bab 25
Sebaik je Ariana sampai di lobi, Farish terus datang menegurnya. "Kau okey ke?"
Ariana pula pelik dengan perangai Farish yang tah tiba tiba prihatin. "Umm, ya kenapa? Why wouldnt I be?"
"Takdelah. Semalam kau kan.."
"Aku apa?"
"Um takde papelah. Oh ya, aku nak bagitau kau sesuatu ni. Tapi.." kata Farish, memasukkan tangan dalam poketnya.
"Ba-bagitau apa?" tanya Ariana kepadanya. Farish terdiam. Tiba tiba rasa ragu pulak. "Eh takde papelah. Tak jadi pulak."
Ariana menghembus nafas lega. Nasib baik. Jangan mimpi dia haritu jadi real sudah. Menyeramkan betul. Dia memandang jam di tangan. "Eh, dah lambat lah! Diorang nak start game dah ni! Jom ah."
Farish cuma mengangguk dan mengekori Ariana dari belakang. 'Macam tak sempat je nak bagitau dia ni. Takut dia tetiba nangis macam semalam pulak, habis kang aku. Duh, macam mana ni?' fikirnya.
"Oi, ni pesal lambat ni? Dating eh?" tegur Khadir sebaik sahaja nampak kelibat diorang berdua.
"Hahaha, I wish." jawab Farish spontan. Tiba tiba suasana sunyi sepi. Tiga tiga terdiam sebab dengar jawapan Farish. Farish apatah lagi.
"I mean, um, nothing. Tadi, makcik ni ha nak keluar tandas lambat sangat. Nak tercirit aku tunggu." pantas dia cover balik.
"Eh, tapikan, aku sebenarnya suruh Yana dengan Zara yang tunggu aku. Kenapa kau pulak yang ada?" soal Ariana kehairanan.
"Sebab kau lambat sangat. Tu pasal diorang suruh aku."
Ariana memandang Khadir yang dari tadi tersenyum macam monyet dapat pisang.
Ni mesti dia fikir yang Farish ni sweet sebab tunggu dia, kan?
"Kau jangan fikir bukan bukan eh." dia menuding jari dekat Khadir. Khadir pulak terpinga pinga. "Macam mana kau.."
"Read your mind? Aku ni pakar Khadir. Dahlah, kata dah lambat. Mana diorang?" Ariana menukar topik.
"Tuu, tengah main bola tampar. Tak nampak ke?"
/ / / / / /
"Ariana, tadi aku nampak Mira dengan Farish. Diorang nampak rapat sangat." kata Hana yang tiba tiba datang kepadanya.
Ariana tersenyum. "Kenapa kalau diorang rapat pun?"
Hana tersentak. "Kau tak jeles ke? Kan kau suka Farish.."
Ariana menggeleng kepala. "Takdalah, aku tau Farish tu baik. Mira pun baik. Lagipun, aku tau dah Mira tu suka siapa. And that guy is not Farish."
Hana menggeleng kepala. "No no no, Ariana. Kau kena percaya cakap aku. Diorang betul betul nampak macam... couple. Macam bercinta."
Ariana yang tadinya hati tengah tenang, mula rasa berdegup kencang dan tidak senang.
Melihatkan Ariana yang tidak memberi sebarang respon, Hana meneruskan cerita. "Aku tak senang tengok, tu aku spy diorang tu. Aku.. aku dengar Farish panggil dia sayang."
Hati Ariana rasa macam kena koyak, koyak dengan ganas sekali. Koyak pastu dipijak pijak dengan kasut tumit tinggi. Ha korang faham kan perasaan dia?
"Aku.. aku tak kisah." balas Ariana, walaupun mukanya jelas sekali berkata sebaliknya. Hana sendiri tahu. Dia menepuk belakang Ariana perlahan. "Sabar eh, Ari. Aku pun tak tau Farish suka dia."
Ariana terus berdiri. Dengar Hana cakap macam tu lagi buat dia sakit hati je. Bukan dia tak suka Hana, tapi dia perlukan masa bersendirian.
Betul ke apa yang Hana kata tu? Jadi selama ni Mira tipu dia ke? Farish? Farish cuma bagi harapan palsu je lah dekat dia selama ni?
Kenapa, selama ni Ariana fikir Farish.. ah tak mungkin. Tak mungkin Farish suka dia. Kenapa Ariana tak boleh agak selama ni?
Memanglah Farish akan suka dekat Mira tu, tengok jelah rupa. Cantik, putih, tinggi, kurus. Memanglah orang minat.
Ariana? Walaupun memang betul dia ada ramai peminat jugak, tapi dia selalu rasa dia ni tak wajar ada peminat. Like, apa yang diorang nampak dekat dia?
"Ari, lepas ni giliran team kita. Bersedia eh." tegur Zara dengan Yana. Ariana mengerutkan kening. "Eh, tak ikut kumpulan masing masing ke?"
"Taklah. Kan dah kata tadi. Kalini bebas nak main ikut group memana. So yeah, kita satu group. Ni, guys vs girls. So buat yang terbaik eh kengkawan." kata Zara.
Ariana mencebik. 'Lawan laki? Bapak tak adil. Ni kena tunjuk kekuatan wanita ni. Aha. Bersedialah, lelaki. Eh? Lah kena lawan dia ni ke...' dia berkata dalam hati. Terus takda mood bila nampak Farish.
"Kau yakin boleh menang nanti?" soal Farish kepadanya.
"Entahlah."
"Oh ya, nanti jumpa aku tau. Lepas habis game." kata Farish dengan penuh semangat.
Ariana memandang Farish. Yang budak ni asyik nak bagitau aku pasal apa? Dahlah asyik tersenyum je. Tersenyum comel lagi tu. Tak ke bagi harapan namanya tu?
"Kau nak apa Farish?" Ariana mengeluh. Tiba tiba air muka Farish berubah. Seram pulak Ariana melihat.
"Aku ada benda nak bagitau." balasnya ringkas. Mukanya pun dah berubah serious.
Heh, nak bagitau apa? Yang dia suka Ariana? Heh, mimpi jelah. Dah ada girlfriend, pi la cakap ngan girlfriend kan. Tu ha, Mira tengah pandang. Tak tahu malu ke?
"Dahlah, aku malas lah nak layan kau." Ariana mengeluh buat kesekian kali sambil memandang lantai.
Lama jugaklah dia pandang lantai, dan lama tu jugaklah Farish tak bagi respon apa apa.
Ariana akhirnya memandang Farish, Farish pulak pandang dia tepat, dengan mata yang tajam. Sebijik macam mimpi dia malam tu.
Kaku Ariana dibuatnya.
"Ok, next match! Come on!" umum Khadir.
"Aku harap kau buat yang terbaik nanti." kata Farish sambil tersenyum kepadanya.
Ariana menelan air liur. Bukan dia tak tahu, Farish memang dah cukup terasa dengan perangai Ariana tu.
Game dah start, dan Ariana tak sangka Farish memang sangat handal bermain bola tampar. Habis kalah kang team Ariana. Teruk ni.
"Chill lah Farish! Kitorang ni perempuan kot!" jerit Yana.
Farish tersenyum sinis. "Huh, perempuan ke lelaki ke, semua sama bagi aku." dia berkata sambil memandang tepat ke arah Ariana.
'Ah sudah mamat ni. Dia nak aim aku ke?' Ariana bermonolog dalam hati.
Ikram pass bola dekat Farish, Farish pulak terus slam dekat pihak lawan.
Dan tepat kena.. muka Ariana.
Dah kalau slam tu, mestilah sakit kan? I mean, sakit gila. Farish dahlah slam kuat gila, Ariana pulak tak sempat elak, malah terkejut sebab bola tiba tiba menuju ke arahnya dengan laju.
Terbaring Ariana dekat lantai.
Blackout.
"Ariana! Kau okey ke?"
"Ya Allah, hidung kau berdarah!"
Farish hanya memandang orang yang mengerumuni Ariana. Ikram memukul bahu Farish. "Hoi, kau dah kenapa? Taknak tolong ke?"
Dia tak menjawab, cuma memerhatikan mereka sahaja.
"Err... okay. We're cancelling the game. Nanti petang sambung game lain okay!" umum Khadir, dia pun tengah panik sebab nampak Ariana macam tu.
In the midst of all, dia terpandang Ryan. Ryan mengangkat Ariana yang pengsan, sambil memandangnya dengan penuh kebencian.
Farish menelan air liur, tiba tiba rasa takut pulak tengok muka Ryan garang macam tu.
Dia tahu, Ryan selama ni mana pernah pandang kerek atau nampak menyampah dengan Farish, walaupun Farish yang selalu buat macam tu dekat dia.
Malah Ryan selalu senyum dekat dia adalah. Buat Farish rasa bersalah benci dia sebab dia baik sangat.
Dan sekarang ni, situasi dah terbalik. Ryan tadi pandang dia memang penuh dengan hatred.
Farish mengeluh dan duduk di bangku sendirian. Apa yang dia dah buat ni?
Dia duduk termenung di situ agak lama lah jugak. Sampai perut dia dah berbunyi.
Tiba tiba handphone nya vibrated. Dia bukak password, ada message masuk.
Petang nanti jumpa aku. - Ryan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro