bab 30
Hari hari yang seterusnya, Ariana rasa gembira yang amat. Asyik sengih je memanjang, kadang kadang berjalan kat koridor sampai skipping!
Balik ke kelas, dia nampak semua orang tengah berkumpul. Ketua kelas, Zafril berada di hadapan kelas.
"Ada apa ni?" soal Ariana yang terpinga pinga melihat perbincangan mereka. "Kitorang tengah bincang pasal jamuan kelas. Sila duduk tempat kau secepat yang mungkin ye." jawab Zafril lalu mengarahkan Ariana duduk ke tempatnya.
Ariana mencebik. Cis, orang tanya je. Tu pun dia nak perli.
Ariana melihat semua orang sedang tekun memberi cadangan tentang persiapan untuk jamuan. Wuish, bila pasal pelajaran tak pernah dia tengok diorang semua ni tekun sampai macam ni sekali. Cuma seorang je yang tak tekun, tidur lagi adalah.
Farish sedang nyenyak tidur di belakang kelas, sambil buku menutupi kepalanya. Apa point dia tutup kepala guna buku pun Ariana tak tahulah sebab muka dia jelas menunjukkan yang dia tengah tidur. Farish Farish.
Tiba tiba, muncul mentol kecil yang menyala di atas kepala Ariana. Dia tersenyum sinis.
Ariana mencapai marker pen dan kertas dan mencoret sesuatu di atas kertas itu. Lalu dia pass dekat Ikram yang duduk di sebelah Farish. Ikram menunjuk tanda thumbs up dekat Ariana.
Ikram menepuk bahu Farish dengan kuat, menyebabkan dia terus terjaga dari tidur. Matanya terbeliak dan muka dia terkejut. Dia memandang sekeliling, bagaikan tidak faham apa yang berlaku di sekelilingnya. Memang tak faham pun, baru bangun kan.
Dia menggosok gosok matanya gaya budak kecil. "Asal kau kejutkan aku. Aku baru je tidur tadi." katanya sambil membuat muka sedih.
Cair secair cairnya hati Ariana ketika melihat muka Farish waktu tu. Comel gila dia buat muka sedih macam tu. Tetiba dia rasa bersalah namun diabaikan kerana plan dia sudah pun bermula.
Ikram mencebik sambil menjeling Farish. "Kepala hotak kau. Kau tidur dari waktu first kau tahu? Sekarang ni diorang tengah bincang pasal jamuan so baik kau bangun."
Farish menguap seluas luasnya sambil menggeliat. Ariana yang ketika itu sedang memerhatikan dia, terus menghembuskan nafas lega.
Sekurang kurangnya dia tak rasa bersalah sangat sekarang ni bila nampak betapa hodohnya muka Farish ketika dia menguap tadi. Muka dia yang sedih tadi macam kesian pulak so dia rasa tak sampai hatilah kan.
"Ah, pi lantaklah diorang nak pilih makanan apa. Aku makan jelah apa yang ada nanti." balas Farish lalu terus meletakkan kepalanya di atas meja, mahu menyambung tidurnya kembali.
Namun Ikram segera menghalangnya dengan menepuk meja Farish dengan kuat. "Hoi! Takyah tidur. 5 minit lagi dah rehat. Bangun bangun bangun." katanya sambil menggoncangkan badan Farish berkali kali.
Ariana perasan Ikram seperti sudah tidak sabar hendak menjalankan operasi tu, dia juga turut berasa yang sama.
"Ariana? Kau ada apa apa cadangan ke untuk jamuan?" soal Zafril tiba tiba. Terkejut beruk Ariana dibuatnya sebab dari tadi dia tak pernah tumpukan perhatian dekat diorang. Mana taknya, asyik sibuk perhatikan Farish je.
"Dari tadi diam je, mesti banyak kan?" kata Zafril sekali lagi.
Ariana memandang Zafril yang tersenyum senget kepadanya. 'Cis, mamat ni sah perli aku lagi. Apa yang dia tak puas hati dengan aku pun tak tahulah.' fikirnya dalam hati.
Ariana mengekalkan ekspresi muka tenang dan relaks. "Ada. Aku cadangkan kau tolong sediakan spagetti dan kek coklat. Dengar cerita kau pandai buat kan?"
Pelajar lain mengangguk setuju. Mereka semua pernah merasa air tangan Zafril. Tak dapat dinafikan yang memang masakan dia sedap, so ada peluang, apa lagi, memang Ariana kenakan dia balik lah kan.
Zafril muka dah gelabah. Panik terus. "Ah, err, tapi kan aku sediakan pinggan cawan semua tu. Suruhlah orang lain."
"Tapi kitorang nak jugak rasa air tangan kau buat kali terakhir, Ril." kata seorang pelajar. Yang lain mengangguk setuju.
Zafril berfikir sejenak. Hm, dengar ayat sedih macam tu memang dia tak boleh nak tolak lah kan? Hm, takpa takpa. Yang penting dia tahu masakan dia sedap, sebab tu diorang suruh buat, kan? Dia tersenyum bangga. "Yelah yelah aku buat."
Tiba waktu rehat.
"Ari, jom re-" kata kata Yana terhenti apabila Ariana menyuruh dia untuk diam. "Shh, aku nak stalk Farish jap. Jom ikut aku." katanya lalu terus mengheret Yana dan Zara bersamanya.
"Buat apa nak stalk dia? Aku lapar lah!" Yana merungut. Ariana terus menolak Yana sampai dia betul betul ke belakang Farish.
Seketika kemudian Yana tergelak sekuat yang mungkin. Farish memandang Yana pelik. Ikram hanya tersengih je. Ariana tersenyum sinis sebab Yana dah tahu. Zara pulak terpinga pinga tak tahu apa apa.
Yana menunjuk tanda thumbs up kepada Ariana.
"Kenapa dengan Farish?" soal Zara. Ariana dan Yana berpandangan sesama sendiri dan ketawa. "Pergilah tengok sendiri."
/ / / / / / / /
Farish jadi tak tenteram bila orang yang lalu lalang asyik memukulnya aja. Nak makan pun asyik tersedak.
Sejak Ikram menepuk bahunya masa dia tidur, sampai sekarang. Waktu dia nak makan pun orang kacau! Bukannya dia tengah tidur pun. Hairan sungguh.
"Pehal muka kau masam je tu? Hodoh siot. Tak lalu kalau Ariana tengok." Ikram tegur Farish yang sedang merenung makanan di hadapannya. More like glaring lah.
"Tetiba kau babitkan Ariana pehal? Kau perasan tak orang asyik -"
Sorang lagi pukul bahu dia, dengan kuat sekali.
Farish memandang Khadir yang tersengih sengih.
"Kau hensem sebenarnya bro." kata Khadir kepadanya.
Farish mengerutkan dahi dan membuat muka yang menjijikkan. "Eww, kau ni gay ke apa? Tegak bulu roma aku ni woi!"
Khadir ketawa melihat Farish yang sememangnya geli geleman apabila mendengar kata katanya itu.
"Jangan salahkan aku bila kau tahu nanti. I have nothing to do with that." kata Khadir sambil mengangkat tangan tanda surrender.
With that? With what?
Farish memandang Ikram, bagaikan meminta penjelasan daripadanya namun Ikram hanya mengangkat bahu dan menyambung makan sahaja.
"Apa kena dorang tu weh? Aku terlebih hensem ke harini sampai semua orang nak tegur aku?" gurau Farish. Ikram membuat ekspresi muka meloyakan.
"Jijik ah aku dengar. And I have no answer to that." Ikram dari tadi tahan diri daripada senyum atau ketawa. Kalau dia ketawa, habis! So far so good, until..
Zafril menepuk bahu Farish perlahan. "Cantik baju kau. Cantik hiasan di baju kau." katanya sambil tersenyum perli. Zafril ni kalau cakap apa apa je memang yang keluar cuma perli. Kalau tak perli, orang still fikir tu satu perlian.
Farish memandangnya dengan hairan.
Baju..? Hiasan...?
Farish cuba memproses makna kata kata Zafril tadi. Kemudian dia memandang Ikram tepat. "Apa yang kau buat?"
Ikram membuat muka innocent. "Apa?"
"Apa yang ada dekat baju aku?" soal Farish lagi. Dia cuba untuk mencapai apa saja objek yang berada di belakangnya namun gagal.
Farish pergi ke arah cermin dan memusingkan badannya.
Oh. My. God.
Dia ternampak pelekat di belakangnya yang bertulis, "Sila pukul saya kalau rasa saya hodoh dan gedik."
Hendak saja dia menjerit sekuat hati namun ditahan. Tak pasal pasal pecah cermin tingkap gelas semua.
Dia melihat ke sebelah, Ikram sudah lama berambus dari situ. Heh. Betapa geramnya Farish masa tu terhadap Ikram.
Kemudian dia terdengar suara orang ketawa terbahak bahak di satu sudut.
Siapa lagi kalau bukan Ariana dan minions nya?
"Korang pehal ketawa macam hantu mengilai ni?" soal Farish yang membuatkan mereka bertiga terhenti ketawa. Barangkali tak expect dia tiba tiba muncul.
"Aku memang nak pukul kau banyak kali tadi tapi bukan mahram lah pulak." kata Ariana kepada Farish. Farish menjelingnya. "Tch, fikir kau cantik sangatlah?"
"Ramai gila pukul kau tadi weh." kata Zara pula, dalam nada impressed. Tang mana dia nak rasa impressed pun tak tahulah sebab orang pukul Farish sebab diorang rasa dia hodoh. Kesian lagi adalah.
Farisb mengangkat kening. "Mana korang tahu? Stalk aku eh?"
Tiba tiba Zara terdiam.
Ariana yang tadinya fikir ayat nak perli dia, tiba tiba terdiam juga.
"Ariana yang ajak." Yana dengan selamba badaknya mengaku.
Ariana dan Zara membulatkan mata, memandang Yana bagaikan mahu memukul kepalanya dengan bola rugby sampai dia pengsan.
"Ajak stalk aku?" soal Farish lagi. Yana mengangguk.
Kemudian Farish memandang Ariana tepat. "Kenapa stalk aku? Macam mana kau boleh tahu lebih awal daripada orang lain?"
"Kenapa kau kata aku lagi awal tahu daripada orang lain?" Sengaja Ariana menyoalnya balik.
Farish tersenyum. "Sebab memang aku dapat rasakan kehadiran korang pun. Tak tenang aku nak makan tadi. So, jawab soalan aku."
Ariana mati akal tak tahu nak jawab apa. "Kau perhatikan aku eh?" soal Farish, nadanya lebih kepada gurauan namun di dalam hatinya, siapa yang tahu.
Ariana mencebik. Tahap perasaan mamat ni melampaui batas betul. Memanglah dia perhatikan tadi, tapi tu bukan sebab yang sebenar.
"Sebenarnya, aku yang suruh Ikram tampalkan benda tu dekat belakang kau. Dah, aku dah jawab. Bye." jawab Ariana lalu terus mengangkat langkah seribu.
Farish terpinga pinga mendengar jawapan Ariana. Baru je dia nak berangan Ariana perhatikan dia, tengok tengok itu yang dia jawab.
Wait, rupanya dia yang buat semua ni?
"Dasar makcik gedik!!!" jeritnya lalu mengejar kelibat Ariana yang makin menghilang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro