Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦︎☾︎ CHAP 11 ☽︎❦︎

              FARHAN hanya menyepi disebelah Diandra yang sedang lena diulit mimpi. Wajah itu dipandang dengan penuh kasih sayang.

"Saya nak sangat awak jadi milik saya sepenuhnya.. tapi saya tahu.. ia hanya angan an saya semata" bisiknya ditelinga Diandra.

"Saya sayang awak lebih dari seorang adik.. lebih dari seorang kawan" bisiknya lagi.

Diandra menahan dirinya dari membuka mata. Ahh indahnya perasaan ini.. aku kena juga buka mata! Bisiknya sendiri

Baru sahaja dia ingin membuka suara petir milik Tengku Izzumuddin membuatkan hasratnya terhenti disitu.

"Kau buat apa tu Pengemis?!" Marah Tengku Izzumuddin.

"Maaf Tengku" hanya itu yang mampu dia ungkapkan.

"Ahh! Aku tak kira sekarang ni aku nak kau keluar dari sini! Kau tu pengemis.. kau tak layak untuk ada dekat sini!" Arah Tengku Izzumuddin lagi.

"Apa ni daddy?! Can you leave?" Marah Diandra yang tidak tahan mendengar lelaki itu mncemuh Farhan.

"I will leave but he must leave first" kata Tengku Izzumuddin bersahaja.

"No! Dia takkan keluar and you tolong la.. give me space to rest" kata Diandra merayu.

"Mr Wong! He's here!!" Jeritan yang tiba-tiba itu membuatkan Farhan mengeluh keras.

"Sekali lagi" bisiknya perlahan.

"Where?!" Tanya seseorang.

"Bilik 476!" Seusai mendengar perkataan itu  Diandra merasa pelik.

Bukankah itu nombor biliknya? Siapakah yang mereka cari?

"Farhan Izrain! Kita berjumpa lagi" kata Seorang uncle Cina yang baru melangkah masuk kewadnya.

"Kita bincang kat luar" kata Farhan sambil menarik lelaki itu keluar.

"Kenapa?" Tanya Diandra bingung.

"Saya bincang kat luar dulu lepas siap saya masuk balik" kata Farhan.

"Tak payah kat luar.. kat sini je" kata Mr Wong dengan lancar.

"Nak apa?" Tanya Farhan datar.

"Macam biasa. Aku nak kau tolong.. dah banyak kali aku pujuk dengan tangan kosong kalini aku bawakan duit 1 juta" kata Mr Wong.

"Aku taknak la bodoh!" Marah Farhan apabila lelaki cina itu tak habis-habis memaksanya.

"Yang kau nak marah sangat ni kenapa?" Tanya Mr Wong dengan senyuman sinis.

Farhan hanya diam..

"Kau nak aku seret Mak kau dulu ke baru kau nak buat apa yang aku suruh?!" Kata Mr Wong tiba-tiba.

Farhan mengepal penumbuknya!

"Kau kenapa sial?! Jangan ingat kau kaya kau boleh buat semua benda!" Marahnya dengan nada tertahan.

"Aku selalu mengalah! Dah banyak kali aku bagi peluang dan kali ni.. takde apa-apa yang perlu dibincangkan! Kau dengan anak buah kau boleh berambus dari sini!" Ujarnya lagi.

"Aku lagi rela jadi pengemis daripada jadi 'anjing' kau!" Sambung Farhan.

Sebelum dia berlalu dia sempat menyepak sebuah kerusi hingga terpelanting.

"Jangan ingat aku selalu mangalah dengan kau, kau boleh pijak kepala aku! Kau silap la!" Sambungnya sebelum berlalu.

Diandra sudah terkesima. Lelaki itu menyeramkan apabila dirasuk api kemarahan.

Tengku Izzumuddin juga turut terdiam melihat api kemarahan Farhan.

"Bodoh punya orang! Aku nak bagi kau hidup senang pon taknak" marah Mr Wong dalam loghat cinanya.






         ᴅɪᴀɴᴅʀᴀ masih menunggu kedatangan
Farhan seperti yang dijanjikan tetapi sudah sejam telah berlalu. Kelibat lelaki itu masih belum kelihatan.

"Mana Farhan ni?" Tanyanya sendiri.

Dia bangun dari berbaring. Dia ingin mencari lelaki itu.

Kaki melangkah tanpa hala tuju.. dia hanya melangkah tanpa menghiraukan pandangan orang kepadanya.

"Cik nak ke mana?" Tanya seseorang membuatkan langkahnya terhenti.

"Saya tengah cari seseorang" kata Diandra dengan harapan sang jejaka itu mampu membantunya.

"Awak cari siapa?"tanya sang jejaka itu.

"Seorang lelaki pakai baju t-shirt kelabu.. dia tinggi sikit dari awak" kata Diandra.

"Saya ada nampak dia kat luar tadi" kata jejaka itu.

"Kat mana?" Tanya Diandra kembali.

"Sini saya tunjukkan" kata jejaka itu dengan senyuman manis.

"Apa nama awak?" Tanya jejaka itu.

"Diandra" dia menjawab sekadar berbudi bahasa.

"Saya Hakim" jawab jejaka itu masih dengan senyuman.

"Ouh" hanya itu yang keluar dari mulut Diandra.

"Betul ke tu orangnya?" Tanya Hakim setelah tiba disuatu tempat.

Diandra melihat kearah yang ditunjukkan oleh Hakim. Disitu ada seseorang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh.

"Betul la tu. Terima kasih" kata Diandra sebelum berlalu.

Hakim masih berdiri di situ.

Diandra mengambil langkah perlahan. Dia mendekati Farhan dengan rasa gementar didada.

"Farhan.." dia memanggil perlahan.

Farhan yang masih berada dalam dunianya hanya dia tidak berkutik.

"Farhan"panggilnya lagi bersertakan satu sentuhan lembut dibahu.

"Eh? Diandra!" Kata Farhan spontan apabila terkejut.

"Awak buat apa kat sini Farhan?" Tanya Diandra.

"Saya tengah tenangkan fikiran" jawab Farhan sambil tersenyum manis.

"Ouh.. Saya ganggu eh? Takpelah saya pergi dulu" kata Diandra sambil ingin berlalu.

"Tak payah nak mengada la Diandra" kata Farhan kedengaran manja.

"Eh? Saya pula yang mengada. Awakkan nak tenangkan fikiran jadi ada baiknya saya pergi dulu" kata Diandra lagi.

"Tak payahlah. Awak tak ganggu pun" kata Farhan dengan senyuman manis.

"Betul ni?" Tanya Diandra sambil mengangkat kening.

"Betul la! Takde masa saya nak bohong" kata Farhan sambil ketawa.

"Yeay! My Farhan is back"ujar Diandra dengan girangnya.

Farhan hanya tersenyum manis melihat karenah gadis itu.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Diandra apabila merasa segan kerana Farhan memandangnya begitu.

"Takde apa-apa pun" balas Farhan masih dengan senyuman manis.

"Yelah tu. Mesti tengah mengata saya kan?" Kata Diandra dengan muncung itik.

"Mana ada!" Balas Farhan spontan dengan mimik wajah comel.

Ketawa halus Diandra kedengaran membuat kan Farhan turut sama ketawa.

"Awak kan tak sihat kenapa keluar wad?!" Narah Farhan apabila menyedari hal itu.

"Cari awak la!" Kata Diandra spontan sebelum menekup mulutnya.

"Apa awak cakap?" Tanya Farhan ingin mengusik.

"Takde cakap apa-apa pun" balas Diandra biasa.

"Ye latu! Padahal tengah puji saya" kata Gqrhan sengaja mahu mengusik.

"Eh?! Mana ada. Puji awak dapat apa?" Balas Diandra sambil mencebik.

"Puji saya dapat saya la Dian oii" balas Farhan spontan sebelum dia menggigit bibir nya.

"Awak masuk dulu la.. nanti saya menyusul" kata Farhan menutup rasa malunya.

"Ala.. kenapa taknak masuk sekali?" Tanya Diandra manja.

"Awak masuk dululah. Saya nak tenangkan diri jap" kata Farhan sambil menolak lembut bahu Diandra.

"Ouh.. takpelah.. saya masuk dulu. Maaf la kalau saya menganggu awak tenangkan diri" pinta Diandra sebelum berlalu.

Hati Farhan mula berasa serba salah apabila kata-katanya menyebabkan gadis itu salah faham..

"Dian.." dia memanggil namun gadis itu masih meneruskan langkah.

"Diandra!" Suara dikuatkan sedikit namun masih belum ada tindakbalas dari Diandra.

Diandra buat tak dengar je.. Dia terus berjalan tetapi rasa kurang selesa menerjah dirinya apabila dia merasakan ada sepasang mata merenung tajam ke arah nya.. yang pasti bukan Farhan.

"Dian.. mari saya hantarkan awak ke wad" kata seseorang membuatkan Diandra terkejut.

"Ha..hakim" dia menyebut nama itu dengan suara yang gagap kerana terkejut

"Ya saya.. mari saya hantarkan" suara lembut itu membuatkan Diandra takut sendiri.

"Tak apalah.. terima kasih je" kata Diandra dengan suara yang dikawal sebaik mungkin.

Perasaan tidak enak mula menjalar ke seluruh tubuhnya.. dalam hati tak habis- habis dia menyumpah seranah dirinya kerana tidak menyahut panggilan Farhan.

'Farhan..tolong saya' ucapnya dalam hati.

"Dian.. mari" ajak Hakim lagi sambil merangkul bahu Diandra..

'Ya Allah! Farhan cepat la!' dia bermonolog lagi.

Dia tidak bergerak mahupun sedikit kerana rasa gementarnya melebihi segalanya.

"Sayang!" Panggilan dari suara yang dia kenal membuatkan dia menarik nafas lega.

"Maaf ya tapi Encik siapa?" Tanya Farhan datar sambil menarik Diandra.

"Saya Hakim.. boyfriend dia" jawab Hakim sambil mencerlung kearah Diandra.

"Maaf ya Encik.. tapi ni isteri saya" kata Farhan tenang.

JENG! JENG! JENG!🙈🔫














☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎

Stay tuned for the next chap😘❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro