10 ❃ BISKUT COKLAT
Selepas peristiwa malam hari jadi yang kesembilan, Selwyn terus didenda. Dia dihalang untuk keluar bermain selama seminggu. Selain itu waktu tidurnya juga dipercepatkan selama dua jam. Selesai sahaja makan malam dia dikerah untuk ke bilik tidurnya. Semua itu dilakukan dengan harapan Selwyn akan insaf. Namun semuanya tidak berkesan malah kebencian Selwyn terhadap Monica bertambah.
"Selwyn, kamu tahu perbuatan kamu salah?"
Seorang penjaga cuba memujuk Selwyn.
Selwyn hanya mendiamkan diri diatas katil. Langsung tidak mempedulikan nasihat yang diberi. Hanya Selwyn dan penjaganya sahaja berada di bilik. Kanak-kanak yang lain berada di tingkat bawah. Mereka semua sedang khusyuk mendengar cerita yang dihidangkan oleh pencerita jemputan dan Selwyn tidak dapat menyertai mereka adalah kerana dirinya didenda. Ya, dia perlu berada di bilik tidur seawal dua jam.
"Kamu dah janji kan? Tak nak jadi budak jahat? Monica cuma nak berkawan. Kamu tak kesiankan dia?"
Penjaga itu mengusap perlahan rambut Selwyn.
"Tak! Monica yang jahat!"
Selwyn meninggikan suaranya.
"Mama dan Abah mati disebabkan dia!"
Selwyn sambung lagi. Dia masih lagi ingat. Ibu dan Ayahnya meninggalkannya adalah kerana mereka merupakan perajurit yang terlibat dengan kejadian sihir kegelapan ibu Monica.
Monica tersentak mendengar kata-kata yang diucap Selwyn. Monica sedang mencuri dengar perbualan mereka. Dia betul-betul berdiri ditepi pintu.
"Mak dia pembunuh! Tak mustahil kalau dia pun pembunuh jugak!"
Hati Monica semakin sedih. Selama ini dia tertanya-tanya kenapa Selwyn begitu bencikannya? Kini dia sudah tahu jawapannya tetapi ibunya bukanlah seorang pembunuh. Malahan, ibunya tidak pernah mengajar dia untuk menjadi jahat. Tidak pernah!
Monica terus berlari menuju ke balkoni. Disitu dia berdiri seorang diri. Pada genggamannya terdapat sesuatu. Ia adalah sekeping biskut coklat yang dibalut dengan cantik. Monica berniat ingin memberinya kepada Selwyn. Dia tahu Selwyn amat cintakan coklat. Monica ingin menghadiahkan biskut coklat itu sebagai tanda minta maaf terhadap Selwyn.
Minta maaf? Kenapa pula perlu Monica perlu minta maaf? Sebenarnya Monica berasa bersalah terhadap Selwyn. Disebabkan dirinya Selwyn didenda. Lihatlah, betapa tulus dan naifnya hatinya. Semuanya hasil dari didikan ibunya. Tidak mungkin ibunya adalah seorang ahli sihir yang jahat.
Lama Monica berdiri disitu. Angin pada waktu malam bermain-main di setiap helaian rambutnya. Bintang-bintang tidak bertali kelihatan bersepah di langit malam yang gelap. Melihat bintang dilangit membuatkan dirinya rindu pada ibunya.
"Kadangkala hidup telah menakdirkan kita untuk tersisih selamanya. Apa yang kita perlu buat hanyalah bersabar."
Kata-kata ibunya masih tergiang-giang. Air mata Monica mula menitis saat dia terkenangkan ibunya. Biskut Coklat yang berada di genggamannya diramas sehingga hancur. Hancur bederai sama seperti hatinya. Adakah selamanya hatinya akan menyepi?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro