17 ❃ COKLAT DIBUANG
Selwyn resah. Lama betul Monica berdandan. Apa dia buat lama sangat? Tak lama lagi dia perlu meghidangkan manisan kepada para juri. Eh, bukan! Satu sahaja lagi giliran perlu ditunggu. Monica! Kenapa lama sangat! Hati Selwyn membentak.
"Hai! Lama tunggu?"
Monica menepuk bahu Selwyn.
Selwyn sedikit tersentak.
"Kenapa lambat? Bertelur ke?"
Lelaki itu sudah mula bengang. Dia menyindir Monica dan Monica pula hanya tersenyum tmenampakkan barisan giginya.
"Cepatlah, ambik dulang kek glaze. Saya bawakan epal glaze ."
Selwyn memberi arahan. Monica hanya sekadar menurut..
"Emm..tak sabar rasanya nak bagi para juri."
Ucap Monica seraya dia menatang dulang kek coklat.
"Jum."
Selwyn menatang dulang yang membawa hidangan epal yang disalutkan dengan glaze coklat. Monica pula hanya ikut dari belakang.
Mereka kini berdiri ditepi tangga. Menunggu giliran untuk menaiki pentas bagi menghidangkan manisan untuk para juri.
"Monica, ada sesuatu saya perlu beritahu."
Selwyn bersuara hanya sekadar berbisik namun masih cukup untuk di dengari Monica.
"Em?"
Monica memandang arah sisi Selwyn yang langsung tidak mengalihkan pandangan kepadanya.
"Terima kasih atas usaha awak. Awak telah memenuhi sebahagian daripada impian saya. Entah kenapa hati saya sangat yakin bahawa kita akan menang."
"Menang?"
Monica menjongketkan keningnya.
"Monica. Saya kesal dengan segala kesilapan yang telah saya lakukan. Saya mintak maaf."
Selwyn meluahkan kekesalannya. Monica mendengar dengan penuh perhatian. Setiap butiran suara Selwyn perlu didengari dengan teliti disebabkan suasana dewan yang semakin riuh.
"Selepas pertandingan ini tamat saya nak-"
"Peserta dari Daerah Eplé dijemput naik!"
Seorang lantang seorang gadis selaku pengacara mempersilakan mereka untuk naik.
"Wah! Peserta kini adalah pasangan manusia yang bagaikan pinang dibelah dua. Silakan."
"Selamat datang ke Uldorin. Saya Edwin."
Seorang juri memperkenalkan diri.
"Saya Sarah."
Seorang wanita memperkenalkan dirinya.
" Dan saya Hayz. Selamat berkenalan."
Seorang wanita bunian bertelinga runcing dan berambut putih pula memperkenalkan dirinya sambil tersenyum.
Selwyn hanya sekadar mengangguk.
"Baiklah, sila perkenalkan diri ."
Hayz mempersilakan mereka.
"Pertama sekali saya nak ucap terima kasih untuk peluang ini. Err... Saya Selwyn dan ini sahabat saya, Monica. Kami dari Eplé."
Ringkas sahaja Selwyn memperkenalkan dirinya.
Meleretnya... gumam Monica dalam hati. Jenuh pula kakinya terasa berdiri.
"Baiklah, ini adalah hidangan sampingan kami. Epal bersalutkan dengan glaze coklat. Dihiasi dengan kacang badam, carikkan keju, dan sirap karamel. Ia turut melambangkan Daerah Eplé dimana datangnya kami."
Selwyn memperkenalkan manisannya. Sambil itu Selwyn turut menghidangkan epal tersebut di setiap meja para juri.
"Erm...bau epal dan coklat. Gabungan yang menarik."
Edwin mula memberi komen.
"Terima kasih. Untuk pengetahuan, bau epal sendiri pun ada khasiatnya."
Selwyn memberi sedikit maklumat.
"Epal glaze. Ringkas dan menarik."
Sarah bersuara.
"Hmmmm...sedapnya. Kamu berdua patut makan dan berhenti beleter."
Hayz menceleh.
Ketiga-tiga juri mula menjamah epal bersalutkan glaze coklat dan mereka sungguh berpuas hati.
"Jujur saya cakap. Saya akan pilih kamu sebagai pemenang."
Edwin memberitahu.
"Edwin! Jangan cakap macam tu depan peserta!"
Hayz menyiku pinggang Edwin. Sarah pula hanya mampu ketawa.
Selwyn hanya tersenyum. Dia turut gembira mendengar pujian dari para juri.
"Sebenarnya epal itu beracun."
ujar Monica setelah lama mendiamkan diri.
Selwyn berkerut mendengar penyataan Monica. Matanya terbuntang memandang Monica.
"Maafkan kami?"
Hayze bertanya sementara Sarah dan Edwin terdiam.
"Epal dari Eplé beracun. Kesemuanya!"
Monica menegasakan lagi tentang bahayanya epal tersebut.
"Monica! Apa yang awak merepek ni?"
Selwyn bersuara. Dia betul-betul terkejut dengan apa yang dikatakan Monica.
"Merepek? Apa yang merepeknya? Habislah siapa yang dah makan. Tak taulah apa jadi nanti."
Tambah Monica lagi. Sengaja dia memburukkan keadaan.
"Awak bergurau? Ini tak kelakar. "
Sarah pula memberitahu. Dia tidak berkenan dengan cara Monica.
"Bergurau? Mungkin. Tapi rasanya tidak."
Ujar Monica sambil tersenyum. Sengaja menyakitkan hati mereka.
Mata Selwyn galak merenung Monica. Hatinya meradang panas. Kenapa dengan perempuan ni?! Selwyn betul-betul rasa ingin menamparnya.
Para pegunjung yang berada di dalam dewan semuanya terkesima menyaksikan adegan tersebut.
"Monica? Maaf. Sikap anda akan menjejaskan peluang untuk anda menang."
Edwin cuba menenangkan keadaan.
Selwyn hanya diam menahan api kemarahannya. Matanya tidak berhenti merenung Monica. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Kebencian terhadap Monica yang mula terhakis datang kembali. Monica pula membalas renungan Selwyn dengan senyuman sinis.
"Apa kata kamu memperkenalkan hidangan kek glaze kamu. saya dah tak sabar."
Edwin cuba mematikan suasana hening.
"Oh, kek glaze coklat ini? Saya ada tips menarik untuk menikmati kek ini."
Ujar Monica dengan nada sinis lantas tangannya yang menatang dulang tersebut terus dicampakkan ke atas meja juri! Kek buatan Selwyn hancur berkecai. Mereka yang lain tergamam menyaksikan perbuatan biadab Monica! Disebabkan Hayz berada di tengah habis bajunya yang bewarna putih menjadi kotor .
"CUKUP!"
Hayz melenting setelah lama mendiamkan diri! Dia pantas berdiri dan kedua tangannya dihempas di atas meja!
"KAMU TERSINGKIR!"
Wanita bunian itu memberitahu lantas dia berlalu pergi dari situ.
Mata Selwyn terbuntang luas merenung wajah Monica yang sedang tersenyum sinis merenungnya. Dia seperti tidak percaya apa yang berlaku. Monica menunjukkan belangnya.
"Cara menikmati kek buatan Selwyn adalah begini."
Dengan menggunakan tangan sahaja Monica mengambil kek yang sudahpun hancur di atas meja lalu dicampaknya kelantai. Kasut but bertumitnya kemudian dipijak keatas kek coklat yang dibuangnya tadi. Kesan kotoran coklat pada tapak kasutnya dikesat di atas lantai.
"Jemput makan semua!"
Edwin, Sarah dan para pengunjung yang lain hanya terdiam dan terkedu dengan kebiadapan Monica. Mereka semua sudah mula berbisik sesama sendiri. Namun tiada siapa pun menanggung sakitnya hati seperi apa yang ditanggung Selwyn.
Pandangan mata Selwyn masih terpaku merenung Monica. Coklatnya dibuang. Dia diaibkan dikhalayak ramai. Impiannya berkecai. Hatinya remuk! Perasaannya hancur! Usahanya disia-siakan. Kemarahan mula menular dalam darahnya. Selwyn mula bernafas dengan kencang. Dia berusaha menyekat api kemarahannya yang sudahpun mula marak. Kenapa?! Baru sahaja dia ingin membuang kebenciannya dan kini perasaan itu mula datang kembali. Adakah ini bayarannya atas segala kekejaman yang dilakukannya. Ya, inilah bayarannya.
Selwyn perlahan-lahan mengangkat jari telunjuknya dan dihalakan ke arah Monica. Jarinya sedikit terketar-ketar. Semuanya kerana dia sedang berusaha menyekat kemarahannya.
"Lebih baik kau pergi. Jangan biar aku tengok muka kau lagi."
Selwyn memberi amaran keras dalam nada mendatar. Dia menelan air liurnya. Rasa sebak juga ada bercampur dengan kemarahannya.
"Jangan risau. Aku akan pergi. Tugasan aku sudahpun selesai. "
Ucap Monica dengan nada sombong. Senyuman sinis masih melekat lagi di bibirnya. Dengan selamba sahaja tanpa sekelumitpun perasaan malu, Monica menuruni pentas dan mengharungi orang ramai. Langkah dan gerak gerinya begitu angkuh. Suasanya dewan menjadi sunyi. Semua mata menumpukan perhatian terhadap Monica. Cuma kedengaran hanyalah bunyi kasut but bertumitnya menghentak lantai.
Selwyn sudah pun tersingkir. Ya, inilah bayarannya atas kejahatan yang dia telah lakukan kepada Monica. Dia telah insaf namun semuanya sudah terlewat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro