Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 40

Ariana memandang Ryan tanpa berkelip mata. Dan tidak berbicara sepatah apa pun sejak Ryan meluahkan isi hatinya. Serba salah pula Ryan dibuatnya. Yelah, tiba-tiba je dia confess, mana tak terkejut Ariana.

Puan Liza datang membawa minuman dan makanan untuk mereka berdua. Namun, ketika dia sampai di ruang tamu, terasa suasana janggal ya amat. 'Apahal sepatah haram pun tak bercakap budak dua ekor ni. Guna telepathy ke apa, haih zaman sekarang dah maju. Aku je ke yang ketinggalan?' Puan Liza bermonolog sambil memerhatikan mereka dari jauh. 

"Ryan, betul ke ni? You're not doing a prank on me or anything, right?" soal Ariana dengan curiga. Ryan ketawa kecil, dia mengambil kek pisang yang dihidangkan Puan Liza. "Of course not. I have never done things like that to you." 

Ariana mengangguk setuju. Betul jugak katanya. Yang paling possible buat prank dekat dia adalah Farish. 

Terus dia menggeleng kepala. Dalam waktu waktu macam ni pun masih nak fikir pasal dia lagi. Teruk. Macam mana nak lupakan dia kalau setiap perkara kena compare dengan Farish?

"Okay, look. I think I went a little overboard. I shouldn't have asked you that. Plus, you just broke up with him. Sorry Ariana, that was rude of me ---"

Ariana mengangkat tangan, memberi signal supaya Ryan berhenti bercakap. "Can I ask you something? Sejak bila awak ...um suka saya?" 

Soalan Ariana itu membuatkan muka Ryan berubah menjadi merah. "Uh... sejak saya kawan dengan awak. It just kind of developed, you know? But then when I realized how much I really like you, it was too late. I know you and Farish both like each other. And I kind of gave up already, so I thought I'd just help you and Farish get together, maybe that way I'd hurt myself so I could move on." Ryan berhenti. Dia memandang lantai, dengan kek pisang masih di tangannya. Tidak dijamah sejak tadi.

Ariana terdiam. Dia tidak pernah terfikir perasaan Ryan. Selama ni, dia fikir Ryan cuma anggap dia tak lebih daripada seorang kawan, seorang sepupu. 

"Awak tak perasan ke? Kenapa saya baik sangat dengan awak selama ni?" 

  Ryan memandang Ariana sambil tersenyum kecil. Senyuman paksa, dia memberikan senyuman paksa. Jenis senyuman yang diberikan seseorang yang memendam kesakitan seorang diri. Baru sekarang Ariana perasan semua tu. Selama ini Ryan cuma memberikannya senyuman palsu. Semua ini membuatkan Ariana rasa bersalah. Kenapa dia tak pernah perasan sebelum ini?

Kemudian Ryan bangun daripada tempat duduknya. "Sorry to bother you, Ariana. Please forget what I just said to you. Pretend I said nothing. I gotta go." 

"Wait!" Ariana menahannya daripada beredar secepat mungkin. Ryan memberhentikan langkahnya ke pintu hadapan, dia memandang Ariana dan mengangkat keningnya. 

"Yes?"

"Um, can you wait for me? Saya tahu mungkin ambik masa yang lama untuk saya lupakan Farish, but can you wait for me? We can be friends for now."

Ryan mengangguk dan tersenyum kecil. "Alright. See you later, Ari."

Selepas Ryan beredar, Ariana duduk termenung di atas katilnya. 

Terlalu banyak informasi yang perlu dihadamkannya. 

Farish akan sambung belajar di London. Ryan mintak Ariana jadi girlfriend dia. Ryan suka dia. 

Terasa macam lembap sangat sebab tak pernah perasan cara Ryan layan dia selama ni. Atau, Ryan pandai berlakon?

Farish. Dia akan sambung belajar di luar negara. Beribu batu jauhnya dari Ariana. 

'Farish, mesti dia nak study medic kan? Tak mustahil dia dapat sambung sana, tengoklah result SPM dia berapa. Dia memang pandai pun. Tunggu, sebab tu ke dia mintak putus? Biasanya orang yang mintak break ni mesti sebab nak berpisah jauh, sebab takut pasangan masing-masing curang. Kan? Tapi, dia pernah kata dekat aku.. walau jauh mana pun aku pergi, dia tetap tak kisah. Dia kata dia kan tunggu aku. Tsk, nampaknya bukan sebab tu. Dia memang dah tak suka aku, kan?' fikirnya dalam hati. 

guysss i want to know what you guys think of ryan i really want to know so comment something plsplsplspslpslspls

if for me i really really like ryan but hes such a pitiful character lolol

P.S - CAN YOU GUYS STOP BEING A SILENT READER ITS KILLING ME. i might just stop writing if no one really comment or critic anything. also, stop commenting "pls update" its getting on my nerves sorry. comment something else pls thank you :)





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro