Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01 ❃ COKLAT GOURMET

Ghais Lavanark merupakan dunia yang dipenuhi dengan pelbagai kisah kehidupan. Kehidupan yang bahagia mahupun kehidupan yang sedih. Terdapat juga kisah yang penuh dengan kekesalan dan juga keinsafan. Ada juga kisah cinta dan kebencian. Kisah yang dikaitkan pula dengan kemaafan dan dendam. Begitulah kehidupan.

Di hujung sebuah pekan yang terletak di Daerah Eplé terbinanya sebuah rumah kayu kecil yang dikelilingi pokok-pokok epal. Rumah tersebut sebenarnya merupakan sebuah Kafeteria Coklat. Kafeteria yang menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang berasaskan coklat dimiliki oleh seorang pemuda yang bernama Selwyn.

Selwyn 24 tahun merupakan seorang lelaki berkulit cerah dan berambut hitam gelap dan lebat. Matanya pula bewarna coklat 'hazel' yang diselindungi dengan kaca mata.

Seorang yang sangat rabun juga merupakan seorang yang sangat cintakan coklat. Seorang yang pakar membuat coklat. Hanya daripada coklat dia mampu menyediakan pelbagai jenis hidangan.

Hari ini merupakan merupakan hari penting buatnya. Selwyn ingin menziarahi Rumah Anak Yatim Eplé. Biasanya kafeterianya akan tamat beroperasi pada waktu malam tetapi bukan pada hari Jumaat. Setiap hari Jumaat pada waktu malam Selwyn pasti akan berada di Rumah Anak Yatim Eple.

Menjelang senja sahaja kafeterianya akan berhenti beroperasi.

Masa pantas berlalu. Cahaya senja sudahpun mula menyinari melalui jendela-jendela kafeterianya. Para pelanggannya sudah beransur pulang. Selwyn sedang menyusun beberapa beg kertas di atas kaunter bayarannya. Didalam setiap beg kertas itu mengandung 10 biji coklat gourmet yang dibuat dengan pelbagai bentuk yang menarik. Setiap beg kertas tersebut akan dihadiahkan kepada setiap penghuni rumah anak yatim yang ingin dikunjunginya.

Selwyn tersenyum memandang banyak beg kertas yang tersusun dengan rapi di atas meja kaunter. Disebabkan terlalu banyak terdapat juga beg-beg kertas yang disusun di atas meja pelanggannya yang kosong. Dia tidak sabar ingin memberikan coklat gourmet buatannya pada kanak-kanak tersebut. Di fikirannya sudahpun terbayangkan kanak-kanak yang tersenyum gembira menerima hadiahnya.

Itu sahaja yang Selwyn mampu lakukan untuk terus berbakti kepada Rumah Anak Yatim Eplé. Dia sebenarnya merupakan bekas penghuni rumah anak yatim tersebut. Selwyn telahpun kehilangan kedua ibu bapanya ketika kecil. Ibu bapanya merupakan perajurit yang telah terkorban ketika menjalankan misi kelas pertama.

Bibirnya tidak lekang dari senyuman membayangkan kanak-kanak disitu.

Selwyn terkebil-kebil.

"Eh? Aku kena cepat."

Selwyn baru tersedar dari lamunan. Lamunannya telah memberhentikan kerjanya. Dia lekas mengambil bakul besar dan menyusun beg-beg kertas tersebut.

"Alahai, bodohnya aku."

Selwyn menepuk dahinya.

"Sepatutnya aku susun terus dalam bakul! Yang aku susn atas meja pehal!?"

Selwyn merungut seorang diri dan terus sambung kerja menyusunnya. Tiba-tiba dia teringat akan nasihat seorang pelanggannya yang mencadangkan dirinya mencari teman hidup untuk menguruskan perniagaannya bersama.

Selwyn tersedar! Suasana kafeterianya sudahpun sunyi. Lebih baik dia menutup pintu sebelum pelanggan tiba. Dia tidak mahu menghalau pelanggannya. Selwyn dengan pantas bergerak ke pintu hadapan dan dia tanpa diduga seorang pelanggannya masih belum pulang.

Seorang gadis berkerudung menutup wajahnya sedang menikmati permandangan senja di luar jendela sambil jari-jemarinya merangkul cawan besar yang sudahpun kosong.

Kelihatan pokok-pokok epal diluar berlatarbelakangkan langit senja. Gadis berkerudung itu merupakan pelanggan tetapnya. Hampir setiap hari gadis itu akan mengunjungi kafeterianya. Namun wajah gadis itu masih belum pernah dilihat olehnya.

Selwyn hanya berdiri. Tertanya-tanya apa yang harus dia lakukan dan bagaimana dia harus berdepan dengan pelanggannya. Dia tidak mahu menyinggung hati pelanggannya. Tidak sama sekali. Tetapi dia juga harus jujur. Dia tertanya-tanya apa yang harus dilakukannya.

Tiba-tiba sahaja gadis itu menoleh memandang Selwyn. Gadis itu sedikit terkejut. Kehadiran Selwyn telah mengganggu lamunannya.

"Maaf."

Ujar Selwyn sepatah. Dia terkedu sejenak melihat wajah gadis itu. Selwyn akhirnya terlihat wajah gadis itu dalam jarak yang dekat. Dia memaksa dirinya untuk mengukirkan seulas senyuman. Selwyn risau pelanggannya akan menganggap dirinya cuba untuk menghalau. Selwyn mula resah. Salah dia juga. Tanpa disedari dirinya berdiri begitu hampir dengan gadis itu.

Gadis itu dengan pantas menarik kerudungnya lebih kehadapan untuk menyembunyikan wajahnya. Dia terus berdiri. Bunyi kerusi terseret diatas lantai kayu bergema diseluruh kafeteria.

Gadis itu terus mengeluarkan wang emas dari uncang yang diselitkan dipinggangnya dan diletakan diatas meja. Tanpa buang masa gadis itu terus berlalu keluar dari kafeterianya. Bunyi kasut tumit itu menghentak lantai kian menghilang.

Selwyn tidak sempat berkata apa-apa dan hanya mampu melihat. Gadis itu kelihatan marah. Dia tidak berniatpun untuk menghalau gadis itu. Selwyn tidak berniat untuk berkelakuan biadab.

Pemilik kafeteria itu mengeluh. Dia hanya berharap agar tidak kehilangan pelanggan.

Tanpa membuang masa Selwyn terus menutup pintu dan menguncinya. Dia kemudian menyambung kerja menyusunnya yang tertangguh. Selwyn tersenyum sambil menjalankan kerja. Dia tidak sabar ingin memberikan coklat gourmet buatannya kepada anak-anak yatim Eplé.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro