Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

46 ❃ AROMA COKLAT

Bar Beryl

Sylvan seorang diri di meja pelanggan. Siku diletakkan diatas meja. Kepalanya ditongkat dengan tangannya. Bosan. Minuman cocktail sudahpun habis diminum. Jari-jemarinya yang memiliki kuku yang panjang dan tirus diketuk-ketuk pada meja mengikut irama yang entah apa-apa. Lama betul Beryl mandi. Tak sudah-sudah.

Dahi Sylvan kemudian berkerut. Dia dapat rasakan sesuatu. Kehadiran sesuatu. Mata Sylvan melirik pada satu pintu yang terletak di belakang kaunter bar. Pintu yang terletak di hujung. Pintu bilik bawah tanah. Ada sesuatu di situ. Ya, Sylvan dapat rasakan kehadiran sesuatu.

Tidak mungkin Beryl. Beryl berada di tingkat atas. Kalau Beryl turun sudah pastilah dia akan perasan. Dirinya sedang duduk di meja pelanggan yang berhadapan dengan tangga tingkat atas.

Semakin lama semakin kuat nalurinya terasa. Ya, kini Sylvan tahu. Kehadiran kuasa sihir yang semakin hampir.

Tidak selesa, lantas Sylvan terus berdiri. Sylvan rasa tak sedap hati sekirnya dirinya hanya duduk sahaja.

"Beryl!"

Sylvan memanggil Beryl. Sambil matanya masih melirik pada pintu bilik bawah tanah.

Tiada jawapan dari lelaki itu.

"Beryl!!!"

Sylvan menghampiri tangga. Kedengran Beryl sayup-sayup bersenandungkan lagu pisau kegemarannya.

"Bodoh.."

Sylvan tidak puas hati. Lagu bodoh itu lagi. Sylvan benci lagu tu. Lagu yang selalu dinyanyikan ketika pisau dijadikan sebagai permainan. Telapak tangan diletakkan di atas meja dan lima jari dibuka luas. Pisau pula ditetak-tetak celah jari mengikut irama lagu itu. Merepek dan mengarut tapi Beryl suka. Malahan, Beryl pakar bermain permainan itu. Juara bertahan di Eple.

"Beryl!!!!"

Sylvan menaiki beberapa anak tangga.

"Oh, tetak-tetak-tetak-
tetak laju-laju~~"

Sylvan berdecit. Tak sudah-sudah! Pantas bunian itu berlari naik ke atas. Orang ada hal penting nak beritahu, dia elok bersenang-lenang dekat atas sana!

"OOIIII !!"

Pantas Sylvan membuka pintu biliknya.

"OI!!!!!"

Beryl terperanjat! Dirinya sedang terbongkok di hadapan meja cermin. Tangannya sedang memasang subang ditelinga kanannya. Namun apabila pintu dihempas subangnya terlepas dan terjatuh.

"Apa kau sedang buat?!"

"Apa aku buat?! Aku yang patut tanya kau!"

Beryl mencangkung tercari-cari subang telinganya yang baru sahaja terjatuh itu

"Aku dapat rasa kehadiran sihir di kamar bawah tanah.''

Sylvan memberitahu.

"Apa?!"

"Mungkin daripada medan sihir yang kau lukis. Cepatlah!"

Tanpa bersuara Beryl terus melangkah keluar dari biliknya. Mungkin Selwyn dan Monica sudah pulang! Subangnya serta merta dilupakan.

Sylvan turut mengekori dari belakang.

Di dalam bilik bawah tanah itu. Medan sihir mula megeluarkan cahaya.

Pintu bilik bawah tanah dibuka.
Beryl melangkah turun dan terus menuju ke arah medan sihir. Lelaki itu melutut dihadapan medan sihir.

"Bercahaya!"

Cahaya bewarna putih muncul diatas medan sihir.

Sylvan hanya berdiri dibelakang.

Selang beberapa saat mereka tiba, sekelip mata sahaja suhu disitu menjadi hangat. Rambut Beryl tiba-tiba ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Angin yang datang dari medan sihir.

Semakin lama semakin kuat bunyi desiran angin. Sylvan yang sedang berdiri di belakang turut merasakan akan kehangatan suhu dan sentuhan angin.

Rambut putih bunian itu turut ditiup angin.

Semakin lama semakin kuat bunyi desiran angin.

Hidung mereka pula terhidu akan bau coklat. Bau yang begitu kuat dan pekat.

Angin tersebut turut mebawa aroma coklat. Aroma coklat yang datangnya daripada Dunia Sumpahan. Kini bilik bawah tanah itu dicampuri dengan aroma coklat dan juga aroma minuman alkohol yang diperap.

Cahaya yang muncul dimedan sihir semakin lama semakin terang. Cahayanya begitu silau.

Beryl menutup pandangan matanya dengan lengannya.

Sylvan juga melakukan perkara yang sama. Biji matanya dikecilkan. Berusaha ingin melihat apa yang ada disebalik cahaya.

"Mereka berjaya.. "

Ujar Beryl sekadar berbisik. Beryl tidak sabar ingin menyambut kepulangan sahabatnya itu bersama buah hatinya.

Tidak sabar ingin menuggu cahaya tersebut menjadi pudar. Tidak sabar ingin menunggu desiran angin berhenti, tidak sabar ingin menunggu aroma coklat menghilang. Sesudahnya itu, selamatlah Selwyn dan Monica kembali ke Ghais Lavanark.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro