Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

45 ❃ MENGIDAMKAN COKLAT

BAR BERYL
Luar Perkarangan Garaj Kereta

Kereta keluli cabriolet yang dicat dengan cat khas keluli bewarna biru gelap itu baru sahaja selesai dicuci oleh pemiliknya. Berkilat dan berkelipan di bawah sinaran cahaya sang suria.

Ukiran floral keluli tempawan perak pada kereta cabriolet itu menampakkan lagi serinya.

Beryl amat menyayangi hartanya. Sesudahnya membasuh kereta cabrioletnya itu, dia menggilapnya. Keluli tempawan bercorak floral yang melekat pada keretanya itu digilap dengan penuh terperinci. Setiap celah-celah ukiran yang halus itu juga digilap.

Mathilda kini sadang tidur lena di tepi perkarangan bar Beryl. Di bawah pohon-pohon epal. Oh, ya! Semuanya salah Mathilda! Habis najisnya dilecek dan tepercik pada hujung kereta Beryl. Dah terpercik melekat pula dengan jerami rumput. Beryl pula, entah kenapa membasuh seluruh keretanya sedangkan bahagian yang kotor hanya sedikit sahaja.

Beryl tekun membuat kerja sambil menghisap paip rokok kayunya.

Tubuhnya yang tidak berbaju itu mula dibanjiri peluh. Hari ini cuaca terik. Eh? Tak. Tak adalah terik mana pun. Cuma Beryl banyak menghabiskan waktu paginya mendandan kereta cabrioletnya itu.

"Sungguh menawan....."

Puji Beryl sambil melihat kenderaan yang baru digilapnya. Dibibirnya masih menggigit paip rokoknya.
Asap dihembuskan melalui bahagian tepi bibir.

Terasa lenguh-lenguh tengkuk dan badannya. Beryl membongkok sedikit menghadap sisi kereta. Kedua telapak tangannya memegang kedua kepala lututnya. Merenung dirinya pada biasan di keretanya. Lelaki itu tersenyum puas. Kening dijongketkan. Berkilat betul keretanya sehingga nampak bayangannya sendiri. Macam cermin.

"Kau berkhayal tengok wajah sendiri? Menjijikkan betul."

Tiba-tiba muncul imej bayangan Sylvan membongkok di sebelah imej bayangannya. Tiba-tiba sahaja bunian itu terpacul disitu.

"Kenapa? Kau cemburu?"

Beryl menegakkan tubuhnya.

"Cemburu juga. Cemburu pada penampilan jambu kau."

Sylvan ketawa.

"Sekarang jambang aku dah mula tumbuh. Tak jambu lagi."

Beryl menghembuskan asap paip rokoknya pada wajah Sylvan. Sengaja dia lakukannya.

"Masih nipis lagi. Tiada bezapun."

Ujar Sylvan sambil mengibas asap paip rokok dengan tangannya.

"Jangan harap nak minum percuma hari ini."

Beryl tersenyum sinis. Dia tahu Sylvan tak mahu lepaskan peluang untuk minum percuma. Itu sahaja satu-satunya cara untuk diamkan Sylvan. Beryl malas nak berbincang tentang jambangnya. Tak seronok.

"Kau tahu? Sepanjang perjalanan aku ke sini. Aku dengar ramai akan gadis-gadis berbisik tentang kehangatan tubuh tegap kau. Geli betul aku dengar."

Sylvan mengusap kedua-dua bahunya sendiri. Meremang.

"Perempuan gedik biasalah. Kau cemburu ke? Baru aku bukak baju. Belum aku bukak seluar."

Beryl tersenyum nakal. Paip rokoknya dipegang. Asap dihembuskan. Dia kemudian meniup habuk-habuk yang melekat pada bumbung keretanya.

Sylvan terdiam. Bunian itu mencemik, membuat muka meluat. Buat apa nak cemburu! Terasa menyampah pula dia mendengar Beryl membangga-banggakan tentang tubuhnya. Perasan! Bunian itu tahu sebenarnya Beryl memerli dirinya. Kenapa? Kerana susuk tubuh yang dimiliki Sylvan berbidang kecil. Bagi bangsa bunian lelaki. jarang sekali dapat lihat yang berbadan tegap. Ada.

"Badan tegap-tegap pun masih bujang. Apalah nasib kan?"

Ujar Sylvan sambil tersenyum sinis. Membalas sindiran Beryl. Mana boleh diam dan biarkan Beryl menang.

Beryl terpana akan kata-kata Sylvan. Ya, Sylvan sudahpun berpasangan. Tetapi dirinya tidak! Tidak lagi! Namun raut wajahnya dikawal.

"Perempuan menyusahkan. Cukuplah Geniver yang aku ada."

"Betul ni? Kau jamin boleh bahagia dengan Geniver sepanjang hayat kau?"

Sylvan inginkan kepastian daripada Beryl. Sanggup ke bersama Geniver sahaja. Oh, ya. Siapa pula Geniver ya?

"Dia jauh lebih anggun daripada mana-mana wanita. Tak ada wanita dapat menandingi kecantikkan Geniver. Terutamanya wanita bunian yang tua kerepot."

Beryl memuji keretanya. Sempat juga dia mengutuk kaum bunian. Oh, ya. Beryl juga memberi nama kepada keretanya. Nama yang diberi adalah Geniver. Yang membawa erti 'Anggun.'

"Eh? Baru aku sedar..Sejak bila Geniver berbumbung? Kau pasangkan?"

Sylvan baru perasan selama ini kereta milik Beryl tidak berbumbung. Dan kini berbumbung.

"Eh, Sylvan. Kau balik hutanlah! Semua tak tau. Ini kereta cabriolet. Bumbung boleh bukak dan tutup."

Biar betul bunian ni. Sudah lama duduk di Eple, tapi tak tahu teknologi manusia.

"Hebat."

Sylvan memuji. Terasa nak sentuh bumbung kereta itu.

Beryl pantas menepis tangan Sylvan.

"Kuku kau panjang. Calarlah kereta aku!"

"Sememangnya itu adalah niat aku."

"Langkah mayat aku dulu.."

"Tak perlu! Jangka hayat manusia lebih singkat."

Tersembur ketawa daripada mulut Sylvan. Ya, jangka hayat manusia lebih singkat daripada Bunian. Sylvan sendiri sudah berumor lebih daripada 200 tahun. Namun mentalitinya tidaklah sematang mana. Jika diikutkan usia manusia umur Sylvan adalah dalam lingkungan 20-an. Sama seperti Beryl.

Beryl menumbuk bahu Sylvan. Tak guna! Biadab betul.

"Eh? Sekejap..."

Tiba-tiba dahi Beryl berkerut.

Sylvan berhenti ketawa. Telinganya turut menangkap akan bunyi bisikkan.

Mereka terdengar akan bisikan-bisikan halus para gadis.

Bisikkan yang datang daripada belakang semak-semak pokok bunga kembang tiga bulan.

"Eh, Siapa dengan Sylvan tu?"

"Itu Beryl lah. Pemilik bar tu."

"Dia nampak lain!"

"Shhh..perlahan suara. Nanti dorang sedar."

"Mungkin kerana jambangnya dicukur."

"Aku berdebar..."

"Aku pun."

"Jadi? Kau bawa kita ke sini untuk tunjukkan Beryl yang menggoda? Hangatnya..tubuh dia tak berbaju."

"Apa kau ni? Sylvan lagi kacaklah. Aku suka lelaki bunian. Jarang dapat tengok. Raut wajah dia nampak muda selalu."

"Eh! Diamlah ! Perasan tak? Sejak bar ditutup Beryl ubah penampilan?"

"Yalah! Dia lakukan untuk Sylvan ke?"

"Shhh! Kawal suara tu!"

"Oh..baru aku sedar. Walaupun bar tutup, Sylvan tetap datang."

"Maksud kau?!"

"Tidakkk...aku fikirkan perkara yang sama juga..."

"Apa ni? Aku tak faham!"

"Mereka mungkin sedang menjalinkan hubungan sulit.''

"Apa? Tapi mereka berdua lelaki."

"Tapi mereka sangat akrab. Tiada apa-apa yang mustahil. Jadi aku nak kamu berdua berhenti berangan nakkan Beryl atau Sylvan."

"Hoi! Cerita apa tu?"

Beryl menyergah tiga orang gadis tersebut yang sedang mencangkung di sebalik semak pokok bunga kembang tiga bulan. Ataupun lebih dikenali sebagai pokok Hydrangea.

Ketiga-tiga mereka terkejut. Lantas mereka bertiga berdiri menghadap Beryl dan Sylvan.

"Sudi berkongsi cerita dengan kami?"

Sindir Sylvan pula.

"Er... kami.. kami..kami.."

"Sebenarnya kami.. Kami nak beli coklat."

"Betul tu. Kami dah lama idamkan coklat. Tapi kafe coklat sudah lama tak buka."

Pantas salah seorang daripada gadis tersebut memutar belitkan alasan mereka. Kebetulan pula mereka baru pulang daripada singgah di kafe Selwyn. Malangnya tutup.

"Sini tak ada jual coklat...Tunggulah Selwyn balik. Dia ada urusan penting nak diselesaikan."

Beryl memberitahu.

"Oh, Lamanya. Kami dah idamkan coklat. Lama daaah."

Seorang gadis yang ada sedikit minat terhadap Beryl akhirnya bersuara. Cuba untuk berbual.

"Idamkan coklat? Ataupun cik idamkan Beryl?"

Sylvan menyampuk. Sengaja dia kenakan Beryl. Mana tahu ada peluang dijadikan kekasih.

Pantas Beryl menjeling Sylvan. Kurang ajar! Jangan harap dia nak perempuan gedik macam ni!
Beryl menghembuskan keluhan.

Rona pada pipi gadis itu mula merah.

"Jadi kau idamkan aku?"

Beryl merenung gadis itu.

"A..ah..mana ada...Saya idamkan coklat sahaja."

Gadis itu tergagap-gagap.

"Setahu aku... perempuan mengidam ni bunting.."

"Apa?"

Gadis itu terpinga-pinga. Dua orang kawannya terdiam."

"Nak rasa pengalaman tak?"

Beryl tanya lagi. Paip rokok dimasukkan semula kedalam mulutnya.

Terasa meremang bulu roma gadis itu. Apakah yang dimaksudkan Beryl?

"Nak cuba? Aku boleh buatkan."

Ujar Beryl dengan nada sinis. Dia turut tersenyum sinis.

"Maaf ganggu."

Si gadis mula terasa tidak selesa dan terus berlari pergi. Kedua-dua kawannya turut berlari sama. Takut diapa-apakan.

"Kau biar betul?"

Biji mata Sylvan terbuntang luas. Tak sangka Beryl akan kata begitu.

"Apa kau cuba buat, Sylvan?!"

Beryl mengherdik Sylvan.

"Tak ada apa-apa. Sahaja main-main."

Sylvan mengangkat bahu. Bunian itu ketawa.

"Aku sedarlah aku masih bujang. Tapi aku tak inginlah perempuan gedik macam tu. Kaki gossip. Entah-entah dia akan sebarkan fitnah tentang kita."

Beryl membebel.

"Oh, kau pergilah pakai baju. Sebelum berita jadi lebih hangat. Kau tahu... sini pun ada penulis papparazi."

Sylvan memberi amaran.

"Ah.. benci betul..."

Beryl memutarkan bola matanya.

"Oh, lagipun. Bila kau nak buka bar kau semula?"

Sylvan tukar topik.

"Tunggulah sampai Selwyn balik. Aku letih layan Mathilda. Tak mampu aku nak buat kerja lebih."

"Emm..rasanya nak dekat seminggu kan?"

"Dah seminggupun. Oh, cakap tentang Selwyn. Aku nak tengok medan sihirlah sekejap lagi."

Beryl menghampiri keretanya.

"Aku nak cocktail..."

"Kau tunggulah aku simpan Geniver dan Mathilda dulu."

Ujar Beryl sambil membuka pintu keretanya.

"Baiklah! Aku masuk dulu."

Sylvan pun melangkah masuk.

Beryl kemudian memakirkan semula kereta cabrioletnya ke dalam garaj. Tempat tidur Mathilda dibersihkan. Kasihan pula Mathilda. Sempit. Tapi apa nak buat. Daripada tinggal bersendirian.

"Siap pun."

Ujar Beryl sambil mengesat peluhnya. Pencakar daun-daun kering diletakkan ke tepi. Tak tahulah ni garaj kereta ke kandang kuda.

"Sekarang, tiba masa untuk membawa Mathilda masuk. Hmmm...mesti Sylvan tunggu lama. Tapi lantaklah."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro