Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 23

"Patut ke aku bawak?" Ariana tanya kepada Zara sambil memegang camera polaroid miliknya. Zara yang tengah pakai bedak, pusing belakang dan memandang Ariana. "Bawaklah. Kenangan last kot. Boleh kau ambikkan gambar aku dengan Farhan sekali nanti." jawab Zara sambil tersengih sengih macam kerang busuk. 

Ariana mencebik. "Tak habis habis dengan Farhan tu. Bukan hensem sangat pun. Yang kau nak berbedak bagai ni kenapa? Jap lagi main game, lesap jugak makeup kau ni kang."

"Yelah, bagi kau Farish sorang jelah yang hensem kan. Eh, mestilah berbedak. Nanti nak nampak cantik depan Farhan. Jangan lupa ambik gambar kitorang tau." sempat lagi Zara pesan.

Ariana hanya mampu menggeleng kepala tengok perangai Zara. Tak sudah sudah. "Eh, Yana mana?" soal Zara yang masih memandang cermin. 

"Yana dah lama turun breakfast. Kau ni je lambat sangat. Cepatlah sikit, kalau tak aku tinggalkan kau." kata Ariana yang sudah pun berada di hadapan pintu.

"Hmm, pergilah dulu. Bagi aku kunci bilik." Ariana mencampak kunci ke tangan Zara. Dia membawa beg sandangnya dan keluar daripada bilik.

Masuk je lift, muka Farish jugaklah yang dia hadap. First thing yang attract attention Ariana ialah kaki Farish. 

"Ni apa kes pakai crocs ada button bebanyak ni? Kau hidup zaman mana ni?" tegur Ariana dengan selamba. Nak tergelak dia tengok crocs Farish. 

Hancur imej Farish yang selama ni Ariana fikir memang pandai bergaya. Sekarang dia pakai crocs? Siap ada buttons belambak lagitu. Cartoon pun ada. Aduh mak ai. Farish farish.

Farish mencebik. "Aku takda kasut lainlah. Ni aku punya dulu. Lagipun comel apa buttons ni. Tak macam kau."

"Ada aku kata aku comel ke?" balas Ariana.

"Takde. Sebab kau memang tak comel." 

Ariana baru nak balas kata kata Farish itu tetapi dia baru teringat sesuatu. Lantas dia membuka beg dan mengeluarkan camera polaroid tadi.

Farish pula pelik melihat Ariana yang tiba tiba je tak layan dia. Fokus dekat camera dia pulak. Mereka keluar dari lift.

"Kau buat apa?" dia tanya Ariana. Ariana tidak menjawab, tetapi dia menghala camera ke arah kaki Farish. 

Snap! 

"Hoi kau ambik gambar kaki aku ke apa?" tanya Farish. Ariana menggeleng kepala. "Taklah, aku selfie tadi." sindirnya. Farish yang masih blur, pandang Ariana dengan pelik. 

Ariana mengeluh. "Dah camera aku terang terang hala kat kaki kau kan, takkan aku selfie kot. Kau ni ngek sangat apahal?"

Mendengar jawapan Ariana itu, muka Farish terus berubah merah menahan malu. Dia tunduk, pandang ke bawah dan menggaru kepalanya yang tak gatal. "Oh... yeke.."

Ariana terdiam melihat Farish sebegitu rupa. Terdiam sebab tak pernah tengok Farish tiba tiba jadi comel macam tu. 'Dia malu ke apa? Oh my god, kenapa comel sangat i kenod lah macam ni.' Ariana bermonolog dalam hati.

Dua dua senyap tak bersuara, kaki je berjalan. Farish senyap sebab tengah tahan malu. Yang Ariana pulak senyap sebab terkejut tengok Farish versi comel tadi. Bukanlah selama ni dia tak comel ke apa  tapi tadi tu berganda kecomelannya, bagi Ariana lah. Orang lain tak tahulah.

"Ari! Cepatlah sini makan!" jerit satu suara. Ariana memandang Farish, macam nak mintak izin je nak pergi dekat Yana. Eh, buat apa nak mintak izin? Farish bukan suami dia pun. At least not yet, HAHA.

"Uh, aku pergi toilet jap. Kau pergilah makan." kata Farish lalu terus pusing ke belakang, menuju ke toilet. Tah kenapa dia rasa tetiba jadi awkward tadi. Ariana pun satu. Cakaplah something, takdalah awkward nanti. Haish.

'Kenapa tetiba rasa janggal eh? Lepas je aku suka dia, nak buat apa pun dah macam tersekat. Sebab aku suka dia ke? Sebab dia buat aku berdebar ke? Sebab dia terlalu cantik ke? Wait, aku puji dia. Aku puji dia ke tadi? Hei, Farish. Apa kau buat ni? Sejak bila kau jadi macam ni? Kemon lah Farish. Dia tu kan makcik, kau selalu ejek dia. Takkan tetiba puji dia kot.

Eh, tapi dia memang cantik pun. Wait, aku puji dia lagi ke ni? Ya Allah apa kena dengan aku ni? Farish, stop! Mana perginya Farish yang macho dulu?' Farish membebel dalam hati.

Lama dia duduk dalam toilet dari tadi. Sampai ada orang ketuk pintu, sebab dari tadi tak bukak bukak. Air pun takda bunyi. Orang mesti ingat dia pengsan.

Lepas je dia sampai dekat restaurant tadi, dia terus ternampak Ariana dengan Ikram. Tengah borak sakan. Eh, tadi bukan Ariana dengan Yana ke?

Dia memandang ke tempat lain, nampak Yana tengah khusyuk memilih makanan. Sejak dari tadi tak habis habis makan ke apa? Farish duduk dekat toilet lama kot.

Dia pandang Ikram dengan Ariana balik, jangan kata dia jeles sebab dia memang tak jeles. Yang peliknya dia cuma rasa jeles bila Ariana dengan Ryan je. Mungkin sebab Ikram tu kawan dia, takkan dia nak betray kawan baik dia ni kan?

"Hoi, borak apa?" sergah Farish sambil menghentakkan meja. Terkejut beruk dua makhluk tu.

Ariana memandang Farish sambil tersenyum sinis. Ikram pulak buat pandang tempat lain, tak rela nak pandang kawan dia tu.

'Pahal diorang ni? Pelik semacam je aku tengok.' kata Farish dalam hati. "Pehal kau senyum centu?" soalnya kepada Ariana.

Ariana menuding jarinya ke kaki Farish. "Tu... betul ke kau punya dulu dulu?"

Terdiam Farish dengar pertanyaan Ariana tu. "Uh, aku pergi dulu eh. Korang boraklah dulu." kata Ikram, lalu bangun dari tempat duduknya.

Cis, ni mesti Ikram dah datang penyakit mulut dia yang tak boleh nak tutup tu. Confirm dia cerita dekat Ariana hal sebenar kasut dia tu. Eii.

"Eh, kau nak pergi mana Ikram sayang? Duduklah dulu. Kita borak sesama eh." Farish menepuk bahu Ikram dengan lembut, sambil tersenyum.

Ikram menelan air liur. 'Ah, sudah. Mati aku bila dia dah start jadi ceni.' fikirnya.

Ariana sendiri rasa dia patut beredar sekarang so dia terus bangun, pergi join Yana ambik makanan.

/ / / / / /

Ariana berdiri di cafe, menunggu satu kelibat untuk muncul. Dia tengok jam di tangan, awal lagi. Dah penat berdiri, duduk pulak. Dia tengok lagi jam dekat tangan. 

Ariana mengeluh. Tiba tiba dia terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arahnya. Segera Ariana mengangkat muka dan berdiri sebaik sahaja lelaki itu berada di hadapannya. Ariana tersenyum. "So, kau nak cakap apa ni hal penting sangat ke?" 

"Aku taknak cakap sorry sebab lambat. Huh, camnilah, aku straight to the point jelah eh? Sebenarnya, aku tak suka kau. In fact, aku benci kau. Nak kata macam mana eh? Aku menyampah tengok muka kau lah. Dari start aku jumpa kau lagi. So jangan cakap dengan aku. Jangan tegur aku." 

Tersentak Ariana mendengar. Betul ke apa yang dia kata tu? Ariana tak silap dengar kan? Dia tak tahu nak cakap apa sebab, setiap kata kata yang keluar dari mulut Farish tu macam menikam hati dia berkali kali. Matanya terasa pedih, berair. Dia pandang Farish. Pandang muka dia lagi rasa macam menikam hati Ariana. 

Muka dia takda perasaan. Mata dia? Pandang Ariana tajam. Kening? Berkerut. 

Ariana pandang Farish lama, macam tak percaya orang yang berdiri depan dia ni Farish. Orang yang suatu ketika dulu cakap dia suka dekat Ariana, orang yang dulu selalu buatkan surprise untuk dia, orang yang dulu pernah kata dia bercita cita nak kahwin dengan Ariana. Tapi......orang yang dulu tu dah tak wujud dah. Yang dekat depan dia ni, semestinya bukan orang yang pernah dia kenal dulu. 

"Kau cakap apa ni?" Ariana memandang Farish, matanya sudah berkaca. Farish mengeluh, memandang ke lantai. Macam tak rela nak pandang Ariana dah. "Aku dah cakap tadi. Aku taknak cakap dengan kau, taknak tengok muka kau lagi. Lepasni jangan tegur aku dah. Act like we never know each other." kata Farish dengan kasar.

Air mata dia memang dah jatuh dah lepas je Farish cakap macam tu. "Kau..kau ber-bergurau je kan? Kau saja nak kenakan aku ni kan? Please cakap kau memain je. Kan? Aku betul kan?" 

Ariana masih tidak mahu percaya apa yang dikatakan Farish. 

"Tak, aku serious. Takde surprise kalini." jawab Farish. Ariana kehilangan kata kata. Suara dia macam tak boleh nak keluar. Tersekat. Hati dia hancur. Hancur sehancur hancurnya. 

Farish mengeluh. Dia memandang jam di tangan. "Kau faham kan maksud aku? We're over. Dah, aku taknak buang masa lagi dengan kau." dia berkata lalu terus berlalu pergi dari situ tanpa memandang Ariana langsung. 

Tak pernah dia rasa hati dia hancur macam tu. Sakit sangat. Dia harap sangat apa yang berlaku tadi cumalah sebuah mimpi. Cepatlah Ariana, bangun dari mimpi kau. Ini semua mimpi, ini semua mimpi. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro