2| Pertahankan Diri
Kau Tertulis Untuk Aku
Suratan Takdir Kita
Naura membuka matanya apabila terasa rambutnya diusap oleh seseorang. Kelihatan seorang perempuan sedang tersenyum manis ke arahnya
Naura lantas menjauhkan diri daripada perempuan tersebut.
"A-awak siapa?" tanya Naura dengan gagap apabila melihat seorang perempuan yang berpakaian seksi di hadapannya
"Saya Liyana dan awak jangan risau sebab saya bukan orang jahat" kata Liyana dan cuba menjelaskan bahawa dirinya bukan sejahat seperti yang Naura fikirkan
Naura memandang wajah Liyana dan dia hanya tersenyum sahaja. Baru dia sedar bahawa wajah Liyana sangat cantik dan bersih tanpa jerawat
"Awak Naura, kan? Awak mesti dijual di kelab ni, kan?"
"M-macam mana awak tahu nama saya? Macam mana awak tahu saya dijual di sini?" bertubi-tubi Naura menyoal kepada Liyana
Liyana tersenyum kecil. Dia mengambil kedu belah tangan Naura lalu dipegang dengan erat. Dia tahu wanita ni bukan seperti wanita yang berada di kelab malam ni
"Chan ada beritahu dekat saya supaya jaga awak dan dia juga beri amaran dekat saya supaya tak keluarkan awak dari bilik ni langsung"
"Macam mana awak tahu saya dijual di kelab ni?" Naura menyoal soalan tersebut sekali lagi kepada Liyana
"Saya tahu sebab takkan perempuan seperti awak sanggup jejak kaki di sini, kan? Jadi, tidak lain awak dijual di sini dan diserahkan kepada Chan"
Naura mengangguk perlahan sebelum air matanya mulai bergenang. Sungguh hatinya masih lagi sakit taktala teringat peristiwa yang berlaku kelmarin
Liyana melihat Naura seolah-olah ingin menangis, terus sahaja Naura ditarik lalu dibawa ke dalam pelukan
"Menangislah, Naura. Kalau melalu air mata dapat luahkan apa yang awak rasa sekarang ni, menangislah" kata Liyana lalu ditepuk perlahan belakang badannya
Naura memeluk kembali Liyana dengan erat. Kepalanya diletakkan di bahu Liyana dan air matanya mengalir dengan laju. Dia sangat bersyukur sekarang kerana Liyana ada dengannya ketika dia memerlukan seseorang
Beberapa minit kemudian...
Liyana menyelimutkan Naura yang telah tidur setelah dia menangis sepuasnya
Kedengaran pintu dibuka membuatkan Liyana segera menoleh. Kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam dengan muka dinginnya
"Kau buat apa di sini? Kau tahu tak pelanggan yang langgan Naura sudah mengamuk dan mengadu dekat aku sebab kau halau dia! Sekarang ni aku nak kau keluar!" katanya dengan nada suara yang tegas
"Saya takkan keluar dari sini! Chan bagi saya hak sepenuhnya untuk jaga dia dan awak yang perlu keluar. Naura bukan perempuan murahan yang layan nafsu serakah lelaki! Pelanggan tu boleh keluar dan jangan langgan Naura lagi" Liyana
Hael tersenyum sinis
"Okay, nampaknya kau degil dan pertahankan perempuan tu. Terpaksalah aku buat begini" Hael terus keluar dari bilik
"Apa yang bising-bising ni?"
Liyana menggeleng kepala sahaja seraya tersenyum kepada Naura yang sudah tersedar daripada tidurnya. Mungkin terdengar perbalahan dia dengan Hael
Pintu bilik dibuka dan kelihatan Hael masuk ke dalam bersama seorang lelaki yang agak tua dan sedang tersenyum miang ke arah Liyana dan Naura
Mereka bercakap dalam bahasa asing membuatkan Naura dan Liyana langsung tak faham dengan perbualan mereka
Lelaki tersebut tidak habis memandang ke arah Naura membuatkan Naura tak selesa dengan pandangan tersebut
"Bob! Arif!"
Kelihatan dua orang lelaki berbadan tegap berada di sebelah Hael
"Kau bawa Liyana keluar dari bilik ni sekarang juga" arah Hael dan mereka hanya mengangguk sebelum menuju ke arah Liyana
"Hey, lepaslah!" Liyana meronta-ronta apabila kedua-dua lelaki tersebut memegang lengannya dengan kuat
Mereka hanya endahkan sahaja rayuan Liyana. Terus dibawa Liyana kekuar dari bilik tersebut meninggalkan Naura bersama lelaki tua
"Selamat berseronok, Naura" kata Hael dengan sinis sebelum menutup pintu bilik
Naura sudah menggigil ketakutan apabila melihat lelaki tua tersebut mendekatinya bersama senyuman yang agak seram bagi pandangan Naura
"Jangan dekat!" Naura memberi amaran kepada lelaki tersebut tapi dia langsung tak takut akan amaran daripada Naura
"Jangan takut, sayang. Marilah dekat dengan abang. Abang jamin sayang akan puas dengan abang" katanya dan terus mencapai tangan Naura
PANG!!
Lelaki tersebut memegang pipinya yang baru sahaja ditampar oleh Naura. Dia memandang tajam ke arah Naura membuatkan Naura menjauhi daripada lelaki tersebut
"Kurang ajar! Sini kau!" lelaki tersebut melangkah laju ke arah Naura
Rambut Naura dicengkam kuat membuatkan Naura terjerit kesakitan. Terasa rambutnya seperti nak tercabut apabila dicengkam dengan kuat
"Jerit lagi! Jerit supaya semua orang dengar suara kau" kata lelaki tersebut dan tertawa dengan kuat
Leher Naura dihidu seraya tangannya mengusap paha Naura yang berlapikkan seluar jeans
"Wangi.."
Naura memandang sekeliling dan dia ternampak sebuah gelas kaca pada meja kecil di sebelah katil. Tangannya lantas mencapai gelas tersebut lalu dihempas kuat pada kepala lelaki tersebut
Naura terus menolak tubuh lelaki tersebut menjauhi dirinya apabila dia sudah tak sedarkan diri
"Ya Allah.." gementarnya dirinya ketika ini hanya Tuhan sahaja yang tahu apabila melihat lelaki tua tersebut sudah tak sedar diri dan kepalanya berlumuran darah
Kedengaran pintu dibuka dan kelihatan Liyana masuk ke dalam. Riak wajahnya kelihatan sangat terkejut taktala dia melihat lelaki tersebut sudah tak sedsr diri di katil
"Awak yang buat semua ni?" tanya Laura untuk meminta kepastian
Naura menundukkan pandangannya ke bawah. Sungguh dia semakin berasa takut dengan perkara yang dia buat pasa lelaki tersebut
"S-saya tak sengaja. L-lelaki tu cuba sentuh saya jadi saya pertahankan diri saya je. Sumpah, saya tak sengana langsung" kata Naura
Liyana memeluk Naura
"It's okay, Naura. Saya tahu awak buat ni untuk pertahankan diri awak. Awak buat benda yang betul dan tepat, Naura"
××××××
"Lu tak ada otak ke?! Asal lu bodoh sangat?! Disebabkan tindakan bodoh lu, gua kehilangan pelanggan tetap kelab ni!"
Naura menundukkan pandangannya daeipada memandang wajah Chan. Dia tak sanggup melihat wajah bengis Chan
"Chan, sudahlah! Dia masih baru lagi jadi bagi dia masa untuk sesuaikan diri. She still a innocent little girl. Dia baru umur 17 tahun!" Liyana cuba mempertahankan Naura
"Gua tak kisahlah pasal umur dia. Gua nak dia layan lelaki je. Itu pun susah ke?!" kata Chan lalu menghentak tangannya pada meja
Naura sudah kecut perut melihat wajah Chan merah padam menahan amarah
Chan datang mendekati Naura lalu dicengkam rahang dengan kuat membuatkan Naura terjerit kesakitan
"S-sakit.." rintih Naura
"Sakit? Ini baru sedikit gua tunjukkan. Kalau lu nak lebih, lu buatlah perangai gila lu. Gua jamin lu dapat rasa sakit yang teramat berbanding ni"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro