Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23 ❃ COKLAT SAYA

"Monica...."

Nama gadis itu kedengaran di hujung bibirnya.

Monica betul-betul berdiri dihadapan Selwyn. Kali ini gadis itu tiba tanpa menutup wajahnya dengan kerudung. Betul ke ini Monica? Atau sekadar khayalan?
Selwyn mengangkat kaca matanya dan menggosok-gosok matanya dengan tangan. Monica masih berdiri di hadapannya.

"Monica?"

Selwyn bertanya inginkan kepastian.

"Ya,sayalah. Monica. Siapa lagi?"

Monica memutarkan bola matanya. Monica. Monica. Monica. Rimas dia mendengar Selwyn tertanya-tanya memanggil namanya berulang kali.

"Monica?"

Selwyn bertanya lagi.

"Ya. Saya Monica datang nak beli coklat!"

Monica menghentak kakinya geram.

Seraya itu Selwyn terus menarik tangan Monica sehinggakan gadis itu melangkah masuk kedalam kafeteria.

"Apa ni?! Macam mana kalau saya terjatuh!"

Monica menahan tangannya pada meja yang berdekatan. Nyaris dia terjatuh.

"Kalau jatuh padan muka tapi saya boleh tolong angkatkan."

Jawab Selwyn selamba sambil menanggalkan kaca matanya dan diletakkan di atas meja pelanggan.

Monica terkedu mendengar kata-kata Selwyn dan kenapa pula perlu membuka kaca mata? Adakah dia cuba goda Monica dengan ketampanannya? Ya, mungkin.

Mata hazel Selwyn tajam merenung mata gadis itu. Jantung Monica mula berdegup dengan irama cemas. Wajah Selwyn kelihatan kac- Eh?! Sekejap kenapa wajah Selwyn kemerahan. Adakah Selwyn demam? Hati Monica tertanya-tanya.

Tiba-tiba sahaja hidung Monica terhidu sesuatu.

"Bau apa ni?!"

Pantas Monica menutup hidungnya dengan kedua telapak tangannya. Ini bau alkohol! Kuat pulak tu!

"Vodka..."

Sepatah Selwyn menjawab pertanyaan Monica.

Monica tersentak.

"Alamak! Vodka? Selwyn mabuk? Aku kena cepat pergi dari sini."

Hati Monica mula risau.

Selwyn menapak menghampiri Monica dan jari jemarinya terus menyentuh dagu Monica.

"Ada apa yang boleh saya bantu?"

Dagu Monica didongakkan. Pandangan mata Selwyn redup merenung mata Monica.

"Emm..Co..co..coklat lasagna dan Su..susu coklat."

Tergagap-gagap Monica jawab. Jantungnya berdegup semakin kencang.

Selwyn tidak memberi respon dengan pesanan Monica. Dia masih lagi merenung wajah Monica dengan pandangan matanya yang redup lagi sayu. Jari jemarinya masih menyentuh dagu gadis itu. Monica terdiam. Gadis itu terkesima dengan renungan menawan Selwyn sehinggakan membuatkan nafas Monica tersangkut-sangkut. Rona pada pipinya mula kemerahan.

"Mari kita lihat apa yang ada didapur."

Ucap Selwyn seraya itu dia melepaskan dagu Monica dan terus melangkah ke dapur.

Monica melepaskan hembusan nafas lega. Tidak tahan dia dengan renungan mata Selwyn! Tambahan pula dengan bau alkohol yang melekat pada Selwyn! Itulah yang membuatkan nafas Monica bertambah tersangkut-sangkut.

"Susu tak ada.."

Selwyn menghempas pintu peti sejuk. Monica tersentak dan lantas berkalih pada Selwyn.

"Gourmet pun tak ada. Semua pun tak ada."

Selwyn mendepakan kedua tangannya.

"Saya tak mintak pun coklat gourmet.."

Monica berbisik perlahan. Kalau bagitau nanti tak pasal-pasal Selwyn mengamuk. Dengan orang mabuk ni kena hati-hati.

"Kenapa ye semua tak ada. Oh,ya. Sepanjang hari ini saya tak buat apa-apa. Sibuk rindukan perempuan sorang ni."

Selwyn mula mengarut.

"Kalau macam tu. Tak apalah. Saya boleh pergi."

Monica mula risau. Dia tidak mahu berdepan dengan lelaki mabuk. Bahaya!

"Jangan pergi!"

Selwyn meninggikan suaranya. Bergema suara lantangnya di seluruh kafeteria..

Monica betul-betul terkejut. Tangannya mengusap dadanya sendiri. Belum sempatpun dia melangkah, pergerakkannya sudahpun terkaku. Matanya terbuntang luas memandang Selwyn. Sejak dari tadi Selwyn sentiasa buatkan jantungnya berdegup kencang. Mula-mula dengan renungannya. Kemudian dengan hempasan pintu peti sejuk. Akhir sekali adalah dengan suaranya yang lantang.

"Saya buatkan coklat martini.."

Selwyn memberitahu dengan nada suara yang tiba-tiba sahaja merendah semula. Selwyn mengambil satu gelas kaca kosong dan diletakkan di atas meja kaunter pembayaran.

"Coklat martini?"

Monica tertanya-tanya. Tak pernah pulak dia dengar tentang coklat martini.

"Ya, coklat martini. Resepi baru yang saya belajar."

Selwyn memberitahu sambil mencapai sebotol vodka yang terletak di hujung meja kaunter. Selwyn diam sejenak.

"Sekejap..macam mana ye nak buat? Lupa pulak."

Selwyn tunduk seketika. Dia seakan-akan berfikir. Sebenarnya si pemilik kafeteria langsung tidak pernah buat coklat martini.

"Selwyn, saya tak minum alkohol."

Monica perlahan-lahan menghampiri Selwyn apabila terlihat tangan Selwyn mula memegang botol vodka yang sudahpun terbuka.

"Bukan alkohol tapi vodka.."

Selwyn memberitahu seolah-olah vodka itu tidak memabukkan, sambil itu dia merenung mata Monica. Monica terdiam. Dia takut kalau kata-katanya bakal menaikkan kemarahan Selwyn.

Lelaki itu mula menuang vodka ke dalam gelas. Matanya langsung tidak beralih dari merenung Monica.

Glup..glupp...glup..glup..

Bunyi vodka dituang kedengaran laju. Selwyn menuang sehingga tertumpah-tumpah.

"Selwyn! Tumpahlah!"

Monica mula tak keruan! Keadaan Selwyn makin parah.

Selwyn masih terus menuang walaupun gelas sudah penuh. Vodka habis melimpah diatas meja sehinggakan mula menitis diatas lantai. Monica berkerut seribu melihat perilaku Selwyn.

Ia keterlaluan!

Sehinggakan tiada lagi vodka tersisa didalam botol, akhirnya, barulah Selwyn berhenti menuang. Botol diletak dengan kasar diatas meja. Hentakkan botol diatas meja telah menyebabkan air yang tertumpah diatas meja tepercik sehinggakan hampir terkena Monica. Monica berundur beberapa tapak ke belakang bagi mengelakkan percikkan air.

"Silakan minum, coklat martini.."

Selwyn menghulurkan segelas vodka yang disangkanya coklat martini.

"Emm..maaf Selwyn. Saya tak nak."

Monica menggeleng kepala. Dia cuba sedaya upaya melembutkan nadanya supaya tidak menyakitkan hati Selwyn.

Lama Selwyn merenung Monica.
Renungan matanya pula tajam sehingga mampu menikam jantung gadis itu. Dia marah pelawaannya ditolak. Monica perlahan-lahan berundur beberapa tapak kebelakang. Takut-takut dirinya akan disiram dengan vodka. Tidak mustahil kalau benda tu berlaku terutamanya apabila berdepan dengan mereka yang mabuk.

"Betul ni? Tak nak?"

Selwyn masih menghulurkan gelas yang dipenuhi dengan minuman berakohol itu.

"Emm...mm.maaf.."

Ujar Monica dengan penuh kerisauan. Seraya itu Selwyn terus mencampak gelas kaca itu kearah dinding. Bunyi kaca pecah berderai jelas kedengaran. Air vodka habis tertumpah.

Monica tersentak! Air matanya mula bergenang. Perasaan takut mula menguasai dirinya. Tidak disangka olehnya Selwyn akan bertindak begitu. Perlahan-lahan gadis itu berundur beberapa tapak kebelakang.

"Beritahu saya, kenapa awak datang ke sini?"

Selwyn bertanya dengan nada dingin.

"Ma..maaf mengganggu.."

Ucap Monica terketar-ketar. Lantas dia terus melangkah ingin menuju ke arah pintu keluar. Dia ingin menjelaskan kepada Selwyn tujuan kehadirannya. Namun dalam keadaan tidak waras, mustahil untuk Selwyn memahaminya.

Belum sempat Monica ingin melangkah keluar Selwyn sudahpun mendahului Monica. Pintu kafeteria dihempas Selwyn dan dikunci. Monica terkedu. Dia sudah terperangkap! Bagaimana dia harus keluar?

"Kenapa awak datang dan tiba-tiba je nak pergi?"

Selwyn bertanya.

Monica terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Gadis itu berada didalam ketakutan.

"Kenapa? Jawablah!"

Suara Selwyn sedikit meninggi lantas tubuh Monica disandarkan pada dinding dengan kasar.

Monica tersentak. Air matanyanya sudahpun mula mengalir. Begitu takut dengan sikap Selwyn yang sangat kasar terhadapnya.

"Awak macam perempuan lain jugak ke? Datang nak menggatal."

Selwyn bertanya sambil matanya merenung tajam ke arah Monica.
Monica menggelengkan kepalanya sambil teresak-esak.

"Atau awak nak mainkan perasaan saya?"

Selwyn bertanya lagi.

"Bukan! Semuanya salah awaklah!"

Monica akhirnya bersuara. Dia benci dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Peristiwa silam tidak akan berulang! Tidak!

Selwyn hanya diam. Matanya masih merenung tajam ke arah Monica. Dia seolah-oleh memberi peluang kepada Monica untuk menjelaskan segalanya. Lelaki itu tidak mahu sejarah silam berulang semula. Tidak! Kali ini ia tidak akan berlaku.

"Saya...saya..-"

Gadis itu cuba menjelaskan akan tetapi dia tidak mampu. Perasaan hiba terus menguasai jiwanya. Gadis itu terus menangis. Pandangan matanya semakin kabur.

Sedang gadis itu menangis. Tiba-tiba sahaja terasa hangat pada kedua belah pipinya.

Selwyn menyentuh wajahnya.

"Ya, semuanya salah saya..."

Selwyn mengakuinya.

Monica tidak mampu berkata apa-apa. Ingin sahaja dia mendakap tubuh Selwyn dan melepaskan segala kesedihannya. Namun dia tidak mampu.

Dengan kedua belah tapak tangan menyentuh pipi gadis itu, Selwyn mendongakkan sedikit kepala Monica. Dahi gadis itu dicium dengan penuh kasih sayang. Air mata lelaki itu turut tertumpah.

"Maafkan saya..."

Ucap lelaki itu sambil bibirnya masih tersentuh pada gadis itu.

"Saya tau salah saya.."

Ucap Selwyn sekadar berbisik. Bibirnya dialihkan dari dahi gadis itu. Perlahan-lahan dahinya bersentuhan dengan dahi gadis itu.

"Saya akan bertanggungjawab atas kesalahan saya."

Perlahan-lahan juga lelaki itu berbisik. Bibirnya pula semakin menghampiri bibir gadis itu.

Nafas gadis itu mula terasa pada bibirnya. Hembusan nafasnya seolah-olah tidak terkawal. Dada gadis itu kelihatan turun dan naik.

"Tolong jangan pergi.. "

Ucap Selwyn sekadar berbisik sambil tangannya mula membelai rambut Monica.

Monica tidak mampu namun gadis itu menggagahkan juga kedua tangannya supaya menutup mulutnya agar tidak bersentuhan dengan bibir lelaki itu. Gadis itu belum bersedia.
Lagipun mulut dia berbau alkohol.

"Saya cintakan awak. Awak coklat saya. Impian saya. Harapan saya. Cinta saya. "

Bibir Selwyn terus menyentuh belakang telapak tangan Monica yang sedang menutupi bibirnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro