29 ❃ COKLAT TRUFFLES
Kehidupan ternyata tidak adil, Kesabaran ternyata tidak mengundang kebahagiaan,
Sering mengabaikan rintihan hati yang kecil,
Terhadap manusia, putuslah segala harapan.
Penghinaan diterima,
Dendam diseru.
Cahaya menghilang,
Kegelapan menyelubungi.
Dunia Ghais Lavanark,
Sebuah pentas yang mempersembahkan pelbagai nukilan hidup.
Aku adalah wataknya.
Bertemu pula dengan seorang watak.
Dia menghina.
Aku dihina.
Dia memberi harapan.
Aku menerima.
Dia melambung tinggi harapan.
Aku cuba mencapainya.
Harapan yang indah bagaikan bola permata kaca.
Dikandungi cinta dan kebahagiaan.
Kau beri kepadaku.
Kau lambung tinggi di udara.
Aku gagal mencapainya.
Jatuhlah harapan pecah bederai.
Harapan kini bagaikan serpihan kaca.
Serpihan kaca halus walau dikutip pasti tidak akan tercantum semula.
Yang hanya diundang adalah luka halus pada jari jemari yang mengutip.
Luka halus yang pedih.
Meninggalkan parut yang berkekalan.
Kesabaran terhakis,
Dendam terukir.
Lenyapkanlah segala harapan,
Lenyapkablah segala impian,
Hiduplah di dalam kegelapan.
Selamilah kehidupan di mana penglihatan hanya mampu melihat kegelapan.
Kepadamu aku lafazkan satu sumpahan.
"Maafkan saya ibu. Walaupun ibu dah larang- Maaf... Saya cuba.. tetapi..saya tak ampu. Saya ingkar akan pesanan ibu. Bukan kerana terpaksa tetapi kerana hati ini tidak mampu bersabar."
Air matanya terus mengalir. Jari jemarinya mengusap perlahan parut dalam yang berada disisi matanya.
🍩
"Oi! Dengar tak?!"
Selwyn meninggikan suaranya.
Monica tersentak dari lamunannya.
"Apa?"
Ujar Monica dalam nada dingin lantas dia menjeling Selwyn. Pandangan matanya kini dilemparkan ke luar jendela.
"Saya tanya tadi macam mana 'sumpahan coklat' awak tu boleh tersongsang."
Tanya Selwyn sambil mengelap wajahnya dengan tuala kecil yang baru diambil dari biliknya. Selwyn baru sahaja membasuh mukanya yang baru sahaja dilemparkan dengan ais krim coklat.
"Entah. Mana saya tau."
Monica mengangkat bahunya. Sambil itu fikirannya masih memikirkan lafaz sumpahan yang dibacanya beberapa tahun dahulu. Ia masih segar dalam ingatannya. Dirinya turut tertanya-tanya mengapa sumpahan itu terkena semula pada dirinya. Sambil itu tangannya mencapai sebiji coklat truffle dan dimasukkan ke dalam mulut.
Selwyn menarik kerusi dan duduk semula dihadapan Monica. Tuala kecil disangkutkan pada bahunya. Kaca mata yang tersangkut pada kolar baju dicapai dan dipakai semula.
"Sampai bila nak makan coklat?"
Tanya Selwyn yang sedang memerhatikan Monica yang kerap kali menyuap coklat truffle ke dalam mulutnya.
Mata Monica terus merenung tajam ke arah Selwyn. Sebiji coklat truffle yang dipegang dengan dua jarinya terhenti dihujung bibir.
"Apa awak susah? Saya bayarkan?"
Kata-kata Selwyn telah membantutkan seleranya.
Selwyn menghembuskan keluhan.
"Bukan macam tulah maksud saya."
"Habis tu?"
"Maksud saya, tak ada ke cara nak pulihkan sumpahan?"
"Pulihkan sumpahan?"
Monica terdiam mendengar kata-kata Selwyn. Coklat truffle diletakkan semula ke dalam mangkuk. Selama ini dia tidak pernah pun terlintas untuk mencari penyelesaian bagi memulihkan sumpahannya.
"Ya. Pulihkan sumpahan. Mesti ada cara."
Selwyn cuba meyakinkan Monica.
"Tapi macam mana?"
Monica buntu.
"Mungkin dengan ciuman?"
Selwyn mengangkat keningnya sambil tersenyum nakal.
"Saya lebih rela mati kegemukkan kerana makan coklat daripada dicium awak."
Monica menjeling Selwyn. Rona pada pipinya mula kemerahan.
"Baiklah, kalau macam tu kita cuba cari cara lain."
Siku Selwyn diletakkan di atas meja. Telapak tangannya menongkat dagunya.
Monica hanya mendiamkan diri. Pandangan matanya hanya merenung cawan kosong. Jarinya pulanya memegang garfu yang terletak diatas pinggan yang dihidangkan coklat lasagna yang masih lagi belum terusik.
Selwyn pula masih menongkat dagunya. Matanya merenung Monica. Menunggu pendapat dari Monica yang pastinya tidak ada.
BANGGG!!!
Suasana sunyi seketika sehinggalah kedengaran hempasan yang kuat pada pintu kafeteria! Bunyinya datang dari luar.
Monica dan Selwyn keduanya tersentak!
"SYLVAN!"
Suara seorang lelaki menjerit jelas kedengaran! Rasanya itu suara Beryl?
***This story is completed. You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters. Thank you.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro