bab 9
"Aku macam tak percaya! Kau percaya tak?" kata Ariana, suaranya lantang di kantin itu, jelas menunjukkan betapa gembiranya dia. Yana dan Zara hanya sekadar mengangguk.
Ariana menghulurkan tapak tangannya, sambil membuat ekspresi muka yang menjengkelkan. Yana membuat muka hairan. "Kenapa kau ni?"
"Kata nak belanja aku kalau aku dapat masuk acara."
Yana dan Zara mengeluh pada masa yang sama lalu mengeluarkan seringgit seorang. Ariana mengangkat kening. "Eh, 6 ringgitlah. Aku masuk tiga acara okey."
Masing masing memandang sesama sendiri. "Haih, kau ni. Pokai aku nanti woi." Zara menghulurkan RM3 kepada Ariana.
Ariana tersengih sengih melihat jumlah wang yang berada di dalam genggamannya.
"Hati hati bawak duit banyak banyak. Nanti orang curi." pesan Ikram yang muncul entah dari mana, Farish berada di sebelahnya.
"Oh, hai Ikram. Amacam tadi?" soal Ariana.
Ikram mengeluh. "Teruk." Belum sempat Ariana membalas, Farish menyampuk. "Teruk kepala kau. Dia paling laju kot tadi."
"Kau masuk apa, Ikram?" soal Yana yang berada di sebelah Ariana.
"Lumba lari je." Ikram membuat muka selamba. "Aku tak nak tanya ke?" Farish berkata sambil tersengih. "Buat apa nak tanya kau. Rasanya tak perlu kot." Ariana segera membalas.
Farish menjeling Ariana. Ariana hanya memandang duit yang dipegangnya, jelingan Farish diabaikan.
Farish apa lagi, nampak duit terus dirampas. Terkejut Ariana dibuatnya, nak dicapai tak boleh, Farish mengangkat tangannya tinggi tinggi. Farish dahlah galah. "Duit apa ni?" tanya Farish, tangannya masih diangkat tinggi.
"Kitorang bagi sebab dia dapat masuk acara." jawab Zara.
"Bagilah!" Ariana cuba untuk mencapai tetapi Farish lagi menjengket kaki. "Oh, banyaknya? Kau masuk apa?" soal Farish. Ariana berhenti seketika sebelum cuba hendak merampas duitnya sekali lagi. "Lari dan lompat tinggi." jawabnya sambil membuat muka bangga.
Farish mencebik. "Menyesal aku tanya. Menyampah aku tengok muka kau macam tu." Farish menggeleng kepala dan akhirnya memberi semula duit Ariana.
Zara dan Yana melepaskan tawa mendengar kata kata Farish. Melihatkan muka Farish yang serious tu lagi mereka tak berhenti gelak. Ariana menjeling mereka tapi dua dua terlalu sibuk gelak untuk perasan jelingannya tu.
Ariana mendengus lalu menghentakkan kakinya ke atas kaki Farish, membuatkan Farish mengaduh kesakitan. "Sedap?"
Baru saja Farish hendak balas, Ariana sudah berlari ke tempat lain. Pergi ke arah orang lain.. Ryan.
'Kemonlah, Ryan Ryan Ryan. Takda orang lain ke apa?' fikirnya.
* * * * * * * * * * *
"Thanks for the advice earlier. It helps a lot." kata Ariana, Ryan hanya tersenyum kepadanya. "No prob."
"So, how was it?" giliran Ryan pula untuk bertanya. Ariana tersengih, menunjukkan full package giginya yang putih bersih itu. "I'm happy for you." kata Ryan.
Ariana menunjukkan nombor tiga, Ryan melopongkan mulut. "3? Really? Wow, that's awesome. Hope you can manage to do the best since you're entering three parts. That's a lot."
Ariana mengeluh. "I know, I can't even believe I actually did it. It feels awesome."
"I know. Looking forward to Hari Sukan. Good luck, Ari." Ryan berkata, Ariana mengucapkan terima kasih kepadanya.
* * * * * * * * *
Sebaik sahaja membeli makanan dan minuman, Farish duduk di meja kantin. Menunggu turn Ikram pula untuk membeli makanan.
Sedang asyik dia makan, terdengar pula dua pelajar perempuan sedang bergosip.
"Weh, tengok tu. Sesuai gila kan diorang berdua? Sama sama cantik, hensem. Jelesnya weh." kata seorang pelajar berkulit gelap berkata kepada kawannya yang berkulit putih.
"Memanglah. Dengar kata diorang couple. Tapi, muka diorang hampir sama kan? Entah entah adik beradik kot." kata si putih pula.
Farish memandang ke belakang, melihat Ariana masih berborak dengan Ryan di meja kantin di belakang. Bergosip pasal diorang rupanya.
"Tapi, kau tahu tak pasal lelaki yang Ariana selalu gaduh tu? Dia boleh tahan hensem. Aku tengok diorang berdua pun sesuai jugak."
Kembang Farish mendengar pujian yang datang secara tiba tiba itu. "Hm, boleh tahan. Tapi kalau Ariana taknak, bagi aku je."
"Weh Fari--" belum sempat Ikram menyambung ayatnya, Farish sudah menarik lengan Ikram, menggesa dia supaya duduk diam. Ikram mengangkat kening, mukanya keliru.
"Siapa eh nama dia? Farish kan?" si hitam manis berkata.
Farish membuat muka bersahaja, sebab dah tahu memang diorang bercakap pasal dia. Ikram pula terkejut mendengar nama Farish, hampir tersedak dia dibuatnya. Belum nama dia sendiri disebut.
"Tapi aku lagi suka Ariana dengan Ryan. Muka diorang sama."
"Pshh, Ariana dengan Farish lagi sesuailah."
"No, Farish untuk aku. Ariana ada Ryan kan, so bagi lah Farish dekat aku."
'Amboi, bukan main kau nak rebut aku ye? Macam aku ni barang mainan pulak, Sesuka hati kau je nak claim aku sebagai hak milik kau.' fikir Farish dalam hati. Dia menggeleng kepalanya berkali kali.
Dia memandang Ikram yang cuba menahan tawanya dari tadi. Makanan yang ditelan hampir membuatnya tercekik. Farish hanya menjeling ke arahnya.
Farish memandang ke belakang. Ariana dan Ryan masih berada di meja tu. Geram tengok diorang berdua, Farish menjeling Ariana walaupun dia tahu Ariana tidak akan perasan.
Namun tanpa disangka sangka, Ariana tiba tiba memandang ke arahnya. Terkejut Farish. Melihatkan jelingan Farish itu, Ariana menjelir lidah ke arahnya.
Farish menggeleng kepala, matanya masih menjeling Ariana. Kebudak budakan.
Automatik, dua pelajar perempuan itu memandang Ariana. Agaknya mereka ternampak Ariana menjelir lidah ke arah Farish, mereka berdua segera menoleh ke arahnya pula.
Muka pucat lesi.
Jelingan Farish beralih ke arah mereka berdua pula. Farish bukanlah ambil kisah sangat apa yang diperkatakan mereka, tapi kelakar dan seronok tengok reaksi diorang.
Si putih berkata si hitam manis, "Weh, aku tarik balik. Bukan boleh tahan, tapi oh my god. Dia hensem gila weh!" putih berkata dalam nada excited.
Walaupun Farish agak berterima kasih atas pujian yang agak kelakar si putih itu, dia berdehem kuat. Membuatkan dua kepala itu memandang ke arahnya.
Terus Farish berkata dengan kuat, "Aku dengar."
Ikram di sebelahnya tidak dapat menahan tawanya lagi kerana dia sudah pun ketawa terbahak bahak. Merah padam mukanya, cuba untuk tidak tersedak.
Muka si putih pun sama, merah padam macam tomato. Diorang berdua terus bangun lalu berlalu pergi. Dah malu lah tu.
"Fuyo, ada peminat bro!" usik Ikram, tawanya masih berbisa. Farish tidak membalas, malas nak melayan kerenah Ikram. "Tak sangka aku berkawan dengan orang yang wow, boleh tahan. Oops, maksud aku hensem gila weh. Bukan boleh tahan tau."
Farish menumbuk lengan Ikram sambil berkata, "Diamlah kau."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro