Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 41 - ariana's pov

1 tahun kemudian. 

Kini, semua orang sudah menjejak kaki ke universiti dan kolej masing-masing. Macam yang diberitahu sebelum ni, Farish study dekat London, dia ambil course medic. Since diorang semua bercadang nak apply semua universiti yang sama sebelum spm haritu, Zara, Ariana dan Ryan mendapat universiti yang sama. Yana, Ikram dan kawan yang lain-lain tercampak dekat universiti lain. Nasib hiduplah.

Ariana's POV

Hallo, semua. Ariana here. It's been like, what? A year, right?

Oh ya, aku major dalam environmental studies. Bachelor of Arts. And housemate aku obviously Zara. Aku ada kawan-kawan baru yang lain tapi obviously Zaralah yang paling aku rapat. Yana yang tercampak dekat u lain tu, dia takut sangat aku dengan Zara akan jadi makin rapat dan bila kitorang hang nanti dia takut krik krik je dengan dia so kitorang memang hari hari skype. So rasa macam Yana pun tinggal sekali dekat sini. 

Anyway, sekarang ni --

"ARI, LARILAH BANGANG!" okay, tu suara Zara. Mesti korang wonder apa bendalah yang kitorang buat ni. Bunyi macam trouble je kan. Ha, memang trouble pun. 

Adalah dalam empat lima orang budak perempuan depan aku ni. Aku pandang kan aje budak perempuan depan aku ni, yang aku rasa ketua. Eceh, bunyi macam gangster je tapi pft, rasanya tak layak kot walaupun muka semua acah-acah macam taiko. Sorry to say, muka Yana je sesuai jadi taiko.

"Kau apahal? Nak cari pasal lagi dengan aku?" aku kata sambil tersenyum senget. Well yes, selama aku jejak dekat u ni, aku memang dah masak dengan perangai geng ni. Memang banyak kali jugaklah diorang cari pasal dengan aku. Tah apa yang diorang dengki tah dengan aku. Tak sangka jugak aku dah masuk u pun ada lagi perangai kanak-kanak ribena (diri sendiri pun sama je). 

Yang ada cuma aku dengan Zara, dan geng Siti ni. Sorry aku pakai panggil je apa nama aku suka sebab aku tak tahu nama dia.

But maybe kalau pun aku tahu nama dia, I'll still be calling her Siti till the end.

Tapi belum sempat dia nak bukak mulut nak kutuk aku ke apa ke, Zara dah awal-awal tarik lengan aku dan heret aku keluar.

"Zara, aku tak sempat lagi nak roast Siti tu!"

"Kepala hotak kau nak roast dia, and siapa pulak siti hah? Suka hati jiwa raga kau je panggil dia tu. Nama dia —"

Aku terus mengangkat tangan tanda suruh dia diam. "Whoa there, aku taknak dengar kau sebut nama dia. To me, nama dia Siti, okay?"

Zara pandang aku dengan ekspresi hambar. "You just got weirder each day."

Aku hanya mengangkat bahu, malas dan tak tahu nak respon apa pun, haha.

"Yo, korang kat sini lagi ke?" Ryan tiba-tiba muncul di depan kitorang.

"Eh, kau tak masuk kelas ke?" soal Zara, agak terkejut kerana setahunya, Ryan jarang nak ponteng kelas ni.

Dia menggaru kepala dan memandang ke arah tempat lain dengan awkwardnya. "Uhh, aku.. nak pergi tandas?" jawabnya yang berbunyi lebih kepada soalan.

Ok, ni sah pelik.

Aku memandang Zara, dia pun pandang Ryan dengan pelik. Aku agak kitorang fikir benda yang sama.

"Spill jelah." gesa Zara.

Ryan mengeluh dan menggaru kepalanya. "Fine, Ikram kata dia nak datang sini. He'll be here in like.. 5 minutes I guess." katanya sambil memandang sekilas jam tangan hitamnya.

Ikram dan Ryan sejak 4-5 bulan yang lepas, makin rapat je aku tengok. Aku rasa maybe sebab Ikram bosan takda Farish yang dah awal-awal berambus ke London, Ryan pulak asyik kawan dengan aku je, mungkin dia nak cari kawan lelaki yang lain kot haha sebab tu diorang tetiba je rapat.

Universiti Ikram tak jauh sangat daripada kitorang, so kadang-kadang kitorang lepak sesama.

"Datang sini? Buat apa?" soal Zara. Ryan mengangkat bahu bersahaja. "Don't know, he said he had something important to tell."

Tiba-tiba satu mentol menyala muncul di atas kepala aku. Kononnya lah.

"Hei, apa kata kita hang nak? Alang-alang kitorang ada dekat sini." aku memberi cadangan.

Ryan bersetuju tanpa berfikir panjang, begitu juga dengan Zara. 

Tak tahu kenapa tapi firasat aku mengatakan apa yang Ikram nak bagitahu Ryan tu macam penting sangat. Penting sangat sampai Ryan sanggup ponteng kelas dia. Macam aku tak tahu sejak first day dia masuk u, mana pernah dia tinggal kelas, selain demam, sakit semua tu lah.

/ / / / / /

"Ehh, asal diorang ada sekali dekat sini?" soal Ikram yang terkejut melihat aku dengan Zara. "Yo," tegur Zara sambil membuat tanda peace. Aku hanya senyum kepadanya.

Ryan meletakkan lengannya di atas bahu Ikram, mereka berjalan di hadapan kitorang. Berborak berdua, dengan kitorang di belakang. Aku pandang Zara yang terpinga pinga, macam aku juga. "Diorang berdua ni ignore kita ke apa?" soal Zara. 

Aku mengangkat bahu dan memanggil Ikram dari belakang. "Ikram, ada news apa apa tak?" 

Ikram membuat muka keliru dan menggeleng kepala. "Rasanya takda pape yang baru. Ni ha, mamat ni yang kata dia ada benda nak bagitahu aku." dia menunjuk ke arah Ryan yang kemudiannya memandang Ikram dengan muka terkejut. 

Eh? Bukan dia kata Ikram ke yang nak bagitahu hal penting tadi? 

Ryan terus menarik Ikram ke tempat lain dengan laju. 

"Okay, this is so weird..." kata Zara yang menongkat dagu sambil merenung ke arah diorang. Lagak macam detektif, kononnya lah. 

Lepastu dia tiba-tiba memetik jari dan pusing menghadap aku. "Ari, jom curi dengar!" katanya dan terus mengheret aku, tanpa persetujuan aku!

Tapi aku ikut jugak dia sebab aku pun nak tahu jugak kahkah. Kitorang berjalan di belakang orang ramai dan menyorok di celah-celah pokok. Ryan dan Ikram tengah bercakap dan mereka nampak sangat.. serious? Ok ni lagi musykil aku jadinya. Ikram nampak macam terkejut sangat je dengar apa yang Ryan kata. 

Ish, dari sudut kitorang ni tak dapat nak dengar perbualan dioranglah pulak. Aku menolak Zara, suruh dia ke depan sikit, biar jelas sikit pendengaran aku. Tiba-tiba Ryan pusing ke belakang, memandang kitorang tepat sambil tersenyum. "You think I didn't see you guys behind me? Look, ada cermin kat depan." katanya sambil menunjuk ke arah cermin di hadapannya. 

Kelihatan jelas reflection aku dengan Zara yang tengah menyorok belakang diorang ni. Cis, tak guna punya cermin. 

Zara mengalah dan berjalan ke arah diorang. "Alah, okay okay fine. Bagitahulah kitorang sekali, kitorang kan kawan kau jugak." dia cuba membuat muka simpati. Namun orang yang dia cuba nak raih simpati tu Ryan, memanglah mustahil nak korek rahsia dia. Apa lah kau ni Zara. 

Macam yang aku agak, Ryan menggeleng kepala. Dia berkeras taknak bagitahu kitorang. Katanya ni hal lelaki. 

Tiba-tiba Ikram pusing dan kata dekat aku, "Weh, aku nak tanya kau hal private kejap. Boleh?" 

Aku kata boleh, lepastu dia ajak aku pergi dekat kedai lain, jauh daripada diorang berdua. Ikram kata suruh jaga Zara, mana tahu dia nak acah-acah macam detektif lagi ke macam tadi. 

"Ari, aku nak tanya kau ni. Jawab dengan jujur, eh?" 

Aku cuma angguk je. Tak gemar betul bila orang nak tanya, dia kata macam tu. Sumpah menakutkan. Macam dia nak tanya pasal rahsia aku pulak. 

Dia pandang aku lain macam je, so aku pun ambil air tin yang aku pegang tadi dan minum. Nak hilangkan rasa janggallah katakan. 

"Okay, so, kau suka Farish lagi ke?" direct terus dia tanya aku. Soalan mengejut dia membuatkan aku tersedak minum air. Cis, tak guna punya Ikram. Nasib baik tak tersembur keluar airnya. Karang tak pasal pasal muka dia jadi sasaran untuk aku sembur.

"Tanya lepas aku habis teguk air boleh tak?" aku menjelingnya. Dia tersengih dan menggaru kepala. "Eh, sorry sorry. Anyway, jawablah soalan aku." 

Dia ni serious ke apa? Tak pernah pernah dia tanya perasaan aku tentang Farish selama kitorang dah break ni tetiba je tanya. Ada apa?

Hmm, macam mana aku nak jawab soalan dia ni.. 

"Entah," jawab aku, ringkas. Sejujurnya, aku memang sangat malas bila orang cakap pasal dia. Kadang-kadang terjumpa dengan ex classmates yang lain, sikit sikit diorang tanya, "eh Farish mana?" "eh kau dengan Farish kan?" "eh dia study mana eh?" 

Eh eh memang sumpah malas nak jawab soalan diorang. Asyik tanya pasal Farish je dekat aku, fikir aku ni personal assistant dia ke apa? 

Ikram membuat muka tak puas hati dekat aku. "Alah, mana aci jawab macam tu. Yang ada cuma 'yes' or 'no'." 

Rasanya aku patut jujur je dengan dia, kan? Plus, Ikram bukannya Hana. Ikram lelaki yang baik, he deserves to know. 

"Okaylah, kalau aku nak mengaku, my answer is no."

"No?" soalnya semula, bagaikan tak percaya aku jawab macam tu. Aku mengangguk. "Yes, maksud aku, no. No as in, no I'm still not over him. Hei, come on lah. Baru setahun kot, kau fikir aku boleh move on dalam masa yang singkat macam tu?" 

Lepas je dia dengar aku cakap macam tu, dia terus hembus nafas lega. "Thank god, Farish pun sama." 

"Apa?" aku tanya dia, sebab rasanya aku macam salah dengar.. 

"Apa?" dia tanya aku balik. Rasanya dia perasan dia tak patut cakap tu kot..

Aku menggeleng kepala. "Um, takde apa apa lah."

Ikram tersenyum. Dia tahu aku taknak push dia cakap pasal benda yang dia terlepas cakap, dari gaya dia senyum aku boleh tahu. "Ariana, kau patut tahu sebenarnya ada sebab kenapa Farish buat macam tu dekat kau." katanya sambil tersenyum simpati. 

"Like what?" Nak cakap tu biarlah jelas sikit kan. Aku ni dah lah blur. Dia tersengih menampakkan giginya yang putih tu. "Sorry, takleh bagitahu." 

Aku mengeluh perlahan sambil memandang tin air tadi. Agak dah jadi macam ni. Mana ada senang-senang je nak dapat jawapan. Tulah orang kata hidup ni tak selalu senang. 

"Oh ya, apa benda yang Ryan bagitahu kau tadi? Macam penting sangat je." aku tanya dia, sebab dari tadi aku dengan Zara cuba korek daripada Ryan tapi dia berkeras taknak bagitahu. Lagi buat aku rasa curious.

Tiba-tiba air muka dia berubah. Dari tersenyum terus bertukar jadi serious. Aku salah tanya ke?

Ikram terus berdiri dan memandang jam tangannya sekilas. "Um, sorry, pasal tu pun aku takleh bagitahu." katanya sambil menunjukkan riak muka bersalah. Hm, mungkin Ryan tak kasi dia bagitahu aku. Hal lelaki lah katakan. 

"Jangan risau, lama-lama kau tahu jugak nanti. Okaylah, jom jumpa diorang balik." katanya lagi.

Aku akur dan ikut dia dari belakang. Sebenarnya aku tengah fikir apa benda yang dia maksudkan tu. Dan apa yang dia maksudkan tadi. 

Betul ke Farish sama dengan aku? Kalau betul apa yang Ikram cakap tadi, maksudnya dia suka aku lagi ke? Habis kenapa dia break dengan aku? Ikram kata ada sebab dia buat macam tu. Tapi apa?



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro