Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28 ❃ AISKRIM COKLAT

Monica menundukkan kepalanya. Tangannya memegang cawan yang berisi penuh dengan air coklat panas. Gadis itu sedang duduk di tempat kegemarannya. Iaitu pada sudut kafeteria dan berhadapan dengan tingkap.

Monica juga sedang duduk berhadapan dengan Selwyn. Ya. Selwyn sedang duduk berhadapan dengan Monica. Terdapat beberapa hidangan di atas meja. Sepinggan coklat lasagna, sepinggan kek coklat, semangkuk coklat truffles dan semangkuk aiskrim yang sudah mula mencair. Semuanya Selwyn sediakan untuk Monica.

"Jadi awak sebenarnya nak kenakan sumpahan ke atas saya?"

Selwyn bertanya inginkan kepastian. Wajahnya kelihatan bersahaja.

"Ye."

Sepatah Monica jawab. Dia menundukkan kepalanya. Tidak mahu bertentang mata dengan Selwyn. Hatinya sakit. Matanya kini sudah pulih. Pandangan matanya tidak lagi gelap.

"Sumpahan macam mana? Ceritalah sikit."

Selwyn bertanya lagi. Sambil itu sebiji coklat truffle diambil dan dimasukkan kedalam mulutnya.

"Saya nak awak hidup dalam kegelapan."

Monica memberitahu. Kepalanya diangkatkan namun dia hanya melontarkan pandangannya ke luar jendela. Masih tidak mahu bertentang mata dengan Selwyn.

"Macam tu rupanya..."

Kening lelaki itu dijongketkan.

Selwyn akhirnya faham betapa sakitnya hati Monica atas perbuatannya sehingga ingin mengenakan sumpahan ke atas dirinya.

Monica mendiamkan diri. Wajahnya masam mencuka.

"Sumpahan awak macam menjadi je."

Selwyn memberitahu. Selwyn sebenarnya mahu mengatakan bahawa hidupnya masih dalam kegelapan kerana dihantui dengan perasaan bersalah namun Monica tidak memahaminya.

"Apa maksud awak? Awak cuba sindir saya? Awak taukan sumpahan itu tak berkesan. Sekarang terkena balik kat saya. Saya nak awak yang hidup dalam kegelapan tapi saya pulak yang bakal kehilangan penglihatan! Saya pulak yang akan hidup dalam kegelapan! Jadi saya terpaksa datang ke sini untuk kembalikan penglihatan saya!"

Monica meninggikan suaranya. Gadis itu geram. Cukup dia benci dengan apa yang dilaluinya.

"Maksud awak tanpa coklat? Awak akan hilang penglihatan dan hidup dalam kegelapan?"

Selwyn berkerut seribu. Apa perempuan ni bebelkan?

"Yelah! Saya terpaksa makan coklat untuk mengatasi sumpahan tu! Kalau lambat saya akan buta! Saya dah beritahu tadikan? Awak biadabkan? Awak langsung tak tumpukam perhatian!"

Monica semakin naik angin. Geram betul!

"Saya tanya pun salah?"

Selwyn mengangkat kening.

"Ye! Sebab saya dah beritahu dua kali! Saya bukan bercakap dengan dinding!"

Meja dihentak. Kedengaran bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan mangkuk kaca yang terhidang di atas meja.

"Ye, baiklah saya mintak maaf."

Ujar Selwyn sambil tersenyum seperti kerang busuk. Seronok pulak dia tengok Monica yang kerap naik angin. Berbeza seperti dahulu.

"Apa yang lawak sangat?"

Monica menjeling.

"Tak ada apa yang lawak pun.Cuma saya tertanya-tanya."

Selwyn berpura-pura serius. Senyuman yang cuba dihalangkan masih bergayut-bagayut pada bibirnya.

"Tanya apa?"

Nada Monica tegas.

"Kenapa mesti coklat?"

"Saya tak tau."

Monica mengalihkan pandangan matanya dari Selwyn. Matanya menumpukan perhatian pada hidangan di atas meja.

"Mungkin sebab pada masa tu, saya percaya coklat memberi kebahagiaan buat awak. Saya nak kebahagiaan awak lenyap. Saya harap awak gagal memenuhi impian awak. Tapi malangnya, sumpahan itu terkena semula pada saya. Jadi  songsang. Saya nak awak kehilangan impian tentang coklat tetapi sebaliknya saya terpaksa terima coklat."

Monica memberitahu sambil jarinya merangkul tangkai cawan.

"Sumpahan coklat?"

Selwyn menahan ketawa. Baginya kisah sumpahan Monica seperti kisah dongeng kanak-kanak. Atau dia cuba jadi comel macam budak-budak.

"Saya tak main-main "

Monica mengetap bibir. Geram dengan sikap Selwyn yang tidak serius.

"Maknanya awak terpaksa makan coklat dengan banyak bagi mengatasi sumpahan tu?"

"Yelah. Kalau boleh saya tak inginpun jejak kaki ke sini."

Monica merenung tajam ke arah Selwyn. Hatinya sakit apabila ditanya soalan bodoh. Ini bukan cerita main-main. Selwyn seolah-olah memperlekehkan dirinya!

"Patutlah...."

Selwyn terangguk-angguk.

"Patutlah apa?"

"Patutlah gemuk."

Ujar Selwyn selamba sambil tertawa.

"APA???!!!"

Monica menjerit sekuat hati. Dia lantas berdiri. Wajahnya mula kemerahan. Merah kerana malu dan juga marah!

"Tak..maksud saya.."

Selwyn mula menggelabah. Tak sangka Monica akan meradang.

"SEMUA YANG BERLAKU SALAH AWAK TAU TAK! SAYA TAK MINTAK SEMUA NI! SALAH AWAK!"

Monica menjerit sekuat hati. Bergema suaranya diseluruh kafeteria.

"Monica dengar n-"

"SEMUANYA SALAH AWAK! SALAH AWAK! SALAH AWAK!! SAYA BENCI AWAK! SAYA BENCI TENGOK AWAK BAHAGIA DENGAN IMPIAN AWAK! SAYA BENCIIIII!!!!"

"Monic-"

"SAYA HARAP AWAK YANG BUTA! SAYA HARAP DUNIA AWAK YANG GELAP!"

Nafas Monica mula tidak terkawal. Disebabkan terlalu marah, matanya mula bergenangkan air mata.

"Monica bertenang.."

Selwyn turut berdiri. Risau pulak dia tengok keadaan Monica yang mula 'menggila.' Tak disangka gurauannya boleh menaikkan darah gadis itu.

"Awak tak guna! Awak sedar tak awak dah rosakkan hidup saya!"

Monica tidak lagi menjerit. Cuma suaranya masih meninggi. Matanya kini tajam merenung Selwyn. Nafasnya kedengaran deras.

Selwyn hanya mendiamkan diri. Tidak berani bermain dengan api. Cukuplah sekali. Dia hanya berdiri berentangan dengan Monica. Jarak mereka dipisahkan dengan meja.

"Saya tak akan lupakan segala kesakitan yang awak tinggalkan."

Mata Monica masih merenung tajam ke arah wajah Selwyn. Air mata yang bertangkung hampir tertumpah dari tubir matanya.

"Jangann..pergi.." ujar Monica dalam esakkan. Hatinya pedih dan pilu melihat lelaki itu melangkah pergi meninggalkannya. Meninggalkan dirinya keseorangan menanggung kesakitan luar dan dalam. Semakin lama penglihatannya semakin kabur ditutupi dengan linangan air mata. Bayangan lelaki itu turut menghilang.

Tiba-tiba sahaja peristiwa lalu melintas difikirannya.

"Saya tak boleh lupa awak tinggalkan saya seorang diri. Setelah awak hina saya. Setelah awak mengherdik saya. Setelah awak cederakan saya. Sedangkan saya tak bersalah! Saya tak akan lupa semua tu Selwyn."

Monica meluahkan segala rintihannya. Air mata perlahan-lahan mengalir. Matanya masih merenung wajah Selwyn.

Selwyn hanya mendiamkan diri. Matanya hanya mampu merenung wajah Monica yang kesedihan. Dia sedar dirinya adalah punca segalanya.

"Saya tak mampu melupakan segala kesedihan. Saya sangkakan kebahagiaan akan berpihak pada saya. Tapi tak. Hati saya dah bersarang dengan dendam."

Monica mengepalkan buku lima. Lama suasana menjadi sunyi. Selwyn serba salah. Monica sekali lagi menitiskan air mata kerana dirinya.

"Monica..."

Selwyn akhirnya bersuara.

Tiada jawapan dari Monica. Mata gadis itu masih merenung wajah Selwyn bersama linangan air mata.

"Saya tak harap awak maafkan saya. Saya tahu saya puncanya tetapi saya kesal."

Monica masih mendiamkan diri.

"Saya sedar saya buat silap. Saya cuma nak pastikan saya tak akan ulang lagi kesilapan saya. Dengan peluang yang ada, saya nak baiki balik."

Monica mengalihkan pandangan matanya dari Selwyn. Dia terpaksa terima kerana sekiranya tidak ia akan merumitkan lagi keadaan. Hatinya juga akan bertambah resah. Dirinya sendiri tidak sanggup berpisah dengan Selwyn. Melalui raut wajahnya Selwyn turut dapat rasakan apa yang sedang bermain di dalam fikiran Monica.

"Monica, apa-apapun saya nak ucap terima kasih sebab bagi saya peluang nak baiki kesilpan saya"

Selwyn cuba ingin meredakan situasi yang tegang. Hati Monica sedikit sebanyak terpujuk. Gadis itu menyeka air matanya.

"Saya tau awak sebenarnya dah pun maafkan saya. Saya dapat rasa."

Selwyn mula mengukirkan senyuman manis.

"Saya tak akan sesekali maafkan awak."

Monica menafikan. Rona pada pipinya mula kemerahan.

"Monica awak cuba tipu? Saya dapat rasa apa yang awak rasa tau."

"Tak! Mana ada!"

Wajahnya perlahan-lahan bertukar menjadi merah padam.

"Awak marah tadi sebab saya panggil awak...emm.. Saya sebenarnya gurau sahaja. "

Tak berani Selwyn ingin menyebut perkataan 'gemuk'. Perkataan itu bagaikan berhantu.

"Bukan sebab tu! Semuanya sebab saya memang berdendam dengan awak."

Monica menafikan bersungguh-sungguh.

"Awak tak boleh nafikannya Monica."

Selwyn terus tersenyum.

"Saya tak nafikan!"

"Sejauh mana awak berdendam? Saya tahu awak seorang yang baik hati."

"Saya berdendam untuk setiap kejahatan awak buat."

Monica semakin geram. Tak sedar pulak si Selwyn, kata-katanya telah memprovok Monica.

"Awak tipu?"

"TAK!"

"Ya, awak tipu."

"Saya kata tak!"

"Ya."

"Tak Selwyn. Hati saya penuh dengan dendam."

Monica bersuara dengan nada geram.

"Awak tipu. Saya tahu."

Selwyn mula rasa seronok menyakat Monica.

"Awak jangan cabar saya. Awak tak tau sejauh mana saya berdendam."

"Jadi awak nak balas dendam?"

"Ya. Saya akan."

"Banyak sangat ke awak berdendam?"

"Untuk setiap perkara awak buat."

"Setiap perkara?"

"Ya."

"Monica kenapa awak tak berterus terang? Sebenarnya awak ma-"

PEKKK!!

Belum sempat Selwyn menghabiskan ayatnya tiba-tiba sahaja wajah Selwyn terasa sejuk dan melekit. Lelaki itu terdiam seribu bahasa!

Monica tidak mampu bertahan lagi. Tangannya secara automatik mencapai semangkuk aiskrim coklat yang berada di atas meja dan terus dilemparkan pada wajah Selwyn.

"Itu dia! Satu dendam saya terbalas!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro