Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

50 ❃ COKLAT SELAMANYA

Beryl bersiul panjang.

"Amboi..amboi..... tak sedar dunia. Pergi masuk biliklah." 

Beryl mengusik pasangan yang sedang hangat bercumbuan itu.

Bibir yang bertautan dileraikan.

Rona pada pipi Monica bertambah merah. Panas terasa telinganya. Tak guna  Beryl.

Selwyn pula berlagak seperti tiada apa yang berlaku. 

"Maaf, Beryl. Melepaskan rindu."

Selwyn tersenyum seperti kerang busuk. Lelaki itu kemudian berdiri dan berjalan menghampiri Beryl.

Beryl hanya menjongketkan keningnya. Dirinya turut menuruni anak tangga menghampiri Selwyn. Gelas kaca yang pecah berderai di anak tangga diabaikan. Itu perkara biasa.

"Tahniah, Selwyn!" 

Beryl menghulurkan tangannya.

"Terima kasih." 

Selwyn menyambut tangan Beryl.

Beryl kemudian menepuk-nepuk belakang Selwyn.

"Aduh, Beryl.. sakitlah." 

Selwyn mengaduh sakit. Tidak tahan dengan penangan tangan Beryl.

"Oh, sakit ke?." 

Beryl berhenti menepuk.

"Tak apa. Nah, aku pulangkan. Terima kasih. Pisau ni banyak berjasa." 

Selwyn menghulurkan pisau yang dipinjam dari Beryl.

Dahi Beryl berkerut. 

"Erhh.. apa lendir-lendir ni." 

Beryl mepamerkan mimik muka jijik. Terasa kembang tekaknya melihat pekatan hitam yang tersisa pada pisaunya.

"Coklat. Rasalah.. Coklat asli daripada dunia sumpahan." 

Selwyn tersenyum sinis.

"Bau macam darah. Lebih baik kau basuh sebelum kau pulangkan." 

Beryl bengang.

"Oh, ya. Baiklah maaf. Ah.. dan aku tertanya-tanya Kenapa tak berikan aku pistol? Bukan kau ada ke?"

"Oh, kena rampas. Maaflah." 

Beryl tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Selwyn. Apa yang berlaku? Badan kau penuh dengan kesan cakaran. Besar pulak tu? Ganas betul Encik Coklat Biskut halia tu ." 

Beryl mengusap dagu saat meneliti dada Selwyn.

"Bukan Encik tapi wanita kurus kering dan tinggi lampai yang berlumuran dengan coklat. Jauh lebih menakutkan."

Selwyn memberitahu.

"Err... bunyi agak menakutkan. Mesti perempuan tu rakus nak kan kau. Sampaikan tercampak cermin mata kau. Habis baju kau koyak-rabak dia kerjakan."

Beryl membuat spekulasi sendiri.

"Tak. Aku pecahkan sendiri atas kecuaian aku. Baju  tak koyak pun. Tercicir kat sana."

Ujar Selwyn mendatar. Otak Beryl tak senonoh. Menyampah pulak dengar.

"Itu lawak."

Beryl ketawa mendengar penyataan Selwyn. Menganggap Selwyn bergurau

"Macam mana kau boleh balik? Kau lukis medan sihir  istimewa kat sana?"

Beryl bertanya penuh teruja.

"Errr..Taklah tapi aku sendiri tak tau."

Selwyn menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Beryl membuat muka bosan. Nak berahsia pulak.

"Eh, Kenapa kita mesti berborak kat bawah ni. Naiklah atas! "

Beryl  terus melangkah naik ke atas.

Maka tinggalah Monica dan Selwyn berdua di bilik bawah tanah tersebut. Yang hanya diterangi cahaya lampu pelita.

Selwyn menoleh memandang Monica.

Monica berdiri perlahan-lahan.

"Boleh jalan?" 

Tanya Selwyn.

Gadis itu hanya mengangguk.

Selwyn meletakkan pisau yang dipinjam dari Beryl di atas meja kecil tanpa mencucinya. Lelaki itu kemudian menghampiri Monica.

"Muka pucat betul. Dah berapa jam duduk sini?" 

Selwyn berdiri dihadapan Monica.

"Sejak saya balik..Saya tak ingat."

"Langsung tak bangun dan uruskan diri?" 

Selwyn merenung Monica dari atas dan bawah. Pakaiannya penuh dengan kesan darah.

Tiada jawapan dari gadis itu.

Darah siapa? Darah siapa lagi kalau bukan darah Selwyn.

Selwyn kemudian memegang pergelangan tangan Monica. Dirinya meneliti tapak tangan Monica. Kesan darah masih ada.

Teringat semula peristiwa ketika kepalanya dilibas dan dihentak dengan kuku besar makhluk sumpahan itu. Monica telah memegang kepalanya. Tangan gadis itu berlumuran dengan kesan darahnya.

"Kenapa Selwyn?" 

Monica bertanya.

Selwyn tersedar dari lamunan.

"Rasanya saya tahu macam mana saya dapat balik." 

Selwyn tersenyum.

Beryl sudahpun menulis nama mereka berdua di atas medan sihir. Darah perlu dititiskan pada masa yang sama. Saat ketika dirinya menolak Monica pada medan sihir, telapak tangan gadis itu pasti telah menyentuh medan sihir serentak dengan titisan darahnya. Tapak tangan yang mempunyai kesan darah Selwyn. Rasanya itulah sebabnya. Kalaulah dirinya memijak medan sihir lebih awal kan bagus pasti dirinya akan tiba lebih awal.

Nasib baik sewaktu mengais gula pasir tangan Monica tidak terkena pada medan sihir. Kalau tidak tinggalah Monica seorang diri di dunia sumpahan.

"Selwyn.. apahal awak termenung ni?" 

Sekali lagi Monica memecahkan lamunan Selwyn.

"Oh, tak ada apa-apa." 

Selwyn ketawa kecil.

"Jadi? Macam mana awak boleh balik?" 

Monica sedikit bengang. Berapa kali mahu tanya. Berkhayal pula.

Selwyn tersenyum semanis-manisnya.

"Kuasa cintaaa yang menyeru saya pulang..." 

Selwyn berjenaka. Malas pula nak terang panjang lebar. Sengaja mahu mengusik Monica.

Sekali lagi rona pada pipi Monica merah. Tak guna.

"Oi! Buat apa lagi tu? Tak nak naik ke?!" 

Kedengaran suara Beryl menjerit dari atas.

"Ya! Baiklah!" 

Ujar Selwyn dari bawah.

"MATHILDA pun rindu jugak! Pergilah jumpa dia!" 

Sengaja Beryl menyebut nama Mathilda dengan nada yang lebih tinggi.

Monica terus tersentak. Mathilda? Wanita hari tu.. wanita yang Selwyn memanggilnya 'sayang..'

Selwyn perasan akan perubahan pada wajah Monica. Selwyn terus tersenyum.

"Monica, mari. Saya nak kenalkan Mathilda." 

Selwyn menghulurkan tangannya.

"Saya tak nak."

 Monica hanya menundukkan pandangan matanya. Cuba menyembunyikan perasaan cemburunya.

"Kenapa pulak?" 

Selwyn masih menghulurkan tangannya.

"Saya tak naklah! Awak pergilah jumpa sendiri."

"Awak kena jugak jumpa dia. Cepatlah!" 

Selwyn menghulurkan tangannya lebih dekat.

"KENAPA?!"

"Sebab Mathilda keluarga awak jugak. Awak kena berkenalan dengan keluarga awak." 

Senyuman nakal bergayut pada bibir saya. Seronok juga buat gadis ni cemburu. Pasti Monica akan salah faham.

"Apa?" 

Mata Monica terus membuntang luas.

"Saya tak nak! Saya tak rela!"

Dadanya terasa sebak. Cemburu menguasai dirinya.

"Monica-"

"Awak hina saya! Saya tak nak! Saya tak nak bermadu! Saya tak naaaaaaaaak!!! Awak penipu!'' 

Monica menjerit sekuat hati! Ingin sahaja dirinya mengalirkan air mata.

"Monica!!" 

Terus Selwyn menekup mulut Monica dengan telapak tangannya. Kalau tak ditutup tak ada langsung peluang nak cakap!

Monica terus mengalihkan tangan Selwyn dengan kasar. Air mata sudah mula bergenang.

"Mathilda tu hanya seekor kuda padi. Faham? Jadi, tolong bertenang." 

Selwyn memutarkan bola matanya. Meluat pulak. 

Monica terkebil-kebil.

"Awak masih ingat pertandingan glaze coklat? Kita menang. Kita dapat wang emas. Mathilda dibeli dengan hasil titik peluh dan kesungguhan kita. Semua tu hak awak juga. Cuma awak sahaja yang tak datang tuntut hadiah." 

Selwyn cuba memujuk Monica dalam gurauan.

Monica terdiam. Matanya masih terkebil-kebil merenung mata Selwyn. Wajahnya mula kemerahan. Malunya. Cemburu macam perempuan gila.

"Jadi...awak nak berkenalan tak dengan Mathilda?" 

Sekali lagi Selwyn bertanya.

"Emmm.." 

Monica mengangguk dan tertawa. Tangannya menyambut tangan Selwyn.

"Memandangkan sumpahan awak dah berakhir, sudi tak awak terus menikmati hidangan coklat daripada saya? Menikmati coklat selamanya." 

Tangan yang menyambut tangan Monica diangkat mendekati wajahnya.

"Ya, mestilah..." 

Entah kenapa jantung Monica berdegup terlalu kencang.

"Terima kasih.. kerana sudi terima saya sebagai seorang suami." 

Terus Selwyn mengucup tangan Monica.

Apa? Apa maksud semua ni? Selwyn melamar Monica? Sangka gadis itu Selwyn mahu dirinya terus menjadi pelanggan tetapnya. Tetapi bukan. Itu merupakan satu lamaran!

"Apalah dorang berdua buat kat bawah kan?"

 Beryl meneguk segelas wine.

"Biarkanlah, lagipun.. Sumpahan Coklat dengan rasminya sudah tamat! Tapi belum habis lagi. Ada bonus chapter dan macam-macam lagi!
Gelas diletakkan diatas meja.

"Jangan buang cerita ni daripada Library anda semua! Teruskan kesetiaan anda bersama kami!"

Sila tinggalkan komen tentang perasaan anda tentang keseluruhan cerita ini. ;) 

TERIMA KASIH... chuu ❤


Author's Note : Terasa jenuh kepala otak saya edit balik story ni. Bila baca balik terasa klise and mengarut gila! Susunan ayat teruk. Gaya bahasa entah apa-apa. Memalukan betul! hahaha. Anyway Thanks buat yang baca story ni sehingga ke akhir. Apatah lagi buat yang baca berulang kali. Yang komen, yang vote, yang add dlm library. Saya hargai sangat! Terima kasih buat yang sokong saya sejak saya mentah lagi.

Bonus chapters akan menyusul kemudian!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro