Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

06 ❃ COKLAT PANAS


Gadis itu menongkatkan sikunya di atas meja. Jari jemarinya mula memicit kepalanya yang sudah mula pening.
Mula risau sekiranya sumpahannya akan terangsang. Dia tidak mahu penglihatannya semakin hilang.

"Maaf lambat. Coklat panas sedia dihidangkan."

Selwyn muncul tiba-tiba bersama minuman coklat panas. Senyuman manis bergayut pada bibirnya. Kali ini Selwyn dilengkapi dengan pakaian yang lebih sopan bersama kaca matanya. Berkemeja putih lengan panjang dan tidak lagi berseluar pendekkk.

"Terima kasih."

Ucap gadis itu ringkas sebaik sahaja Selwyn meletakkan cawan besar diatas meja.

"Ini adalah coklat panas yang dihidangkan bersama krim putar dan juga hirisan coklat. Jemput minum. Khas buat saudari yang tercantik."

Selwyn memberi penerangan tentang minuman yang baru dihidangkan itu dengan lagak seperti pembantu peribadi.

"Ya,ya.. terima kasih."

Ucap Monica acuh tidak acuh. Di sebalik kerudung pipinya sudah kemerahan. Saudari tercantik? Macamlah nampak mukanya? Itu semua tidak penting buat gadis itu. Apa yang penting adalah minum.

Tanpa membuang masa jari-jemari gadis itu terus mencangkuk tangkai cawan tersebut. Minuman coklat panas terus dihirup dan...

"AHH!"

Gadis itu menjerit! Cawan dihentakkan di atas meja. Air coklat panas sedikit tertumpah.

"Kenapa ni?!"

Selwyn terkejut! Membuntangkan biji matanya!

"Ais! ais! cepat! Air batuuuu!!"

Air mata gadis itu sudah mula bergenang. Bibirnya digigit. Tak akan lah nak jelir je lidah.

"Ais?! Baiklah!"

Selwyn bergegas ke dapur dan membuka peti sejuk. Ais tak ada?! Tangannya terus mencapai sekotak ais krim coklat. Dalam keadaan kelam kabut juga dia sempat mencapai sudu.

"Cepat makan ni!"

Kotak ais krim sudah pun dibuka sebaik sahaja Selwyn tiba. Gadis itu mengambil sudu dari Selwyn.

Ais krim coklat dicedok dan terus disuapkan kedalam mulut.

"Emmmm!"

Sengaja dibiarkan aiskrim di dalam mulut dan tidak ditelan. Terasa sedikit ngilu giginya. Matanya dipejamkan erat kerana terlalu sejuk.

"Macam mana? Ada kurang sikit?"

Selwyn bertanya. Risaulah jugak. Kalau lidah berlubang tak pasal-pasal kena saman. Tutup periuk nasi lah jawabnya.

Gadis itu menelan aiskrim.

"Ya, ada kurang. Terima kasih."

Ujar gadis itu diakhiri dengan satu hembusan nafas lega.

"Betul ni? Makanlah lagi. Habiskan semua."

Selwyn menjongketkan keningnya sambil merenung gadis berkerudung.

"Satu kotak ni?!"

Gadis itu tertanya-tanya. Biar betul.

"Ya, ambiklah."

Tiada apa-apa yang mustahil. Kalau dah buruk melantak.

"Te..te...terima.. Kasih.." ucap gadis itu gugup. Rona pada pipinya sudah mula merah.

"Lain kali. Jangan gelojoh."

Sempat Selwyn menasihati gadis itu dengan nada sinis.

"Apa?!"

Gadis itu marah ditegur. Sebenarnya malu ditegur. Wajahnya disebalik kerudung sudahpun merah padam.

"Tak adalah. Saya bergurau je."

Selwyn tersenyum. Cuba menenangkan gadis itu.

Gadis itu hanya merengus lantas sambung menikmati sekotak aiskrim coklatnya tanpa mempedulikan Selwyn disitu. Air coklat panasnya dibiarkan ditepi.

"Baiklah saya minta diri dulu. Hidangan seterusnya bakal tiba."

Selwyn pun beralih dan bergerak ke ruang dapur.

Sedang gadis itu menikmati aiskrimnya tiba-tiba sahaja penglihatannya kembali jelas. Gadis itu tiba-tiba terdiam. Dia teruja. Namun semuanya disembunyikan. Dia tersenyum puas.

"Aku dah boleh nampak dengan jelas."

Uar gadis itu didalam hati. Dengan hati yang tenang dia sambung menikmati hidangannya.

Sesudu aiskrim dimasukkan kedalam coklat panasnya. Disebabkan coklat panasnya masih penuh, minumannya itu tertumpah sedikit. Gadis itu mencemik. Dia merungut seorang diri atas kecuaiannya.

"Maaf, biar saya lapkan."

Selwyn tiba-tiba muncul bersama kain lap di tangan kirinya. Di tangan kanannya pula dia sedang membawa satu hidangan.

" Ya. "

Gadis itu hanya mengangguk dan mengalihkan tangannya dari meja agar memudahkan kerja mengelap lelaki itu. Segan pulak apabila Selwyn ternampak akan kecuaiannya.

Selwyn hanya mengelap. Dia perasan tumpahan minumam pada meja bertambah. Bukan sahaja ketika gadis itu melecur tetapi juga disebabkan cawannya yang sudah penuh kerana ditambah dengan aiskrim coklat. Selwyn perasan semua itu tetapi sengaja dia mendiamkan diri. Dia tidak mahu memalukan pelanggannya.

Tak pasal-pasal kena saman lagi.

Entah kenapa jantung gadis itu berdebar. Dia merasakan dirinya sungguh istimewa. Dilayan bagaikan tuan puteri oleh Selwyn. Masa pula bagaikan bergerak begitu perlahan. Disebalik kerudungnya dia hanya memerhatikan Selwyn yang sedang menumpukan perhatian mengelap meja dengan penglihatannya yang sudahpun jelas.

Kenapa lama sangat mengelap meja? Gadis itu tertanya-tanya didalam hatinya. Sebenarnya perasaannya yang terasa begitu. Padahal waktu bergerak seperti biasa. 60 saat seminit.

"Selwyn kelihatan begitu baik. Tidak sama seperti Selwyn yang dulu."

Gadis itu berbisik di dalam hatinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro