Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦︎☾︎ CHAP 13 ☽︎❦︎

                  FARHAN merenung kosong jalan dihadapannya. Hanya mata yang tertumpu disitu tetapi fikirannya sudah jauh menerawang mengingatkan si dia.

"Kenapa la kita kenal eh Dian?" Tanyanya sendiri dengan nada perlahan.

Bagaimana dia mahu hidup jika hati ini sudah mulai merindui kenakalan dan kedegilan gadis itu?

"Kalau kita tak kenal.. tak mungkin saya merasai benda ni sekarang" ujarnya lagi dengan suara yang mula berubah nada.

Bulan.. sampaikan rasa rindu ini pada dia.. Tengku Diandra Natasia..

Ujarnya sendiri dengan nada yang cukup syahdu. Ahh! Kenapa susah sangat nak hilangkan bayangan gadis itu dalam fikirannya?!

"Ya Allah..bantuilah hambamu ini ya Allah" doanya dengan nada yang berharap.

"Ahh! Daripada fikir pasal dia baik aku balik tengok umi" kata Farhan sambil bangun dari duduknya.

Langkah diatur perlahan menuju  kerumah usang miliknya.

"Assalamualaikum.." salam diberi terlebih dahulu sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Han dari mana nak?" Tanya Umi Hasmah dengan senyuman manis.

"Dari depan tu je Umi.." jawab Farhan serba salah kerana dia berbohong.

"Ouh.. umi ada goreng ikan.. kalau nak makan ada kat bawah saji" kata Umi Hasmah lagi.

"Susah-susah je umi buat tu. Han boleh masak sendiri la Umi" kata Farhan dengan nada perlahan.

"Takde susah mana pun" jawab Umi Hasmah dengan senyuman manis.

"Terima kasih Umi" kata Farhan sambil membalas senyuman manis uminya.

"Pergilah makan.. nanti perut masuk angin lagi" kata Umi Hasmah.

"Baik umi" kata Farhan sambil melangkah ke arah dapur dengan langkah longlai.

Tudung saji dibuka dengan perlahan-lahan.. sebelum pinggan diambil.

Dia menyantap makanan itu dengan penuh berselera walaupun hanyalah nasi kosong bersama ikan goreng.







                DIANDRA berteleku diatas tikar sejadah.. matanya masih tak lepas memandang ke arah pintu. Dia mengharap kan ada sosok tubuh yang dia rindui hadir disitu namun hampa..

"Dia takkan datang Dian.. berhentilah berharap" kata Diandra sendiri.

"Ya Allah.. kuatkanlah hambamu ini" doa dipanjat kepada Allah yang maha mendengar..

"Walau hati ini terlalu merinduimu.. akan ku cuba sedaya upaya untuk terus bertahan dari mencarimu" katanya dengan linangan air mata.

Nafas ditarik sedalam mungkin untuk menstabilkan dadanya yang kencang bagaikan ingin tercabut.

"Sabarlah duhai hati.. andai benar dia pemilikmu yang sejati.. aku pasti.. dia akan datang cuma belum waktunya lagi" dia terus berkata sendiri.

Ego yang selama ini dia julang kini sudah hancur disebabkan kehadiran seorang Farhan Izrain. Lelaki itu mengajarnya erti kehidupan yang sebenarnya..

"Tasia.." panggilan Daddynya hanya dibalas dengan pandangan kosong.

"Daddy nak Tasia balik rumah kita" kata Tengku Izzumuddin membuatkan Diandra mengangkat keningnya.

"Rumah kita? Perbetulkan balik ayat daddy tu" kata Diandra dengan senyuman tawar.

"Tasia.. dengar cakap daddy kalini please" rayu Tengku Izzumuddin.

"Do i need to do that?" Tanya Diandra dengan nada biasa.

"Yes!" Jawab Tengku Izzumuddin tegas.

"If i don't want?" Tanya Diandra lagi.

"You still need to do that" tegas ayat itu keluar dari mulut Tengku Izzumuddin.

"Why would i?" Soalan itu berjaya meningkatkan tahap kemarahan Tengku Izzumuddin.

"Because your my daughter!" Marah Tengku Izzumuddin.

"Oke" jawab Diandra pendek sambil bangun dari duduknya.

"Nak buat apa tu?" Tanya Tengku Izzumuddin.

"Benda yang wajib untuk seorang umat lakukan" kata Diandra menyindir.

"Kalau macam tu daddy balik dulu la" kata Tengku Izzumuddin

"Yelah.." kata Diandra malas.

"Kena balik rumah dia tahu pula cakap wajib tapi bab solat takdelah pula cakap benda tu wajib" kutuknya.

"Haish! Tak baiklah Dian kutuk daddy sendiri.. sia sia je pahala kau solat tadi" marahnya pula.

Haish! Macam lalang betul la perempuan ni🤣🤣




       DIA merengus kasar apabila mendengar khabar dari 'sesuatu'.

"Macam mana kau boleh tewas?! Bukankah kau adalah makhluk paling kuat?!" Jerkah nya.

"Ya! Aku adalah makhluk paling kuat.. aku sengaja bagi dia menang dulu sebab kemudian hari dia akan datang melutut depan kau"

B

alas 'sesuatu' itu dengan nada  yang menjengkelkan..

"Aku percaya cakap kau kalini tapi kalau benda ni jadi lagi dikemudian hari.. jangan harap kau boleh ada kat sini lagi" katanya sambil mengambil sebilah pisau.

"Ini makanan kau harini" katanya sambil menoreh tangannya hingga darah mula menitis.

Tapi 'sesuatu' itu hanya melihat sebuah mangkuk kecil yang berisi darah itu.

"Kenapa kau tak ambil makanan kau?" Tanyanya.

"Aku taknak mimun darah"

Balas 'sesuatu' itu dengan pandangan yang tajam tertumpu pada bekas itu.

Lepas tu kau nak makan apa? Nak makan KFC ke apa siot? *Author menyibuk*

"Kau nak apa? pulut kuning ayam panggang?" Tanyanya lagi.

"Bukan"

Jawab 'sesuatu' itu pendek.

"Habis kau nak apa?!" Tanyanya kuat.

"Hanya sehiris daging kau bersama semangkuk darah yang kau hidangkan tadi"

Balas 'sesuatu' itu sambil bibir menguntum senyuman yang menakutkan.

"Ianya sudah melanggar janji yang kita ikat dulu" balasnya dengan nada kegeraman.

"Terserah.."

Balas 'sesuatu' itu pendek. Sebelum angin bertiup kencang berserta kilat sabung -menyabung.

Dia menghela nafas berat apabila kejadian itu berlaku.. ahh! Memang tak boleh pakai!!

"Baiklah aku akan berikan kau sehiris daging aku dan ingat makanan ni hanya untuk malam ni" katanya sambil mengambil kembali pisau tadi.

Mata ditutup kejap apabila muncung pisau mula menyentuh kulitnya. Dengan sepantas kilat dia menghiris dagingnya sendiri! Ahh sakitnya tiada siapa yang tahu!

Darah memancut keluar dari hasil hirisan tadi..

*ALLAHUAKBAR.. AKU PULA YANG SERAM😌🙌🏻*

"Terima kasih atas makanan yang kau hidangkan.. aku akan datang kembali esok membawa berita"

Kata 'sesuatu' itu sebelum sepantas kilat ianya hilang dari pandangan.

"Ahh!!" Jeritannya semakin lama semakin kuat dan akhirnya menjadi seperti lolongan sang anjing yang inginkan tulang.

Begitulah hidup manusia jika berpaling dari agama Allah S. W. T.

Dengan darah yang masih menitik itu dia pengsan.. namun demikian walaupun sakit niat dan rancangan yang dia lakukan masih ingin diteruskan..

Tak reti mengalah! Entah apa yang dia benci sangat pada Diandra pun tak tahu!





















(🚫INI HANYA CERITA REKAAN SEMATA-MATA ‼️ TAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG TELAH MATI 🚫)

TOLONG JANGAN KECAM ATAU MARAHKAN SAYA KERANA SAYA MASIH DALAM PROSES PEMBELAJARAN 🙃❤️ JIKA ADA KESALAHAN APA II SILALAH TEGUR YA😊🖤

︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎

Stay tuned for the next chap😘❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro