02 ❃ COKLAT MENTAH
Kerja penyusunan Selwyn akhirnya selesai. Dia tersenyum puas melihat berpuluh-puluh beg kertas yang berisi coklat gourmet telah pun berada di dalam dua buah bakul yang bersaiz sederhana.
"Rasanya berlebih ni."
Selwyn bercakap seorang diri sambil membetulkan kaca mata. Dia tidak kisah jika jumlah hadiah yang hendak diberi itu berlebih. Yang penting adalah cukup dan tidak kurang.
Selwyn mengangkat kedua-kedua bakul itu seperti seorang ibu menggendong dua orang bayi kecil. Dia terus membawanya ke arah pintu belakang dimana terletaknya di ruang dapur kecilnya. Disitulah dia memasak dan menghiasi hidangan coklatnya.
Aroma coklat yang mengasyikkan sentiasa berlegar-legar di ruang itu. Segala bahan-bahan untuk membuat coklat tersusun dengan rapi di atas rak. Terdapat juga balang-balang kaca yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Setiap balang diisi dengan bahan-bahan yang pelbagai. Antaranya ialah cip coklat, kacang badam, kacang gajus, serbuk coklat, serbuk kopi, kismis, biskut, gula- gula, dan carikkan keju. Bahan-bahan mentah seperti sirap coklat/strawberi, mentega atau mentega kacang, jem(pelbagai perisa), susu, krim putar, karamel, buah-buahan dan coklat yang belum dimasak semuanya disimpan didalam peti sejuk yang terletak disudut dapur itu. Tepung dan telur pula diletakkan di atas meja yang teletak ditengah dapur. Semuanya sudah disusun mengikut kelas masing-masing. Ini semua bagi memudahkan Selwyn sendiri untuk memasak.
Selwyn membuka pintu yang sudahpun terkuak sedikit dengan menggunakan kakinya. Dia melangkah keluar dengan berhati-hati agar tidak tersalah pijak tiga anak tangga.
Langit senja hampir bertukar malam. Selwyn perlahan-lahan menjejaki rumput segar. Ruang diluar ternyata berbeza. Angin sepoi-sepoi kini membawa aroma rumput hijau. Tiada lagi aroma coklat. Bercampur pula dengan aroma epal-epal yang tumbuh dengan rimbun dari pokoknya.
"Maaf lambat, sayangku."
Ucap Selwyn sambil tersenyum. Dia meletakkan dua bakul tersebut diatas rumput hijau.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro