Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Percutian di Amerika sudah tamat. Kini, terpaksalah Ariana pergi semula ke dalam kehidupannya yang membosankan. Dia menangkap gambarnya di Amerika buat kali terakhir. "I'm gonna miss you America!" jeritnya. "Ari, buat apa tu? Cepatlah sikit. Dah lambat ni." arah Puan Liza. Ariana bergegas mengambil begnya lalu memecut ke dalam flight.

Dia terus duduk bersebelahan ibunya lalu menyumbatkan telinganya dengan headphone. Puan Liza pula sedang khusyuk membaca novel. Perjalanan yang mengambil masa selama 20 jam itu bagaikan 3 jam bagi Ariana kerana dia tidur mati sejak menyumbatkan telinganya dengan headphone. "Ari bangun dah sampai ni." kejutkan Puan Liza.

Dengan mamai dia bangun lalu mengambil begnya dan turun dari flight. Sebaik sahaja sampai di KLIA, perutnya terus berbunyi. "Ibu, jom makan McD~" pujuknya. Setelah beberapa kali memujuk Puan Liza, akhirnya ibunya mengalah. Ariana berjalan dengan lemah longlai. Berjalan seperti mayat hidup!

BUMP! Terlanggar orang pulak. Tulah, jalan macam orang sleepwalking. Cepat cepat dia meminta maaf. "Eh....?" kata lelaki yang dilanggarnya. Ariana memandang ke arahnya. "Eh, mat bangla! Apa kau buat kat sini?" tanya Ariana selamba.

"Saja datang sini nak buang hajat." Farish membalas dalam nada sindiran. Ariana menjelingnya. "Serieslah gila." Farish tergelak kecil. "Aku baru hantar pakcik aku pergi UK."

Baru sahaja dia hendak keluarkan ayat, perutnya sekali lagi. Dan automatik dia teringatkan McD kembali. "Sorrylah aku kena pergi! Perut dah berbunyi." katanya lalu berlalu pergi.

Ibunya, Puan Liza sudah menunggu di McDonald. "Lah, sikit ni je ke? Ibu tau kan Ari makan banyak. Lagi ni ha perut tengah menyanyi." katanya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis di dunia. 'Nak bodeklah lah tu.' fikir Puan Liza. "Nah, ni duit, pergi beli apa yang patut." Puan Liza mengeluarkan wang kertas RM50.

Muka Ariana terus berubah menjadi ceria. Dia terus mengambil duit itu lalu beratur untuk membeli makanan.

"Banyaknya! Ni nak makan satu family ke apa?" Puan Liza terkejut melihat makanan yang berada di tangan Ariana. Ditambah lagi dengan makanan di atas meja. Ariana hanya sekadar tersengih sengih. "Lapar sangat ni.Kalau tak habis, boleh bawak balik."

Puan Liza hanya memerhatikan gelagat anaknya yang seorang itu makan macam tak makan satu bulan. "Ibu kalau tak makan, Ari kebas semua. Boleh?" katanya sambil memasukkan kentang goreng ke dalam mulutnya. "Makanlah, ibu nak kentang je." Ariana memandang ibunya pelik. "Ibu diet ehhh?" usiknya.

Tiba tiba dia terasa sakit di tangannya. Seperti ada orang membaling sesuatu kepadanya. Ariana hanya bersabar. Sekali lagi dia terasa tangannya dilastik. 'Ish, kot ye pun nak ngorat tak payah la main lastik lastik ni. Buat sakit tangan aku je.' Ariana mendengus geram.

Kali ketiga dilastik, terus Ariana mengamuk. "APA MAIN LASTIK LASTIK NI?! NAK MAKAN PENUMBUK AKU KE?" bentaknya. Lelaki itu terus mendiamkan diri. Semua orang memandang ke arahnya. Dia kembali duduk dan makan nuget. 'Nasib baik makanan ni tenangkan aku. Kalau tak, dah lama aku lempang mamat tu walaupun aku tak nampak dia. Nak ngorat tak berani, baik pergi mampus je.' dia bermonolog dalam hati.

"Kenapa Ari jerit tadi?" tanya Puan Liza setelah terkejut mendengar jeritan Ariana yang sekuat ngauman singa. "Ada orang lastik Ari. Nak ngorat lah tu. Ari sedar Ari ni cantik." katanya selamba. Puan Liza tergelak mendengar jawapannya. 'Ya Allah, perangai anak aku ni menurun dari siapa? Yang pasti bukan aku.' fikir Puan Liza.

Kali ini baru Ariana memandang lelaki itu. Terus dia membulatkan mata. "Woi, ni akulah!" tegur Farish. Hampir tersedak kentang goreng yang dimakannya. "Hek eleh, kau ke? Buat malu aku je tadi." kata Ariana. Farish hanya membuat tanda peace lalu kembali makan makanannya, begitu juga Ariana.

Mereka berjumpa lagi sekali selepas makan di McDonald. "Weh, kau ni memalukan aku lah." tegur Ariana. "Apa? Apa aku buat?" tanya Farish kehairanan. Ariana menepuk dahinya. "Tadi tu aku jerit sebab kaulah. Kalau kau tak main lastik lasti tadi, konfirm aku tak jerit." jelasnya.

Farish terus melepaskan tawanya tak henti henti. Orang lain pula memandang Farish dengan pelik. "Kau ni dah kenapa?" tanya Ariana. Farish cuba meredakan tawanya. "Sepatutnya aku yang cakap kau memalukan aku. Yang kau jerit jerit tadi tu kenapa? Semua orang pandang tau tak! Sumpah memalukan." kata Farish sebelum menyambung tawanya.

Ariana hanya sekadar tersengih. "Kau tahu tak kau gelak sensorang ni macam orang gila? Ingat orang tak pandang?" kata Ariana sambil tersenyum sinis.

Farish terus terhenti ketawa. Ariana pula yang mentertawakannya. "Anyway, disebabkan kau buat aku malu tadi, aku ada balasan untuk kau." kata Ariana. Farish pula kelihatan terpinga pinga.

"Weh, Justin Bieber lah!" Ariana menuding jari ke arah seorang lelaki. Farish terus memandang. Ariana merampas topi yang dipakai Farish lalu mengangkat langkah seribu. "Woii!" jerit Farish.

"Tak sangka kau minat Justin Bieber! Kahkahkah. Topi ni aku ambik sebagai tebusan dosa kau kat aku! Babaii!" jeritnya lalu berlari pergi. "Bagilah balik! Woi! Tak guna punya makcik!" Farish mengejar Ariana. Ariana memandang ke belakang lalu menjelir lidahnya. Ariana memecut laju ke hadapan lalu lenyap dari pandangan Farish.

'Ish, minah ni mana pulak? Dahlah ambik topi fav aku. Tak guna betul. Bila masa pulak aku buat dosa kat dia? Sabar je aku ngan minah saleh sorang ni." Farish berkata dalam hati.

'Eh, kejap. Aku kat mana nih?' fikir Ariana. Lepas lari pecut 100m tak tahu arah, lepastu bila dah penat tak tahu diri sendiri kat mana. Ariana mula berasa gelisah.

Dia berlari ke hulur he hilir, semakin lama semakin gelisah. Berlari lagi sampai terlanggar orang. Cuba call ibunya, tapi tak diangkat. Battery hampir kong pulak tu! "Woi! Menda kau buat tu?" sapa satu suara.

Ariana memandang ke belakang. 'Ish, mamat ni lagi.' bisiknya dalam hati. "Haha, sesat ye, dik? Tahu tak jalan balik? Hahahaha padan muka! Balasan ambik topi aku!" Farish ketawa lalu berlalu pergi.

"Tunggu!" jerit Ariana tetapi kelibat Farish tetap tak muncul muncul. Nampaknya hanya satu perkara yang boleh dibuat.

* * * * * * * * * * * *

"Pengumuman kepada semua. Sesiapa yang kehilangan anak sila berjumpa di kaunter pertanyaan sekarang juga. Ibu kepada Hanna Ariana bt Muhd Adam. Sila berjumpa dengan anak anda di kaunter pertanyaan sekarang juga." kedengaran satu pengumuman di setiap ceruk KLIA. Farish hanya tergelak sakan mendengar pengumuman tersebut.

"Ya Allah! Macam mana boleh hilang?" tanya Puan Liza sebaik sahaja ternnampak kelibat Ariana di kaunter pertanyaan. Rasa nak tergelak pun ada juga. Dah besar panjang pun boleh lagi tersesat. Memang macam budak kecil. Ariana terus berubah gembira.

"Ibu! Dah lama tak jumpa!" Ariana datang memeluk ibunya. "Nape tak call je ibu tadi?" Ariana memuncungkan bibrnya. "Eleh, sape suruh tak angkat orang call." Puan Liza hanya tersengih. "Dah, Pak Hamid dah tunggu kita dah tu." kata Puan Liza lalu mereka berlalu pergi.

* * * * * * * * * * *

Ariana duduk di atas sofa. Kemudian bangun. Kemudian duduk semula. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Semua serba tak kenalah katakan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ari kenapa tak siap lagi? Bukan ke nanti Ari keluar dengan Ryan?" soal Puan Liza kepada Ariana.

Ryan dan keluarganya sudah seminggu pindah di sebelah rumah Ariana. Minggu depan Ryan akan mula bersekolah di sekolah Ariana. (Note that Ryan is the same age as Ari). Dan semalam pula Ryan mengajak Ariana untuk keluar bersama untuk kenal lebih rapat lagi, tapi bukan sebagai date (Cehh). Dan sekarang ni Ariana masih tidak bersiap lagi.

Ariana memandang ke arah ibunya. Puan Liza menjongket kening. "Kenapa?" "Ari tak tau nak pakai apaaaa. Ibuu tolonglahh." Puan Liza hanya tersengih sengih. "Yelah, nak pakai cantik cantik mesti nak impress dia kan?" usik Puan Liza.

Ariana hanya sekadar mengangkat bahu.

* * * * * * * * * *

part ni banyak speaking sikit tau maklumlah sebab Ryan takleh cakap Melayu sangat. adapun sikit sikit je so bear with it lol

"Heyy sup." tegur Ariana yang melihat Ryan sudah menunggunya di ruang tamu. Hatinya berdebar debar, mostly mungkin kerana dia perlu berspeaking english sepenuh masa. Ryan memandangnya dan tersenyum, lalu berkata, "let's go."

"Hey, that's mine!" Aiana berlari ke arah Ryan yang memegang makanan Ariana. Ryan. "Nope." sebaik sahaja Ariana hendak menangkap Ryan, dia sudah berlari ke tempat lain. 'Hesh, cepat jugak dia lari. Tapi, aku lapar.'

Akhirnya dia terjumpa Ryan sekali lagi dan menarik bajunya. Ryan memegang makanan Ariana dan mengangkat ke atas, memandangkan dia terlebih tinggi, jadi Ariana pun tak sampai nak ambik makanan tu.

Orang di sekeliling mesti fikir mereka ni sebagai 'foreign couple' walaupun pada hakikatnya Ariana ni anak tulen Malaysia. Walaupun ada mix. Kahkahkah.

Ketika dia berlari mengejar Ryan, dia tersadung ke hadapan. Kakinya terasa sakit. Dia terdiam seketika. Ryan berhenti lalu memandang ke belakang. Cepat cepat dia membantu Ariana. "Are you okay? Did you got hurt anywhere?" soalnya penuh kerisauan.

Ariana melihat lututnya. 'Alah, luka pulak. Takpe, sikit je.' Dia memandang ke arah Ryan. "Nope, no worries." Ryan hanya mengangguk walaupun dia tidak berapa percaya. Ariana menghulurkan tangannya ke hadapan. Ryan mengangkat keningya.

"Now give me back my food." Ariana meminta selamba. Ryan tergelak kecil. Akhirnya dia mengalah dan memberikan makanan itu kepada Ariana. "You look cute when you do that." Ryan berkata.

Ariana terhenti makan seketika. "Do what?" Ryan mengeleng kepalanya. "Nothing."

"I don't like that," kata Ariana lalu memandang Ryan. "When people say something and when I ask back they say nothing." Ryan mengangguk dan tersengih sengih. "I'm sorry but it just kinda blurted out. I don't know why I said that. Sorry." "No, it's okay."

Namun dalam hati dia rasa agak gembira. 'Dia puji aku kan? Kan? Kan? Omg, dia puji aku.'

* * * * * * *

"Hi. I'm Ryan and I'm from Mullingar, Ireland." Ryan memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis. Semua pelajar perempuan di dalam kelas membulatkan mata dan ternganga mulut. Dan tak disangka-sangka, lelaki juga begitu!

"Drop. Dead. Handsome! Ari, cousin kau ke tu?" Zara menyiku Ariana yang berada di sebelahnya. Ariana pula sedang khusyuk membaca novel baru yang dibelinya. Dia masih tidak menjawab pertanyaan Zara. 'Ish, budak ni. Aku tanya boleh dia buat pekak je.' Zara mencebik.

Ariana mengangkat mukanya lalu memandang Ryan. Ryan pula memandangnya dan tersenyum. Hati Ariana tiba tiba berdebar-debar, lalu menguntumkan senyuman kepada Ryan. Sesetengah pelajar menjeling Ariana. Namun Ariana hanya membuat tanda peace ke arah mereka.

Akhirnya tiba waktu rehat, waktu yang dianntikan semua.

"Cmon Ryan! Where are you going?" ajak Ariana yang sudah tidak sabar sabar hendak ke kantin. Yana dan Zara pula pergi ke tandas. Ryan menggaru kepalanya. "Uhh..where's the office?" "Let me be your guide. I'm a directioner, remember?" Ryan tergelak kecil. "Right."

* * * * * * *

"Hm, mat saleh tu siapa?" tanya Farish. Ikram memandang ke arah Farish lalu mengangkat bahu. "Entah, Yana cakap cousin Ari."

Farish hanya sekadar mengangguk. "Asal? Jeles ke? Aku tengok dia macam rapat je ngan Ari. Dahlah hensem, aku rasa kalah Justin Bieber tau." Farish memandang kerek ke arah Ikram.

"Kau ni gay ke apa? Ergh tolonglah," balas Farish. 'Aku jauh lagi hensem daripada mamat tu. Heh.' hatinya berbisik. Farish tersenyum sendiri. Ikram mengangkat keningnya. "Aku cuma nak warn kau, better make the first move. Lagi lagi mat saleh tu ada. Siapa yang tak tergila gilakan dia? Kau tengok kan, budak perempuan semua macam mana."

Senyuman Farish terus hilang. "Hah? Kau cakap apa ni?" Ikram pula tersengih sengih melihat reaksi Farish. "Aku tahu kau suka Ariana, kan?" Ikram menepuk bahu Farish. Farish tidak berkata apa apa, dia hanya memandang Ikram dengan muka terkejutnya.

"Okey, macam nilah. Kau nak aku cadangkan ke first move kau macam mana?" Farish masih memandang Ikram pelik. "Macam ni, kau boleh ajak dia pergi date ke, apa ke. Lepastu, kau boleh confess dekat dia. Say something cheesy. Perempuan suka tu. Takpun, kau boleh --" belum sempat Ikram menghabiskan cadangannya, Farish terus bangun daripada tempat duduknya.

"Daripada kau cakap benda merepek baik aku blah dulu. Adios." Farish berjalan pergi. "Hoi tunggu aku lah! Sorry sorry, aku tak cakap lagi." Ikram mengejar Farish yang sudah meninggalkannya.

* * * * * * * *

"Kita ada lagi 3 minggu je nak buat game. Kalau boleh kita buatlah sebanyak banyaknya. Minggu ni nak buat game apa?" Khadir memulakan bicara. "Oh sebelum tu, Assalamualaikum semua!" Boleh pula lupa nak beri salam.

Pelbagai cadangan sudah dikemukakan. Mereka bercadang untuk buat dua game minggu ini. Game dia macam Running Man tau. Pertama, Hide-and-Seek. Kedua, Find The Spy. ^^

"Untuk game ni, kenalah sumbang duit banyak sikit tau. Sebab kita nak sewa satu tempat, game yang lagi satu pun kat tempat yang sama. Setuju?" tanya Khadir. "Berapa nak sumbang?" tanya seorang pelajar.

"50 sorang." Melopong semua mulut budak Form 5. "Amboiii, banyak gila. Kurangkanlah sikit. Kitorang kan ramai, 50 sorang mesti dah banyak. Sewa tempat tu berapa je kot." "Ok ok, kurangkan 10 ringgit."

"Tak boleh kurang lagi ke?" pujuk seorang lagi pelajar. Khadir membantah keras. "Tak boleh!" "Alah, bolehlah!" kini semua orang cuba memujuk Khadir. Khadir menggeleng kepalanya. "Aku cakap tak boleh, tak bolehlah." Khadir ni memang, keras kepala betul.

"Masalah duit dah setel, tapi nak sewa tempat tu bukan senang. Kena ada orang pandai bodekla." terangnya. "Siapa ada bakat macam tu kat sini?" soalnya.

Semua orang menuding jari ke arah Khadir. Terkejut beruk dibuatnya. "Aik, aku ni pandai bodek ke?" Semua orang mengangguk. "Haritu kau bodek cikgu suruh beli McD, pastu kau bodek pengetua suruh adakan game ni. Jadi kau jelah yang bodek." kata seorang pelajar.

Khadir menggeleng kepalanya. "Haiihh, aku jugak yang kena." Semua pelajar bersorak gembira. Nasib baiklah Khadir ni baik, walaupun keras kepala.

* * * * * * *

Ariana memandang sekeliling. Alamak! Ada Ryan pulak. Nasib baiklah dia dikelilingi perempuan perempuan gedik. Baru first day kat sekolah dah popular. 'Haraplah dia tak datang sini. Shoot dia nampaklah pulak Baik aku lari.'

Zoom! Terus Ariana menghilangkan diri. Bukan dia taknak berjumpa dengan Ryan, well, dia memang taknak jumpa tapi bukan sebab dia jahat ke apa eh. Cuma dia rasa penat berspeaking tambah pula dengan perempuan-2 gatal bersama dengan dia tu. Kalau dia dengan Ryan sekarang ni, mesti lagi ramai orang benci Ariana.

Ariana memandang ke belakang. Dia menarik nafas lega. BUMP! Terlanggar orang pulak. "Adoi, sakitlah." Ariana mengaduh kesakitan. "Woi! Jalan tu pakai matalah!" marah pelajar itu. "Alah, sor---hek eleh, mamat sewel ni lagi." Ariana mencebik, "baru nak mintak maaf."

"Takpe, aku faham. Minah sewel macam kau ni bukan reti nak minta maaf kan?" sindir Farish. "Mamat sewel macam kau ni jalan mesti pakai lutut kan? Dahlah langgar orang, ada hati suruh dia yang minta maaf. Huh!" Ariana membalas.

"Eh, diamlah kau!"

"Eh, kaulah diam!"

"Dahlah mulut laser, takde insurans pulak tu."

"Mulut mana ada insuran."

"Kau je takde."

"Hah eloklah tu. Mamat sewel ngan minah sewel. Kahwin je terus." Yana menyampuk tiba tiba. Ariana dan Farish memandang Yana dengan jelingan yang tajam. "Apa? Aku cakap yang betulkan? Lagipun korang ni sesuai apa. Bagai pinang dibelah dua." tambahnya lagi.

"Sebelum aku dibelah, baik aku belah minah ni dulu." kata Farish. Ariana meandang Farish pelik. "Dahlah, malas nak layan korang." katanya lalu berlalu pergi. "Hei, Ari! Tunggulah!" jerit Yana sambil mengejarnya.

"Hoi! Kau tak rasa ke..." "Rasa apa?" tanya Ariana. "Yang kau ni rapat sangat dengan Farish?" Ariana ketawa sakan mendengar pertanyaan Yana itu. "Aku? Dia? Rapat? Tolonglah Yana oiii. Kitorang ni selalu gaduh adalah." jawan Ariana. "Eh, kau benci dia ke?"

"Yes, sangat sangat!" jawabnya lagi. "Benci boleh jadi sayang tahu tak?" usik Yana. "Itu apa yang orang cakap, Tapi, aku tak percaya." balas Ariana.

"Kalau betul?" tanya Yana lagi. "Esh, kau ni! Takkan terjadi punyalah!" "Mungkin?" "Boleh tak tukar topik?" Ariana mula berasa bosan. "Tak. Sebab aku rasa macam ada sesuatu antara kau dengan Farish. Macam ditakdirkan bersama." Ariana memandang Yana pelik.

"Yana, boleh tak jangan cakap benda merepek? Lagipun kau bukan tukang tilik ke apa pun." "Ok, fine. Kau tak percaya. Tapi kalau kau tetap jatuh cinta dekat dia, aku nak RM100. Boleh?" Yana masih tidak mahu mengalah. Terkejut beruk Ariana mendengar jawapan Yana. "RM100? Gila ke apa?"

Yana hanya tersengih. "50? Bolehlah kau kan kaya." Yana memujuk. "Haiih, yelah yelah. Kira bet ar ni?" Yana mengangguk. Ariana hanya terima bet itu kerana dia bercadang dia takkani jjatuh cinta dekat mamat sewel ni. Mereka berdua menuju ke kelas. Seperti biasa, waktu belajar yang membosankan.

* * * * * * * * *

"Riana?" sapa satu suara. Ariana memandang ke arah pemilik suara tersebut, Ryan.

"Yes?" "Where have you been? I've tried looking for you and it seems like you're...avoiding me." kata Ryan, sedikit kecewa. Sekarang Ariana berasa bersalah pula. "Bukan..no..it's just uhhh- I think you have a lot of fans now. I don't think you need me anymore."

Ryan tergelak. Ariana memandang ke arahnya. 'Aku ada buat lawak ke?' fikirnya. "No way. They're really annoying. Plus, that doesn't mean we should stop being friends, right?"

Ariana mengangguk tanda setuju. "Oh yeah, if you have any free time, can you help with Bahasa Melayu?" Ryan berkata. Ariana berfikir sejenak.

"Sabtu ni?" soalnya. Ryan hanya memandang Ariana. Baru dia tersedar dia bercakap dalam Bahasa Melayu. "Saturday?" Ryan meneka.

"Yes! Wow, I'm impressed." "This Saturday is good. But I have something to do in the evening so I won't be long." Ariana mengangguk. "It's decided, then."

CHAP 4 RELEASED YAY!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro