Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦︎☾︎ CHAP 10 ☽︎❦︎

        

          SELEPAS sarapan pagi, Diandra dan Farhan membuat haluan masing-masing. Diandra lesap dengan keretanya manakala Farhan pula lesap untuk ke gerai melakukan kerja.

Diandra memandu keretanya dengan kelajuan yang sederhana kerana jalan yang sibuk itu.

"Ish! Masa ni lah jalan nak jam! Aku dah lambat la! Macam mana ni?" Katanya seorang diri sambil memicit dahinya.

"Tarik nafas.. sabar Dian.. tak lama pon" ujar Diandra sendiri sambil mengurut dadanya.

Dia menghidupkan IPhone miliknya lalu bluetooth dibuka sebelum lagu kegemaran nya berkumandang..

Pada hari, bulan, tahun
Detik, menit, diriku bernapas
Ada gelombang menggerah
Memaksaku menghentikan semua

Kuhentikan kegilaan hidup
Denganmu jiwa ini terisi
Aku mencintai engkau
Begitu besar tak terbandingi

Namun bila saatnya
Aku harus pergi juga
Tinggalkan engkau
Tinggalkan semua

Hijrah cintaku menguatkan alasanku
Untuk menjadi manusia lebih baik
Namun saat sinar-Nya datang menjemputku
Mana mungkin aku berlari

Aku harus meninggalkan semua cinta ini
Dan bila nanti bertemu Dia kumohonkan
Kembalikanlah kami, satukanlah lagi
Di surga-Mu, Ya Allah

Segunung kepingan dinar
Tak bisa mengalahkan kilau cintaku
Bahagia 'ku melihatmu mampu tersenyum
Kalahkan getir

Namun bila saatnya
Aku harus pergi juga
Tinggalkan engkau
Tinggalkan semua

Hijrah cintaku menguatkan alasanku
Untuk menjadi manusia lebih baik
Namun saat sinar-Nya datang menjemputku
Mana mungkin aku berlari

Namun saat sinar-Nya datang (menjemputku)
(Mana mungkin aku berlari)

Aku harus meninggalkan semua cinta ini
Dan bila nanti bertemu Dia kumohonkan
Kembalikanlah kami, satukanlah lagi
Di surga-Mu, Ya Allah
Di surga-Mu, Ya Allah

P/s: My Fav song😔❤️

Diandra menahan air matanya.. suatu ketika dulu lagu ini pernah menjadi lagu kegemaran mummynya.. ahh! Rindu mummy! Jeritnya didalam hati..

"Mummy.." serunya perlahan seakan-akan merintih.

"Ibu.. Dian rindu tapi mana ibu? Kenapa menghilangkan diri? Kenapa buat Dian macam ni?" Tanya Diandra sendiri.

Air matanya sudah tidak dapat dibendung apabila sosok Kak Zimah terlayar di kontena matanya. Wanita itu menghilang bagaikan angin kencang yang hilang secara tiba-tiba.

Pin! Pin! Pin!

Hon kedengaran membuatkan dia tersedar dari lamunan. Baru sahaja keretanya bergerak tanpa disangka-sangka ada sebuah kereta melintas. Tanpa sempat ditahannya..

Dum!!

Kepalanya diangkat perlahan.. kesakitannya tak usah diucapkan! Sakit gila! Tangannya perlahan-lahan naik menyentuh kepalanya dan dia terkejut apabila terdapat cecair merah.

"Ya Allah kenapa ni?" Ujarnya sendiri.

"Tolong" perlahan saja suaranya kedengaran.

"Tolong!" Suaranya dikuatkan sedikit namun masih belum ada yang dapat membantu.

Dia cuba untuk mengangkat kepalanya lagi tetapi bagai ada sesuatu yang mencucuk bahunya.

"Ahh!!" Jeritnya sekuat hati apabila dia tidak mampu menahan kesakitan yang dialami nya.

"Tolong! Ada orang kat dalam ni!" Jeritan seseorang membuatkan dia tersenyum lega.

"Ya Allah! Diandra Natasia!" Suara lelaki yang amat dikenalinya itu membuatkan senyumannya makin lebar.

"Farhan.." katanya sebelum dunianya yang tadi berpusing-pusing dan bingit menjadi gelap-gelita dan sunyi sepi.

Diandra pengsan!!








             TANGANNYA kejap menggenggam erat tangan milik sang puteri yang sedang beradu.

"Awak tak nak bangun ke? Dah lama awak tidur" katanya sambil menguatkan genggaman.

"Bangun la Dian.. saya rindu nk tengok senyuman dan nak dengar suara awak" kata Farhan berharap.

Sudah dua hari wanita itu terlantar dikatil hospital. Dialah yang menjaga dan menunggu Diandra sedar.

"Dian.. awak tak kesiankan saya ke?" Tanya Farhan sayu.

Sungguh! Dia amat memerlukan sokongan wanita itu buat saat ini.

"Saya tak sampai hati nk bagitahu Umi pasal awak. Umi sakit Dian.. dia cakap nak tengok awak buat kali terakhir" kata Farhan lalu setitis air mata lelakinya jatuh.

"Takpelah.. awak rehat dulu. Rehat la selama mana yang awak nak tapi.. pastikan awak bangun" kata Farhan.

Dia meletakkan kepalanya diatas tangan milik Diandra. Baru sahaja dia ingin terlelap bunyi derapan tapak kaki yang melangkah masuk kedalam wad membuatkan kantuk nya hilang begitu saja.

"Kau siapa?!" Tanya orang itu membuatkan Farhan menelan liur.

"Saya kawan Dian Tengku" kata Farhan perlahan.

"Kawan? Perempuan ni ada kawan? Hahaha ke kau ni Pengemis tu?!" Tanya Tengku Izzumuddin.

"Haah.. saya memang pengemis" kata Farhan sambil menundukkan kepala.

"Sedar pun kau tu pengemis! Kau tak layak la nk jejakkan kaki kau kat sini! Kau keluar sekarang sebelum aku heret kau macam anjing!" Tengku Izzumuddin memberi amaran.

"Farhan.." suara Diandra memanggil membuatkan Farhan kaget.

"Dian! Awak dah sedar?" Tanya Farhan teruja.

"Aku cakap keluar! Kau tak faham ke?" Tanya Tengku Izzumuddin lagi!

"Apa ni Daddy?" Tanya Diandra perlahan.

"Dia tak layak jejakkan kaki kat sini! Aku nak kau suruh dia berhambus dari sini!" Jelas kebencian dimatanya.

"Takpelah.. saya keluar dulu ya Dian.. jaga diri awak" kata Farhan sambil tersenyum.

"Tak payah Farhan! Tolong la Daddy! Behave yourself please" kata Diandra sambil mengerutkan dahi apabila kesakitannya kembali mencucuk.

"Dian.. jangan banyak bergerak nanti luka tu terbuka balik" kata Farhan prihatin.

"Ok! Tapi awak jangan keluar" kata Diandra sambil membuat muka berharap.

"Ya saya tak keluar" balas Farhan serba salah.

"Aku suruh kau keluar kan?! Kau pekak ke apa?!" Tengking Tengku Izzumuddin.

"Daddy! Jangan buat I hilang rasa hormat pada you!" Marah Diandra.

"So? Do i care? You tinggal dalam wad mewah sekarang ni sebab duit I tahu" kata Tengku Izzumuddin riak.

"I takde suruh pun you tolong! Kenapa tak biarkan I mati terus?" Tanya Diandra.

"Dian.." Farhan menegur perlahan.

Diandra pantas mengetap mulutnya. Dia berpaling kearah lain. Dia benci melihat wajah ayahnya sendiri tetapi dia tahu mengapa ia berlaku..

Kerana ada 'sesuatu' yang berada disitu. Di samping daddynya!

"Nice to meet you again sweetie"

Suara itu bergema bersama bibir yang tersenyum seram!

"Just go away! I don't need you" jerkah Diandra bagai orang gila membuatkan Farhan terkejut.

"Dian.. kenapa ni?" Tanya Farhan perlahan.

"Aku takkan pergi selagi janji belum terlaksana!"

Jerkahnya kembali bersama suara yang menakutkan!

"Janji tu dah hancur! Jangan kacau hidup aku lagi la sial!" Marah Diandra sambil menutup telinganya.

"Tak semudah itu!"

Serentak dengan itu angin kencang bertiup hingga menyebabkan semua barang didalam wad itu hancur.

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

Jerit Farhan spontan kerana terkejut. Dia menoleh kearah Diandra yang diam tidak berkutik. Kenapa dia hanya diam? Mengapa dia tidak berganjak?

"Diandra!!" Jeritnya kuat apabila ada sebuah almari kecil melayang kearah Diandra.

Namun sayang... wanita itu masih diam, tidak berkutik walaup sedikit.

"Diandra elak!" Jeritnya lagi sambil berlari kearah Diandra.

Dia pantas menyambar tubuh itu dan menariknya kedalam pelukan. Dia tahu berdosa tetapi tiada cara lain selain itu.

"Diandra awak okey?" Tanya Farhan lembut.

Diandra masih dalam dunianya sendiri. 'Sesuatu' itu sedang merenungnya dengan senyuman bangga dibibir.

"Semuanya hancur! Apa yang kau dah buat hah?!" Tiba tiba suara kasar Diandra keluar

"Aku tak buat apa-apa! Kau patut tanya diri kau sendiri apa yang kau dah buat!"

Balas suara itu dan disebabkan jarak mereka terlalu dekat dan mereka ber
sentuhan mengakibatkan Farhan dapat melihat dan mendengar butir bicara 'sesuatu' itu.

"Astaghfirullah! Diandra.." serunya perlahan

Dia lihat wajah wanita itu sudah berubah. Seperti menahan amarah sahaja!

"Ya Allah Ya tuhanku.. bantulah hamba mu ini" seusai ayat itu habis, dia membacakan ayat-ayat suci al-Quran ditelinga Diandra.

Diandra jatuh terkulai dan keadaan kembali menjadi seperti sediakala. Tindakan spontan Farhan mencium dahi Diandra.

"Ya Allah! Ampunilah aku ya Allah! Aku berdosa" rintihnya apabila menyedari perbuatannya itu salah.

Tubuh Diandra dicempung dan diletakkan kembali dia atas katil.

"Selamat malam kekasih" ujarnya perlahan.

Sesungguhnya dia tidak mampu menahan perasaan ini tapi melihat penerimaan Tengku Izzumuddin kepadanya membuatkan dia terasa dirinya tak layak untuk gadis itu.






















Okay! Dah lama menyepi! Dan Syu tahu ia teramatlah hambar!🙂 And Happy 1K baby! HAHHHAHAHA DAH LEPAS LA SYU OII🤣🤣

☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎

Tu je dari Syu..harap korang suka la ye♥︎

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro