Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

47 ❃ KAFETERIA COKLAT


"SELWYNNNNN!!"

Monica menjerit kesakitan apabila terasa rambutnya dicengkam dan datarik.

"Lepaskan dia!"

Selwyn pantas menghampiri makhluk itu.  Pisau dilibaskan pada makhluk itu! Entah dari mana dirinya mendapat keberanian untuk menyerang makhluk mengerikan itu, dia sendiri tidak tahu. Libasan itu terkena pada bahagian perutnya. Perlahan-lahan sejenis cecair hitam mengalir keluar. Darah makhluk sumpahan itu bewarna hitam. Sukar dilihat kerana warna tubuhnya yang seolah-olah disaluti dengan pekatan coklat.

Walaupun sudah diserang makhluk itu hanya kaku berdiri. Biji mata merah makhluk itu dibuntangkan. Ia menderam pada Selwyn.

Leraian pada rambut Monica dilepaskan. Gadis itu lantas jatuh melutut.

Selwyn cuba menghampiri Monica.

Namun jari jemari makhluk sumpahan itu lebih pantas merangkul leher Monica. Sebelah tangan sudah memadai untuk merangkul leher gadis itu.

Selwyn hanya mampu memerhati dengan penuh sakit hati.  Dia hanya ada sebilah pisau. Dirinya hanya manusia biasa. Tidak pernah langsung mempelajari seni pertahanan diri.

Dia juga tahu makhluk itu seolah-olah mempermainkan dirinya yang lemah.  Menggunakan Monica sebagai permainannya.

"Lepaskann dia...."

Ujar Selwyn tersekat-sekat suaranya kedengaran. Menahan rasa sakit hati. Lelaki itu mengertap giginya.

Tangan makluk sumpahan itu merangkul leher Monica dengan lebih erat.

Monica lantas menggenggam erat jari-jemari makhluk itu. Dahinya berkerut menahan rasa sakit.

"BAIKLAH! APA YANG KAU NAK?!"

Selwyn menjerit sekuat hati. Dia tidak sanggup melihat Monica diapa-apakan

"APA YANG KAU NAK?!"

Selwyn menjerit lagi sekali. Lelaki itu mendepakan kedua tangannya. Tanda menyerah kalah. Tangan yang menggenggam pisau terketar-ketar. Dirinya buntu. Selwyn putus asa. Dia kecewa dengan dirinya yang tidak berdaya.

Nak bunuh makhluk itu? Dirinya tidak mampu. Serang makhluk itu? Dia tidak mahu Monica tercedera. Monica mungkin akan terbunuh.

"Apa yang kau nak?! Kau nak gantikan kewujudan Monica?! KAU TAK BOLEH! KAU TAK BOLEH!! KAU TAK LAYAK!"

Selwyn menjerit sekuat hati bagaikan lelaki yang hilang kewarasan.

Mata makhluk sumpahan itu semakin galak merenung Selwyn. Ia menyeringai menampakkan barisan taringnya.

"KAU TAK BOLEH PERGI KE GHAIS LAVANARK! Itu bukan tempat kau!"

Selwyn tahu makhluk sumpahan ingin menggantikan kewujudan kepada siapa yang menyerunya.

"KAU FAHAM TAK?! Kau tak boleh!"

Mata Selwyn terus merenung mata yang bewarna merah itu. Dadanya berombak deras.

"Tapi kalau kau nak.... Aku boleh tinggal di sini.."

Selwyn perlahan-lahan melutut.

Mata Monica terbuntang luas. Apa yang Selwyn maksudkan?

Makhluk itu hanya terus merenung. Genggaman pada leher Monica dilonggarkan. Ia kemudian menderam kuat. Makhluk itu seolah-olah berminat dengan apa yang hendak disuarakan Selwyn.

"Aku tak akan pulang ke Ghais Lavanark. Matlamat aku hanya bawa Monica pulang. Sekurang-kurangnya izinkan aku hantarkan dia pulang. Semua yang berlaku adalah salah aku."

Jari lelaki itu kemudian ditundingkan pada Monica.

"Bukan dia."

Monica tidak sanggup medengar kata-kata lelaki itu. Perasaan hiba mula menyeru air mata untuk hadir di gigi matanya.

"Aku adalah punca kau dibangkitkan. Aku akan bertanggungjawab. Tapi kau tak boleh ke Ghais Lavanark. Mereka di sana tidak bersalah. Tapi aku. Dan aku sanggup menanggung akibatnya."

Suara Selwyn semakin perlahan kedengaran. Lelaki itu berusaha menahan perasan sebak. Matanya berkaca-kaca merenung makhluk itu.

"Sel..wyn.. jangan.."

Ujar Monica perlahan. Suaranya seakan-akan berbisik. Air mata gadis itu tidak dapat dibendung lagi. Ia tertumpah.

"Kau boleh bunuh aku. Kau boleh makan aku. Kau buatlah apa-apa kau nak. Ambik nyawa aku! Aku tak kisah!"

Nafas Selwyn mula kedengaran deras. Dirinya nekad. Dia sudah bersedia untuk hadapi situasi ini. Biarlah gadis kesayangngannya itu selamat pulang walaupun ajal adalah sebagai tukar ganti.

"Cuma..Aku merayu...Tolong izinkan aku hantar dia pulang."

Semakin lama suara lelaki itu semakin tenggelam.  Kedua matanya masih tajam merenung mata merah makhluk sumpahan itu. Matanya berkaca-kaca. Berusaha manahan ianya daripada terus berderai.

Tiba-tiba sahaja rangkulan pada leher Monica dileraikan. Jelmaan sumpahan itu seakan-akan bersetuju dengan kata-kata Selwyn. Monica terkedu. Betulkah apa yang berlaku? Terkial-kial gadis itu cuba berdiri mendapatkan Selwyn.

"Monica?"

Pantas lelaki itu mendapatkan Monica. Wajahnya dipegang. Dia mengamati wajah gadis itu penuh sayu. Selwyn menyeka air mata gadis itu. Selwyn merenung pula pada leher gadis itu. Lehernya terdapat sedikit kesan genggaman. Tubuh gadis itu terus didakap.

"Selwynn.."

Monica meleraikan dakapan. Lengan Selwyn digenggam erat. Monica takut melihat perubahan pada makhluk  jelmaan wanita yang seolah-olah bersalut dengan pekatan coklat itu.

Jelmaan makhluk wanita yang mengerikan itu membongkok sehingga tulang belakangnya timbul dan kelihatan dengan jelas. Makhluk itu menderam sekuat hati.  Mulutnya kemudian dibuka seluas-luasnya. Luas sehingga kedengaran bunyi tulang rahangnya berdetak. Bahagian tepi mulutnya perlahan-lahan merekah. Terkoyak. Matanya galak merenung mereka. Adakah dia ingin membunuh Selwyn seawal itu?

"Monica.....cepat...."

Selwyn menarik tangan Monica.

"Selwyn?! Apa awak nak buat?!"

Monica menggenggam erat lengan Selwyn.

"Pergi berdiri atas medan sihir sekarang!"

"Apa?! Saya tak nak!"

Air mata gadis itu mula mengalir. Dia tidak mahu pulang tanpa Selwyn.

"Apa yang tak nak?!"

Tangan Selwyn menggenggam erat pergelangan tangan Monica.

"Saya tak nak balik tanpa awak! Biar saya mati pun!"

Monica berusaha menarik tangannya yang digenggam erat oleh Selwyn.

"Boleh tak jangan buat degil bodoh awak?!"

Selwyn mengherdik.

"Selwyn...tolong jangan tinggalkan saya.. saya tak nak.. "

Gadis itu akhirnya menangis.

"Maafkan saya.. "

Monica menggigit bibirnya. Gadis itu menggeleng-gelangkan kepalanya.

"Maaf Monica.. saya terpaksa."

"Tak.... jangan..."

"Tolong jaga diri awak."

"Jangan cakap macam tu.. Saya tak nak.."

"Kunci kafe ada pada Beryl.. Hak awak sekarang."

Ujar Selwyn sekadar berbisik.

"Saya tak nak! Saya tak nak semua tu!"

Monica tidak henti-henti menangis. Tangannya meronta-ronta supaya dilepaskan.

"Janji pada saya, awak akan jaga diri."

"SAYA TAK NAK! Tak faham ke?!"

"Monica.. tolonglah..Jangan degil."

Selwyn menggenggam pergelangan Monica lebih erat.

"Jumlah cepat! Kita balik sama!"

Monica ingin menarik tangan Selwyn. Namun dirinya tidak berdaya.

Lelaki itu pula hanya mengakukan dirinya. Sekiranya dirinya turut melangkah pasti makhluk itu akan menyerangnya. Pasti ia akan melibas dengan menggunkan kukunya yang panjang dan tajam. Pergerakkannya pantas. Selwyn tidak mahu mengambil langkah drastik. Dia tidak mahu makhluk itu menyerang Monica.

"Selwyn...cepatlah..."

Melihat Monica sedang menarik tangan Selwyn ke arah medan sihir, makluk sumpahan itu terus melaungkan jeritan yang kuat dan nyaring membingitkan telinga.

Selwyn tersentak. Biji mata Monica terbuntang luas melihat makhluk itu menjerit berpanjangan.

Dikesempatan itu Selwyn terus menolak tubuh Monica dengan kasar. Dia melibaskan pisau yang digenggamnya pada wajah Monica. Terkena pada tepi mata kirinya. Terkena pada kesan parut yang sedia ada. Kesan parut yang juga berpunca daripada lelaki itu suatu ketika dahulu. Saat ketika lelaki itu menolak tubuhnya dengan kasar sehingga terguris pada ranting pokok.

Tubuh Monica tertolak kebelakang. Kedua matanya terbuntang luas. Terlihat akan percikkan darahnya sendiri berlegar diudara. Melihat lelaki itu memalingkan wajahnya daripada dirinya. Tangannya cuba mencapai bahu lelaki itu. Namun ia tidak berjaya. Tidak mampu dicapai. Gadis itu terjatuh di atas medan sihir. Darah yang mengalir dari luka barunya turut menyentuh medan sihir. Medan sihir serta-merta mengeluarkan cahaya putih.

Makhluk jelmaan itu menjerit lagi sekali dengan lebih kuat dan nyaring.

"Selwyn..."

Monica cuba menjerit memanggil nama lelaki itu. Namun suaranya seakan-akan tersekat.

Selwyn...kenapa kau mengulangi semula kesilapan kau. Kau tinggalkan aku saat kau meninggalkan kesan luka pada aku.  Luka pada tempat yang sama. Luka pada hati.

Air mata gadis itu tertumpah lagi sekali. Cahaya yang mengeliling dirinya semakin terang dan silau. Angin mula mengelilingi medan sihir. Semakin lama semakin hilang bayangan Selwyn.  Jeritan makhluk itu pula semakin lama semakin sayup-sayup kedengaran. Seolah-olah jaraknya semakin menjauh. Bukan mereka yang semakin menjauh. Tetapi dirinya yang dibawa pergi. Angin pula semakin lama semakin kencang. Rambut gadis itu bertebangan ditiup angin.

Pandangan mata Monica pula semakin lama semakin menjadi kabur. Mungkin kerana cahaya yang terlalu silau. Daripada penglihatan yang kabur lama-kelamaan ia menjadi pudar dan gelap. Pandangan matanya terpadam.

Adakah ini kali terakhir aku akan melihatmu. Bilakah lagi aku akan melihatmu, mendengar suaramu? 
Adakah ini perpisahan yang berpanjangan? Atau sementara?
Ataupun...
Adakah ini pengakhirannya?

Selwyn....

Adakah ini mimpi ngeri? Sekiranya ini adalah sebuah mimpi ngeri.
Bangunkanlah aku.

Sekiranya, ini adalah satu kenyataan..
Adakah kau akan hadir dalam mimpiku?

.............

.........

...

Kebahagiaan.... kenapa kau pergi lagi sekali. ... kenapa kau tinggalkan aku... kenapa kau tidak pernah berpihak kepada aku.........

Kenapa...?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro