Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 27

Farish berlari turun ke swimming pool. Ya berlari. Sebab? Kena kejar dengan Yana. 

"Yana, stop! Tolong jangan pukul aku!" pinta Farish berlari keliling pool. "Kau lah stop!"

Farish tiba tiba berhenti. "Aku dah stop. Okay?" katanya sambil tercungap cungap.

Yana hanya menjeling tajam ke arah Farish. Rasa geram dekat lelaki yang ada dekat seberang pool ni memang dah melimpah ruah dah. Kalau Yana jadi Hulk, dah lama Farish kena lenyek dengan dia.

Melihatkan Yana yang tidak bercakap sepatah habuk pun, Farish ambik peluang untuk dia teruskan bercakap.

"Okay, aku mintak maaf sangat sangat pasal semalam. Seriously menyesal. Sangat." kata Farish, dia masih berada dalam jarak yang agak jauh daripada Yana. Manalah tahu tiba tiba Yana launch penumbuk dekat Farish ke.

Yana hanya mendiamkan diri, tiba tiba dia membulatkan matanya. "Tu, apahal bibir kau tu? Kena tumbuk ke?" 

Farish mengangguk. "Aah, Ryan yang kasi hadiah luka kat bibir aku yang flawless ni. Tengok dah ada flaw. Hish." 

"Serious ah kena tumbuk? Wah, tabik spring dekat Ryan. Ingat nak hadiahkan lagi satu untuk kau." katanya sambil tepuk tangan.

Farish terus menjelingnya. "Serious aku tak bermaksud nak baling dekat dia. Mana aku tau kena tepat muka dia. Aku cuma geram sebab dia macam nak tak nak je cakap dengan aku. Tapi takdelah sampai nak balas dendam baling dekat muka dia. Serious takda niat macam tu. Tapi lepas dia kena baling tu aku buat lek je. Ya aku tahu aku ego. Tu sebab aku nak mintak maaf. Aku tak tau apa kena dengan aku, tapi aku.. entahlah. Apapun aku mintak maaf sangat sangat." 

Yana terdiam dengar penjelasan Farish yang panjang lebar tu. Agak dah lama sikit tu baru dia cakap. "Kenapa mintak maaf dekat aku? Ariana ada dekat sana. Pergilah." kata Yana sambil memandang Ariana yang memandang mereka berdua.

Farish pusing ke belakang dan meneguk air liur. "Weh, aku.. mintak maaf pasal semalam. Aku umm.. serious tak berniat nak buat kau camtu." Farish memandang Ariana dengan penuh debaran.

Ariana memandang Farish agak lama, tanpa berkata apa apa. Wajahnya tak dapat dibaca, emotionless. Kemudian dia hanya sekadar mengangguk kecil. Dan berlalu pergi ke cafe.

Farish terpinga pinga sebab Ariana tinggalkan dia macam tu je. Dia pandang Yana nak mintak kepastian. "Dia maafkan aku ke tak tu?"

Yana mengangkat bahu. "Try harder."

Farish mengeluh dan bertemu dengan Ikram dan Hana.

"Weh, korang.. tolonglah aku." dia merayu, tapi Ikram buat sombong dengan dia.

"Taknak. Aku tanak tolong kawan sekejam kau ni." katanya. Hana hanya terdiam sebab kesian Farish kemain lagi merayu tapi Ikram buat tak tahu.

"Aku tak berniat nak buat dia macam tu weh. Serious aku tak tahu pun bola tu akan kena dia." Farish memberi penjelasan.

Ikram menggeleng kepala. "Kau ingat aku tak nampak sebelum tu kau dengan dia macam mana? Dan lepastu, ada kau tolong dia?"

Farish mengeluh.

"Ya.. aku tahu. Ego menguasai aku. Aku tak tahu apa kena dengan diri aku masa tu. Tapi aku dah menyesal, tolonglah aku. Ya?" dia merayu lagi.

Ikram mengeluh. "Aku bukan apa, cuma aku takut kau akan buat lagi masa akan datang."

Farish laju menggelengkan kepalanya.

"Tak, serious. Aku menyesal gila gila dengan perbuatan aku. Aku janji, aku takkan sakitkan dia lagi." katanya dengan penuh semangat.

Hana dan Ikram memandang sesama sendiri. "Betul ni janji?" tanya Hana, meminta kepastian. Farish mengangguk, mukanya nampak determined.

"Baiklah. Kau dah janji. Tapi kalau kau buat lagi sekali, terimalah padahnya. Ada faham?" Ikram berkata dengan nada yang cukup tegas.

"Ya ya, so tolong aku eh?"

"Memanglah, tapi nak tolong apa?"

"Macam nilah. Ariana taknak jumpa aku, Yana dengan Zara pun tak kasi aku jumpa dia. So, boleh tak korang pujuk dia?"

Hana mengerutkan kening. "Tapi kita balik esok dah, bilanya kau nak jumpa dia? Lagipun belum tentu kitorang dapat pujuk dia ke tak."

"Halah halah, janganlah macam ni. Doakan jelah untuk aku eh? And, tonight kalau boleh." balasnya dengan wajah serious.

/ / / / / / /

Ariana mendengus geram lalu terus dia berpatah balik menuju ke biliknya.

"Ariana! Ariana! Janganlah lari. Please dengar aku dulu, okay?" jerit Farish dari belakang.

Langkah Ariana terhenti sebaik sahaja dia dengar Farish menyebut namanya.

Dia cuma memandang Farish dengan ekspresi kosong.

"Please?" Farish merayu lagi, sambil buat muka comel.

Hampir hampir je Ariana tersenyum tengok Farish buat muka bajet comel macam tu tapi dia berjaya cover dengan pusing pandang tempat lain.

"Ni, Hana dengan Ikram ke yang rancang?"

Farish menggeleng kepala. "Aku yang suruh diorang. Sorry, aku terpaksa."

Ariana mengeluh dan melihat jam di tangan. "Apa apa nak bagitahu, cepat sikit. Aku nak naik bilik awal. Lagipun tak manis lah orang tengok kita berdua je, malam pulak tu. So please, cepat."

Farish menarik dan menghembus nafas berkali kali. Tangannya sejuk. Kaki sejuk.

Ariana hanya mendiamkan diri walaupun Farish sudah selesai memberi penjelasan dan meminta maaf.

"Ari, tolonglah. Maafkan aku, please?"

Ariana tersentak tiba tiba.

Farish yang perasan riak mukanya berubah tiba tiba terus panik. "A-aku ada cakap something wrong ke?"

Ariana menggeleng kepala. "Aku boleh je maafkan kau, tapi.. aku takut kau akan buat lagi sekali. Bukan setakat hidung aku yang sakit, tapi hati aku. Hati aku lagi sakit tahu?"

Farish mengangguk perlahan. Rasa bersalah memang dah terlebih tebal dalam diri.

"Ya.. aku tahu. Aku minta maaf. Aku janji, aku takkan sakitkan kau lagi. Okay? Aku janji." katanya sambil mengangkat tangan, tanda janji.

Ariana memandang bawah, mukanya seperti tengah berfikir. Memang berfikir pun.

"So, macam mana? Boleh tak kau maafkan aku?" soal Farish, mukanya penuh dengan harapan.

Ariana memandangnya dan mengeluh. "Ya.. aku maafkan kau. Tapi, we can't be like how we were before."

"Maksud kau?" soal Farish kehairanan.

"Aku rasa sakit hati bila cakap dengan kau. So, aku rasa, kita tak boleh nak kawan macam dulu lagi dah. Maaf."

Kata kata Ariana tu berjaya buatkan hati Farish sakit. Sakit sangat. Macam mana sakit hati Ariana, macam tulah sakitnya hati Farish bila dengar kata katanya itu.

Ariana kemudian berlalu pergi begitu sahaja.

Farish duduk termenung di bangku agak lama.

Tanpa Farish sedar, for the first time in forever, air mata dia jatuh. Kerana seorang perempuan.


a.n //

next update agak lewat, iaitu pada cuti bulan ni. alah dua minggu je lagi, sabar eh? hohokeep reading :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro