Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦︎☾︎ᴇᴘɪʟᴏɢ☽︎❦︎

                     BUNYI deruman enjin kereta yang dimatikan di garaj membuatkan Irfan dan Izran ketawa riang!

"Papa dah balik!" Jerit si adik suka dengan nada yang masih pelat.

"Shh.. kata nak bagi suprise. Nanti kalau angah bising tak jadilah suprise kita" kata si abang pula petah.

"Anak anak mama tengah buat apa tu?" Tanya Diandra apabila melihat mereka leka memandang ke luar.

"Shh! Papa dah balik" kata mereka serentak .

Diandra hanya menggeleng perlahan sebelum dia kembali kedapur.

"Papa suprise!!" Jerit mereka seusai Farhan membuka pintu untuk masuk.

"Suprise apa ni sayang sayang papa?" Tanya Farhan bingung dengan wajah yang jelas kelihatan lelah.

"Happy birthday abang" ujar Diandra pula yang menghampiri mereka dengan sebuah kekk ditangan.

"Sayang.. kenapa angkat ni? Berat la" bebel Farhan sambil memgambil kek yang berada ditangan Diandra.

"Takdenya berat.. setakat kek tu apalah sangat" rungut Diandra pula.

Susah ek dapat suami overprotective ni HAHAHA

"Memang la tak berat, tapi tengoklah perut Sayang yang memboyot tu. Bila bila masa baby boleh keluar tau" kata Farhan sambil menarik isterinya untuk duduk.

Diandra hanya tersengih sebagai balasan dan si kembar pula membuat muka menyampah gitueww 😂.

"Mama! Dira dah bangun!" Jerit Irfan suka.

"Dira sayang.. anak papa dah bangun tido ya?" Kata Farhan pada anak gadisnya yang masih mamai itu.

"Papa.. n-nak su-su" kata Adira lambat lambat.

"Anak papa ni minum susu lagi ke? Dira dah dua tahun la sayang.. dah nak ada adik dah" kata Farhan sambil memeluk anaknya.

"Nak susu" kata Adira lancar kali ini.

"Abang ambilkan" kata Izran sebelum dia berlari ke dapur.

Farhan dan Diandra hanya tersenyum melihat telatah anak anak mereka.

"Abang rasa ni boy ke girl?" Tanya Diandra pada Farhan yang masih leka mengusap perutnya.

"Ikut rezeki yang Allah bagi tapi kalau boleh nak girl.. kesian Dira main sorang sorang" kata Farhan sambil ketawa kecil.

"Dian pun harap macam tu.. Prince yang dua orang tu pun nakalnya Ya Allah" kata Diandra turut sama ketawa.

"Along tak nakal.. angah je" balas Izran petah.

"Angah pula yang kena" balas Irfan pula dengan muncungnya.

"Halah halah.. anak mama ni.. semua baik, takde seorang pun yang nakal" balas Diandra membuatkan ketiga tiga anaknya tersengih bangga.

"Yeay! Sayang mama!" Jerit mereka serentak sambil memeluk mamanya.

"Mama je? Papa?" Tanya Farhan sambil memeluk tubuh. Acah acah merajuk.

"Sayang papa jugak!" Balas mereka pula sambil berlari kearah Farhan.

"Papa pun sayang korang! Tambah tambah lagi mama" ujar Farhan pula sambil tersenyum nakal kearah Diandra.

"Eii mengada" balas Diandra sambil menjulingkan matanya.

"Mengada pun isteri sayang" balas Farhan sambil ketawa halus.

"Please.. not in front of us" kata Izran lancar.

"Oh my god why?" Tanya Farhan sambil menggaru keningnya.

"Because we are single papa" jawab si Izran petah.

"Aiyoo siapa ajar cakap macam tu hah?" Marah Diandra sambil mencekak pinggang

"Papa" balas mereka bertiga serentak.

Farhan dah tarik muncung sedepa.

"Alamak.. papa is merajuk la sayang. Macam mana mama nak pujuk ni?" Tanya Diandra manja.

Farhan sedaya upaya tahan senyum. Adoi! Lemah betul Si Farhan ni 😂

"Kiss papa and then settle" balas Farhan ingin mengusik

"Euwww! Reminder again, not in front of us please" kata Izran lagi sekali.

Ketawa bahagia mereka bergema diruang tamu banglo tersebut.






















                      "SAYANG.. buat apa lagi dekat dapur tu? Dah pukul 10 la.. jom tido" panggil Farhan apabila isterinya masih lincah didapur..

"Irfan minta kek" balas Diandra sambil tangannya berkerja.

"Irfan.. kenapa nak makan kek malam malam ni? Tadi pun dah makan kek" Tanyanya pada Irfan yang sedang leka menonton cerita.

"Irfan teringinnnn sangat nak makan" balas Irfan comel.

"Angah ni.. suka tau susahkan mama" marah si abang membuatkan si adik terkulat-kulat sendiri.

"Takde susahnya.. lagipun kek dah nak siap" balas Diandra sambil berjalan kearah mereka.

"Sayang.. hati hati" kata Farhan lembut apabila melihat isterinya berjalan kesini.

Due dah nak dekat tapi Ya Allah lincah dia lain macam 😂

"A-abang.." panggil Diandra perlahan.

FYI: Cerita cliché biasalah 😭🤣.

"Ya sayang" balas Farhan lembut.

"Kain Dian dah basah" semua sudah mula memandang Diandra dengan pandangan tak percaya.

"Papa! Baby otw" jerit Izran geram apabila papanya masih berdiam diri.

"Huh?" Tanya Farhan blur.

"Dian nak beranak ni.. ya Allah suami siapa la blur ni ek?" Kata Diandra sambil ketawa kecil.

"Huh?! Nak beranak? Habistu abang nak buat apa ni?!!" Tanya Farhan kelam kabut.

Izran dan Irfan dah tepuk dahi. Salah tak kalau dia sepak papanya sekarang ? 😭🤣

"Ambil kunci kereta la papa!" Balas Izran lagi.

"O-ouh.. kejap!" Kata Farhan sambil berlari ke atas.

"Izran.. naik ambil tudung mama jap" kata Diandra sebelum dia berlalu kedapur kerana ingin menutup oven.

Kang terbakor rumah tak pasal pasal.

"Abang! Takkan nak pergi pakai seluar pendek tu??" Marah Diandra sambil menepuk dahi.

Anak dah tiga tapi perangai cemas dia lagi teruk daripada masa aku melahirkan anak sulung.

"Allahuakbar!" kata Farhan sambil menepuk dahinya sendiri dan berlalu ke atas.


























           "ADIK..." Kata Adira perlahan sambil mengusik pipi adiknya itu. Senyuman comel terukir di wajahnya apabila melihat si kecil mula membuka mata.

"Papa.. adik angun" kata Adira pelat.

"Fazrul Iqwan" sebut Farhan perlahan sambile mengangkat puteranya itu.

Diandra hanya mampu tersenyum lemah melihat mereka. Kebahagiaan yang dia rasa kini tiada tandingannya.

"Hello everybody! Uncle is here" kata Hafiz yang baru tiba bersama anak isterinya.

"Hello Uncle!" Balas Adira sambil berlari kearah Hafiz.

"Hello cayanggg uncle.. mana adik?" Tanya Hafiz.

"Tu.. kat papa" balas Adira gagap

"Boy lagi ke Dian?" Tanya Hafiz sambil ketawa kecil.

"Haah" balas Diandra  pendek.

"Cepat betul kau Han.. aku baru nak masuk dua.. kau dah empat" kata Hafiz.

"Alhamdulillah rezeki" balas Farhan sambil ketawa kecil.

"Sini.. aku pegang prince kau ni. Kau pergi layan isteri kau sana.. cepat!" Arah Hafiz apabila perasan mata Diandra tak lepas dari mereka.

"Ok" balas Farhan sebelum dia mendekati Isterinya.

"Sayang.. are you okay?" Tanya Farhan lembut sambil mengelus lembut pipi Diandra.

"Okay je.. abang buat apa dekat sini? Pergi la main dengan Iqwan sana" balas Diandra lembut.

"Iqwan tengah main dengan Hafiz" jawab Farhan pula.

Diandra hanya membalas dengan senyuman.

"I love you sayang" ujar Farhan tiba tiba.

"Hehe.. i love you too abang" balas Diandra sambil tersenyum.

"Semoga Allah sentiasa merahmati rumah tangga kita kerana kapal yang ingin kita layarkan bukan hanya untuk tempoh lima atau enam tahun malah abang berharap ia kekal hingga ke Syurga-Nya.." bisik Farhan lembut.

"Aminn" Diandra membalas dengan senyuman.

Tangan mereka bertaut erat. Mata saling bertatapan.. terima kasih Ya Allah untuk kisah perjalanan yang indah ini

❦︎☾︎TAMAT☽︎❦︎


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya menutup naskah ini, semoga Tuhan masih memberi peluang kepada saya untuk terus berkarya dimasa depan ☺️❤️❤️.

-Syu_semboyy 🥺.






REAL ENDING! TQ UNTUK KORANG YANG SENTIASA SUPPORT SYU! AND SORRY KALAU CERITA NI MEMBOSANKAN 🤣. THANKS AGAIN.. SEE YOU IN THE NEXT STORY🥺❤️.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro