Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 32

"Ibu, biru atau merah yang cantik?" Soal Ariana kepada Puan Liza yang sedang menonton television.

"Pink." jawab Puan Liza tanpa memandang ke arah baju yang ditunjukkan Ariana.

"Ibu, betul betul lah. Mana cantik?"

Kalini Puan Liza memandangnya dan mengerutkan kening. "Itu maroon bukan merah. Jangan kata Ari buta warna."

Ariana membulatkan mata. "Eh, apa ibu ni. Sama je merah dengan maroon. So, maroon ke cantik?" soalnya kembali.

Puan Liza mengangguk. "Ya, dah dah jangan kacau ibu. Drama feveret Ibu tengah on ni." katanya sambil tangan mengisyaratkan suruh Ariana pergi.

Ariana menggeleng kepala dan mengeluh. Dia tak patut kacau ibunya lagi lagi masa drama feveret dia tengah disiarkan. Memang takkan dilayanlah.

Dia masuk ke biliknya kembali dan memakai baju maroon itu. Kemudian dia pergi ke arah cermin dan melihat pantulan dirinya. Dia terus berlari ke ruang tamu.

"Ibu! Rambut Ari, should I cut it?" soalnya kepada Puan Liza.

Soalannya itu membuatkan Puan Liza terkejut sehingga hilang tumpuan terhadap kaca televisyen. "Kenapa nak potong?" soal Puan Liza, curiga.

"Err.. Entahlah.. Ari rasa rambut Ari tak cantik..kot?"

Puan Liza tersenyum. "Ari ada boyfriend ke ni?"

Soalan mengejut Puan Liza berjaya membuatkan Ariana merasakan jantungnya seperti hampir hampir tercabut keluar. "Kenapa ibu cakap macam tu pulak?"

"Yelah, tadi tanya ibu baju mana lawa. Lepastu tetiba tanya pasal rambut pulak. Dulu mana ada Ari tanya pun. Anak ibu ni self conscious ke?"

Ariana tertunduk pandang lantai. "Entahlah, Ari nak nampak cantik jelah, ibu." dia masih cuba menyembunyikan perkara sebenar.

"Yeke? Ni nak keluar ngan sapa ni?"

Ok, yang tu Ariana memang tak boleh nak tipu dah.

"Err..  Farish."

Terus ibunya bangun dan membuat muka 'ha! Busted!'.

"Kan dah kata. So, betul ke Ari dengan dia ni?" soal Puan Liza lagi.

Ariana mengangguk perlahan. Tak berani nak pandang ibunya.

Ibunya datang mendekatinya dan menepuk bahu Ariana perlahan. "Don't worry. Kalau dengan Farish, ibu okay. Ibu dapat rasakan dia ni baik. By the way, Ari tak perlu tanya ibu mana cantik mana tak. Pakai je mana Ari rasa cantik. And you shouldn't feel self conscious over a guy. Be yourself. Lagipun, mesti Farish tak kisah Ari pakai apa pun, kan? You'll still look beautiful in his eyes."

Terpana seketika Ariana mendengar kata kata ibunya. Matanya tak berkelip.

Melihatkan Ariana yang terpaku macam patung, Puan Liza ketawa. "Dah dah, pergi lah cepat siap."

Ariana masuk ke biliknya semula dan mencapai phone di katil.

Dia mendail nombor Farish.

"Hello?"

"Weh, kau datang nanti jumpa mak aku."

"Ha? Mak kau dah tau ke pasal kita..?"

"Aah."

"Okay okay. Be there in 5."

Terbeliak biji mata Ariana dengar. "What?! Cepatnya! Aku tak siap satu habuk lagi gila!"

"Well, cepatlah siap. Bye, sayang." Dengan itu, terus Farish matikan talian.

'Wait, what? Did he just call me.. Omg.' fikir Ariana dalam hati.

Ariana menjerit keriangan dan terlompat gembira. Kemudian dia baru tersedar yang Farish akan sampai dalam masa 5 minit sahaja lagi.

Farish tiba di rumahnya tepat tepat 5 minit kemudiannya.

Puan Liza menyambutnya di hadapan pintu rumah.

"Masuklah dulu." jemput Puan Liza ke dalam.

Farish segera menggeleng kepala. "Eh, takpelah, makcik. Tak perlu susah susah. Saya..  Saya cuma nak mintak izin makcik, boleh ke saya bawak Ariana keluar kejap?" pinta Farish dengan sopan.

Nak tergelak Ariana melihatnya.

Puan Liza mengangguk. "Hmm, boleh.. tapi, ingat batasan lelaki perempuan. Jangan nak rapat rapat sangat. Okay?"

Farish mengangguk laju tanda faham. "Iye makcik. Terima kasih, kitorang gerak dulu eh?"

Ariana bersalaman dengan ibunya dan memasuki kereta Farish. Farish mengucapkan salam kepada Puan Liza dan meminta izin untuk pergi.

"Farish." panggil Puan Liza.

Dia menoleh ke belakang. "Ya?" Rasa berdebar jugak, tiba tiba je ibu Ariana memanggilnya.

"Jaga Ariana elok elok, ya?"

Farish tersenyum. "Ya, baiklah. Don't worry, I'll take care of her like she's my own daughter."

Puan Liza ketawa mendengar jawapan Farish. 'Daughter lah sangat. Haih budak ni.' fikirnya dalam hati.

Setelah Farish memasuki kereta, Ariana memandangnya curiga. "Mak aku kata apa?"

"Dia suruh jaga kau elok elok. That's all." Jawabnya, sambil mata tertumpu kepada jalan raya.

"Pandai kau bawak kereta. Sapa punya?"

"Abang aku." jawab Farish ringkas.

Kemudian suasana menjadi senyap. Farish fokus kepada jalan raya. Ariana pulak mindanya tengah fikir satu perkara yang dia sangat sangat curious nak tanya dekat Farish.

"Tadi," kata Ariana. "Kau panggil aku apa?" soalnya.

Farish mengerutkan kening. "Bila?"

"Alah masa aku call kau tadi. Kau panggil aku —"

"Mana ada." Belum sempat Ariana habiskan ayatnya, Farish terus memotong.

Ariana tidak puas hati kerana dipotong Farish. "Betul kan kau panggil aku —"

"Mana ada. Kau silap dengar kot ni." pintasnya lagi sambil tersenyum dan membuat muka tak bersalah.

Ariana mencebik dan mengalah. Tahu sangat dah perangai dia ni. Macam mana Ariana korek sekalipun dia takkan mengaku punya.

/ / / / /

"Kau nak tahu sesuatu tak?" soal Farish kepada Ariana.

"Tahu apa?" soalnya kembali.

Farish mengambil minumannya dan minum. "Masa dekat PD haritu," katanya lalu dia berhenti berjalan. "Aku kata nak jumpa kau. Aku nak bagitau kau something. Ingat?"

Ariana mengangguk. Dia masih ingat, waktu tulah dia baru sahaja bermimpi tentang Farish tu. Nightmare betul sampai dia takut nak jumpa Farish.

"Kau nak jumpa aku sebab apa sebenarnya?" soal Ariana yang curious.

Muka Farish yang tadinya dihiasi senyuman, kini berubah menjadi serious.

"Aku nak confess dekat kau time tu. Tapi kau taknak jumpa aku."

Terkejut Ariana mendengarnya. Betullah apa yang dikatakan Yana dengan Zara. Farish mahu berjumpa dengannya atas sebab lain. Takkan sebab mimpi tu kot. Hish, tak logik betul. Tiba tiba Ariana rasa bersalah. Kalau tak kerana dia takut nak jumpa Farish, mesti semuanya okay je. Mesti diorang takkan bergaduh.

"Sorry. Aku.. Aku ingat.."

Farish memandangnya lama. "Ingat apa?"

Ariana mengeluh. "Macam ni, malam sebelum tu.. Aku mimpi pasal kau.." katanya dan menceritakan lebih lanjut tentang mimpinya.

Farish pula setia mendengar ceritanya. Siap menongkat dagu sambil pandang dia dengan tekun lagi tu.

Selesai bercerita, Farish masih merenung Ariana sambil menongkat dagu.

"Muka aku ada apa apa ke? Asal pandang macam tu?" tanya Ariana sambil menyentuh mukanya. Tiba tiba dia rasa self conscious pulak.

Farish ketawa kecil. "Takdelah. Muka kau cantik je. Cuma, bagi aku mimpi kau merepek dan tak masuk akal." beritahu Farish dengan jujur.

Ariana menggaru kepalanya. "Ah, ye.. Memang agak tak masuk akal—"

"Sebab, aku takkan pernah buat macam tu. Lagi lagi dekat orang yang aku.. ehm..  sayang." kata Farish. Mukanya merah bila dia sebut perkataan sayang tu. Dahlah dia sebut laju.

Ariana tersengih mendengar kata katanya itu. "Apa? Ulang balik." arahnya, walaupun pada hakikatnya dia dengar terang dan jelas perkataan sayang tadi.

Farish menggeleng kepala berulang kali. "Taknak." dia bertegas.

Ariana membuat muka sedih. "Alah, ulang lah balik. Please please please—"

"Tak nak."

"Please, aku belikan kau anak patung feveret kau okay?"

"Ew, aku mana ada anak patung ferevet? Taknak jugak."

"Alah, aku belikan kau gula gula nak?"

"Kau fikir aku budak kecik ke apa? Taknaklah."

"Hm, aku belanja Pizza Hut."

Farish terdiam seketika. "Aku kata, aku takkan lukakan orangyangakusayang." katanya lagi sekali, dengan LAJU.

Dan sekali lagi, mukanya berubah menjadi merah. Farish memandang ke tempat lain, cover muka tomato dia tu.

Ariana tersenyum. Dia tahu dia percayakan Farish.

"Dah, cepat belanja aku pizza."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro