bab 28 - ariana's pov
Note: gambar di atas, atau tepi, tu Ryan. Hensem kan kan? Hoho.
"So, macam mana PD? Mesti best kan?" Abah terus tanya lepas je aku masuk kereta.
Aku ketawa hambar. "Hm, best sangat abah. Best gila."
Aku rasa Abah dapat kesan nada sarkastik aku tu, sebab tu Abah pandang aku dengan muka risau. "Kenapa? Tempat tu tak best ke? Did something happen?"
Aku pandang Abah, dan tunjuk dekat muka aku. "Ni, nampak tak plaster dekat hidung Ari ni?"
"Ya Allah, ada orang tumbuk Ari ke ni?" teka Abah. Aku menggeleng kepala. "Taklah, kena bola. Hal kecik je ni."
Abah pandang aku pelik. "Kalau hal kecik, takkan Ari takda mood sepanjang trip kot?"
Aku terdiam. Abah pun tak kata apa apa. Aku tahu Abah sebenarnya nak aku jelaskan apa yang berlaku, tapi buat masa sekarang aku malas nak bercakap. Malas nak buat apa apa. Yang sekarang ni aku tahu katil empuk aku mesti dah tunggu aku lama. Tak sabar nak tidur.
Sampai je rumah, aku terus baring atas lantai dekat ruang tamu. Dah penat sangat, sampai lantai ni pun rasa empuk sangat bagi aku.
"Ari, buat apa ni?!" jerit ibu sebaik sahaja nampak aku terbaring atas lantai.
"Tengah menyelam dalam air. Wuish cantiknya ikan ni." aku balas dengan nada sarkastik.
Haih, sorry lah bu. Memang dah penat gila ni. Memang keluarlah perangai aku yang bila dah malas nak melayan orang, akan keluar ayat ayat sarkastik aku. Dekat sesiapa sahaja. Ibu bapa tidak terkecuali.
Ibu hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat aku.
Lepas aku tidur kejap, aku bangun, mandi, solat, dan baring balik atas katil.
Bukak phone.
Aku nampak ada notification dari... Farish.
Bila baca, sumpah rasa macam nak menangis.
Farish: ariana. aku mintak maaf sangat sangat. aku masih rasa bersalah lagi, walaupun kau dah maafkan aku. Dan mungkin sampai bila bila aku rasa akan rasa bersalah. im sorry for hitting you. im sorry for being the reason you got blood on your nose. for being the reason you fainted. im sorry for being such an egoistic idiot. im sorry for always causing you trouble. im sorry for being a burden to you. im sorry for being a terrible friend to you. am i even worth being called your friend? im sorry for everything. thanks for being a really great friend to me.
Ok, aku dah menangis dah ni. Farish, kenapa kau buat aku susah nak lupakan kau? Kau buat aku rasa macam nak reply je message kau ni.
Tolong, buatkan aku lupakan kau. Aku taknak lagi benda yang lepas diulang kembali. Walaupun aku rasa kau memang dah menyesal, tapi aku tak boleh. I just can't.
Hari Isnin.
"Hoi!" Yana menepuk meja dengan kuat. Ei, dia ni. Saja nak bagi aku heart attack ke apa?
Aku pandang dia sambil angkat kening. Yana dan Zara mengeluh. "Kau ni, aku tengah bercerita lah. Yang termenung tu kenapa?"
"Oh, sorry tak perasan. Kau cerita pasal apa tadi?"
Yana menjeling aku. "Dahlah, aku malas nak ulang balik. Membazir air liur aku yang berharga ni je." Typical Yana.
Kalini Zara pula yang menepuk meja. Apa korang ni main tepuk tepuk meja? Menganggu konsentrasi budak lain nak belajar lah.
Aku pandang sekeliling kelas, tengok semua orang tengah bersembang, sama je macam kitorang. Cis, ingat belajar. Tetiba mata aku terpandang Farish.
Dan dia tengah pandang aku jugak. And for some reason I can't take my eyes off him?
Dia pun cuma pandang aku je, bukan menjeling, takda perasaan pun bukan. Tiba tiba dia senyum dekat aku, I REPEAT, SENYUM.
Jantung aku tetiba berdebar dengan laju. Aku terus pandang depan balik.
Hish, dia ni pahal tetiba senyum kat aku macam tu? Mana pernah dia nak senyum tanpa sebab. Ni saja je kan nak menghancurkan plan aku nak jauhkan diri daripada dia.
Zara dengan tiba tibanya tepuk tangan hampir hampir je dengan muka aku. Terkejut beruk aku dibuatnya.
"Kau ni asyik termenung je dari tadi." tegur Zara. Aku menggeleng kepala, cuba menafikan padahal memang betul pun. "Mana ada."
Yana memandang aku dengan curiga. "Ye ke? Ok then, cuba bagitau apa yang Zara cerita tadi?"
Aku mengerutkan kening. "Eh, bukan kau ke yang cerita?" Aku pandang Yana.
"Ah, sudah. Kau ni lagi teruk. Ari, kau ada masalah ni kan, cuba bagitau kitorang." kata Zara.
Aku menggeleng kepala dengan laju. "Takde pape lah."
Zara mengeluh. "Tengok, bila kitorang suruh bagitau, kau kata takda pape. Lepastu bila kitorang cuba nak distract kau daripada asyik bersedih je, kau yang asyik termenung. Look, we're trying to help you. So tell us, okay?"
Aku pandang diorang. Patut ke aku bagitau? Eh, tapi takkan diorang tak tahu kot kes Farish tu? Kan?
Aku cuma geleng kepala, taknak bagitahu diorang. Eh, bukan taknak bagitahu, sebenarnya diorang tahu, aku just malas nak bukak cerita. Biar jelah macamni.
"Ariana, kenapa aku tengok kau dengan Farish tak bercakap? Kau marah dia lagi ke?" soal Zara tiba tiba. Dahlah dengan muka serious pulak tu.
"Mana ada. Kitorang ok je." aku jawab, lepastu cepat cepat keluarkan novel yang ada dalam beg aku. Lepastu aku baca.
Which means, aku bagi signal jangan ganggu aku. Yang diorang faham dengan baiknya bila aku dengar Yana mengeluh dan berkata, "Dahlah, Zara. Jom teman aku gi tandas jap."
Tiba tiba ada orang duduk dekat kerusi Yana. "Hi."
Please, jangan mamat tu, please jangan.
Aku toleh ke kanan. Oh. Ryan rupanya.
Dia tersenyum dekat aku. Aku pun senyum jelah. "You look disappointed. Were you expecting someone else?" dia kata, membuatkan mata aku membesar dua kali ganda. Dia ni mind reader ke apa?
Aku pandang dia, tapi dia still tersenyum. Muka innocent lagi.
"What are you reading?" dia tanya, mata memandang buku yang aku pegang.
Aku cuma angkat buku, bagi dia baca tajuk. Malas nak cakap. Haha.
"You weren't reading, right?" dia tanya dengan muka serious. Hah, dah kenapa tanya soalan pelik camtu?
Aku kerutkan kening, pandang dia pelik. "Of course, I took out this book so that I could stare at it all day." Sorry, can't help being sarcastic. Harhar.
Ryan tergelak kecil. "That's not a sarcastic comment because that's exactly what you're doing." dia berkata dengan yakin.
"What, you mean I just stared at this book? No, I was reading it, okay." aku protes, sebab aku tanak dia menang. Muka dia macam dah yakin je dia akan menang.
Lepastu lagi dia tersengih melebar. Apahal mamat ni? Ada virus Joker melekat kat dia ke cemana?
"Well then, explain kenapa buku tu terbalik."
Oh, shoot. Aku cepat cepat terbalikkan buku tu. Hish, Ryan ni kan. Pandai dia manipulate aku. Hish hish.
"Oh, that's... Umm.. It just kind of flipped by itself?" Dah, aku kering idea nak defend diri aku sendiri.
Ryan ketawa. "Stop being funny, okay! You're not reading. Something else is bothering you, isn't it? What's wrong? Is it Farish?"
Wuish, cepat gila dia ni tangkap. Eh, teka. Eh, sama jelah kan. Whateverlah.
"No, it's nothing important. Really." aku pandang dia sambil senyum, tanda aku yakin takda pape pun yang menganggu aku.
Dia macam biasalah, tersenyum je. Tapi kalini dia tersenyum sinis. "You think I'd buy that?"
Agak dah, dia ni aku cuba nak tipu pun tetap dia dapat tahu. Memang takleh sembunyi pun. Ke aku ni senang dibaca? Ada marker conteng dekat muka aku ke? Ada orang tulis 'SAYA ADA MASALAH' ke dekat dahi aku?
Aku bagitahu dia, aku akan cerita nanti. Dia pun ok je, tak paksa aku.
Lepastu aku sambung baca novel balik, kalini memang aku baca k. Tapi aku tak boleh focus, sebab dia masih duduk dekat tempat Yana.
Aku pandang dia balik. Dia macam nak cakap sesuatu je. Lepastu dia keluarkan sesuatu daripada poket dia dan bagi aku.
"Apa ni?" Aku tanya dia.
"Something you love. Oh, and that's not from me. Gotta go, bye Ari." dia kata lepastu terus blah keluar kelas.
Hm, coklat? Something I love? Ni dah sah sah coklat Fererro Roche kan? Obviously lah aku suka gila dengan coklat tu. I mean, sapa tak suka kan? Gila.
Tapi siapa yang bagi?
Ok aku sebenarnya tahu siapa. Aku ni bukannya lembap sangat tak tahu pasal ni.
Mamat ni cuba nak pujuk aku balik ke apa? Tapi aku dah kata aku tak boleh kawan dengan dia lagi dah. Dia ni faham bahasa ke tak? Ke dia tak dengar apa yang aku cakap? Tapi kalau dia tak dengar, kenapa dia bagi coklat ni kan?
Aku abaikan, buat masa sekarang baik aku jamah makanan feveret aku ni. Boleh jadi peneman belajar aku kehkeh. Thanks, kepada yang memberi.
Lepas balik sekolah, aku, Yana dan Zara pergi ke mall sekejap, saja nak lepak.
"Hoi, pergi order kan makanan untuk aku." arah Yana sambil mencampakkan duitnya depan aku.
Aku terus jeling dia. Haktuih betul dia ni. Fikir aku ni bibik dia ke apa?
"Maaf, takda upah taknak buat."
Yana mencebik. "Yelah yelah, pergi beli dulu. Bakinya kau ambiklah."
Aku membulatkan mata. Biar betul Yana ni? Macam tak percaya je. Dia ni bukan aku tak tau, kedekut bukan main lagi. Mata duitan pulak tu. Masa suruh belanja aku pun, paling ok dia boleh belanja cuma teh o ais je kot.
"Pergi cepat sebelum aku taknak bagi upah."
Aku terus bangun dan menarik Zara bersama. "Yang kau tarik aku sekali kenapa?"
Aku tersenyum. "Zara, speaking dengan aku. Sekarang."
Zara mengerutkan kening. "What?"
Aku tarik dia pergi ke kaunter.
Ada seorang pekerja di kaunter tu pandang aku dan berkata, "Hi, selama -- err, Hi, welcome!"
Ha! Belum cakap apa apa lagi jerat dah mengena. Aku tersenyum jahat dan pandang Zara. Zara pun angguk dan tersengih, tanda faham apa yang akan berlaku kejap lagi.
Aku pusing, pandang budak kaunter tu balik. "Um, you, eat here.. Or home?" soalnya dengan tergagap.
"Here. I want, um, two double cheeseburgers, one set and one a la carte, oh and a coke and milo, nine pieces of nuggets and an apple pie. Wait, oreo mcflurry too, please." aku jawab dengan laju, like, really fast. Dahlah aku acah2 guna loghat America.
Bantai je ah, buat gaya gedik, cakap lelaju, dah jadi dah tu loghat America. Kahkah.
"Oh, umm, that's it?" dia tanya aku.
Aku angguk. Wuu, dia ni faham ke apa yang aku cakap tadi? Aku rasa Zara pun macam blur je pandang aku.
Tapi tengok muka dia macam tengah proses je apa yang aku cakap tadi. Muka pun berkerut. Hm, harap jerat kena lagi sekali.
"Do you get what I said?" aku tanya dia balik. "Uh, um.. Yes... No." Akhirnya dia mengaku. Halah halah, kesiannya dia ni. Muka innocent je.
"What? Oh my god, you didn't get what I said?" aku tanya dia lagi, kalini tinggi sikit suara aku. Muka budak ni dah takut dah. Haha, relax ah.
"I'm... I'm sorry." dia minta maaf, muka macam tahan nak nangis pun ada. Waduh waduh, lawak ah. Tetiba kawan dia dari kaunter sebelah datang nak tolong dia.
Cepat cepat aku halau dia. "No, you go mind your own business! I have mine to deal with." aku kata sambil pandang budak kaunter aku ni. Lepas kawan dia tu blah, aku senyum dekat budak kaunter tu. Senyum sarkastik tbh.
"Sorry buat kacau tadi. Saya kena repeat lagi sekali ke order?" aku tanya dia, kalini dalam nada innocent pulak. Budak tu buat muka terkejut, mata dia bulat habis. "Wh- what? Awak boleh cakap Melayu?"
Dia terus hembus nafas lega. "So, tadi tu awak saja je ke buat hal? Bos saya takkan marah kan?"
Eh, dia tanya aku pasal bos dia buat apa. Hish. Haha tapi cute gak en budak ni. Dahlah muka innocent. Wuish. Aku lupa pulak Zara ni kan jenis cepat je tangkap muka budak budak hensem ni.
Ha, agak dah. Patut dia senyap je dari tadi. Duk termenung tengok budak kaunter ni rupanya. Mesti dia tak sanggup nak tolong aku kenakan budak ni. Zara zara.
Aku angguk. Harap korang semua tak lupa yang muka aku ni memang macam mat saleh sikit. Sebab tu aku saja kenakan dia ni. Hahaha.
Lepas je aku repeat balik order, dah dapat makanan semua, kitorang duduk balik dekat meja. Yana pandang aku, muka dia monyok je. Apa kena pulak budak ni?
"Lamanya kau order. Perut aku dah nyanyi lagu screamo dah tau."
Aku cuma tersengih dekat dia. "Sorry, ada mission jap tadi. Kan, Zara?"
Zara pulak dari tadi asyik pandang budak tu. Ya Allah dia ni tak habis habis lagi ke?
"Weh, budak tu cute gila, kan? Dahlah cute, naive pulak tu. Aku tak bolehlah kalau ada mamat macamni."
Aku cuma mampu menggeleng kepala. Typical Zara.
Kitorang pergi mall sekejap je, lepastu pergi rumah aku sebab nak buat projek yang cikgu suruh.
"Woi, kau selongkar apa tu?" aku tanya Yana, yang tengah busy selongkar laci aku.
"Diari kau. Diari kau mana?" dia tanya aku dengan selamba. Eh eh, dia ni. Nama pun diari, obviously lah aku sorok tempat yang orang lain takkan tahu.
"Eh, pengy!" Zara menjerit lalu memeluk Fa-- I mean, Penguin.
Aku terus rampas Penguin daripada dia. Sorry Zara, aku ni posessive sikit kalau bab bab penguin ni.
Lepastu dia rampas balik daripada aku. Kitorang tarik sama tarik.
"Eeh, janganlah tarik! Koyaklah nanti Farish!"
Alamak. Terlepas cakap. Oh my god.
Zara dengan Yana automatik pandang aku. Zara terus lepaskan penguin.
Relax, Ari. Act innocent. You're good at acting.
"Apa korang ni?" aku tanya diorang, uba buat buat innocent.
"Jangan bagitahu kitorang yang kau..." Yana berkata sambil pandang Zara.
"...namakan Penguin tu Farish?" sambung Zara.
Aku tutup muka. Habislah, rahsia aku..!
Diorang berdua terus ketawa terbahak bahak. Hish, buat malu gila! Ariana, kenapa kau namakan dia Farish?! Tengok kan dah kena. Haish.
Yana siap kesat air mata dia lagi sebab ketawa terlebih sangat.
Zara pulak dah berhenti dari ketawa, tapi dia masih tersengih sambil pandang aku sinis.
"Ari, aku tahu kau sukakan dia lagi, kan? Tapi kenapa kau ignore dia?" soal Zara.
Hm, Zara ni kenapa tetiba je.
"Entahlah. Maybe sebab aku rasa sakit hati bila tengok muka dia."
"Tapi kau suka dia?" Yana tanya, dia tak faham lah tu.
"Memanglah, tapi... Entahlah. Mungkin aku patut lupakan je dia."
"No no, kau ni cepat betul nak give up kan? Cakap jelah dengan dia. Lagipun 1 minggu je lagi dia nak pindah balik sekolah lama."
Eh, seminggu je lagi? Wow cepatnya.
"Baguslah, lagi senang aku nak lupakan dia." Aku jawab.
Zara dengan Yana mengeluh. Aku terus keluarkan buku dan ignore diorang.
"Aku cuma nak pesan je kat kau. Jangan menyesal bila dia dah pergi nanti."
Aku tersentak dengar kata kata Zara tu. Tersentak sebab terasa. Ada betulnya kata kata dia tu. Patut ke aku ikut cakap diorang...?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro