05 ❃ COKLAT PERCUMA
Dada gadis itu berdebar-bedebar. Wajahnya yang berselindung disebalik kerudungnya sudahpun merah padam. Rasa segan dan malunya terhadap Selwyn sudah melampaui batas! Rasanya seperti ingin berlari pergi dan menyembunyikan dirinya. Namun gadis itu tidak mampu.
Pergerakkannya terkunci. Wajah Selwyn begitu hampir dengannya dan hari ini Selwyn kelihatan lain. Apa yang lain? Adakah disebabkan dia baru bangun tidur? Tidak. Bukan sebab itu. Selwyn tidak memakai kaca matanya. Walaupun dengan penglihatan yang kabur , gadis itu masih dapat melihat perbezaannya.
Selwyn mengeluh.
Lama sangat pulak babak jiwang logam karat!
Dia mengalihkan gadis itu dari tubuhnya. Gadis itu berundur beberapa tapak ke belakang. Akhirnya dia mampu juga untuk bergerak. Namun gadis itu masih tidak mampu berkata apa-apa. Dia turut mengalihkan pandangannya dari Selwyn.
Suasana agak janggal. Sekian lama menunggu akhirnya Selwyn mengambil keputusan untuk bersuara.
"Maaf, saudari. Hari ini kafe tutup. Saya tak berniaga."
Kata-kata Selwyn telah mematikan suasana janggal.
"Ya, Saya tahu."
Akhirnya gadis itu mula bersuara.
Selwyn berasa aneh. Kalau sudah tahu kenapa masih datang? Datang pulak dengan kemarahan. Kemarahan? Oh, ya!Tiba-tiba sahaja Selwyn teringat sesuatu.
"Eh?! Jangan-jangan saudari datang nak saman saya?!"
Selwyn berkerut seribu. Hatinya mula risau.
Saman? Kenapa pula. Gadis itu terpinga-pinga.
"Maafkan saya, saudari. Kalau saya tak silap, saudari ni pelanggan terakhir semalam kan?"
Selwyn bertanya inginkan kepastian.
"Ya, saya."
Jawab gadis itu ringkas. Dia masih tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Selwyn.
"Maafkan saya. Semalam saya tak berniat nak menghalau. Saya sebenarnya cuma..."
Ayat Selwyn tergantung. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak tahu bagaimana ingin jelaskan situasinya.
Gadis itu akhirnya baru faham. Semalam dia pulang dalam keadaan marah dan Selwyn sangka dirinya marah kerana tersalah sangka dirinya dihalau tetapi sebenarnya tidak. Gadis itu marah kerana Selwyn berdiri begitu hampir dengannya. Dia tidak mahu Selwyn melihat wajahnya.
"Baiklah! Sebagai tanda minta maaf, saya akan sediakan hidangan coklat secara percuma. Setuju?"
Selwyn menyilangkan kedua tangannya dan menantikan jawapan daripada gadis itu.
"Percuma? Betul ke ni?"
Gadis itu kurang pasti.
"Ya. Tetapi dengan dua syarat."
Selwyn mengemukakan syarat.
"Syarat? Syarat apa?"
Gadis itu tertanya-tanya. Dia nak mintak maaf? Dia bagi syarat? Banyak cantik.
"Syaratnya ialah, maafkan kesilapan saya. Kedua ialah jangan saman saya. Setuju?"
Selwyn menjongketkan keningnya.
"Baiklah, saya setuju."
Gadis itu bersetuju dan berkerut. Memang itulah sebabnya kan nak bagi percuma? Kenapa ulang-ulang cakap?
Lega hati Selwyn mendengar jawapan gadis itu.
Namun ada perkara yang lebih rungsing untuk difikirkan. Gadis itu masih kelihatan begitu segan dengan Selwyn.
Selwyn berasa pelik. Tadi bukan main marah. Marahnya bukan kepalang. Macam gergasi! Kalau dibiarkan tadi boleh roboh pintu kafeterianya. Sekarang malu-malu kucing pulak. Acah-acah sopan-santun?
"Silalah masuk."
Selwyn mempersilakan gadis itu melangkah masuk. Mungkin pelawaannya akan membuatkan hati gadis itu senang.
"Terima Kasih...urmmm.. tapi..."
Gadis itu masih menundukkan kepalanya. Ada sesuatu yang membuatkan dirinya tidak selesa dengan Selwyn.
"Ada sesuatu yang tak kena ke?"
Selwyn bertanya. Pelik dengan tingkah-lakunya.
Gadis itu hanya mengangguk perlahan.
Selwyn pelik. Kenapa ya? Dahinya berkerut.
Oh!
Tidak!
Tiba-tiba Selwyn tersedar! Caranya berpakaian tidak sopan. Hanya berbaju hitam nipis bersama seluar pendek! Patutlah gadis itu resah dan kurang selesa.
"Eh! Sekejap! Nanti saya datang balik! Ambiklah tempat dulu."
Usai sahaja mempelawa Selwyn terus bergegas dan melepasi kaunter bayarannya. Dia terus masuk ke biliknya yang berada di ruang dapur.
"Lembab!"
Gadis itu merengus. Dia akhirnya melepaskan nafas lega. Gadis itu terus mengambil tempat yang terletak di tepi tingkap dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
Tempat kegemarannya!
Gadis itu kemudian tersenyum puas dan tertawa kecil.
"Hihi...Coklat percuma!"
Disebalik kerudungnya gadis itu tersenyum puas. Ya. Hadirnya di situ untuk menikmati coklat. Tak sia-sia dia menggegarkan pintu kafe tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro