. Farhan, Umi ada kat rumah? Saya nak ambil baju dengan barang-barang" kata Diandra tanpa menjawab pertanyaan Hafiz.
"Ada.. sabar jap" kata Farhan sambil berlalu meninggalkan mereka.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya Diandra kembali.
"Saja.. jalan-jalan" jawab Hafiz perlahan.
"Jom!" Ajak Farhan tiba-tiba membuatkan Diandra bingung.
"Awak nak pergi mana? Saya boleh jalan sendiri" kata Diandra serba salah.
"Tadi ada 4 5 orang budak nakal kat depan tu jadi lebih baik saya hantar awak" jawab Farhan dingin.
"Ouh" balas Diandra pendek
"Aku nak ikut boleh tak Farhan?" Tanya Hafiz tiba-tiba.
"Kenapa pula tak boleh? Ikut jelah" kata Farhan sambil membuka langkah.
Tiada suara pun kedengaran saat mereka sedang berjalan ingin kerumah Umi Hasmah.
Selepas beberapa minit mereka berjalan akhirnya mereka tiba di hadapan rumah Umi Hasmah.
Ceyh! Ayat aku macam la diorang jalan jauh 😭🤣🤣
"Assalamualaikum" salam diberi sebelum kaki menapak masuk kedalam.
"Walaikumsalam.. Ya Allah Dian!" Kata Umi Hasmah teruja apabila sosok tubuh yang dia rindui kini berada dihadapan mata.
"Ya Umi.. ni Dian" kata Diandra sambil mengucup lembut tangan tua Umi Hasmah.
"Dian datang nak ambil baju dengan barang barang la Umi. Daddy paksa Dian suruh duduk dengan dia" luah Diandra dengan nada sedih.
"Nak buat macam mana sayang.. seorang anak kena dengar cakap orang tua tambah tambah awak tu anak perempuan" kata Umi Hasmah sambil menggosok kepala Diandra.
"Dian masuk ambil baju dulu eh?" Kata Diandra lalu membuka langkah kebilik Farhan.
"Siapa tu Han? Kawan Dian ke?" Tanya Umi Hasmah apabila melihat sosok tubuh asing.
Hafiz berjalan mendekati Umi Hasmah yang kelihatan tenat pada matanya.
"Assalamualaikum Umi.." suara Hafiz lembut kedengaran.
"Walaikumsalam.." jawab Umi Hasmah dengan senyuman yang tak pernah pudar.
"Umi ingat tak ni siapa?" Tanya Hafiz sambil melutut dihadapan Umi.
Tangan tua itu sambil lalu diletakkan di wajahnya.
"Siapa ni? Umi tak kenal la" kata Umi Hasmah sambil memandang Farhan.
"Ni Hafiz Umi.. Hafiz Solihin" kata Hafiz dengan nada suara yang bertukar serak.
"Ya Allah! Anak Maria ke ni?" Tanya Umi Hasmah dengan mata berkaca.
"Ya Umi.. Umi sihat?" Tanya Hafiz sambil mengucup tangan umi lagi.
"Alhamdulillah.. sihat. Ibu kamu?" Tanya Umi Hasmah teruja.
"Ibu pun sihat. Nanti Hafiz bawa dia datang sini" kata Hafiz sambil tersenyum.
"Tak payah la Hafiz.. nanti tak selesa ibu kamu kalau datang sini" tolak Umi lembut.
"Takde apa-apa la umi. Nanti Fiz bawa Ibu ya" kata Hafizasih dengan senyuman.
"Umi.. Dian dah siap packing. Dian balik dulu ya?" Kata Diandra sebak.
"Awalnya" kata Umi Hasmah juga turut sebak.
"Ermm.." hanya itu yang keluar dari mulut Diandra.
Kalaulah hubungan aku dengan Farhan baik -baik saja mesti aku takkan ikut cakap daddy. Monolog Diandra sendiri.
"Takpelah Umi.. Dian pergi dulu" kata Diandra sambil melangkah mendekati Umi.
"Terima kasih sebab sudi tumpangkan Dian dekat sini.. halalkan makan minum Dian ya Umi. Dian sayang Umi.." kata Diandra sambil mengucup tangan kemudian kedua belah pipi Umi Hasmah.
"Umi halalkan sayang.. Umi pun sayang Dian jaga diri baik-baik ya?" Ucap Umi sambil membalas kembali kucupan dipipi Diandra.
"Diandra.. ikut saya jap" kata Farhan sambil berlalu keluar.
"Dian keluar jap ya Umi" pinta Diandra sebelum berlalu mengikuti langkah Farhan.
SOSOK tubuh Farhan yang berdiri itu membuatkan hatinya berdebar-debar. Lama dia berdiri dibelakang Farhan tanpa mengeluarkan sepatah kata.
Allahuakbar.. kenapa la aku berdebar gila ni! Ya Allah tolong la aku Ya Allah! Monolog Diandra sendiri.
Anak tekak dibetulkan terlebih dahulu sebelum dia menegur Farhan.
"Kenapa nak jumpa saya?" Tanya Diandra berusaha untuk tenang.
"Ada benda nak cakap dengan awak" Farhan juga begitu.
"Apa?" Tanya Diandra lagi.
"Saya minta maaf pasal hal kat hospital haritu. Saya takde niat pun nak sakitkan hati awak atau buat awak terasa" kata Farhan dengan suara yang mula kendur.
Riak wajahnya juga sudah bertukar menjadi serba salah.. tiada lagi wajah dingin yang dia tunjukkan tadi.
"Takde apa-apa la. Dah biasa" kata Diandra dengan nada biasa.
"Saya betul-betul minta maaf ni Diandra" kata Farhan lagi apabila Diandra buat tak endah dengan permintaannya tadi.
"Saya tak cakap awak main-main" balas Diandra bersahaja.
"Saya nak tanya satu benda lagi boleh?" Tanya Farhan.
Diandra hanya menjawab dengan anggukan.
Kotak suaranya bagaikan tidak berfungi apabila berdepan lelaki itu.
"Awak sayangkan saya?" Tanya Farhan mendadak membuatkan Diandra kehabisan oksigen.
"Kenapa tiba-tiba?" Tanya Diandra bingung.
"Jawab je soalan saya.. tak susahkan?" Kata Farhan serius.
Sabar la! Aku lempang jugak mamat ni! Dah la tanya orang soalan luar kotak pastu kejar-kejar pula orang suruh jawab!
"Kalau saya cakap saya cintakan awak sekalipun bukan awak kisah. Kita tak pernah kenal kan?" Diandra memulangkan paku buah keras.
Farhan sudah serba salah. Tulah! Siapa suruh cakap macam tu sangat!
"Saya tahu saya salah sebab cakap macam tu tapi boleh tak awak maafkan saya?" Tanya Farhan berharap.
Diandra pula yang kelihatan serba salah apabila ditanya begitu.
"Saya maafkan awak" jawabnya berserta sebuah senyuman kecil.
"Terima kasih" suara girang Farhan berserta dengan senyuman manis itu membuatkan Diandra turut sama tersenyum.
Macam takde masalah pula diorang ni🤦🤣
"Ermm.. awak nak balik rumah daddy awak kan?" Tanya Farhan
"Ya" balas Diandra pendek.
"Pergilah.. nanti jalan sesak susah.. lewat malam baru sampai" kata Farhan perlahan.
"Ermm.. okaylah kalau awak cakap macam tu" kata Diandra kecil hati.
Terasa macam kena halau doo😌
"Saya tak bermaksud pun nak halau awak.. saya just takut awak sampai lewat malam je" ujar Farhan membetulkan ayatnya.
"Saya tak cakap pun awak halau saya" kata Diandra dingin.
Hek eleh! Acah betul padahal dalam hati tengah mengutuk Farhan kaw kaw🙄🙄
"Saya saja je cakap. Takut awak fikir lain pasal ayat saya dan kecil hati" kata Farhan pula.
Ego.
Selepas beberapa minit kotak suara masing -masing tidak berfungsi, Farhan memula kan perbualan kembali.
"Nak tak jadi......"
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎
Stay tuned for the next chap😘❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro