26 ❃ COKLAT PAHIT
Monica keluar dari bilik Selwyn. Pintu bilik ditutup dengan perlahan. Kelihatan Selwyn sedang mengupas epal di meja dapurnya. Bau beserta bunyi coklat yang sedang dilebur di dalam periuk besar belegar-legar di udara. Tiada lagi bau vodka. Kafeteria itu kelihatan lebih bersih. Mungkin Selwyn telah membersihkannya. Lelaki itu pula tidak perasan dengan kehadiran Monica. Dia terlalu menumpukan perhatiannya terhadap kerjanya.
Monica hanya memerhati dari belakang. Matanya turut memandang sekeliling. Dia ingin mencari siapakah si sayang yang dipanggil Selwyn tadi. Namun, tiada siapa yang kelihatan. Yang ada cuma Selwyn. Mungkin si sayang itu sudah pulang. Monica tiba-tiba menggeleng-gelengkan kepala. Tidak. Kenapa pula rasa ingin tahu dalam dirinya membuak-buak.
"Selamat pagi."
Ucap Monica mendatar. Baiklah, ini adalah suasana yang paling janggal.
Selwyn berhenti mengupas. Dia memandang Monica.
"Selamat pagi." Kemunculan gadis itu membuat Selwyn juga terasa janggal.
"Maaf mengganggu."
Monica cuba berkelakuan formal. Entah kenapa dia terasa kekok. Gila tak kekok? Monica bukan bini Selwyn.
"Tak adalah. Mana ada terganggu."
Selwyn juga terasa kekok. Dia membetulkan kaca matanya dan kembali mengupas epal. Cuba ingin menghilangkan suasana yang janggal itu.
Monica menghampiri Selwyn. Dia melihat Selwyn sedang mengupas epal.
"Epal glaze..."
ucap Monica sekadar berbisik. Tiba-tiba sahaja perkataan itu terkeluar dari mulutnya. Dia terkenang peristiwa lalu.
Selwyn turut mendengar tetapi sengaja dia mendiamkan diri. Selwyn terus mengupas epal tersebut. Lelaki itu turut teringatkan tentang peristiwa yang memahitkan itu.
"Selwyn, saya kena pulang dan..sebelum itu saya nak beli beberapa hidangan."
Monica memberitahu.
"Boleh tunggu? Saya tak siapkan apa-apa lagi."
Selwyn memberitahu. Monica hanya mengangguk.
"Biasanya saya dah mula memasak waktu semalam tapi disebabkan saya berkelakuan bodoh semuanya terganggu. Saya harap awak akan lupakan apa yang berlaku malam tadi. Saya tak bermaksud nak berkelakuan biadab."
Tangannya kini tidak henti-henti memotong epal yang sudah dikupas.
"Emm, ya. Baiklah."
Monica mengangguk. Lupakan? Tidak mungkin dia dapat lupakannya. Dan betul ke kata-kata Selwyn semuanya dia tidak maksudkan? Hati Monica terasa sedikit kecewa. Namun, dia sudah bersedia. Lagipun lelaki itu dalam keadaan mabuk.
"Jemputlah duduk."
Selwyn mempelawa Monica duduk. Terdapat satu kerusi kosong di situ.
"Terima kasih."
Monica pun duduk di kerusi yang bertentangan dengan Selwyn. Selwyn berkelakuan berbeza dari malam tadi. Ya, Selwyn mabuk semalam. Tidak mungkin dia maksudkan apa yang dia katakan. Terutamanya tentang lamarannya itu.
Suasana sunyi. Selwyn tekun membuat kerja. Sekali sekala dia berdiri membuat kerja lain. Monica hanya diam memerhati.
Gadis itu memerhati Selwyn yang sedang sibuk melakukan kerja memasak dari atas sampai bawah.
"Ihh, Selwyn pakai apron. Comel pulak."
Ujar Monica sekadar bermonolog. Dia mengawal bibirnya agak tidak tersenyum dengan sendiri.
"Eh! Apa ni. Kenapa tengok dia."
Monica mengalihkan pandangan matanya dari Selwyn. Rona pada pipinya mula kemerahan. Mata gadis itu melilau sahaja. Gadis itu memandang rak yang dipenuhi dengan balang-balang kaca. Kemudian matanya memandang pula peti sejuk. Gadis itu memandang apa sahaja dia mampu. Pintu, dapur, periuk belanga, dinding, dan juga siling kafeteria tersebut. Asalkan tak pandang Selwyn. Gadis itu kebosanan.
Mata Monica kemudian terlihat pada bakul kecil yang diisi dengan beberapa biji buah epal. Epal tersebut belum dikupas lagi.
"Emm, epal ni nak dikupas ke? Saya boleh tolong. Lagipun, saya agak bosan."
Monica meminta izin. Dirinya terasa bosan pula hanya duduk memerhati. Macam Cik Tunggul.
Mata Monica memandang Selwyn yang sedang memarakkan lagi api dapur arang yang semakin mengecil. Bunyi leburan coklat di dalam periuk mula kedengaran lagi sekali.
"Epal itu tak dikupas. Itu untuk Mathilda."
Agak lambat Selwyn untuk menjawab soalan Monica. Dia terlalu menumpukan perhatian dalam kerjanya. Setelah api dibesarkan, Selwyn bergerak ke arah meja bersama cerek yang diisi air panas. Air tersebut sudahpun dipanaskan terlebih dahulu.
" Mathilda?"
Hati Monica tersentak. Perasaan cemburu mula menular dalam jiwa gadis itu namun dia hanya mendiamkan diri.
Bunyi air panas dituang ke dalam cawan besar kedengaran. Wap air panas kelihatan. Selwyn sedang membancuh air coklat panas. Kebarangkaliannya adalah untuk Monica.
Sedang gadis itu memerhati Selwyn sejak tadi, tiba-tiba kepalanya diserang pening yang dasyat. Monica tersentak dan mula memegang kepalanya. Dia cuba menyembunyikan rasa sakitnya. Mungkin sumpahan yang mengena dirinya kembali menyerang.
Tak guna. Masa yang tak sesuai.
"Monica? Awak tak apa-apa?"
Selwyn yang sedang membancuh air coklat panas perasan perubahan pada Monica.
"Saya cuma pening sedikit."
Monica menundukkan kepalanya. Tangannya yang sedang memegang dahinya menutup sedikit matanya dari pandangan Selwyn.
Selwyn meletakkan segala perkakas yang dipegangnya. Dia segera menghampiri Monica. Tangan Monica dialihkan.
Dahi Selwyn berkerut.
"Monica?! Mata awak!"
Selwyn terkejut melihat perubahan pada mata Monica. Bola mata hazelnya bertukar menjadi hitam yang gelap. Bola matanya turut membesar memenuhi ruang mata putihnya.
"Monica?! Apa yang berlaku?"
Selwyn masih memegang tangan Monica. Dia terkejut melihat apa yang menimpa pada Monica.
"Apa yang awak peduli?!"
Monica merentap tangannya dari Selwyn. Gadis itu marah.
"Monica... tolonglah beritau saya apa yang berlaku."
Selwyn terus bertanya.
"Awak bukan pedulikan saya pun!"
Suara Monica ditinggikan.
"Monica, sebab pedulilah saya tanya."
Nada suara Selwyn masih lagi lembut. Dia cuba untuk memujuk gadis itu supaya memberitahu perkara sebenar. Perasaan cemburu sedikit sebanyak telah membuatkan Monica hilang kawalan.
"Tak!"
"Monica, saya perlu tau."
Selwyn masih lagi bersabar.
"Kenapa saya mesti beritau awak?"
"Sebab saya nak tolong. "
"Saya tak percaya."
Monica membidas
"Monica, tolonglah. Beritahu ye?"
Monica menggelengkan kepalanya.
"Monica, tolonglah."
Selwyn terus merayu. Rambut Monica diselitkan dibelakang cuping telinga supaya dia dapat melihat mata gadis itu dengan jelas.
"TAK NAK!"
Monica dengan kasarnya ingin menepis tangan Selwyn. Malangnya, dengan penglihatan yang kabur berpunca dari sumpahan itu, entah macam mana Monica tertepis kaca mata Selwyn sehinggakan ia terpelanting! Selwyn tersentak!
Terkial-kial lelaki itu mencapai kaca matanya. Nasib baik tak jatuh.
"Boleh tak jangan main-main?!"
Selwyn mula meninggikan suaranya sambil memakai semula kaca matanya.
"Saya tak main-main!"
"Kalau tak main-main beritau saya apa yang berlaku!"
Selwyn mula hilang sabar. Suaranya semakin meninggi.
"Semua yang berlaku ni salah awaklah!"
Suara Monica semakin turut meninggi. Dia tidak mahu suara lelaki itu lebih tinggi darinya.
"Salah saya?!"
Selwyn bengang dituduh.
"Ya! Semuanya salah awak!"
"Salah saya kenapa pulak?!"
"Salah awaklah!!!"
"Kenapa saya pulak?!"
"YA! SALAH AWAK! SALAH AWAK! SALAH AWAAAAAK!!!"
Monica menjerit sekuat hati sehinggakan bergema seluruh kafeteria. Selwyn terdiam. Jeritannya perlahan-lahan bertukar menjadi tangisan. Air mata gadis itu terus mengalir.
Selwyn terkedu melihat gadis yang sedang duduk di hadapannya tiba-tiba sahaja menangis teresak-esak. Sekali-sekala turut kedengaran sedu-sedan dari gadis itu. Monica merintih kesedihan.
Gadis itu menyeka air matanya dengan lengan bajunya. Dia cuba untuk berhenti menangis tetapi dia gagal. Air matanya terus mencurah. Gadis itu kemudian menutup matanya dengan sebelah lengannya dan terus menangis.
Apa yang perlu dia lakukan? Lelaki itu keliru. Tadi gadis itu mengamuk dan kini dia menangis.
Selwyn akhirnya mengeluh. Dia perlahan-lahan mencangkung di hadapan Monica. Sebelah tapak tangannya diletakkan di atas lutut Monica. Mata Selwyn merenung wajah Monica.
"Ya, baiklah. Salah saya. Saya minta maaf."
Ujar Selwyn dengan penuh sabar dan lemah-lembut. Dia berharap agar hati gadis itu turut menjadi lembut.
Selwyn ingin tahu apa yang berlaku. Dia ingin membantu gadis itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro