Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 35

2 minggu kemudian.

"Hei, asal kau sekarang makin distant dengan aku? Aku ada buat salah ke?" soal Farish kepada Ariana.

Ariana menggeleng kepala dengan laju. "Takda pape lah." jawabnya ringkas. Lagi Farish berasa pelik dengan sikap Ariana. Dulu bukan main suka carik gaduh. Melihatkan situasi sekarang, Farish jadi rindu dekat Ariana yang dulu.

"Apa masalah kau?" soal Farish. Ariana mengerutkan kening. "Um, sorry sorry. I mean, kau ada masalah ke? Ce citer sikit dekat aku." Farish membetulkan kata katanya.

Ariana hampir je ketawa sebab ayat mula mula macam mintak gaduh je, yang kedua tetiba caring terlebih pulak.

"No problem. Kalau ada pun, small matter jelah."

Farish memandang Ariana dengan serious. "Ignoring me is not a small matter, to me at least."

"Um, aku tengah cakap dengan kau sekarang?" Ariana memandangnya dengan ekspresi muka 'duh?'

"Maksud aku, aku rasa kau sekarang macam makin jauh je."

"Aku berada 3 kaki daripada kau?" Lagi sekali Ariana membuat muka 'duh?'

Farish ketawa kecil mendengar respons sarkastik Ariana itu. "Kau tahu apa maksud aku kan, alah. Bagitau je, mana tau aku boleh tolong ke, okay? Just tell me."

Ariana memandang Farish selama 5 saat sebelum bercakap. Dia ragu ragu nak bagitahu Farish, sebab dia taknak tahu pun apa reaksi Farish nanti. Dan dia tak rasa nak cakap pasal tu pun, tapi dia kena tahu.

"Pasal Hana lah. Aku rasa ---" kata Ariana tetapi dipotong Farish. "We're back to that again?"

Ariana mengeluh perlahan. Dia tahu dia agak annoying, asyik cakap pasal benda yang sama je, tapi dia tak boleh tahan diri. "Sorry, I just can't help it. I just really don't like her."

"Kenapa kau asyik risau pasal dia je? Kau patut risau pasal aku tau." balas Farish, yang cuba untuk berjenaka melihatkan keadaan yang dirasakan semakin serious baginya.

"Yes, aku risau pasal dia. Pasal kau jugak. Aku risau, kau akan jumpa orang yang jauh lebih baik daripada aku, yang boleh buat kau happy, aku risau aku tak cukup bagus untuk kau. And aku risau, Hana lah yang boleh buat kau happy." terang Ariana dengan ekspresi muka yang serious.

Farish agak terharu sebab Ariana risaukan pasal dia, tapi dia rasa part tak boleh nak buat dia happy tu merepek. Sebabnya, nampak muka Ariana je pun dia dah happy, Ariana tak payah buat apa apa pun dia dah happy.

"Takda apa yang patut dirisaukanlah, okay?" Farish cuba meyakinkannya.

"Kau pernah couple dengan Hana, kan?" soal Ariana pula, secara tiba tiba. Farish terkejut mendengar soalannya itu sampai dia jadi speechless dan hanya memandang Ariana dengan mata yang bulat.

Melihatkan reaksi Farish itu, Ariana sudah tahu jawapannya. Farish tak perlu menjawab pun. Ariana tahu sendiri kebenarannya tapi dia tanya kepada Farish lagi sekali, dengan harapan apa yang diceritakan Ikram pada dua hari lepas adalah tidak betul. Namun, apa yang diharapkan tak semestinya ikut cakap kita, kan?

Flashback 2 hari lepas.

"Sup, ada apa hal nak jumpa aku ni? Oh ya, kita tak boleh lama tau. Kejap lagi aku ada hal lain pulak." kata Ikram sebaik sahaja menarik kerusi dan duduk berhadapan Ariana.

Ariana mengangguk laju. "Okay then, aku straight to the point je eh? Boleh tak kau cerita pasal Hana? I mean, macam mana dia suka Farish semua tu. And, aku nak tahu hubungan diorang."

Ikram mengerutkan keningnya. "Kenapa tak tanya Farish je?"

Ariana mengangkat bahu. "Aku dapat rasakan dia takkan bagitahu aku. So, here I am, asking you."

Ikram mengangguk dan melihat jam di tangannya. "Ok lah, aku cerita sikit je lah eh. Masa dah suntuk. Aku dengan Hana kan dah kenak sejak kecil, so basically aku tahu almost everything pasal dia. Kitorang kenal Farish time sekolah rendah. Kitorang makin rapat dengan Farish, tapi Hana time tu tak suka dia lagi. Start sekolah menengah baru dia suka. Time kita 13 tahun."

"Aku rasa Hana memang suka gila dekat Farish. Tapi dia tahu, Farish tak suka sesiapa. Dia tak pernah suka sesiapa. So, Hana tak mengharap sangatlah. Kitorang selalu hang tau, so parents kitorang pun kenal anak memasing. Hana bagitahu parents dia, yang dia suka Farish. And then both parents Hana dan Farish plan nak satukan diorang, tapi memandangkan diorang ni muda lagi, diorang suruh Hana and Farish kenal lagi rapat je dulu." cerita Ikram terhenti seketika. Dia memandang Ariana, muka dia seperti ragu ragu nak sambung cerita, yang lagi membuatkan Ariana menggesanya supaya cepat.

"So, Hana ajak Farish... couple. Farish ok je, sebabnya dia rasa macam takda pape sangat pun, sekadar nak kenal rapat je kan. Farish told me that. Tapi tak lama lepastu diorang break sebab Farish taknak. Hana pun buat biasa je, dia tak sedih sangat sebab dia dah agak dah pun. Dia tahu Farish tak suka dia, or anyone else, sebab tu dia tak sedih. Parents diorang pun dah tak cakap pape lagi dah pasal plan tu, so diorang takda papelah. Ok rasanya tu je kot. And then he met you, and everything changed."

Ariana seperti tidak mengagak apa yang dikatakan Ikram tu. Dia tak pernah agak yang diorang ni pernah ada hubungan. Dia tak pernah sangka. Dan sekarang dia tak tahu nak rasa apa.

End of Flashback.

"So, kau still sukakan dia ke?" soal Ariana, membuatkan Farish memandangnya dengan muka 'really ariana? really?'

"Kalau aku suka dia buat apa aku confess dekat kau gila."

"Well, manalah tahu.."

"God, sumpah tak. Aku tak pernah suka dia, okay?" balas Farish. Dia tak tahu macam mana lagi dah nak yakinkan Ariana ni.

"Tapi pernah couple." kata Ariana sambil mencebik.

Farish mengeluh. "Boleh tak kita tak cakap pasal ni? Aku tak suka."

Ariana mengangguk. Ada betulnya kata Farish tu, malah Ariana sendiri pun tak suka, tapi dia tak tahu kenapa dia cakap pasal tu. Lagipun, macam yang Ryan cakap, maybe Ariana patut ignore je Hana tu. Plus, kalau dia asyik cakap je pasal Hana, tak pasal pasal nanti Farish tak suka dia pulak. Huish, tak sanggup.

/ / / / /

Farish melihat message yang dihantar Ryan sekali lagi.

kau busy tak? aku nak jumpa kau malam ni, ada hal nak cakap. penting

Sampai sekarang dia masih tertanya tanya apa hal yang penting sangat tu. Setahunya, dia takda buat apa apa masalah sejak kes Port Dickson haritu.

Kalau pasal Hana tu, Farish tahu Ryan percaya yang dia suka Ariana, so dia rasa takda masalah pun yang tu.

"Hei, sorry I'm late. Traffic jam." tegur Ryan lalu menarik kerusi di hadapan Farish.

"Sokay lah. So apa hal yang penting sangat ni?"

Ryan terdiam seketika sebelum bercakap. "Boleh aku order makanan dulu tak? Aku takut kau tak bersedia dengan apa yang aku akan cakap. Well, I'm not even ready myself."

Farish mengangguk dan menunggu Ryan order makanan. Walaupun dalam hati dia macam dah tak keruan sebab gaya dia kata "aku takut kau tak bersedia dengan apa yang aku akan cakap" tu bunyi macam penting sangat. 10 minit berlalu, dia tak sanggup nak tunggu lagi, lalu dia pun bersuara.

"Can't you just tell me? While waiting for the food."

Ryan menunjukkan muka ragu ragu. "You sure?"

Farish mengangguk, walaupun sebenarnya dia rasa macam taknak dengar apa yang Ryan akan cakap, tapi at the same time dia nak tahu jugak.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro