31 ❃ COKLAT ROULADE
Selwyn menutup pintu kafeteria. Dia terus menyandarkan tubuhnya pada pintu lantas menghembuskan satu keluhan.
"Siapa tu?"
Monica bertanya.Gadis itu berjalan menghampiri Selwyn.
"Beryl..."
"Kawan awak ke?"
"Ye. Dia pemilik bar di sini."
"Kenapa tak ajak dia masuk?"
"Perlu ke?"
Selwyn terasa meluat teringatkan sikap Beryl. Bola matanya berputar.
"Ada sesuatu berlaku ke tadi?"
"Tak ada apa-apapun."
"Awak marah ke?"
"Tak adalah."
Cepat-cepat Selwyn menukar expresi wajahnya. Berpura-pura tenang.
"Apa yang Beryl nak?"
Tiba-tiba sahaja rasa ingin tahu dalam diri Monica membuak-buak.
"Entahlah. Saya pun tak tahu."
"Awak ada masalah dengan dia?"
"Tak."
"Gaduh ke?"
"Taklah."
"Habis tu?"
"Boleh tak diam?!"
Selwyn meninggikan suaranya setelah bertalu-talu disoal soalan yang merimaskan kepala otaknya.
Monica terdiam. Dahinya berkerut apabila dia ditengking. Namun gadis itu langsung tidak tersinggung. Tiba-tiba dia teringatkan Selwyn yang dulu. Selwyn sebenarnya langsung tidak berubah. Sama seperti dulu. Panas baran. Suka marah orang tak tentu pasal. Cuma kali ini bezanya adalah dia telah menunjukkan kasih sayang yang datang dari hatinya. Itulah bezanya tentang dirinya yang dulu dan sekarang.
Selwyn hanya mendiamkan diri selepas dia meninggikan suaranya. Dia sebenarnya risau akan Monica. Beryl. Apa lelaki tak guna tu mahukan dari Monica? Adakah dia mahu jadikan Monica sebagai pelayan di barnya? Adakah dia mahu menggatal? Atau...adakah dia mahu menjual Monica?! Tidak! Beryl tak mungkin lakukan itu. Tidak. Demi wang emas. Adakah Beryl sanggup. Lelaki itu mata duitan. Tidak. Selwyn tidak sanggup memikirkannya.
"Oi!"
Monica menyergah Selwyn lantas lamunan lelaki itu berterabur!
"Apa?!"
"Selwyn?? Awak tu kenapa? Muka macam baru nampak hantu."
"Mana ada hantu siang-siang buta ni."
"Habis tu muka awak tu macam risau je."
"Ya, risaukan awaklah."
Terkedu Monica mendengar penyataan Selwyn. Rona pada pipinya mula kemerahan.
"Awak janganlah nak main-main!Saya tanya betul-betul! Nak risau kenapa pulak?"
"Yelah! Apa pulak saya main-main! Saya risau kalau Beryl-"
Tiba-tiba kata-kata Selwyn tersangkut. Sesuatu melintas difikirannya!
"Kenapa? Apa yang awak fikirkan?"
Monica tertanya-tanya. Dia pelik dengan sikap aneh Selwyn.
"Beryl. Dia....."
"Kenapa dengan dia?"
"Monica!!"
Selwyn memegang bahu Monica dengan erat!"
"Selwynnnn! Apahal?!"
"Beryl! Dia tau sejarah perubatan sihir dan sumpahan!"
Ujar Selwyn dalam nada teruja.
"Apa?"
Monica berkerut.
"Beryl mungkin dapat bantu awak sembuhkan sumpahan coklat tu!"
Ujar Selwyn sambil menggoyang-goyangkan bahu Monica.
"Apa awak ni!? Bertenanglah!"
Monica terus menolak tubuh Selwyn. Terasa rimas apabila tubuhnya digoyang-goyangkan.
"Saya teruja! Saya tak boleh bertenang!Saya terlupa Beryl tau pasal perubatan sihir dan sumpahan."
"Tapi dia tak nampak macam orang berpelajaranpun?"
Monica mengkritik Beryl. Sempat dia tertinjau-tinjau dari tingkap, melihat siapa di luar dan apa yang berlaku di luar sebentar tadi.
"Apa maksud awak?"
Selwyn terpinga-pinga.
"Yalahkan. Pemilik bar. Apa yang dia tau?"
"Ish! Teruknya awak Monica. Menilai orang dari rupa."
"Apa?! Awak tu lagi teruk! Dulu awak menilai saya berdasarkan khabar angin."
Monica mengungkit kisah lama. Sakit hatinya apabila dirinya dilabel 'teruk.'
"Okay. Baiklah. Tak nak gaduh."
Monica hanya menjeling Selwyn.
"Dengar ni. Beryl mungkin hanya pemilik bar. Tapi dia datang dari keluarga berada. Beryl pernah beritahu saya yang ibubapanya pernah hantar dia ke sekolah elit. Di situ dia telah mempelajari banyak perkara tentang perubatan. Beryl pernah jugak cerita yang dia tidak suka dikongkong oleh keluarga bangsawannya dan disebabkan itulah dia melarikan diri ke Eplé dan bukak sebuah bar. Faham kan?"
Panjang lebar Selwyn menceritakan segalanya cuba meyakinkan Monica.
"Jadi?"
"Saya nak bawa awak jumpa dia."
"Tapi tadi awak baru halau dia. Lepas tu awak tumbuk lagi dia?"
Monica memutarkan bola matanya.
"Jadi awak nampaklah apa yang berlaku tadi?"
"Ya,dah saya duduk tepi tingkap. Saya nampaklah."
Monica tersenyum.
"Betul jugaK. Tak akan saya nak mintak tolong dia setelah saya tumbuk dia."
Selwyn menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Melainkan awak muka tembok."
"Baiklah, saya tau. Saya akan buatkan coklat roulade sebagai tanda minta maaf."
Selwyn terus berjalan ke dapur.
"Tak lama sangat ke?"
"Taklah lama sangat nak buat. Tapi esok saya tak nak berniaga. Saya akan tampalkan notis. Selagi masalah awak tak selesai saya tak nak berniaga. Lagipun saya perlu bertanggungjawab. Kenalah berkorban dan usaha lebih sikit."
Tangannya mula menyediakan bahan-bahan untuk membuat coklat roulade.
"Untuk Monica saya sanggup buat muka tembok."
"Diamlah..."
♥
Petang, Bar Kecil Beryl.
"Sakitnyaaaaaa....."
Beryl duduk di kaunter bar kecilnya, mengaduh sakit sambil menuam air batu pada pipi kanannya.
"Kuat betul dia tumbuk."
Melihat keadaan Beryl yang kesakitan membuatkan Sylvan kagum dengan tumbukkan Selwyn.
"Kejamnya Selwyn......."
Beryl merungut. Bahagian geraham kanan dan pipinya terasa berdenyut-denyut.
"Apa yang kau bisik sehinggakan dia mengamuk macam tu?"
"Aku cuma beritahu aku lakukan semuanya demi wang emas. Tak sangka pulak dia tumbuk aku."
Beryl menekap-nekap kain napkin berbungkus dengan air batu pada pipi kanannya.
"Bodohnya! Patutlah dia mengamuk. Dia boleh sahaja fikir yang kau mahu jadikan gadis tu sebagai pelayan di bar kau."
Sylvan tertawa.
"Aku sengaja nak berkias. Aku rasa dia akan marah jugak kalau dapat tau yang kita gunakan gadis itu sebagai pertaruhan."
Beryl memerah napkin yang sudah dibasahi air batu yang sudahpun cair pada sinki yang terletak di belakang kaunternya. Dengan selambanya dia menggunakan kain napkin yang basah itu untuk mengelap meja kaunternya.
"Tamak sangat. Inilah padahnya."
Sylvn tersenyum sinis.
"500 emas. Siapa tak nak? Yang sebenarnya kau takut kalah dalam pertaruhan kan?"
Beryl melibas napkin basah pada wajah Sylvan.
"Mana ada! Aku tak takut!"
Sylvan menutup wajah dengan lengannya. Tidak mahu wajahnya terkena percikkan air hasil libasan napkin tersebut.
Sebenarnya Sylvan dan Beryl telah membuat satu pertaruhan. Sekiranya Selwyn mempunyai teman wanita Beryl akan mendapat 500 emas. Dan sekiranya Selwyn hanya berkawan dengan gadis itu Sylvan akan memenangi pertaruhan. Segala tanggapan buruk Selwyn terhadap Beryl semuanya salah.
"Kau takut kalah lagi dengan aku kan?"
Beryl mengulang semula soalannya.
"Aku tak takutlah. Lagipun belum tentu kau akan sentiasa menang."
Sedang Beryl dan Sylvan membebel kedengaran bunyi pintu bar milik Beryl terbuka.
"Maaf mengganggu. Boleh aku masuk? "
Ujar Selwyn sambil menatang dulang dengan sebelah tangannya.
Beryl dan Sylvan berkerut dan berpandangan sesama sendiri.
"Selwyn? Masuklah."
Beryl menjemput Selwyn masuk bersama senyuman yang dipaksa. Mana tidaknya. Baru sahaja mengumpat, tiba-tiba dia muncul. Sylvan pula hanya mengetap bibir melihat reaksi Beryl. Menahan ketawa. Jantung mereka berdua berderau.
"Aku bawakan buah tangan."
Selwyn melangkah masuk dan meletakkan dulang di atas meja kaunter.
"Buah tangan? Wah.....Terima kasih! boleh aku tengok?"
Beryl terus memegang penutup hidangan. Perasaan teruja telah membuatkan dirinya terlupa akan rasa berdenyut pada pipinya.
"Silakan. Aku buatkan coklat roulade istimewa. Lapisan coklat, lapisan krim vanilla digulung bersama beserta glaze coklat di atas."
Selwyn memberitahu tentang resepinya sambil tersenyum. Berusaha menebalkan mukanya setelah menghalau dan menumbuk Beryl.
Seraya itu Beryl terus membuka penutup hidangan. Serta merta bau wangi coklat menusuk rongga hidung.
"Wanginya."
Sylvan memuji.
"Terima kasih."
Ucap Selwyn.
"Tapi kenapa tiba-tiba hantar buah tangan ni? Ada apa-apa ke? Kau tak letak racun kan?"
Beryl tutup semula hidangan tersebut sambil tersenyum sinis merenung Selwyn. Sylvan pula hanya memerhati. Rasa ingin tahu dalam dirinya turut membuak-membuak.
Selwyn mengangkat keningnya.
"Kau taukan aku tumbuk dan halau kau?"
"Ya, taupun. Sampai sekarang pipi dan geraham aku berdenyut."
Beryl membesar-besarkan cerita.
"Ye. Sebab tulah aku datang bawak buah tangan ni sebagai tanda minta maaf."
Selwyn memutarkan bola matanya. Meluat dia melihat Beryl yang suka membesar-besarkan hal kecil.
"Baiklah aku maafkan."
Beryl tersenyum puas. Sekurang-kurangnya dia lega apabila Selwyn tidak lagi marah. Tak adalah Selwyn nak bawak perkara tadi ketengah.
"Beryl. Aku perlukan bantuan kau."
Selwyn berterus-terang tentang tujuannya ke situ. Malas ingin berkias-kias.
"Bantuan aku?"
Beryl terpinga-pinga. Sylvan yang berdiri dari tepi sejak tadi turut terpinga-pinga.
"Aku nak tolong kawan aku daripada satu sumpahan."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro