21 ❃ CINTAKAN COKLAT
Masa pantas berlalu. Lapan tahun yang sudah berlalu hanya tinggal sebagai kenangan. Masa silam terus ditinggalkan namun kenangan masih melekat di fikiran. Jarak dan waktu memisahkan dua insan. Namun, perpisahan itu jugalah yang menerbitkan rasa rindu dalam jiwa.
"Sejujurnya saya sangat rindukan dia. Saya tak dapat lupakan wajah dia. Rambut dia adalah perkara yang paling menarik tentang dirinya. Lebat dan bewarna coklat."
Selwyn tersenyum hambar mengenangkan tentang gadis itu.
Ya, mungkin dahulu dia amat bencikan gadis itu. Tapi kini perasaan benci itu semuanya telah berganti dengan perasaan rindu. Semuanya kerana peristiwa tersebut.
"Monica, terima kasih kerana kembali."
Disebalik kerudung, air mata gadis itu tiba-tiba sahaja bergenang dan terus mengalir. Hatinya hiba. Kenapa Selwyn kesal dengan dirinya? Sedangkan jiwa gadis itu sudah tersemat dengan dendam kesumat. Dia masih tidak dapat melupakan kenangan yang begitu pahit. Semuanya masih terkesan pada hati.
"Apa yang telah berlaku? Kenapa tiba-tiba sahaja dia berubah hati? Selama ini dia sangat bencikan aku."
"Saya betul-betul nak berjumpa dengan dia. Walaupun dia telah menghilang, entah kenapa naluri saya berkata saya akan berjumpa dengan dia. Bukan tu je, naluri saya juga berkata bahawa dia sangat hampir dengan saya. Ya, begitu hampir. Andaikata saya diizinkan untuk berjumpa dengan dia, ada banyak benda saya nak bagitau dia."
Ketika bercerita kelihatan mata Selwyn sudahpun mula berkaca-kaca. Hanya menanti serpihannya untuk pecah berderai. Ya, selama ini dia begitu kasar dan bersikap dingin terhadap gadis itu. Namun semuanya telah pun berubah sejak peristiwa tersebut.
"Monica, semalam saya ternampak muka awak disebalik kerudung. Saya yakin itu adalah awak."
"Maaf."
Ujar gadis itu perlahan. Suaranya seperti tenggelam. Selwyn yang berada di hadapannya bukanlah seperti Selwyn yang dirinya kenal suatu ketika dahulu.
"Tidak, aku tak percaya. Tak mungkin dia rindukan aku."
Selwyn terdiam memandang gadis itu.
"Saya balik dulu."
Singadis meminta diri seraya itu dia terus berdiri. Bunyi kerusi kedengaran terseret. Lebih baik dia pergi sebelum Selwyn mengetahui siapa dirinya. Pada masa yang sama juga Selwyn turut berdiri.
"Terima kasih atas layanan awak."
Ucap gadis itu dan lantas bunyi kasut tumitnya kedengaran. Dia mula mengatur langkah untuk pergi.
Selwyn hanya mendiamkan diri memerhatikan gadis itu melangkah pergi melintas dihadapanya.
"Tolong beri saya peluang. Saya... tak nak kehilangan awak lagi."
Saat pilu terasa begitu perlahan berdetik. Air mata gadis itu sudahpun mencurah-curah. Suasana sunyi hanya dipecahkan dengan bunyi hentakan kasut tumitnya.
Saat gadis itu melangkah pergi, tiba-tiba pergerakannya terhenti. Suasana serta-merta sunyi. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran. Selwyn menggenggam lengan gadis itu, menghalang gadis itu untuk pergi meninggalkannya.
"Tolong jangan pergi, Monica..."
Selwyn berbisik perlahan. Merayu agar gadis itu berhenti melangkah.
Monica tersentak. Langkahnya terhenti. Dia cuba ingin menarik lengannya namun semakin erat Selwyn menggenggamnya.
"Lepaskan.."
Ujar Monica sambil cuba menarik lengannya.
"Lepaskan saya!"
Monica cuba merentap lengannya namun masih tidak berjaya.
Selwyn terus menarik lengan Monica, mendekatkan tubuh gadis itu dengan dirinya. Gadis itu terkedu! Lengan gadis itu masih dipegang erat. Selwyn tidak mahu gadis itu pergi. Tidak. Kali ini tidak.
"Tolong maafkan saya...Tolong berikan saya satu peluang untuk perbaiki kesilapan saya."
Selwyn merayu.
"Apa ni? Saya tak faham apa-apa! Saya bukan Monica!"
Monica menafikannya. Dia masih cuba menarik lengannya. Gadis itu meronta agar dilepaskan.
"Lepaskan!Saya tak kenal awa-"
"DIAM!"
Selwyn meninggikan suaranya. Monica lantas terdiam. Dadanya mula berdegup kencang.
"Tolong jangan bohong. Saya tau awak kenal saya."
Nada suara Selwyn yang tiba-tiba sahaja meninggi diturunkan semula. Nadanya kini, seakan-akan berbisik. Gadis itu pula masih terdiam.
"Monica..saya tak pernah lupakan suara awak. Apatah lagi diri awak."
Selwyn memberitahu. Matanya hanya memerhatikan gadis itu. Monica hanya menundukkan kepalanya. Dia seolah-olah tidak tahu ingin buat apa. Hatinya masih kecewa. Hatinya masih berduka. Dia keliru dengan perasaannya.
"Saya merayu pada awak jangan tinggalkan saya. Saya tau saya silap. Saya sedar saya yang telah tinggalkan awak. Tapi, tolonglah berikan saya satu lagi peluang."
Ujar Selwyn setulus hati. Dia kesal. Dia benar-benar kesal.
Perlahan-lahan lengan Monica dilepaskan. Monica terus melangkah sedikit kebelakang. Lengannya diusap perlahan
Gadis itu keliru. Apa yang hendak dilakukannya. Dia tidak tahu.
Sedang Monica dalam kekeliruan perlahan-lahan lelaki itu membuka kerudung yang sering menutupi wajah gadis itu. Rambutnya yang lebat bewarna coklat kini terserlah. Sebaik sahaja kerudungnya diturunkan, kepala gadis itu terdongak sedikit merenung wajah Selwyn. Tanpa kerudungnya dia mampu melihat dengan lebih jelas.
Selwyn mengamati wajah Monica. Matanya turut merenung mata Monica. Rambut Monica sama seperti dahulu. Bewarna coklat gelap. Lebat dan berikal mayang. Wajahnya kelihatan sayu. Matanya sembam kerana banyak menangis. Gadis itu telah menanggung terlalu banyak kesedihan sepanjang hayatnya.
Melihat Selwyn merenung matanya. Air matanya terus tertumpah. Adakah dia rindukan Selwyn? Tidak. Gadis itu tidak merindui Selwyn. Dirinya cuma amat rindukan sebuah kasih sayang. Disebalik kaca mata Selwyn, mata lelaki itu sudah mula bergenangkan air mata. Hatinya terasa pilu melihat wajah gadis itu. Sudah sekian lama dia menahan rindu. Akhirnya rindu itu terubat juga.
Terima kasih Takdir untuk pertemuan ini.
Perlahan-lahan tangan kanan Selwyn diangkat menyentuh pipi kiri Monica. Ibu jarinya menyeka air mata gadis itu. Monica hanya membiarkan. Air matanya terus mengalir. Ibu jari Selwyn masih menyeka air mata gadis itu sebelum ia menitis jatuh dari dagunya. Jari-jemari Selwyn terasa juga akan kesan parut yang berada di sisi mata kiri Monica. Panjang parut itu hampir terkena pada telinga kirinya. Parut itulah yang akan mengenangkan pelbagai kisah yang mendukakan.
Pada masa yang sama air mata Selwyn turut mengalir.
Kesan parut itu adalah berpunca daripada dirinya.
"Maafkan saya.."
Ujar Selwyn sekadar berbisik. Tangannya dialihkan. Dia berasa malu dengan dirinya. Dia menyesal dengan sikapnya yang dulu.
"Maaf Selwyn. Saya tak dapat maafkan awak."
Monica akhirnya bersuara setelah lama mendiamkan diri. Kedua tangannya mengelap air mata yang tersisa di kedua pipinya
Selwyn terdiam. Matanya merenung Monica.
"Susah bagi saya untuk terima semua ni."
"Monica..tolong.. berikan saya peluang. Saya merayu."
Selwyn terus mengambil tangan Monica. Ia digenggam. Cuba untuk meraih simpati.
Monica terkedu melihat Selwyn menggenggam tangannya merayu supaya diberikan peluang. Serta merta dia teringat akan peristiwa silamnya yang pahit. Saat ketika dirinya cuba untuk meraih kepercayaan daripada Selwyn. Saat ketika dirinya menggenggam pergelangan tangan Selwyn. Saat ketika dirinya memohon supaya Selwyn mendengar penjelasannya. Saat ketika Selwyn merentap tangannya dengan kasar. Semua kenangan pahit itu tiba-tiba sahaja melintas di benak fikiranya. Dada Monica mula terasa sebak.
"Tak. Tak..Saya tak boleh."
Monica menggeleng-gelengkan kepala.
"Monica..tolong..saya merayu..Saya sedar saya banyak buat silap. Tolong bagi saya peluang."
Selwyn terus merayu. Lelaki itu masih memegang tangan gadis itu. Matanya tepat merenung mata Monica.
"Tidak Selwyn, semuanya tidak mudah untuk dilupakan. Tolong, lepaskan tangan saya."
Monica memberitahu.
"Monica, saya merayu. Saya kesal..tolong.."
Selwyn terus merayu. Ayat yang sama diulang berkali-kali.
"Lepaskan tangan saya. Saya nak balik."
Monica tidak mempedulikan rayuan Selwyn. Namun entah kenapa hatinya begitu sedih melihat Selwyn merayu padanya. Bagaimana pula ketika dia merayu dahulu? Tidakkah Selwyn berasa sedih?
"Pergi?? Jangan pergi Monica. Saya merayu."
Selwyn akhirnya melutut memohon supaya tidak pergi.
"Hentikan Selwyn."
Monica cuba menarik tangannya. Air matanya terus menitis melihat Selwyn terus merayu kepadanya.
"Kenapa pulak saya tak boleh pergi? Sedangkan selama ini semua orang bencikan saya!"
Monica tidak sanggup melihat Selwyn merayu kepadanya. Hatinya tersayat.
"Tak Monica! Saya tak benci! Saya cintakan awak!"
Selwyn tidak mampu menahan perasaannya lagi. Akhirnya, dia luahkan perasaannya yang sudah sekian lama terbuku. Selwyn sendiri tidak sangka dirinya akan meluahkan perasaan itu pada ketika ini. Tangannya tiba-tiba sahaja melepasakan tangan Monica dengan tersendiri.
Monica terkedu. Apa maksud semua ini? Selwyn cintakan dirinya? Monica keliru. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Tanpa membuang masa Monica terus melangkah pergi dari situ. Meninggalkan Selwyn seorang diri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro