bab 1
author's note: hii. selamat datang, dipersilakan baca cerita saya. minta maaf sebab chapter awal2 memang agak teruk. but i promise it gets better. so dont stop reading, dan kepada yang setia membaca, kepada yang vote, kepada yang suka cerita ni, thank you so much. love ya
Hanna Ariana keluar daripada limousin hitam miliknya dan melangkah ke atas karpet merah. Lensa kamera milik Paparazzi mula tertumpu kearah gadis itu.
Dia melambai-lambai ala-ala diva gedik. Sedang dia asyik berjalan dan memandang kamera, tiba-tiba dia tersadung ke hadapan. Cepat-cepat dia membetulkan gaunnya. Serta merta mukanya bertukar menjadi merah jambu macam letak blusher terlebih pula. 'Malunya aku. Macam mana pulak batu boleh ada kat situ? Ish, buat aku malu je.' Ariana bermonolog dalam hati. Tiba-tiba dating seorang perempuan tua membawa baldi berisi air lalu menyimbah kepadanya. "BANGUN!!!" jerit makcik itu.
"Mana limousin aku? Mana paparazzi semua? Mana?" jerit Ariana dalam keadaan separuh sedar. "Oi mak cik. Sekarang ni dah pukul 7.00 pagi. Pergi mandi cepat!" bebel ibunya, Puan Liza. "Lek ar ibu, harini kan cuti. Hadoii." Katanya lalu kembali baring di atas katil empuknya. "Ariana, kamu ni mimpi lagi ke? Harini hari Jumaat la. Mengigau je tau. Dah-dah, pergi mandi. Badan bau macam itik tak mandi tiga bulan," bebel Puan Liza lagi. "Lah, awat tak habak awal-awal tadi? Tengok kan dah lambat." Kata Ariana sambil lewa. "Daripada duduk bercakap kat sini lagi, memang la lambat. Baik pergi mandi cepat." Puan Liza pun dah tak larat nak membebel lagi. Ariana akhirnya akur juga dan terus bersiap untuk ke sekolah.
Tepat pukul 7.25 pagi, Ariana sampai ke sekolah. "Lagi 5 minit je aku nak lambat. Kalau tak, habis kena dengar Cikgu 'Jambang' berleter. Selamat aku,' fikirnya. Dia terus berlari ke kelasnya dengan kelajuan mengalahkan Sparta. "Hoi Ari, asal lambat? Oh aku lupa, kau kan selalu lambat," sapa Yana, rakan baiknya. "Hai..korang..aku..penat," kata Ariana yang sudah tercungap-cungap. "Kau selamat harini. Jangan macam semalam sudah," kata Yana. Mana tidaknya, semalam dia terbangun lewat, sampai sekolah dah pukul 8.10 pagi. Habis kena berleter panjang berjela dengan Cikgu Jambang tu. Naya kalau dia lambat lagi harini.
"Hei, korang nak tahu tak? Sekolah lain nak datang sinilah! Rasanya diorang kena berkumpulan dengan kita, untuk buat tugasan kot." Kata Zara yang tiba-tiba menyampuk. "Sekolah mana?" Tanya Ariana. "Sekolah Seksyen 96 tu! Wah! Excitednya aku!" kata Zara sambil terlompat-lompat kegirangan. "Yang kau ni dok tergedik-gedik seronk sangat kenapa?" Tanya Yana. "Eh, mestilah seronok! Budak lelaki kat sana ramai yang hensem tau. Mana tahu ada jodoh, kan?" Kata-kata Zara itu membuatkan Yana dan Ariana berasa hendak muntah. "Entah papelah kau ni. Tetiba dapat lelaki rongak lima batang baru tau." Kata Yana menyebabkan Ariana ketawa terbahak-bahak. "Eleh, tahulah korang jeles. Huh." Kata Zara.
Sedang mereka asyik bersembang, tiba-tiba Cikgu Lela masuk ke dalam kelas. "Bangun! Assalamualaikum, Cikgu!" jerit ketua kelas.
"Waalaikumsalam, duduk semua. Cikgu ada berita gembira dan buruk. Nak dengar mana dulu?" Tanya Cikgu Lela.
Badrul, salah seorang daripada pelajar tingkatan 5 Amanah, segera menjawab, "Mestilah berita baik dulu! Kan? Kan?" "Hmm, Sekolah Seksyen 96 akan tumpang kat sekolah kita. Kamu kena buat kumpulan dengan diorang." Terang Cikgu Lela. Ariana mengangkat tangannya. "Cikgu, kenapa kitorang pulak?" Tanya Ariana.
"Sebab yang datang nanti Form 5. Sama la ngan korang semua." Terang cikgu. "Korang kena buat tugasan sama-sama. Sekarang kan bulan 3. Nanti takde masa pulak korang nak berseronok hujung tahun. Jadi pengetua nak korang anjurkan game sendiri. Explorace ke, apa-apa je, suka hati koranglah." Terang Cikgu Lela lagi.
"WOOHOO!" jerit Zara tiba-tiba. Satu kelas pandang dia. "Apa?" Dia hanya membuat muka selamba.
"Apapun, berita buruknya, korang kena berhimpit sikitlah sebab nak muatkan diorang sekali. So, kelas akan bertambah padat."
Tiba waktu rehat, Yana, Zara dan Arianalah yang paling awal sekali sampai di kantin. Maklumlah, perut dah mula buat lagu sendiri. "Oi Ari, jaga tempat jap. Kitorang nak beli makanan!" jerit Zara. "Kot ye pun takyah la nak jerit kat telinga aku ni. Pekak nanti aku saman korang!" jerit Ariana. "Kau pun jerit jugak Ari oi! Nak kata orang pulak!" jerit Yana yang berada di sebelahnya. Terkejut beruk Ariana dibuatnya. "Ha ni lagi sorang, memang nak aku pekak ke? Dah-dah pergi beli makanan tu. Kalau habis, siaplah korang aku belasah." Kata Ariana.
Ariana mengambil tempat di meja biasa mereka. Dia menunggu Yana dan Zara membeli makanan. Dia nampak dua orang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya berlalu di situ. 'Eh, itu bukan budak sekolah sini. Apa yang diorang buat kat sini? Boleh tahan hensem mamat tu, tapi yang sebelahnya, hampeh. Macam cekodok basi. Eh, apa aku merepek ni? Astaghfirullah, semua manusia sama je tak kira rupa paras.' dia pesan dekat dirinya sendiri.
"Tadi aku nampak ada dua lelaki sekolah lain. Tak pastilah sekolah apa sebab tak pernah nampak pun kat sekolah kita." Kata Ariana sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. "Really? Mungkin Sekolah Seksyen 96 kot. Hehe, nak ngorat ar." Kata Zara dengan intonasi yang terlebih gedik. Ariana dan Yana hanya mampu menggeleng kepala mereka.
Tiga hari keesokannya..Di sekolah. Zara bagaikan orang gila kena sampuk. Asyik asyik terlompat lompat macam kanak-kanak Ribena, kadang-kadang menjerit tak tentu pasal. Budak lain pun takut nak datang dekat dia. "Zara, kau ni dah kenapa? Sawan ke apa?" Tanya Yana. Dia ingin tahu mengapa Zara berkelakuan seperti itu. "Ish korang ni! Manelah aku tak excited. Diorang datang harini!!" kata Zara. "Siapa diorang?" Tanya Ariana kehairanan. "Kau ni blur betul. Budak Form 5 Seksyen 96 lah. Siapa lagi mak cik oi." Terang Zara.
Tiba-tiba ada satu pengumuman mengatakan bahawa semua murid form 5 harus turun ke dewan terbuka. Dan sekali lagi, Zara terlompat-lompat macam orang gila. Setiba di dewan terbuka, ramai budak lelaki dan perempuan Sekolah Seksyen 96 yang datang.
Zara sedang mencari -cari lelaki hensem. Ariana pula membuat muka bosannya. "Bosannya! Perlu ke pengetua bagi speech panjang gila? Ramai budak taknak dengar punyalah. Haihh, dah ngantuk dah aku ni." kata Ariana yang sudah menguap tanda mengantuk.
Zara menampar belakang Ariana. Ariana mengaduh kesakitan. "Sakitlah bangang. Kau ni tak berhati perut betullah." katanya sambil mengusap badannya yang menjadi mangsa tamparan Zara. "kau ni mana boleh tidur. Tolong aku carikkan mamat hensem." kata Zara selamba. Matanya tidak lepas mencari lelaki-lelaki hensem. "Mata kau kan tajam. Dua saat dah boleh nampak mamat hensem. Pandai mata kau scan lelaki hensem, macam laptop scan virus pulak." kata Ariana yang terselit unsur sindiran itu menyebabkan Zara mencubit lengannya sampai lebam. Serta merta, satu jeritan kuat, ulang sekali lagi, jeritan kuat, bukan halus, telah dilepaskan dari mulut Ariana sehingga satu dewan boleh dengar.
"Opps." Ariana hanya tersengih seperti kerang busuk. Dia menyiku Zara. "Ish kau ni, tangan macam ketam. Boleh lebam tau tak tangan aku ni. Kalau lebam teruk, aku saman kau 50 ribu." kata Ariana.
"Heee, sorry lah. Tak sengaja." kata Zara sambil mengangkat tangan tanda mintak maaf ala-2 india. "Sorry sorry kepala kau!" kata Ariana sambil mengusap-usap lengan yang dicubit Zara. "Sorrylah! Tangan aku dah memang semulajadi macam ni. Nak buat macam mana." katanya lagi. "Whateverlah, aku nak tidur." balas Ariana.
Semasa Ariana sedang nyenyak tidur sampai melepaskan dengkuran kecil (nasib tak besar), pengetua menyuruh mereka berkenalan dahulu. Pengetua menyebut nama-nama yang tersenarai dalam satu kumpulan. "Oh my Allah!" jerit Zara secara tiba-tiba. Ariana yang sedang nyenyak tidur terus terjaga. "Hah mana? Apa benda? Kenapa ni?" katanya. "Kau ni dah kenapa pulak, pengetua dah bagi speech kau dok tido. Pastu tak tahu pape. Padan muka!" kata Yana sambil menahan ketawa. "Hish sape nak dengar dia bagi speech panjang gila, memang taklah aku nak dengar. So apa yang Zara dok jerit-jerit tadi tu?" tanya Ariana. "Pengetua dah sebut nama-nama dalam kumpulan. Zara cakap lelaki dalam kumpulan dia hensem. Mane tak menjerit dia tuh." terang Yana
"What? Then siapa kumpulan aku siapa?" tanya Ariana gelisah. "Aku pun tak tahu kumpulan aku. Tak kenal pun." balas Yana selamba. 'Yana, yana, kau ni memang tak boleh nak diharapkan betullah.' bisik hati Ariana. Then cikgu menyuruh mereka semua berkenalan sesama sendiri. Semua orang pergi ke kumpulan masing masing kecuali Ariana. 'Ish, mana kumpulan aku? Aku tak kenal pun. Baik aku tanya cikgu.' fikirnya. Dia pergi ke Cikgu Lela dan bertanya tentang kumpulannya.
'Yes! Tahu pun. Tapi, siapa diorang ni?' fikir Ariana lagi. "Hei hei! Siapa nama Ahmad Farish? Muhd Ikram? Siapa? Siapa?" jerit Ariana(dengan muka tak malunya). Tiba tiba datang dua orang lelaki dan seorang perempuan. Ariana pula yang kebingungan. "Siapa korang? Kenapa datang sini?" tanya Ariana. Salah seorang daripada lelaki itu menjawab, "kan kau panggil kitorang. Kau Ariana, kan?" Ariana hanya sekadar mengangguk. "Nama saya Muhd Ikram. Panggil Am." sapa lelaki itu sambil tersenyum. "Aku Farish. Ahmad Farish. Panggil apa apa je." "Hai! Saya Nur Hana Liya bt Farish Hakim." kata perempuan itu pula. Ariana memandang lelaki yang bernama Farish itu pula. "Apa kau pandang pandang?" tanya Farish. Ariana membalas, "Kau ni bapak Hana eh? Ish, baru Form 5 dah ada anak." "Eh kau jangan nak memandai reka cerita. Setakat nama sama je kot." kata Farish pula. "Hah, whateverlah. Nama aku Hanna Ariana bt Muhd Adam. Panggil Ari." kata Ariana. "So, korang ada apa apa nak tanya pasal sekolah kitorang tak?" tanya Ariana.
"Ada. Kenapa sekolah ni buruk sangat?" "Eh, sorry sikit sekolah kitorang adalah antara sekolah yang terbersih sekali! And one more thing, ingat aku tak berani nak bagi buku lima aku ni kat kau? Siap kau nanti." kata Ariana sambil menunjuk buku limanya.
Sebelum mereka bergaduh, Ikram cepat cepat bertanya, "Saya ada soalan. Sekolah ni ada peraturan ke tak?" Makin bertambah bengang lah Ariana jadinya. "Ha ni lagi sorang. Nak kena makan penumbuk jugak ke apa?" marah Ariana.
"Eh bukan bukan. Sebab saya tengok mata awak warna biru. Rambut pun warna light brown. Cikgu tak marah ke warnakan rambut and pakai contact lens berwarna kat sekolah?" tanya Ikram. 'Hah, nasib baiklah Ikram ni baik sikit tapi kawan dia ni hampeh semacam. Perangai macam taik.,' Ariana berkata dalam hati lalu membalas, "Biasalah! Saya ni kan hebat! Tak perlu mintak kebenaran guru nak pakai contact lens, kaler rambut bagai. Hehe."
Farish mula membuat muka menyampah. "Kalau nak jawab tu, betul betullah. Ni tak, perasan je lebih." Hana menyiku Ikram. "Ish kau ni, tengoklah muka dia. Macam orang putih, kan? Takkan dia nak warnakan rambut kot. Maybe dia mix lah tu." kata Hana pula. "Eh Farish, aku pancung kepala kau kang! Hah soalan awak tadi, mata dan rambut saya memang original. Not made in China tau. Tak perlu nak warnakan rambut atau pakai contact lens." balas Ariana.
"Really? Original? Awak orang Amerika ke?" tanya Hana Liya. Ariana mengangguk. "Yep, half American, half Malaysian. Tapi saya ikut ayah saya. Mata biru. Hehe." "Wah, bertuahnya!" kata Hana. Ikram jugak turut berasa 'jeles' terhadap peribadi Ariana. Farish pula hanya diam membisu.
Kringg! Loceng kedua menandakan waktu rehat. Para pelajar apa lagi, pergi ke kantinlah! Semuanya berlari sepantas kilat. Macam ada sale supermarket 70% pula. Tapi, bila waktu rehat dah tamat, semuanya bagaikan siput babi yang pergerakannya mengalahkan nenek kebayan. Terlebih perlahan!
Setelah selesai membeli makanan dan minuman, Ariana duduk di meja biasanya. "Hei Ari! How's it going?" tanya Zara. "Banyaklah kau punya speaking. Bengang pulak aku ngan mamat sorang ni. Harap je muka hensem, tapi perangai..masyaAllah. Nasib perempuan ngan lelaki lagi sorang tu baik." kata Ariana. "Haha. Lek-2. Lama lama ok lah tu nanti." kata Zara sambil tersenyum. Ariana yang melihat Zara tersenyum macam orang gila pun bertanya, "Yang kau ni tersenyum senyum macam dah kena sampuk ni kenapa? Tak sihat ke apa?" Baru sahaja Zara hendak menjawab, Yana segera memotongnya. "Aku tahu kenapa. Kau dapat ngorat mamat hensem tu. Betul tak?" tanya Yana. Mulut Zara mebuat bentuk 'o' kecil. "Wah, hebatlah kau. Macam mana kau boleh tahu ni?" tanya Zara, kagum. "Tengok muka beruk gembira kau tu pun dah tahu." kata Yana selamba. "Yep, muka beruk gembira! Hahaha!" sindir Ariana. Zara mencubit lengan Ariana. "Arghh!" jeritnya. Maka automatik semua kepala memandang Ariana yang mengerang kesakitan. "Kau ni! Aku dah jerit kat dewan, skang kau nak aku jerit kat kantin pulak? Janganlah cubit aku je. Yana pun salah jugak." kata Ariana.
"Ish, taknak aku. Kau je aku boleh cubit. Kalau aku cubit Yana, muka dia berubah jadi singa nanti. Menyeramkan." kata Zara. "Dah tu, aku ni apa? Beruk makye kat hutan tu? Ops, lupa pulak. Beruk makye kan kau. Sorry terambik karakter feveret kau." sindir Ariana lagi. Kali ini Zara menampar peha Ariana pula. "Muka aku bukan macam beruk! Dan aku tak suka beruk! Benci! Benci!" kata Zara dengan sekuat hatinya. Ariana hanya tersengih sendiri. "Yang kau ni dah jadi macam aku tadi ni kenapa?" tanya Zara kehairanan. "Semua orang pandang kau, beruk! Padan muka! Hahaha!" sindir Ariana lagi lalu mengangkat langkah seribu sebelum dia dicubit oleh ketam gergasi a.k.a beruk makye!
'Ish, mana pulaklah minah ni? Sebelum rehat ada, lepas rehat, batang hidung pun tak nampak. Dia pergi shopping ke apa?' fikir Farish.
"Mana Ariana?" tanya Ikram. "Entah minah saleh ni. Entah mana dia merayau. Pergi pasar borong agaknya." kata Farish selamba. Selepas 5 minit, barulah ternampak kelibat Ariana. "Ha kau pergi mana minah? Pergi pasar borong ke apa?" Farish melempiaskan kemarahannya kepada Ariana.
'Yang mamat ni tetiba nak marah aku ni apahal? Dah kena sampuk kot. Macam Zara tadi.' Ariana tergelak mengenangkan apa yang terjadi tadi.
Farish memandang Ariana kehairanan. 'Eishh, aku marah dia, boleh pulak dia gelak? Dah kena sampuk ke apa?' kata Farish dalam hati. "Hoi kau ni gila ke apa? Dah la lambat. Aku marah, boleh pulak dia tegelak sensorang." sindir Farish. "Hoi mamat tempe! Yang kau ni tetiba marah aku tak tentu pasal ni kenapa? Otak kau letak kat mana? Lutut eh? Patutlah cakap dengan orang takde bahasa." Ariana mencebik.
Muka Farish sudah merah menahan marah. "Oi minah, siapa yang takde bahasa? Kau ke aku? Siapa yang tak marah kalau ada orang tu datang lambat macam siput sedut? Skang ni dah pukul 10.45. Kau ni gila ke apa?" balas Farish pula. Ariana melihat jam tangan Citizen nya yang berharga RM500 itu. "Ops, aku dah lambat eh? Tak sedar pulak. Hehe. Jomlah-2." kata Ariana yang terus melupakan pergaduhannya dengan Farish.
'Ish, pelik betul minah ni. Tadi bukan main marah marah aku. Tetiba je angin dia berubah. Pelik pelik.' fikir Farish dalam hati.
Mereka menuju ke dewan terbuka semula. Kumpulan Ariana yang paling lambat sekali sampai. Ariana pergi ke arah Yana. Dia mencuit bahunya berkali-kali. "Ish, sape pulak yang main cuit-2 ni? Oh hei Ari! Ada apa?" tanya Yana. "Korang kenaa buat apa?" "Kena rancang nak buat aktiviti apa. Dengan semua orang. Duduklah sebelah aku!" kata Yana sambil menepuk tempat duduk di sebelahnya yang kosong. "Korang pun duduk sini tau." kata Ariana kepada kumpulannya.
Mereka hanya sekadar mengangguk. Tiba tiba seorang lelaki berdiri di atas pentas. "Okey semua. Assalamualaikum. Saya, Khadir, adalah ketua kepada korang semua! Ingat tu. Cikgu dah beri tugasan dan tanggungjawab----" kata-kata Khadir terhenti apabila seorang pelajar berkata, "Kitorang taknak tahu pon pasal kau! Teruskan jelah bincang. Hadoii." Khadir hanya tersengih sengih.
"Okey okey. Minggu depan kita nak buat game. Ada cadangan nak main game apa?" tanya Khadir. Seorang pelajar lelaki terus mengangkat tangan. "Kita main ice skating!" jeritnya. "Hah kepala kauu. Ingat sekolah kita ni ada skating rink ke apa? Ke bapak kau nak sponsor buat skating rink kat sekolah?" balas Khadir. Semua orang ketawa terbahak -bahak mendengar jawapannya.
"Apa kata kita main explorace nak? Game explorace?" Akhirnya Khadir memberi cadangannya sendiri. "Explorace apa? Jangan explorace pasal pelajaran sudah! Muak kitorang!" kata seorang pelajar. "Explorace trivia artis nak?" cadang seorang pelajar perempuan. "Explorace trivia artis? Korang nak ke?" tanya Khadir.
Ramai yang bersetuju. "Okey, memandangkan ramai yang setuju, kita buat explorace trivia artis lawan kumpulan. Okey?" Khadir membuat keputusan. Semua mengangguk kepala tanda setuju.
Hana Liya menepuk tangan tanda gembira. "Sukanya! Kalau bab-bab artis ni, mesti aku tau." katanya. "Kau tahu pasal artis? Banyak?" tanya Ariana. "Yep, banyak jugak." kata Hana sambil tersengih. "Dia semua tahu. Lagi lagi pasal artis luar negara. Memang no 1 lah." tambah Ikram pula. "Wah, korang ni kawan rapat ek?" tanya Ariana lagi. "Kitorang kawan sejak kecik lagi." terang Hana. "Yes! Jadi kita ada potensi nak menang!" sorak Ariana. Dia memandang Farish yang dari tadi sepatah perkataan pun tak keluar daripada mulutnya. "Kau?" tanya Ariana.
"Apa?" tanya Farish kembali. Ariana mengeluh. "Hah, tulah. Mengelamun je kerjanya. Orang nak bincang kau tak dengar. Kau tahu tak pasal artis?" tanya Ariana lagi. "Hmm, sikit-sikitlah." balas Farish pula.
"Dan secara rasminya....aku adalah ketua kumpulan ni!" kata Ariana dengan bangganya. Farish pula pantas memprotesnya. "Eh eh, bila pulak kau jadi ketua kumpulan ni? Siapa yang lantik kau?" tanya Farish. "Aku sendirilah...sape lagi." jawab Ariana selamba. "Eh, mana boleh! Akulah ketua. Kau perempuan mana boleh!" tegas Farish. "Eh, sukati akulah! Lantak ar. Aku nak jadi ketua jugak." Ariana berdegil. "NO WAY! That job is mine!" kata Farish. "Speaking in English won't make you a leader! Therefore I'm the leader!" jerit Ariana.
Ikram dan Hana yang hanya berdiam diri melihat pergaduhan mereka, akhirnya bersuara. "Okay relax-relax,. Nak tentukan secara adilkan? Rock paper scissors je. Kan senang." cadang Ikram. Ariana dan Farish mengangguk tanda setuju.
Ariana menunjuk gunting, Farish menunjuk kertas. Jadi, Arianalah juara! "Yeah! I'm the leader! Padan muka kau!" Ariana bersorak sehingga satu dewan boleh dengar. Farish hanya membuat muka seposennya. "Kau jangan nak buat muka koya kau tu. Ini arahan ketua!" kata Ariana dengan nada yang tegas. Farish berasa hendak muntah mendengar perkataan 'ketua'. "Eh, sukati akulah nak buat muka apa pun. Nak buat muka duckface ke, muka beruk ke, muka kera ke, takde kena mengena dengan kau kan?" balas Farish. "Ada... nanti aku menyampah tengok. Nak muntah pun ada. Anyway muka beruk memang sesuai dengan muka kau. Sepadan gituu. Hahahaha!" kata Ariana selamba. Farish hanya menahan rasa marahnya. Sabar Farish, sabar.
Haiii korang semua! So, sorry tak update. Ingatkan takde sape nak baca. :3
I will update more soon okay! Please, baca tau! Thanks a lot.
And thanks to korang yang dah baca sampai bab 1 ni. HAHA.
Soo, ni novel saya yang pertama. Kalau ade pape salah, harap dimaafkan. Sorrylah tak perfect. Tapi, kalau ada apa-apa cadangan, boleh bagi tau! Hehe. Thanks! Xx
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro