Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37 ❃ COKLAT JERLUS


"Nasib baik aku tak terseliuh atau patah kat mana-mana."

Selwyn menuam dagunya dengan air batu sambil duduk di atas anak tangga. Dagunya cuma terhantuk pada pemegang tangga. Baru kena sikit tapi membebelnya bukan kepalang lagi.

Beryl diam sambil menguyah tart coklat mini yang terselamat. Dapatlah jugak makan. Walaupun sedikit.

"Satu tutup tempayan pun tak boleh angkat?"

Selwyn terus merungut. Ditekan-tekannya air batu yang berbalut pada kain napkin pada dagunya.

Beryl pula masih menguyah. Tumpuannya hanya pada coklat tart mini. Langsung tidak mempedulikan Selwyn. Sambil itu matanya merenung lantai yang sudah disiap lukis medan sihir. Semak, sekiranya ada apa-apa kesilapan.

"Aku dahlah nak pergi ke alam entah mana. Bahayanya pun tak tahu tahap mac-"

"Dah..dah. dahhh....cukup!"

Beryl mengangkat kedua-dua tangannya. Habuk coklat tart mini yang melekat pada tangannya ditepuk-tepukkan pada tubuhnya.

Selwyn menjongketkan keningnya.

"Bila nak berhenti membebel...? Lubang telinga aku nak bernanah ni."

Beryl berjalan menghampiri Selwyn. Dia mencapai sesuatu di atas meja kecil. Sebilah pisau. Bukan pisau biasa yang hanya terletak di dapur tu. Pisau tersebut lebih besar dan lebih panjang ukurannya. Matanya pula lebih tajam.

"Kau nak buat pe dengan pisau tu?"

Selwyn bertanya. Pelik pula dia melihat Beryl mencapai pisau tajam tersebut.

"Agak-agak?"

Beryl memutarkan pisau tersebut dengan jari-jemarinya. Sambil itu sempat juga dia menjilat jari telunjuknya yang terdapat sikit sisa tart coklat.

Lelaki berambut merah berjalan semakin menghampiri Selwyn.

"Manalah aku tahu."

"Aku nak bunuh kau."

Beryl berhenti di hadapan Selwyn. Sebelah tapak kakinya ditumpangkan di atas anak tangga di mana Selwyn sedang duduk. Pisau tersebut terus diletakkan di bawah leher Selwyn.

"Tolong jangan bergurau Beryl. Bahayalah! Jauhkan..."

Selwyn mula bengang.

"Ini bukan gurauan.... Aku tak akan benarkan kau selamatkan Monica."

Ujar Beryl dalam nada bisikkan. Masih lagi tidak mengalihkan pisau tersebut daripada leher Selwyn. Pandangan wajah Beryl kelihatan dingin. Bagaikan dirasuk.

Dahi Selwyn berkerut merenung Beryl.

"Apa maksud kau?"

Selwyn meneguk air liurnya. Siapa lelaki ni? Adakah dia Beryl? Beryl seolah-olah sudah dirasuk? Ada sesuatu ke yang telah mengganggu dirinya ketika dia sedang sibuk melukis medan sihir?

"Kau akan mati di sini dan aku yang akan pergi ke sana."

Beryl merenung tajam pandangan mata Selwyn.

"Kau tak boleh bunuh aku."

Ujar Selwyn tegas walaupun hatinya sebenarnya amatlah cemas.

"Daripada kau membebel tadi, lebih baik kau bersedia."

Pisau tajam itu diletakkan pada leher Selwyn dengan lebih rapat.

Beryl tersenyum sinis.

Biji mata Selwyn terbuntang luas. Apa yang Beryl buat ni? Air batu yang sedang dituam pada dagunya terlepas dan jatuh ke lantai. Air batu yang masih belum cair jatuh berderai.

Bersedia? Bersedia untuk apa? Hati Selwyn semakin cemas.

"Bersedia untuk mati."

Pisau ditekan sikit pada leher Selwyn. Terasa sejuk besi bersentuhan pada leher Selwyn amatlah mengerikan.

Melihat wajah cemas Selwyn membuatkan Beryl terus ketawa terbahak-bahak! Beryl terus melemparkan bilahan pisau tersebut pada atas lantai. Dia berpaling daripada Selwyn dan terus ketawa.

Selwyn terpinga-pinga.

"Tau takut... "

Beryl mengesat air matanya yang sedikit mengalir kerana terlalu banyak ketawa.

Wajah Selwyn kemerahan. Malu kerana terpedaya dengan lakonan Beryl.

"Tak guna..."

"Aduhaaaaaiii....senak perut aku."

Beryl melurutkan rambutnya kebelakang. Letih betul ketawa.

"Ha-Ha-Ha....Kelakarnya.."

Selwyn bengang. Wajahnya masih kemerahan.

"Ucapkan tahniah kepada Raja Sandiwara iaitu Beryl Yyscadtobleron!"

Beryl mendepakan luas kedua tangannya. Tersenyum lebar sambil menjongket-jongketkan keningnya.

"Tolong hentikan drama ni Beryl. Bukan kelakar pun."

Selwyn geram. Geram sangaaaat! Namun dia sembunyikan perasaan itu. Malu betul dia.

"Janganlah marah. Aku saja nak uji. Nak tengok sejauh mana kau nak bersedia."

Beryl masih lagi tersenyum lebar. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia sambung ketawakan Selwyn.

"Terima Kasih jelah."

"Baiklah sudah bersedia Selwyn?"

Selwyn mengangguk.

"Ambik pisau tu"

Selwyn membongkok dan terus mengambil pisau tersebut.

"Kau bawaklah pisau tu. Kau bunuh je mana-mana jembalang yang halang laluan kau."

Selwyn hanya sekadar mengangguk. Dia akan pergi seorang diri. Dia juga tahu kenapa dia perlu pergi. Semua masalah yang datang juga berpunca daripada dirinya sendiri. Ia merupakan satu tanggungjawab.
Kenapa Ahli Rosamund tidak mampu menolong? Untuk pergi ke dunia sumpahan ada syaratnya. Hanya mereka yang terlibat dengan sumpahan tersebut sahaja yang mampu menjejaki dunia tersebut.

Selwyn merenung pisau yang dipegang kemas.

"Mampu ke kalau aku nak berlawan? Aku bukannya mahir dalam apa-apa seni mempertahankan diri."

Selwyn risau.

Beryl menepuk bahu Selwyn.

"Fikirkan Monica. Aku yakin kau boleh bawak dia balik."

"Ya, baiklah. Yang penting aku perlu cari Monica."

Selwyn menanam azam. Yang paling penting Monica akan pulang.

"Sampai di sana, kau akan berada di atas medan sihir yang sama. Dapatkan Monica. Kembali semula pada medan sihir.Dan akhir sekali kau perlu titiskan darah kau dan Monica pada medan sihir. Dan semuanya akan kembali."

Beryl memberitahu.

"Beryl.."

Selwyn menghulurkan segugus kunci.

Beryl mengangkat kening dan mengambilnya.

"Tolong tengokkan kafe aku dan juga Mathilda."

Selwyn meninggalkan amanat.

"Serahkan kepada aku! Jangan risau."

"Terima kasih."

Selwyn tersenyum. Wajah Selwyn kelihatan risau, sedih dan juga cemas pada masa yang sama.

"Semuanya akan okey! Aku yakin kau akan kembali dengan selamat."

Beryl cuba memberi kata semangat. Dia mendepakan tangannya.

Selwyn kemudian terus mendakap Beryl.

"Aku akan bawak Monica kembali."

"Yaaaa, itulah dia. Semangat."

Dakapan dileraikan. Selwyn melangkah dan memijak di atas medan sihir. Dia berdiri di atas lambang Ghais Lavanark. Helaian rambut Monica dijatuhkan di atas medan sihir.

"Kalau kau dah betul-betul bersedia. Kau boleh titiskan darah kau Selwyn."

Beryl berdiri di tepi.

Selwyn menghembuskan nafas. Mata pisau diletakkan dihujung jari ibunya.

"Semoga berjaya. Jangan cicirkan pisau tu! Kau mesti pulangkan. Mahal aku beli."

Ucap Beryl.

"Terima kasih dan jangan risau. Aku akan pulangkan. Aku janji."

Selwyn tersenyum hambar lantas mata tajam pisau dikelar perlahan pada hujung jari ibunya.

Darah mula mengalir dan terus menitis. Perlahan-lahan jatuh dan menyentuh medan sihir.

Serta-merta medan sihir bercahaya.

Cahaya pada medan sihir semakin terang dan silau.

Beryl berundur beberapa tapak kebelakang sambil menutup sedikit pandangan mata dengan tangannya.

Selwyn tidak dapat melihat kelilingnya. Cahaya terlalu terang. Tubuh Selwyn terasa hangat dan berangin. Rambut Selwyn kelihatan beralun seolah-olah ditiup angan.

Tiba-tiba sahaja kaki Selwyn terasa mendap. Apa yang berlaku?

Beryl dari jauh terlihat seperti lumpur mula muncul di atas lantai yang dilukis medan sihir itu. Kelihatan seperti pasir Jerlus.

"Pasir Jerlus? Aku akan tenggelam."

Selwyn merenung bawah. Kakinya tidak lagi kelihatan. Bau coklat juga tiba-tiba memenuhi ruang tersebut.

"Tidak ini bukannya pasir jerlus. Ini coklat jerlus.."

Semakin lama tubuh Selwyn semakin menghilang. Separuh badannya sudahpun tenggelam.

Apabila sudah mencecah lehernya. Selwyn menarik nafas. Cuba untuk menyimpan gas oksigen sebanyak mungkin.

Beryl masih cuba memerhati. Cahaya masih lagi terlalu terang.

Sebaik sahaja tubuh sudah ditenggelami sepunuhnya serta merta coklat jerlus meresap hilang. Cahaya yang terang sudah lenyap.

Selwyn kini tidak lagi berada di Ghais Lavanark. Dia kini berada di dunia sumpahan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro