Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

bab 13

Malam ni gerenti Ariana tak dapat tidur malam sebab besok mesti gementar habis. Belum apa apa lagi tangan dia dah sejuk. Mana taknya, kalau latihan pun dia dah takut, inikan pula Hari Sukan yang sebenar. Dia bukak phone, chat dengan Yana dan Zara. 

Zara: besok aku sorak habis habisan untuk kau. jangan risau.

Ariana: wEEHH, aku dAH TAkut ni macam mana kalau aku tak dpat buar yg tebraik

Yana: kau punya pasal zara. ari type slow slow laa

Zara: aku buat apa pulak? ari kau lek je dahla. chillaxxxxxx

Ariana: senang cakap

Yana: buat macam mana kau buat semalam. smart habis

Ariana: oh yeah, tak boleh

Yana: kenapa tak boleh pulak?

Ariana: takde semangat lah

Zara: aku belanja kau texas chicken kalau menang

Yana: aku belanja teh o ais

Ariana: ok deal. baru semangat sikit.

Zara: yana kau tak adil! apsal teh o ais je?!

Yana: ceh apa yang tak adilnya, kau yang nak belanja dia texas chicken. bukan salah aku.

Ariana: korang boleh tolong suruh Farish unblock aku tak? geram aku dengan dia ni hish

Zara: kau buat apa kat dia hah hahahah

Ariana: aku send sticker tahi je pon dah block. memang dasar tahi mamat tu

Ariana: Yana tolong cakap kat dia please

Yana: sorry aku terlalu malas nak keluar daripada group ni

Zara: yana pon tahi 

Yana: kau lagi tahi zara. sedar diri sikit

Ariana: alah yana please please. urgent ni

Yana: korang kan benci sesama sendiri ok apa dia block kau. aman hidup kau ye tak?

Ariana: alah urgent matter ni halah halah tolonglah wahai yana si cantik manis

Zara: aku taknak mintak tolong ke?

Yana: ari taknak mintak tolong kau sebab kau pun sama tahi hHahAHAHa 

Zara: FINE

Ariana: erm betullah tu. sebab kau tahi. hahaha

Zara: FINE

Ariana: yana tolonglah wehh

Yana: bagitahu aku dulu amenda yang urgent sangat. baru aku consider nak tolong

Ariana: alah

Zara: wohoho kau nak bagitau kau suka dia ke ohoho

Ariana: kau diam zara. jangan sampai aku datang rumah kau, aku baling tahi kat muka kau nanti. 

Zara: FINE

Yana: cepatlah bagitau bukan susah pun ;p

Ariana: aku cuma nak cakap thanks je sebab bagi nasihat kat aku tadi

Yana: nasihat apa?

Ariana: sebelum aku nak lari semalam, aku kan takut so dia bagi nasihat yang berguna lah

Zara: wohoho so dialah semangat kau semalam kan? yang membuatkan kau lari dengan begitu pantas mengalahkan usain bolt! 

Ariana: ....

Yana: baiklah aku setuju ;)

Ariana: yeay sayang kau! muah cikedd

Yana: ew geli, jangan buat aku muntah pls

* * * * * *

 Harini dia rasa excited dan yakin, dan excited. Dan yakin. Dia dah mention excited ke? Haha. Siap mandi dan solat subuh, Ariana turun ke bawah dengan pantas menuju ke meja makan. Roti bakar dan air milo panas siap dihidang atas meja. Ariana tersenyum sendiri. Perut dah berbunyi dah, apa lagi, baca doa terus makan. 

"Eh, awal bangun, Ari?" tegur Puan Liza yang baru muncul dari dapur. Dia hairan melihat Ariana yang sudah muncul di meja makan pada pukul 6.20 pagi. Tak normal tu, biasa dia bangun pukul 6.45 pagi. Puan Liza mengangkat kening sambil memerhatikan Ariana makan. "Kenapa, bu? Pelik ke?" soalnya.

Puan Liza menggeleng kepala. "Takde apa, cuma..kenapa Ari bangun awal awal ni? Ada hal ke?" 

Ariana berkerut kening. "Jangan kata ibu dah lupa." 

"Lupa apa?" 

Ariana membuat muka sedih. "Ibu!!!" 

Puan Liza ketawa melihat Ariana. "Ibu saja jelah. Rileks je sudah." 

"Abah datang tak nanti?" soal Ariana. Puan Liza mengangguk. "InshaAllah dia datang. Abah Ari tu, tahu jelah. Walaupun dia busy, selalu outstation je, dia  tetap luangkan masa dengan Ari bila dia sempat." 

Ariana tersenyum. Dia amat gembira apabila dapat tahu ayahnya akan hadir ke sekolahnya sempena Hari Sukan nanti. Mana taknya, sejak akhir akhir ni dia jarang nampak ayahnya di rumah. Asyik sibuk kerja je. "Oh ye, abah mana? Takkan dah pegi kerja kot?" 

"Dah pergi dah, hal urgent katanya, tapi tak lama. Kejap lagi dia balik, harini kan nak luangkan masa dengan Ari." jawab Puan Liza. 

Setelah Ariana bersalaman dengan ibunya, dia bergegas ke luar rumah. 

"Ari!"

Ariana toleh ke belakang. Ryan melambai ke arahnya. "Jom jalan sama sama." kata Ryan sambil tersengih. "Wow, you're getting good at speaking malay. That's great." Ariana menunjuk tanda thumbs up kepadanya.

"So, how are you feeling? Nervous lagi ke macam mana?"

Ariana menggeleng kepalanya. "Nah, I'm feeling good. Better than before."

Ariana yakin, dia mampu melakukan yang terbaik harini. Dia yakin dia tidak memerlukan pertolongan daripada Farish atau Ryan lagi. Dia mampu berdikari. 

 Ryan biasa menunggu Ariana di depan petronas, tempat bas sekolah mengambil mereka. Disebabkan Ariana memang selalu datang agak lewat, tapi kalini diorang berjalan sama sama ke petronas. 

* * * * * * * * * 

"Hai Ari!" Zara melambai ke arah Ariana dengan semangat. "Aku harap kau menang harini." kata Yana. "Aku harap tak." kata Zara pula. Ariana dan Yana berkerut kening, memandang Zara pelik. "Bukan apa, nanti habis duit aku kena belanja kau." balas Zara sambil tersengih. 

"Hek eleh, belanja jelah. Kesian Ari." kata Yana. Zara mencebik. "Senang kau cakap, kau nak belanja air teh o ais je." 

"Thanks Zara sebab nak belanjakan Texas Chicken. Aku akan buat yang terbaik, ok!" Ariana berkata dengan yakin. Zara hanya mengeluh. 'Haih, pokailah aku nanti. Bukan aku tak tau Ari ni kuat makan.' fikirnya dalam hati.

"Texas Chicken? Aku nak jugak." sampuk satu suara. Mereka bertiga serentak menoleh ke belakang. Ikram mempamerkan wajahnya yang ceria. Farish berada di belakangnya.

"Kitorang hanya belanja Ariana. Maaf." kata Yana. 

Ikram pura pura membuat muka sedih. "Hm, belanja aku singgit pun jadilah." 

"Baik bagi aku je daripada Ikram. Kau bagi dia kejap lagi hilang duitnya. Dia bukan tahu jaga." Farish menyampuk. Ikram menyiku Farish. Niat Yana nak bagi duit dekat Ikram terbantut bila dengar kata kata Farish. 

"Kurang asam kau Farish. Aku simpan dalam poket je pun. Kejap lagi aku nak beli air. Belanja ah Yana, Zara." Ikram memujuk. Zara menunjuk ke arah Yana. "Suruh dia belanja." 

Yana berkerut kening. "Apahal aku pulak?" Zara menjeling. "Ingat, aku kena belanja Ari texas chicken sedangkan kau teh o ais. JE." 

Yana mencebik. "Ceh, kau yang offer nak belanja. Aku yang kena." Zara hanya menjelir lidah ke arahnya. "Hm, nah lah." Yana menghulur seringgit kepada Ikram. 

Ikram menghayunkan penumbuk ke udara. "YES!" 

Kalini Farish pula buat muka sedih. "Aku tanak belanja ke?" 

Yana menunjuk ke arah Ariana. Ariana pula terpinga pinga. "Suruh budak ni belanja." katanya sambil tersengih sengih. 

"Ish, taknak aku mintak dia. Budak ni kedekut." jawab Farish selamba. "Cis, fikir aku nak sangatlah belanja kau? Tak hadaplah nak bagi duit aku dekat kau." balas Ariana pula. 

"Tengok? Kan dia kedekut." kata Farish. Baru je Ariana nak membalas kata kata Farish, Ikram sudah menyampuk.

"Okey, dah dah korang. Kejap lagi kena kumpul bawah khemah. Farish, jom teman aku beli air. Anyway, good luck eh korang semua nanti!" Ikram melambai ke arah mereka lalu berlalu pergi. Farish mengekorinya di belakang. "Okey, good luck jugak! Hoi Farish taknak wish kat kitorang jugak ke?" usik Yana. "Kitorang nak jugak!" Zara pula menyampuk. Ariana hanya memerhati.

Farish menoleh ke arah mereka. "Oh, urm. Good luck Zara, Yana." 

Farish memandang pelik ke arah Yana dan Zara. Mereka berdua menunjuk ke arah Ariana di belakangnya tanpa Ariana sedari. Ariana pula tak perasan pun diorang buat apa. Dia cuma memandang Farish yang tercegat dekat pintu kelas. Ikram dah blah awal awal. Farish tahu mereka menyuruh dia wish good luck dekat Ariana jugak.

Farish memandang Ariana. "Urm...Kau..." Farish menggaru kepalanya. Ariana pandang dia dengan muka blur. Yana dan Zara pula tengah excited tengok diorang berdua. 

"Takda apalah. Bye." kata Farish lepastu terus blah, tak pandang belakang langsung. Ariana masih dengan muka blur dia, Yana dan Zara pula tercengang. Keliru. 'Macam tu je dia pergi? Kurang asam betul mamat ni.' fikir Yana. 

"Apahal mamat tu?" Ariana memandang mereka berdua, mengharapkan jawapan daripada mereka. Namun mereka hanya mendiamkan diri. Dua dua tengah tercengang lagi, tak tahu nak kata apa. Zara fikir dia akan wish betul betul tadi. 'Pengecut gak mamat ni.' fikirnya.

30 saat berlalu, satu kelibat muncul di pintu. Serentak tiga orang tu pandang. 

Farish memandang mereka, dan menuding jari ke arah Ariana. "Yang tengah tengah tu, good luck jugak nanti. Aku doakan yang terbaik untuk kau." kata Farish. 

Yana dan Zara sudah ternganga mulut mendengar. Farish dapat merasakan mukanya memerah. Cis, dahlah diorang tak bagi respon apa apa pun. 

"Chow." kata Farish dan berlalu pergi. Dengan begitu laju. 

Ariana tak berkata apa apa. "Omg, dia wish kau Ari!!" Zara menggoncang badan Ariana. Yana pula jerit gembira. "Dia doakan untuk kau pulak tu!" 

"Tapi kenapa dia cakap 'yang tengah tengah tu' tadi? Kenapa tak panggil nama aku?" soal Ariana. Mereka hanya mengangkat bahu. Tak peduli soalan Ariana kerana terlalu seronok dengan apa yang berlaku tadi. 

'Kenapa dia tak panggil nama aku je tadi? Oh, wait. Aku baru perasan sesuatu...' fikir Ariana. 

* * * * * * * *

"Abah! You made it!" jerit Ariana sambil berlari menuju ke arah ayahnya. Puan Liza tersenyum di sisi mereka. "No, you made it. Bangga dengan anak abah ni." kata En. Adam.

"Eh? Mana tahu?" soal Ariana. "Tu...pingat tu." En. Adam menunjuk ke arah pingat yang dipakai Ariana. "Ni mesti abah ngan ibu tak tengok Ari lari tadi kan." 

Mereka berdua mengangguk perlahan. Muka Ariana berubah kecewa. 

"Haha, gurau lah. Ari ni pun, suka ambik serious. Abah siap record lagi Ari lari macam mana tadi tau." 

Ariana kembali ceria. "Erm, k lah abah, ibu. Jap lagi Ari datang balik. Ni ada acara kedua pulak ni!" 

* * * * * * * *

 

"Zara! Yana!" Ariana melambai ke arah mereka. "Aku dah bersedia. Jom." kata Ariana dengan semangat.

Zara dan Yana mengangkat kening. "Bersedia untuk apa?" soal Zara.

Ariana tersengih lalu menunjukkan dua pingat yang dipakainya. Yana tergelak kecil. "Jom, aku boleh je."

"Bila? Sekarang ke?" soal Zara keliru. Ariana mengangguk. "Jom ah. Kata nak belanja."

"Jap aku mintak mak aku." kata Zara lalu berlalu pergi mencari ibunya. "Ceh, nak belanja aku tapi pakai duit mak dia. Zara zara." Ariana menggeleng kepala.

"Hoi, taknak ajak Farish ngan Ikram sekali ke?" tanya Yana, sambil mempamerkan senyuman mengejek.

"Hm, buat apa?" soalnya pula. Yana menggeleng kepalanya. "Haih kau ni. Dia dah wish dan doakan kau tu. Ajaklah dia."

Ariana mengangguk. "Betul jugak. Okey aku cari dia jap." Ariana tak sabar sabar nak jumpa Farish. Dia tak sabar sabar nak bagitau dia menang tadi. Eh, kenapa dia nak kena bagitau Farish pulak? Kenapa dia tak sabar sabar?

Ariana menggeleng kepala, taknak fikir panjang. Sebaik sahaja dia nampak Farish, dia melambai ke arahnya.

"Far--" Ariana terhenti.

Farish sedang bercakap dengan budak kelas dia, Mira. Ariana mencebik. Bila dengan Mira kemain lagi dia senyum. Dengan Ariana? Hm, harapan jelah.

Tiba tiba Ariana rasa takda mood pulak nak ajak Farish. Dia nak ke join Ariana sekali? Memang tak lah. Lagi dibuat gaduh nanti adalah. Kalau dengan Mira mesti dia nak kan? Ajak date je terus, lagi bagus.

"Eh, mana Farish?" soal Yana, keliru. Ariana menggeleng kepala. "Kita kita jelah pergi."

"Lah, ajak lah diorang sekali." kata Zara. Ariana menggeleng kepala lagi. "Taknaklah. Farish busy lah."

"Busy? Dia buat apa? Acara dah habis kan."

"Dia tengah cakap dengan Mira."

Mendengar jawapan Ariana, Yana tahan senyum. 'Jeles rupanya budak ni. Haha.' fikirnya dalam hati.

"Takpa, biar aku ajak dia." kata Yana lalu terus berlari mencari Farish. Ariana tak sempat nak halang Yana. Dia dah pecut dulu. Laju jugak dia lari. Kenapa tak masuk acara eh?

Sure enough, betul apa yang Ariana cakap. Macam syok je borak dengan Mira. Padanlah Ariana jeles.

"Farish, sini jap." panggil Yana.

"Ada apa?"

"Kitorang nak ajak kau dengan Ikram pergi jj. Amacam?"

"Sekarang?"

Yana mengangguk. "So?"

"Oh, okay. Boleh je. Aku panggil Ikram jap. Hana nak ajak sekali tak?"

"Okey. Jumpa kitorang kat pagar sekolah jap lagi."

"Mira taknak ajak ke?" soal Farish lagi. Yana mengangkat kening, lalu menggeleng kepala. "Baik jangan. Nanti Ariana jeles." katanya sambil tahan senyum.

Farish buat muka keliru. Aik? Minah tu nak jeles? Tolonglah. Muka blur je dia tahu buat.

Tiba di pagar sekolah bersama Ikram dan Hana, Yana melambai ke arah mereka. "Cepat sikit! Bapak Zara tumpangkan kita ni." 

"Apa kau buat kat sini?" tanya Ariana, memandang Farish dengan mata bulatnya. "Aku nak join takleh ke?" balas Farish pula. 

Ariana memandang sekeliling. "Carik apa? Mira? Dia tak ikutlah." Yana menyampuk. Ariana mencebik. Entah macam mana Yana tahu tah. Yana ni selalu tahu semua benda. Seram jugak. "Tak kuasa aku carik dia." kata Ariana. 

"Lepas makan, kita jenjalan jom." cadang Yana. Mereka semua setuju. "Oh, ingat eh. Aku belanja Ariana sorang je. Pokai habis kalau belanja korang semua nanti." pesan Zara. 

*  *  *  *  *  *

"Yana, tengok ni!" jerit Ariana. Yana toleh ke belakang. Ariana tengah memeluk anak patung penguin yang besar. "Belanja aku ni!" katanya. "Kepala hotak kau aku nak belanja. Patung besar besar mahal tahu tak." 

Ariana membuat muka sedih. "Sampai hati kau." 

"Cukuplah aku belanja kau air teh o ais tadi." balas Yana. 

"Alah tapi kalau kau menang bet haritu aku kena bayar kau rm50." kata Ariana. Dia terdiam seketika. Dia fikir balik, apa benda dia merepek ni? Bukannya dia akan suka pun dekat Farish tu. Yana takkan dapat menang bet dia. 

Yana tersenyum sendiri. "Apa kau cakap tadi?" Saja Yana suruh dia ulang balik. 

Ariana menggeleng kepala. "Takda apa." 

Yana mengangguk tanda faham. 'Takpa, lama lama kau mengaku jugak.'

"Dahlah Ari, takyah peluk sangat penguin tu. Aku tak mampu nak belanja kau pon." kata Yana lalu berlalu pergi. Ariana mengeluh. Dia bukan main main. Ni first time dia jatuh cinta dekat stuffed toy. Yang sangat comel. Dan empuk. 

Dia memeluk penguin buat kali terakhir. "Baibai. I will always love you." Dia mencium penguin itu dan berlalu pergi dengan muka sedih. 

Farish dan Ikram memerhati dari jauh. "Aku tak tahu pulak ada orang boleh passionate gila dekat patung." kata Ikram. Farish hanya diam. 

Dia menuju ke kedai tersebut. "Bro, aku nak gi beli aiskrim jap!" jerit Ikram. Farish hanya mengangguk. 

Lepas je Ikram beli aiskrim, terkejut beruk dia tengok Farish pegang penguin tadi. Dan dia peluk dengan sangat kuat. "Kau beli? Series ah?!" tanya Ikram, seakan akan tidak percaya. Farish hanya mendiamkan diri. Dia tidak biasa buat benda benda macam ni, so dia rasa agak janggal dan malu. Eh, bukan tak biasa. Tak pernah. 

"Eh, kau buat apa dengan penguin aku?" jerit Ariana tiba tiba. Dia meluru ke arah Farish dan cuba merampasnya daripada Farish. Hana, Zara dan Yana mengekori di belakang. 

"Ish, aku pegang dulu! Aku punyalah!" Farish menarik penguin tu daripada Ariana. "Hei, aku pegang dulu tadi!" Mereka bergaduh sesama sendiri.

Zara memandang sekeliling. Dia berharap takda sapa tengok adegan memalukan ni. Yana menggeleng kepala. Apa punya kawan lah yang dia ada ni. Hana hanya tergelak menyaksikan mereka. 

"Aku ingat kau nak bagi dia tadi." Ikram menyatakan. Farish terdiam. Dia menolak penguin tu, memberi Ariana. Ariana terkejut. "Apa ni?" 

"Kau nak kan. Ambiklah." kata Farish, mata pandang lantai. "Tapi..kau beli..guna duit kau.." balas Ariana. 

Yana mengeluh. 'Haih apa pelik sangat lah diorang ni. Tadi kemain berebut. Bila Farish bagi taknak pulak.' 

"Ambiklah. Aku taknak pun." kata Farish lagi. Dan sekali lagi Ariana menolak. "Tapi kau.." 

Farish mengeluh. "Macam nilah. Aku memang belikan untuk kau. Dah, ambik jelah." katanya lalu berlalu pergi, mengheret Ikram sekali. Farish tidak percaya apa yang dia telah cakap tadi. 

Ariana tercengang. In fact, Zara dan Hana pun tercengang. Yana sorang je tersengih sengih. Dia menepuk bahu Ariana. "Tahniah. Akhirnya, Ari." katanya sambil mengenyit mata. 

"Series ke dia beli untuk aku ni?" soal Ariana, masih lagi tidak percaya. "To be honest, aku sebenarnya nampak dia perhatikan kau peluk penguin tadi. So dia belikan untuk kau lah tu." 

"Ariana! Bapak ah, untung gila kau." Zara menyampuk. "Betul tu. Selama aku kenal dia, mana pernah dia buat benda macam tu dekat sesiapa." kata Hana pula.

Apa yang diorang katakan itu berjaya membuat Ariana tersenyum. Dia dapat rasakan keikhlasan Farish. Dia memeluk penguin itu kuat kuat dan menciumnya. 

"Amboi." tegur Yana. Ariana menjongket kening. "Apa? Aku memang sayang penguin ni ok." 


finallY! i feel so happy writing this chapter. i really love this chapter so i hope korang pun suka jugak. comment ah apa apa. selamat membaca semua! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro