❦︎☾︎ CHAP 12 ☽︎❦︎
"MAAF ya Encik.. tapi ni isteri saya" kata Farhan tenang.
Mulut Diandra sudah ternganga luas mendengar kenyataan dari mulut Farhan.
"Maaf! Aky pergi dulu la" kata Hakim sebelum berlalu meninggalkan mereka.
Aduh!! Kenapa la mulut aku pergi cakap yang bukan-bukan ni?! Marah Farhan apabila mengingati kata-katanya sendiri.
Dia berpaling kearah Diandra yang masih membatu disitu. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.. Ahh!! Kenapa mesti perasaan ni hadir?!
"Awak kenapa Farhan? Kenapa muka awak merah?" Tanya Diandra.
"Merah ke? Mungkin sebab cuaca panas kot sekarang" kata Farhan sambil tangan acah acah mengesat peluh.
"Kenapa muka saya tak merah pun?" Tanya Diandra sambil meraba mukanya.
Farhan sudah mengetap bibirnya. Tulah! Siapa suh gatal sangat pergi cakap macam tu?! Marahnya pada diri sendiri.
"Mena la saya tahu" jawab Farhan dengan suara yang dikawal sebaik mungkin.
"Ke awak tak sihat ni?" Tanya Diandra lagi sambil tangan naik menyentuh dahi Farhan.
"Tak! Saya sihat je. Tak demam pun" balas Farhan sambil menolak lembut jejari milik Diandra yang menyentuh dahinya.
"Okay! Jom masuk.. bahu saya sakit lagi ni" kata Diandra manja.
"Siapa suruh awak keluar berjalan? Kan dan sakit balik bahu tu" kata Farhan prihatin.
"Takde siapa suruh! Jom masuk" kata Diandra sambil melangkah ke hadapan.
"Okay" Farhan menjawab perlahan sebelum berusaha mengejar langkah Diandra yang jauu didepan.
"Dian.."panggil Farhan perlahan.
"Cepat la Farhan! Lambat la awak ni" kata Diandra dengan muncung itiknya.
"Sabar la" kata Farhan sambil kaki measih melangkah.
Diandra diam membatu disitu kerana ingin menunggu Farhan. Dia masih memerhati langkah Farhan, langkah itu semakin lama semakin perlahan.
"Kenapa dengan Farhan tu? Lemah semacam je aku tengok" ujarnya pada diri sendiri.
Mata masih memaku pandang kearah Farhan. Dia mengukir senyum saat mata mereka bertembung.
"Dian.." belum sempat dia menghabiskan bicara, dunianya sudah gelap gelita.
"Farhan!" Itulah perkara terakhir yang dia dengar sebelum suasana menjadi sunyi sepi.
MATA masih memerhati wajah yang indah tanpa cela itu. Dengan keningnya cantik terbentuk, alisnya panjang dan indah bibirnya yang merah mereka itu. Tiada satu pun kurang.
"Indahnya ciptaan Allah" perlahan sahaja ayat itu lahir dari bibirnya.
Mata masih belum puas merenung Farhan yang masih belum sedarkan diri.
"Kenapa la awak tak makan Farhan? Kan dah sakit. Siapa nak jaga saya?" Ujarnya sendiri.
"Saya la" balas Farhan membuatkan mata Diandra membulat.
"Err.." dia kehilangan kata-kata sejenak apabila teringatkan perlakuannya tadi.
Ahh! Malunya aku!
"Awak kenapa ni? Pipi awak merah la" usik Farhan dengan senyuman manis dibibir pucatnya.
"Mana ada merah! Saya panas ni" kata Diandra membuatkan Farhan ketawa.
"Bilik ni ada aircond Diandra" balas Farhan dengan tawa kecil.
"Aduh! Memalukan betul la Diandra ni" kata Diandra perlahan seolah-olah berbisik pada dirinya..
Tawa Farhan kembali kedengaran membuat kan pipi Diandra makin kemerahan.
"Aiyok! Pipi awak makin meyah la" kata Farhan dengan nada pelat.
Senyuman manis Diandra terukir jua apabila Farhan melakukan aksi itu. Eii cute seyh!!🤣❤️
"Kenapa awak senyum?" Tanya Farhan masih dengan nada kebudak-budakan.
"Saya senyum saja-saja je. Takkan tak boleh" kata Diandra dengan riak wajah biasa.
"Boleh je! Saya tak cakap pun tak boleh" kata Farhan sambil bangun dari pembaringan.
"Awak nak pergi mana?" Tanya Diandra pelik.
"Kenapa tak hantar saya balik je? Kenapa perlu letakkan saya dalam wad mahal ni?" Tanya Farhan dengab riak serba salah.
"Aik kenapa?" Tanya Diandra bingung.
"Mahal la Dian.. saya mana ada duit nak bayar kos hospital" jawab Farhan dengan senyuman hambar.
"Tak apa! Saya boleh bayarkan. Asal awak sihat je" kata Diandra masih dengan senyuman.
"Dian.." panggil Farhan.
"Ya?" Jawab Diandra sambil tersenyum.
"Awak tak malu ke kawan dengan saya? Saya pengemis Diandra" kata Farhan.
"Buat apa malu?" Tanya Diandra sengaja.
"Kita tak setaraf. Saya rasa kita tak perlu la kot jumpa lagi lepas ni. Saya tak nak heret awak dalam masalah saya" kata Farhan.
"Masalah apa? Hal Mr Wong tadi?" Tanya Diandra sambil mengangkat kening.
"Haah. Tengku Izzumuddin pun tak suka kita berkawan. Hargai daddy awak kalau awk tak nak jadi macam saya" kata Farhan dengan senyuman pahit.
"Macam awak?" Tanya Diandra bingung.
"Saya tak sempat buat apa-apa sebelum arwah abah pergi. Tiap malam saya nangis sebab rasa berdosa sangat-sangat" kata Farhan.
Diandra perasan ada genangan air mata di tubir mata Farhan.
"Sampai akhirnya saya ambil keputusan utk berhenti sekolah dan jaga umi saya walaupn masa tu Umi taknak saya berhenti" kata Farhan lagi.
Air matanya jatuh setitik mengenangkan kekhilafan diri.
"Saya tak nak awak jadi macam saya. Kita anggap je Farhan Izrain dan Diandra Natasia tak pernah kenal. Saya balik dulu. Terima kasih atas bantuan awak. Assalamualaikum" kata Farhan sambil bangun dari duduk.
Air matanya diseka perlahan...
"Saya cintakan awak Tengku Diandra Natasia" ucap Farhan sebelum menghilang dari pandangan.
"Saya juga cintakan awak Farhan Izrain" ujar Diandra sambil menyeka air mata.
Farhan sudah pergi.. tetapi kata-katanya tadi tidak mampu mematahkan semangat dia untuk menjadi seseorang yang akan berada disamping lelaki itu.
"Aku akan dapatkan kau Farhan walau apa pun jadi" tekadnya.
Farhan tak akan sesekali dilepaskan.. dia rela hidup susah bersama lelaki itu. Cinta nya semakin hari semakin mendalam buat Farhan.
"Tolong aku Ya Allah! Aku akan terus berdoa dan berusaha. Mudah-mudahan jalan yang Engkau berikan adalah yang terbaik" pinta nya dengan linangan air mata.
Dia akan mencuba memperbaiki diri sebelum tanggungjawabnya bertambah. insya-Allah! Aminn❤️
"Tengku Tasia.. Tengku Izzumuddin suruh saya awasi Tengku jadi Tengku tak boleh keluar sesuka hati" terang Adam dengan muka tanpa perasaan.
"Kau siapa? Tengku Izzumuddin hantar kau?" Tanya Diandra lagi.
"Ya.. Tengku Izzumuddin suruh saya awasi Tengku" jawab Adam dengan nada masih sama. Datar.
"Keluar! Kalau aku tengok muka kau lagi.. siap kau!" Kata Diandra memberi amaran.
Sakit-sakit pun ada hati nak kerjakan orang🙄😂
Dia bangun lalu berbaring diatas katil apabila Adam sudahpun melangkah keluar.
Pita ingatan kembali melayarkan kisah-kisah bahagia antara dia dan Farhan. Kisah yang akan jadi kenangan terindah buatnya.
"Tunggu Farhan.. biar saya perbaiki diri saya dulu sebelum kita mengikat kembali ikatan kita" katanya sambil memejamkan mata.
Detik yang berlalu bagaikan cukup lama baginya. Dia ingin tidur.. ingin berlayar di alam mimpi bersama sang putera.
"Selamat malam Farhan" ujarnya dengan senyuman manis sebelum dia terlena.
HAMBAR STORY IS BACK! DON'T FORGET TO SUPPORT TAU EVEN AKU TAHU IANYA HAMBAR🤣❤️
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎
Stay tuned for the next chap😘❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro