Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦︎☾︎ CHAP 14 ☽︎❦︎

                              CAHAYA matahari yang menerobos masuk melalui celah-celah zink yang berlubang itu menganggu lena Farhan..

"Dah pukul berapa ni?" Tanyanya sendiri sambil menenyeh matanya..

"Dah pukul 9 rupanya.." kata Farhan sambil menepuk dahinya.

Ternyata dia tertidur diatas sejadah selepas solat subuh tadi.. mulanya dia hanya ingin merehatkan tubuh tetapi terlanjur pula terlelap.

"Farhan... dah bangun belum?" Tanya Umi Hasmah berserta ketukan dipintu.

"Dah umi!" Jeritnya sambil bangun dari atas sejadah.

Selepas dia meletakkan sejadah pada tempat biasa dia berlalu kearah pintu..

"Maaf Umi.. Farhan tertidur tadi" kata Farhan sambil menggosok hidungnya.

"Kamu demam ke Farhan?" Tanya Umi Hasmah apabila melihat tingkah anak Jejakany itu.

"Tak lah Umi. Farhan penat sikit je" balas Farhan dengan senyuman.

Kaki diatur kepintu biliknya untuk menukar baju tetapi ditahan oleh suara Uminya.

"Umi tengok pucat dah muka kamu tu Farhan.. rehat la dulu kat rumah" kata Umi Hasmah bimbang.

"Takpelah Umi.. Farhan kuat lagi ni" kata Farhan masih dengan senyuman meniti bibir pucatnya..

"Jangan paksa diri Farhan.. umi tak suka la" kata Umi Hasmah lagi.

"Farhan tak paksa diri la Umi.. Han oke cuma penat sikit je" jawab Farhan masih dengan pendiriannya.

"Suka hati kamu la Farhan" balas Umi Hasmah mengalah.

Dia kenal anak jejakanya itu.. pantang menyerah kalah dan juga degil! Hailah! Nasib badan la🤣.

"Han pergi dulu ya Umi" kata Farhan apabila dia sudah siap ganti baju.

"Yalah Han.. hati-hati ya dijalan" kata Umi Hasmah saat Farhan mengucup tangan tuanya..

"Baik umi.. Han pergi dulu.. umi jaga diri ya Assalamualaikum" pesan Farhan.

"insya-Allah.. walaikumsalam" balas Umi Hasmah dengan senyuman manis buat sang anak.

Dia hanya menghantar kepergian sang anak dengan senyuman yang cukup manis. Dia kasihan dengan Farhan tapi apakan daya anaknya itu yang tidak kenal erti lelah demi mencari wang untuk sesuap nasi.

"Semoga Allah memberikan ganjaran pahala dan rezeki yang melimpah ruah untuk Farhan bila Umi dah tutup mata Umi untuk selama-lamanya" ujarnya Umi Hasmah sendiri sambil menyeka air matanya.















                APA yang dia buat harini semua serba tak kena! Dia kekiri terasa pelik begitu juga kekanan. Kalau berdiri atau duduk di tengah-tengah laluan makin la pelik jadinya.. dia menepuk dahi.

"Apalah nak jadi dengan kau ni Farhan?" Tanyanya sendiri.

"Han! Asal dengan kau ni? Tak sihat ke? Muka pun pucat je aku tengok" tegur Hairi iaitu sahabat baiknya.

"Takde apa-apa la! Semalam aku tak boleh lelap sebab tu la penat sikit harini" alasan kurang bernas lahir dari bibirnya.

"Tak payah bohonglah Han.. kita bukan baru kenal semalam tahu!" Kata Hairi sambil menjulingkan mata.

Farhan hanya tersenyum hambar apabila dia ditangkap berbohong oleh sahabat baik nya itu.

"Senyum je lah yang kau tau! Hish! Setegheh aku!" Kata Hairi dengan pelat 'r' nya.

"Dengar kau cakap sekali dengan aku setegheh jadinya" balas Farhan sengaja.

"Kau ni Han!" Kata Hairi pura-pura merajuk.

"Tak payah ngada-ngada nak merajuk bagai aku bagi penumbuk baru tahu" kata Farhan apabila melihat aksi Hairi.

"Hahahaha aku baghu niat nak goda kau" kata Hairi sambil ketawa.

"Eii! Takde masa aku nak tergoda dengan kau!" Balas Farhan sambil menjeling.

"Jeling-jeling! Aku koghek biji mata tu baghu tahu!" Kata Hairi dengan nada menyampah.

"Kau diam! Pergi buat kerja sana! Jap lagi kena marah tak pasal-pasal" kata Farhan apabila perasan ada mata melirik kearah mereka.

"Okelah Han! Aku peghi dulu" kata Hairi sambil membuat handshake dengan Farhan.

"Waiter!" Suara laungan pelanggan membuat kan Farhan bergegas keluar dari situ.

"Ya Encik.. apa yang boleh saya bantu?" Tanya Farhan sopan.

"Aku nak chicken grilled 1.. hot chocolate satu and juice orange" katanya dengan nada angkuh.

"Pesanan Encik akan sampai sekejap lagi" kata Farhan sambil membuka langkah untuk menapak pergi.

"Excuse me!" Pelanggan itu memanggilnya lagi membuatkan langkah kakinya kembali terbantut.

"Encik panggil saya ke?" Tanya Farhan sambil menunding jari pada wajahnya sendiri.

"Yelah kau! Takkan aku nak panggil mak cik kat dapur tu pula!" Katanya kuat.

"Maaf ya.. ada apa apa yang boleh saya bantu?" Tanyanya sekali lagi.

"Can we talk?" Tanya pelanggan itu membuatkan Farhan kebingungan.

"Untuk?" Tanya Farhan pendek.

"Tak payah banyak cakap! Datang je sini" kata pelanggan itu lagi.

Farhan menarik nafas panjang sebelum kaki di bawa kearah meja itu kembali

"Kau kenal siapa aku?" Tanya pelanggan itu membuatkan Farhan makin kebingungan.

"Terus terang boleh? Tak payah cakap berbelit-belit" pinta Farhan masih dengan senyuman.

"Takkan kau lupa sepupu kau?" Tanya pelanggan itu lagi.

"Kau.. Hafiz?" Tanya Farhan teragak-agak apabila lelaki itu masih ingin bermain teka teki dengannya.

"Finally kau kenal aku bro!" Kata Hafiz dengan senyuman lebar sambil memeluk sepupunya itu.

"Lama tak jumpa kau" kata Farhan apabila pelukan dileraikan.

"Kan? Lepas je aku pindah.. memang tak balik langsung Malaysia. Ni kali pertama aku jejakkan kaki aku lepas sepuluh tahun hidup kat Jepun" kata Hafiz lagi.

"Ibu apa khabar? Sihat?" Tanya Farhan apabila teringat akan mak saudaranya itu.

"Alhamdulillah.. sihat. Umi macam mana?" Tanya Hafiz kembali.

"Umi macam tu lah.. dah tak larat dah" kata Farhan dengan senyuman hambar.

"Kau tinggal kat mana? Kat rumah lama lagi ke?" Tanya Hafiz sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Tak.. dah lama pindah.." balas Farhan.

"Ye? Bila?" Tanya Hafiz lagi

"Dua minit selepas kereta kau bertolak ke lapangan terbang" jawab Farhan lagi.

"Serius? Kenapa?" Tanya Hafiz tidak percaya.

"Atuk cakap aku dengan Umi bawa bala sebab tulah dia halau kitorang" jawab Farhan tenang.

"Habis sekarang kau tinggal kat mana?" Tanya Hafiz.

"Dekat lorong gelandangan tinggal." Jawab Farhan masih tenang.

"Ya Allah! Biar betul kau Farhan?" Tanya Hafiz masih tidak percaya.

Farhan hanya mengangguk dengan senyuman.

"Habis tu sekarang kau kerja dekat sini sebagai kerja part time ke apa?" Tanya Hafiz.

"Full time la" jawab Farhan pendek.

"Kau.. dah tak belajar?" Tanya Hafiz serba salah.

"Aku belajar sampai tingkatan tiga je sebab Umi dah tak mampu nak biaya yuran sekolah" jawab Farhan.

"Habistu kau buat apa kalau tak sekolah?" Pertanyaan itu keluar dari mulut Hafiz.

"Kerja... mengemis sebab umi perlukan duit untuk buat pembedahan" kata Farhan dengan suara bergetar.

"Tapi sampai sekarang aku tak dapat biaya kos pembedahan umi.." kata Farhan hampa.

"Kenapa? Tak cukup duit?" Tanya Hafiz bingung.

"Duit cukup tapi setiap kali duit tu ada dalam tangan.. banyak dugaan datang.. Ayah aku sakit, adik-adik aku sakit teruk.. boleh cakap satu keluarga sakit" kata Farhan dengan mata yang mula berkaca.

"Fatihah dengan Adam mana?" Tanya Hafiz apabila Farhan menyebut perihal adik adik tadi.

"Fatihah meninggal dunia sebab demam panas. Adam meninggal dunia sebab langgar lari. Aku ada Umi je sekarang.. walau apa pun jadi aku akan tetap jaga Umi" kata Farhan sambil menyeka air matanya.

"Astaghfirullah.. Atuk tahu?" Tanya Hafiz lagi.

"Tahu.. aku pergi melutut merayu supaya bagi aku pinjam duit sikit untuk pembiayaan kos hospital Fatihah tapi apa aku dapat.." kata Farhan terhenti disitu.

"Tendangan, cacian dan makian yang tak mungkin aku lupa sampai aku mati" kata Farhan dengan nada biasa tetapi jelas kelukaannya..

Hafiz hanya mampu tersenyum pahit mendengar luahan hati sepupunya itu..

"Kau nak aku..." belum sempat kata-katanya lengkap ada seseorang mencantas.

"Assalamualaikum" suara lembut yang memberi salam itu membuatkan jantung seseorang berdetak hebat..












~TBC~



Cerita aku cliche so aku rasa korang boleh agak siapa yang datang😌❤️.



☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎

Stay tuned for the next chap😘❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro