Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30 ❃ PEKATAN COKLAT

"Nah, ambik ni."

Beryl menghulurkan satu botol kaca kecil yang sekecil ibu jarinya kepada Sylvan. Sylvan mengambilnya. Botol kecil itu memgandungi cecair pekat bewarna merah jambu. Cecair pekat tersebut juga berkilat-kilat seolah-olah memiliki debu-debu perak.

"Apa ni?"

Sylvan meneliti botol kecil itu. Sambil itu dia terus berjalan seiring dengan Beryl. Mereka dalam perjalanan menuju ke kafeteria coklat milik Selwyn.

"Itu pekatan arak . Aku dapatkan daripada Kerajaan Uldorin. Satu botol tu kalau kau minum kesannya sama macam minum 100 botol besar arak biasa."

Beryl memberitahu tanpa menoleh ke arah Sylvan. Matanya leka merenung langit mendung yang dipenuhi awan yang berkepul-kepul.

Sylvan mengangkat kening. Dia kagum. Matanya masih merenung botol kecil itu.

"Hebat."

Puji Sylvan. Botol kecil itu digoncangkan.

"Tapi aku bagi kau amaran. Kalau tak biasa kau akan mabuk teruk. Lelaki macam aku lainlah. Aku kebal."

Ujar Beryl sambil tersenyum megah.

Sylvan mencebik. Menyampah dia mendengar Beryl memuji diri sendiri.

"Ada lagi sebotol?"

Sylvan bertanya.

"Ada.Kenapa?"

Beryl menepuk-nepuk saku seluarnya. Tandanya ia ada di dalam saku seluarnya.

"Keluarkan."

Sylvan memberi arahan sambil tersenyum sinis.

Beryl menyeluk saku seluarnya lalu mengambil sebotol lagi pekatan arak tersebut. Kali ini pekatan tersebut bewarna coklat.

"Coklat? Apa bezanya?"

Sylvan merenung botol kecil yang berada di tangan Beryl dari jauh.

"Kau punya perisa strawberi. Ini perisa coklat martini. Aku dah lama idamkan coklat martini daripada Selwyn tapi apakah daya. Selwyn tak buat."

Sylvan mengangkat kening tanda faham. Dia kini kembali merenung botol kecil itu. Segala bebelan Beryl diabaikan.

"Kecil begini mampu memberi kesan yang kuat? Sukar dipercayai. Mungkin aku mampu bertahan? Aku harus mencubanya."

Fikirannya ligat memikirkan sesuatu. Pemuda bunian itu sebenarnya sedang memikirkan cara untuk kembalikan wangnya semula. Duitntya habis kerana kalah dalam pertaruhan.

"Kenapa kau renung macam tu Sylvan? Kau takut? Kalau takut tak payahlah minum. Mungkin kau boleh gantung kat leher kau buat tangkal. "

Beryl mengejek Sylvan lantas ketawa.

"Bukan macam tulah!"

Wajahnya masam mencuka mendengar ejekkan yang dilemparkan ke atas dirinya.

"Habis tuuu?"

Ujar Beryl sambil sengaja menjuihkan bibirnya.

"Aku nak buat pertaruhan untuk 200 emas !"

Beryl terus ketawa.

"Kau nak tambah duit aku?"

"Kita minum pekatan arak ni. Aku mabuk. Aku bayar kau. Kau mabuk k-"

Belum sempat Sylvan menghabiskan ayatnya Beryl sudahpun menelan satu botol pekatan arak coklat martini.

"Kau bayar aku."

Beryl tersenyum usai dia menelan pekatan itu. Botol kecil yang kosong dicampak ke tepi.

Sylvan terkedu seketika. Matanya merenung Beryl. Menanti tindak balas daripada Beryl.

Lelaki berambut merah menjongketkan keningnya.

"Cepatlah. Kau tunggu apa lagi?"

Tanpa belengah Sylvan terus meneguk pekatan arak pemberian Beryl. Mata Sylvan terbuntang luas sebaik sahaja pekatan merah jambu itu menyentuh lidah serta segala ruang di dalam mulutnya. Botol kecil itu terlepas dan jatuh ke atas tanah. Air matanya mula bergenang. Pipinya dikembungkan menahan pekatan merah jambu tersebut daripada tersembur keluar. Dengan pantas Sylvan memaksa dirinya menelan cecair tersebut. Rasa pahit bercampur manis masih melekat di dalam mulutnya. Bau manisan strawberi bercampur bau alkohol masih menyengat di dalam rongga hidungnya. Sedang mereka berjalan langkah Sylvan tiba-tiba sahaja terhenti lantas pemuda bunian itu terus tersedak.

Beryl turut berhenti melangkah. Beryl yang memerhati dari tadi ingin sahaja ketawa namun niatnya terbatal sebaik sahaja dia melihat Sylvan tersedak dengan.

"Kau memalukan betul. Okey tak ni?"

Beryl mula berasa risau.

"Dasyatnya!!!"

Sylvan meninggikan suaranya. Wajahnya memucat.

"Itulah. Minum berjalan lagi. Kan dah beritahu."

"Tak! Kalau dudukpun aku akan tersedak! Racun ke apa ni?"

Sylvan terus melurutkan rambut putihnya kebelakang. Dia seakan-akan kesesakkan. Wajahnya mula kemerahan.

"Tak kisah racun ke apa. Kau kalah dalam pertaruhan."

"Aku kalah? Kenapa pulak?!"

"Tu. Tengok tu. Kau minum setengah botol je."

Beryl menjuihkan bibirnya kearah botol yang tergolek di atas tanah. Kelihatan pekatan arak tersebut tertumpah ke atas tanah. Sebahagian besar sudahpun meresap kedalam tanah.

Sylvan terus memandang ke arah botol tersebut. Ya, benar dia tidak sempatpun menghabiskan pekatan tersebut.

"Tapi aku tak mabuk?"

Sylvan cuba mempertahankan dirinya. Dia tidak mampu kehilangan 200 emas!

"Tak ada tapi-tapi. Kalau kau masih nak terus bertaruh kau jilat balik yang kat tanah tu."

"Mana sempat dah meresap pun!"

"Kalau macam tu sumbat tanah tu dalam mulut kau."

"Tak guna..."

Sylvan terdiam. Dia terpaksa menyerah kalah walaupun dirinya tidak mabuk. Beryl terus berjalan. Sylvan turut berjalan seiring.

Dua orang sahabat tersebut terus melangkah sehinggalah mereka tiba di perkarangan kafeteria coklat.

"200 emas kini adalah milikku~~ ♪ ♪"

Beryl bersenandung perlahan sambil menuju ke pintu kafeteria coklat . Namun jelas didengari Sylvan. Meluat Sylvan mendengar.

Beryl kemudian mengangkat kening dan menghadiahkan seulas senyuman kepada Sylvan.

"Tak lama lagi 500 emas pulak ;) "

Beryl kemudian melangkah tiga anak tangga kecil menuju kearah pintu kafeteria.

Disebabkan hati Sylvan terasa sakit terus lelaki bunian itu menghulurkan kakinya saat Beryl melangkah anak tangga.

Beryl tersandung! Tubuhnya terus terhempas pada pintu kafeteria dengan kuat.

"SYLVANNNNN!!!!"

Beryl menjerit sekuat hati sebaik sahaja tubuhnya terhempas.

"Opss...maaf."

Sylvan menggigit bibirnya menahan ketawa. Hatinya terasa puas setelah berjaya membalas dendam.

Beryl terus merenung tajam ke arah Sylvan.

"Apa kau cuba buat, bodoh!"

Beryl terus memaki Sylvan. Tidak disangka Sylvan akan buat begitu.

"Tak sengaja nak buat macam mana."

Sylvan mengangkat bahu. Dia berdusta.

"Ada apa yang boleh aku bantu?"

Selwyn tiba-tiba muncul dihadapan pintu. Pintu ditutup semula oleh Selwyn namun tangannya masih kemas menggenggam tombol pintu.

Melihat sahaja Selwyn, Beryl terus tersenyum gembira. Sylvan yang sedang berdiri dibelakang Beryl hanya mampu mengeluh.

"Selwyn! Apa khabar sahabatku!"

Beryl menepuk bahu Selwyn.

"Kau nak apa, Beryl?"

Selwyn menepis tangan Beryl yang berada di atas bahunya. Dia tahu Beryl tak ikhlas.

"Janganlah dingin sangat Selwyn. Sudah tentulah aku nak ziarah kau."

Sekali lagi Beryl menepuk-nepuk bahu Selwyn.

"Maaf Beryl. Aku tak percaya."

Selwyn merenung tajam mata Beryl.

"Sampai hati tak percaya. :'( Aku ikhlas ni!"

Beryl masih lagi berpura-pura.

"Dan kenapa pulak kau perlu datang bersama ahli Rosamund?"

Selwyn sempat menjeling Sylvan.

"Kenapa? Ada tak puas hati dengan saya ke Encik Selwyn?"

Sylvan perasan Selwyn menjelingnya lantas dia terus menolak Beryl ke tepi dan berhadapan dengan Selwyn. Matanya bunian tersebut terus merenung mata Selwyn. Selwyn turut membalas renungan dari Sylvan.

"Saya tak ada masalah. Bagaimana pula dengan awak? Awak ada masalah?"

Selwyn membalas semula pertanyaan Sylvan.

"Ya. Aku ada masalah dengan kau Selwyn."

Sylvan menundingkan jarinya ke dada Selwyn. Panggilan hormat bertukar menjadi kasar.

"Apa dia?"

"Kau tak layak jeling-jeling aku. Kau patut hormat aku."

"Hormat kau? Siapa yang biadab sekarang ni?"

"Tak peduli siapa yang biadap. Tetapi kau harus hormati aku."

"Aku tak ada sebab nak hormat kau."

"Dengar sini Encik Selwyn. Pertama sekali kau hanyalah pembuat coklat dan aku adalah perajurit Rosamund. Kedua, kau manusia dan aku adalah adalah bunian yang bertamadun. Dan akhir sekali aku tak puas hati kerana kau sebagai manusia tak layak memiliki nama 'Selwyn'. Ia adalah nama untuk bunian. Apatah lagi maksudnya 'hutan bunian' yang membawa maksud sama dengan nama aku yang indah 'Sylvan!'Sebab itulah kau perlu hormati aku. "

Jari telunjuknya tidak henti-henti menekan-nekan dada Selwyn. Sylvan membebel seperti orang mabuk. Hatinya terasa tercabar apabila Selwyn menjelingnya. Rasanya Sylvan sudah mula mabuk.

Beryl yang memerhati hanya menggelengkan kepalanya dan mengeluh. Rasanya Sylvan dah mabuk. Jarang sekali Sylvan berkelakuan begini.

"Dah cukup kau hina aku? Kau jangan lupa bahawa Eplé ni bangsa manusia punya. Jangan lupa, sekarang kau berdiri dalam kawasan rumah aku."

Hati Selwyn terasa panas. Ingin sahaja dia menumbuk muka Sylvan.

"Tugas aku-"

"Dah etepi!"

Beryl terus menolak Sylvan ketepi. Penat dia mendengar pertengkaran yang sia-sia. Macam betina.

"Maaflah Selwyn. Dia mabuk sebenarnya."

Sylvan membuat muka meluat mendengar kata-kata Beryl.

"Daripada tadi aku tanya kan? Kau nak apa?"

Selwyn bertanya dingin.

"Sebenarnya aku nak..emm.."

Beryl menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Terus teranglah Beryl."

Sylvan berasa bosan.

"Sebenarnya kami datang untuk buat siasatan."

Beryl memberitahu.

"Siasat? Siasat apa?" Selwyn sedikit terkejut mendengar penyataan Beryl.

"Apa kata kau buka sahaja pintu. Kau harus memberi kerjasama kepada Rosamund."

Sylvan menyampuk.

"Kalau macam tu. Tunjukkan aku surat kebenaran untuk menyiasat daripada ibu pejabat Rosamund."

Selwyn masih tidak beranjak. Tangannya masih menggenggam erat tombol pintu.

"Surat?"

Beryl terpinga-pinga. Dia memandang Sylvan.

Sylvan pula hanya mengangkat bahu. Dia tidak membawa sebarang surat

"Beryl, Apa niat kau sebenarnya?"

Selwyn dapat rasakan bahawa Beryl berdusta. Matanya tajam merenung Beryl.

Beryl tersenyum sinis. Tangannya menyentuh bahu Selwyn.

"Kami nak tengok si gadis comel. Itu je."

"Apa?? Kau nak apa sebenarnya?"

Hati Selwyn mula terasa panas.

"Faham-fahamlah Selwyn. Kau tak akan tak kenal aku lagi?"

Beryl kemudian merapatkan bibirya pada telinga Selwyn.

"Semuanya demi wang emas."

Ujar Beryl sekadar berbisik.

Selasai sahaja Beryl berbisik sepantas kilat satu tumbukkan higgap pada wajah Beryl!

Beryl terkejut! Tangannya terus mengusap pipinya yang baru sahaja ditumbuk.

"Jangan kau berani nak buat apa. Tak cukup ke dengan perempuan murahan yang kau ada?!"

Selwyn mula naik angin.

"Perempuan murahan?! Beryl? Sejak bila kau ada?"

Sylvan menahan ketawa. Sengaja kenakan Beryl.

"Diamlah, bunian mabuk."

Bengang pulak Beryl dengan jenaka Sylvan.

"Dengar sini, Selwyn. Terdapat salah faham."

Sylvan cuba menenangkan Selwyn.

"BERAMBUS. Aku tak peduli siapa kau. Aku nak kau pergi dari sini."

Jari Selwyn menunding tepat pada wajah Sylvan.

"Selwyn, kau salah faham."

Beryl menurunkan jari Selwyn yang menunding pada wajah Sylvan. Sebelah tangannya masih lagi mengusap pipinya.

"Kau nak kena lagi ke?"

Pandangan mata Selwyn menikam padangan mata Beryl.

"Selwyn. Tolong dengar."

Beryl cuba memujuk Selwyn untuk mendengar penjelasannya.

"Dalam masa satu saat. Berambus. Atau aku bawa perkara ini ketengah."

Ujar Selwyn dalam nada mendatar namun penuh dengan ugutan.

"Baiklah. Aku pergi."

Beryl mengangkat kedua-kedua belah tangannya tanda menyerah kalah. Selwyn berkelakuan macam perempuan datang bulan.

*

"Inilah padahnya bermain dengan api."

Beryl mengeluh.

"Api yang hangat."

Sambung Sylvan.

"Hangat bercinta."

"Habis tu kau nak berhenti setakat ni?"

"Taklah!Aku tak akan putus asa!"

*

**This story is completed. You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters. Thank you.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro