Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 ❃ COKLAT TERAKHIR


Selwyn melangkah keluar dari pintu gerbang Kerajaan Uldorin. Hatinya remuk. Perasaan benci terhadap Monica yang kian menghilang mula datang kembali.

Saat-saat mereka bersama di dapur masih terbayang-bayang di fikirannya. Adakah dia rindukan saat itu?
Hatinya kesal. Ya, selama ini dia bersikap biadab terhadap Monica. Terlalu biadab. Kebiadabannya melampaui batas. Tetapi dia sudah insaf. Adakah semuanya sudah terlambat? Mungkin sudah terlambat.

Peristiwa sebentar tadi masih terbayang-bayang difikiran Selwyn. Tubuhnya tersandar pada pokok. Hati Selwyn bagaikan ditusuk dengan kaca-kaca halus. Kenapa hatinya sedih? Adakah kerana dia gagal dalam mencapai kemenangan? Ataupun dia sedih atas perubahan sikap Monica.

Peristiwa yang masih menghantui fikirannyan betul-betul membuatkan hatinya meradang panas.

"Tak guna."

Ujar Selwyn saat dia tersandar pada pokok.

"Aku tak sepatutnya percayakan dia."

Satu tumbukkan dihentakkan pada pokok di mana dia bersandar. Tubuhnya yang tersandar perlahan-lahan menggelungsur kebawah sehinggakan dia terduduk diatas rumput. Dia hanya termenung mengenang nasibnya yang malang. Bunyi irama celtic yang bermain di Kerajaan Uldorin masih samar-samar kedengaran.

Ibubapanya dibunuh oleh penuntut sihir larangan. Pembunuhan yang dikaitkan dengan ibu Monica. Dia dibesarkan dengan penuh kebencian terhadap Monica.

Namun, tiba di satu peringkat usia tanggapannya berubah. Hatinya mula menerima kehadiran Monica. Perasaan benci dihakis. Terdapat juga kemungkinan bahawa perasaan benci itu diganti dengan perasaan sayang. Namun, tanpa diduga perasaan benci itu datang kembali. Dirinya terasa bagai ditipu. Monica betul-betul  telah buat hatinya marah. Selwyn terasa terhina

Hayz melangkah keluar dari bilik air yang terletak dibelakang pentas. Dia baru sahaja membersihkan kesan-kesan kek coklat yang terkena pada pakaiannya. Malangnya dia duduk dibahagian tengah.

"Tak pernah ada pengalaman sebegini teruk."

Hayz merungut seorang diri dan tiba-tiba sahaja wanita bunian itu terlihat susuk tubuh wanita. Seakan-akan seseorang sedang terbaring.

"Eh?!"

Tiba-tiba sahaja matanya tertangkap sesuatu. Matanya merenung ke arah kotak-kotak kayu yang tersusun dibelakang pentas. Di sebalik kotak itu seakan-akan terdapat tubuh seseorang diselimuti dengan kain guni.

Perlahan-lahan dia mendekati tubuh berselimut itu. Sesorang berada dalam keadaan tidak sedar! Dengan pantas Hayz menarik kain guni tersebut dan yang terlihat adalah tubuh seorang gadis.

"Monica!?"

Hayz tersentak! Dia menjerit kuat! Kalau ini ialah Monica dan siapa pula tadi?!

Cepat-cepat Hayz memangkukan kepala Monica. Mujur dia masih bernafas. Cuma wajahnya kelihatan pucat dan rambutnya yang bersanggul sudah tidak kemas lagi. Sesuatu telah menimpanya.

"Monica! Bangun."

Hayz menepuk-nepuk perlahan wajah Monica. Cuba untuk menyedarkan Monica.

"Hayz! Kenapa kamu menjerit?"

Sarah yang terdengar jeritan Hayz serta merta datang ke belakang pentas. Terlihat kepala Hayz disebalik kotak kayu yang tersusun, dia terus menghampiri Hayz.

"Monica!?"

Sarah turut terkejut. Dia terus melutut di hadapan Hayz.

Hayz hanya mengangguk. Dia masih cuba ingin membangunkan Monica.

"Selwyn......."

Kedengaran perlahan suara Monica membisikkan nama Selwyn. Matanya separuh terbuka.

"Monica apa yang berlaku?"

Sarah bertanya.

"Freda.... urmm...seseorang lemparkan debu sihir pada saya."

Monica memberitahu. Matanya terbuka akhirnya. Perlahan-lahan dia melihat dua orang wanita yang tidak dikenalinya. Lantas dia menggagahkan dirinya untuk berdiri. Kepalanya terasa pening.

"Freda?"

Hayz tertanya-tanya sambil membantu Monica untuk berdiri.

"Kalau tak silap, dia salah seorang peserta kan?"

Sarah memberitahu. Suaranya seakan-akan berbisik.

"Selwyn? Mana Selwyn?!"

Monica mula cemas.

"Monica, sila bertenang!"

Hayz cuba untuk menenangkan Monica. Sebelah tangannya Monica digenggamnya. Ada banyak perkara yang perlu ditanya.

"Maaf tetapi saya perlu jumpa Selwyn! Dia dah tunggu saya lama."

Monica merentap tangannya.

"Selwyn mungkin sudah pulang."

Sarah memberitahu.

"Kenapa?"

Monica terkejut mendengar penyataan Sarah. Pulang? Kenapa Selwyn tidak menunggunya? Mungkin kerana dirinya lambat dan Selwyn marahkannya. Tanpa membuang masa Monica pantas berlari keluar mengikut pintu belakang dewan.

"Tunggu Monica!"

Hayz tidak sempat menghalang Monica.

"Hayz, kita perlu selesaikan masalah ni sendiri. Biarkan dia pergi. Saya rasa saya tau siapa punya angkara."

Sarah memberitahu. Hayz hanya mengangguk.

"Ya. Baiklah. Saya akan cepat."

Monica tersenyum halus dan terus beredar ke tandas.

Tanpa disedari seseorang sudah lama perhatikannya dan dia terus mengekori Monica.

Monica tiba di dalam tandas yang terletak ditepi dewan. Hanya dia seorang berada disitu. Dia sedang membetulkan sanggulnya.

"Selwyn, saya gembira awak dah berubah. Saya tak pernah rasa sebahagia ini."

Monica hanya sekadar berbisik sambil melihat wajahnya di dalam cermin.

"Ibu, betul cakap ibu. Hidup ini perlu bersabar dan kebahagiaan pasti akan tiba."

Monica tersenyum memandang wajahnya. Terlihat juga iras wajah ibunya pada bayangannya di dalam cermin. Tanpa disedari air mata mula bergenang dan menitis. Gadis itu merindui ibunya. Air mata dikesat dan dia tersenyum.

"Terima kasih ibu, saya kena cepat. Nanti Selwyn marah pulak."

Monica berbisik perlahan. Sanggulnya sudah siap dikemaskan. Wajahnya yang sering tersembunyi disebalik rambutnya yang lebat kelihatan sungguh cantik apabila rambutnya disanggul.

Monica melangkah keluar dari bilik air dan tiba-tiba sahaja seorang gadis berdiri dihadapan Monica. Langkah Monica terhenti.

Rambut gadis yang diikat satu disimpulkan dengan jari telunjuknya.

"Ingat aku lagi?"

Dia tersenyum sinis merenung Monica.

"Awak?! Awak yang langgar saya tadi?"

Monica membalas renungan gadis itu. Gadis itu adalah gadis yang telah melanggar Monica dengan sengaja sehingga dulang yang mengandungi donut-donut terus terjatuh.

"Ya, nama aku Freda. Selamat berkenalan."

Freda mengenalkan dirinya. Senyuman sinis masih bergayut pada bibirnya.

"Apa yang awak nak kali ni?"

Tanya Monica tegas.

"Untuk menumpaskan kamu berdua. Aku perlukan wang emas."

Freda memberitahu lantas dia melemparkan debu bercahaya pada Monica. Penglihatan Monica menjadi kabur dan matanya juga menjadi seakan-akan mengantuk. Perlahan-lahan Monica rebah.

"Maaf, itulah coklat terakhir yang kau akan buat bersama dia. Aku akan rosakkan segalanya."

Freda berbisik perlahan sambil tersenyum sinis.

Itulah perkara terakhir yang Monica ingat. Dia perlu memberitahu perkara sebenar. Gadis itu berlari pantas meredah orang ramai yang mengunjungi perayaan di Kerajaan Uldorin. Namun suasana sesak itu tidak menghalang Monica untuk terus melangkah. Dia tidak mahu kebahagiaannya yang baru tiba tamat begitu sahaja. Dia perlu menjelaskan kepada Selwyn atas segala yang menimpa dirinya. Apa yang paling penting adalah memohon maaf kepada Selwyn kerana dia telah memungkiri janji. Dia telah lewat kerana sesuatu telah menimpanya. Namun hatinya yakin bahawa Selwyn akan memahaminya dan memaafkannya. Semuanya kerana Selwyn telah berubah.

Monica akhirnya tiba dipintu gerbang utama Kerajaan Uldorin. Gadis itu melangkah keluar. Matanya memandang keliling mencari kelibat Selwyn. Berharap lelaki itu masih ada. Namun tiada siapa yang kelihatan. Cuma pokok-pokok sahaja. Monica sedikit kecewa.

"Selwyn?!"

Tiba-tiba sahaja dia terlihat tubuh Selwyn yang sedang duduk tersandar dari belakang pada satu pokok. Mujur lelaki itu masih ada. Selwyn masih menunggunya. Hati Monica berasa lega. Tanpa membuang masa dia terus melangkah ke arah Selwyn.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro