Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[6]

"YOU dah ada wife?"

Azarael mengangguk.

Hera terkebil-kebil. Dia mula berjalan mengelilingi Azarael. Muka berkerut mencari relevannya. Seketika, dia berhenti depan lelaki itu sebelum memandang lama.

"You tahu tak I baru simbah bini you?"

Angguk.

Hera tarik muka. Dipincingkan mata. Betul ke apa dia lihat? Lelaki ni tak marah ke orang mandikan bini dia?

"You tak marah?"

"Why would I?" Azarael berpeluk tubuh, malas. Dia menuju ke sebuah bangku taman sebelum dilabuhkan duduk. Tubuh Hera yang genit itu diamati seraya gadis itu menghampirinya.

"Rael? You sihat tak? Dah makan ubat?" Hera siap melambai depan mata Azarael, memastikan lelaki itu tiada masalah kesihatan mental.

"Kenapa?"

"I dah malukan isteri you depan orang ramai. You sedar tak ramai orang pandang kita tadi?"

"Biarlah. I tak kisah pun orang nak pandang."

Geram, Hera bersila sebelah Azarael. Dihala tubuh menghadap lelaki itu sebelum dia bercekak pinggang.

"You ni. Betul ke tu isteri you? Kenapa you tak terkesan pun dengan apa yang jadi?"

Azarael bersandar. Mata melirik ke arah wajah Hera yang bujur. "You nak tengok kad nikah I ke?"

Hera rasa nak telan lelaki depa matanya. Tak faham-faham lagi ke Azarael ni? Kata dah berusia, lambat sangat proses otak tu dah kenapa?

"Okay, fine. You dah ada wife. Sekarang ni, apa guna I?" Soal Hera. Liur ditelan. Bukan apa, mengharapkan jawapan Azarael kelak tidak menyalahkan dia.

Well, dia dinner dengan laki orang. Kalau isteri dia dapat tahu, mestilah mengamuk. Memang wajarlah perempuan tadi serang tanpa adab. Namun disebabkan dia tidak tahu menahu cerita sebenar, langsung disiramnya perempuan itu. Orang yang memang berhak atas Azarael.

"I ajak you dinner. You setuju. So, that's it."

"Am I the penyondol?" Malas berdebat, terus ditanya soalan cepumas. Walaupun lidahnya tak ingin nak sebut perkataan tu, tapi melihat apa yang terjadi kemungkinan perkataan tu yang sesuai untuk dirinya.

"You sondol siapa?"

"You la. Rael, kenapa you tiba-tiba jadi budak yang macam tak faham apa yang jadi tadi?"

Azarael ketawa kecil. Didongak kepala ke atas langit sambil dua tangan dihadang ke kepala bangku. Melihat langit malap tanpa kehadiran si bintang untuk menyinari. Seperti hidupnya yang cukup kelam. Hanya ada bulan sabit yang menari di barat langit. Persis dia yang hidup dalam gelapnya dunia.

"Can we have a deal?"

"Deal?" Hera mula berkerut dahi. Perjanjian apa pula yang nak dibuatnya?

"Kalau I tolong you, you boleh tolong I?"

"Tolong apa maksud you?"

"Be my sugarbaby."

Satu detik.

Dua.

"Hell nah!" Hera menolak keras. Gila ke apa? Punyalah dia mengamuk Wazif tu pergi jadi anak ikan pada perempuan tua, sekarang dia pula nak buat kerja sama? Eh dua kali lima la begitu!

"Merepek. You nak tahu idea yang lagi better? You balik pergi minta maaf dengan wife you. Jaga wife you elok-elok dan semua akan hidup bahagia."

Lelaki itu senyum tipis. "Kenapa you tak nak? I boleh offer anything you want. Just say it and it will be yours."

"Me is not mata duitan. Rael, I cerita pasal ex I dan sekarang you nak jadi sugardaddy I? Apa beza I dengan ex I kalau macam tu?"

Betulkan duduk, Azarael turut bersila menghadap Hera.

"Bukan itu maksud I. No physical intimacy. I tak akan suruh you buat benda-benda macam tu. Mudah kata, I just nak kita berlakon. Can we?" Lembut jemari Hera dicapai dan diramas perlahan. Besar harapannya supaya Hera bersetuju.

"Berlakon? Kenapa? I tak faham."

Melihat Hera masih ragu-ragu, lelaki itu kembali bersuara. "Macam ni. I akan suruh PA I buat agreement untuk kita. Kalau I langgar mana-mana syarat dalam agreement, harta I jadi milik you. Deal?"

Kali ini Hera melopong besar. "Rael, tak perlu pun."

"Perlu kalau itu akan buat you setuju."

"Kenapa? Cuba cerita dengan I. Takkan I nak terima benda yang I sendiri tak faham kenapa? You ada wife, perempuan yang sah milik you. Kenapa you perlukan I as... Scandal you?" Telan liur Hera.

"You akan faham nanti."

"How long?"

"Sampai I bercerai dengan isteri I."

Seluruh tulang-temulang mengeras. Cerai?

.

.

.

BERAT keluhan yang dilepaskan Hera usai membaca semua syarat dalam kertas perjanjian yang dia terima. Macam serius sangat bunyinya.

Hera Atilya perlu berlakon sebagai sugarbaby kepada Azarael Mateen sepanjang tempoh yang dinyatakan.

• Azarael Mateen akan memastikan Hera Atilya selamat dari gangguan gigolo

• Azarael Mateen akan memenuhi segala kehendak Hera Atilya sepanjang tempoh yang dinyatakan.

• Hera Atilya berhak mencari Azarael Mateen bila-bila masa sepanjang tempoh yang dinyatakan

• Tiada hubungan badan (sexual intimacy) terlibat dalam urusan ini.

• Hera Atilya dan Azarael Mateen wajib menyimpan rahsia ini tanpa diketahui orang lain.

Itu baru syarat prosedur, belum baca lagi bab bayaran. Hera selak muka surat seterusnya.

Bayaran bulanan : RM7,000

Pejam mata Hera. Macam tu je dapat 7k tiap bulan? Putih matalah orang yang bekerja keras demi gaji yang mewah.

Segala bayaran berkaitan pendidikan Hera Atilya dilunaskan serta-merta

• Sebuah kereta pilihan Hera Atilya

• Segala perbelanjaan bulanan Hera Atilya dilunaskan serta-merta

Hera tak sanggup nak baca lagi. Sebab apa, ibarat jika dia bersetuju dia hanya perlu hidup saja. Semua masalah tentang duit, Azarael akan selesaikan.

Memang ini ke bayaran untuk jadi sugarbaby?

Ini ke yang Wazif dapat juga sampai sanggup gadai maruah?

Hera dilema. Haruskah dia menerima?

Separuh hati rasa jahat pula kena jadi orang ketiga dalam hubungan suami isteri orang. Separuh hati pula rasa berbaloi untuk menerima. Tak perlu dia 24 jam memikirkan perihal kewangan yang sentiasa menyesakkan setiap bulan.

Kalau dia tidak terima, boleh jadi Azarael hilang lepastu. Dan dia perlu hadap Wazif sendirian. Seperti dikatakan perjanjian, dia akan selamat daripada Wazif.

Prang!

Hera tersentak saat kedengaran bunyi kaca pecah. Lantas rasa gemuruh datang menjelma. Dah apa pula yang pecah malam-malam macam ni? Dia duduk seorang, masakan ada barang boleh pecah tanpa pelaku.

Mulalah dia berfikir bukan-bukan.

Tinggalkan bilik, Hera perlahan-lahan keluar. Kiri kanan Hera melihat. Firasat kuat mengatakan ianya datang dari depan, bukan belakang.

Ruang tamu diperhati sebelum membulat mata melihat cermin tingkap pecah. Terus sakit kepala fikir berapa lagi duit harus keluar untuk membetulkan. Tapi itu fikir kemudian, dia mahu tahu si dalangnya.

Pencuri ke?

Hera menanti kalau ada manusia yang menyelinap. Namun tiada. Berhati-hati dia ingin meninjau tingkap sebelum terlihat ada yang cuba memanjat pagarnya.

Terus kecut perut Hera. Segera dia kembali ke bilik dan dikunci seeratnya. Hera selubung diri di bawah selimut. Deru nafasnya semakin kencang memikirkan jika dia dijumpai. Entahkan bersenjata atau tidak, dia tidak tahu.

Jarinya terketar-ketar ingin menghidupkan telefon.

Nama abangnya dicari. Entah mengapa bila cemas begini dia lupa nombor kecemasan walhal hanya tiga digit. Kepalanya hanya berharap abang kandungnya akan datang menyelamatkan dia seperti mana dahulu ketika dia dikejar sekumpulan monyet di kampung.

Tut.. tut..

Nombor yang anda dail...

Angkatlah! Hera mula berang. Tubuhnya terketar-ketar mencari nombor lain yang boleh membantunya.

Saat tertancap matanya pada sebaris nama, laju dia tekan tanpa fikir panjang.

"Hello?"

"Rael. Tolong I. I takut." Perlahan nada yang digunakan namun terketar-ketar.

"Hera, you kenapa? You dekat mana?"

"Rumah. Please, datang. Ada orang pecah masuk rumah I."

"Okey, I datang sekarang. You tunggu and please, hide somewhere safe. Tunggu I. Jangan matikan panggilan. Stay with me."

Ikut arahan, Hera mencari tempat yang selamat. Bawah katil macam selamat. Ke tak? Ah, lantaklah janji orang tu tak nampak dia.

Baru dia bangun, pintu biliknya terbuka dan bertentanglah dua pasang mata.

"Argh!" Macam histeria Hera menjerit takut. Menyesal pun ada kerana keluar.

"Hera? Hera! You dengar tak?"

Phone Hera sudah tercampak entah ke mana. Hera dah tak peduli. Dia hanya ingin keluar. Terus Hera lari ke tandas dan dikunci pintu. Tingkap kecil di sudut atas tandas dilihat. Mana boleh dia nak keluar dari situ. Tinggi sangat!

Bam! Bam! Bam!

Hentakan demi hentakan kedengar dari luar pintu. Hera mengigil takut. Kalaulah dia boleh flush diri sendiri, dah lama dia buat. Kena bersemadi di loji perkumbahan pun dia tidak kisah. Janji selamat.

"Buka pintu ni!"

"Tak nak!"

"Eh, menjawab pula dia."

Hera tekup mulut. Bila dah biasa memberontak, spontan dia menjawab. Kepala diketuk. Geram dengan lidah yang tidak makan saman.

Pap!

Membulat mata Hera saat tombol pintu tercampak ke arahnya. Dari lubang pintu perompak itu mencuri lihat dia bersama senyuman.

"Nak lari mana?"

Pintu ditolak sebelum lelaki itu ketawa besar melihat raut wajah Hera yang pucat.

Belum sempat lelaki itu maju, kepalanya disepak. Terus lelaki itu ke belakang sebelum jatuh terduduk.

"Hera?" Dalam kepekatan malam, Hera melihat si gerangan.

"Jom keluar, Hera."

"Wazif..."

Lelaki itu senyum tipis. Dihulur tangannya pada Hera.

Hera kemam bibir. Diharap orang lain, ternyata orang lain pula yang muncul.

Melihat lelaki berbadan gempal sudah tersadai di lantai, Hera segera keluar. Sedikit pun tidak menyambut huluran Wazif.

Takut-takut Hera keluar, memastikan tiada lagi lelaki yang bersama dengan si perompak. Keluar Hera hingga ke luar sebelum kereta Azarael muncul di depan rumah.

"Hera, you okey? Kenapa you tinggal phone?" Segera Azarael bertanya sebelum didakap tubuh itu.

Wazif yang baru keluar terdiam melihat dua manusia itu. Dia berpeluk tubuh. Jelik dengan kehadiran Azarael di tempat kejadian. "Dah tak ada apa. Kau boleh balik."

Tanpa mempedulikan Wazif, Azarael menilik seluruh tubuh Hera. Memastikan tiada seinci kulit yang cedera.

"I okey."

Azarael yang mahu masuk ke dalam rumah ditarik Hera. "Jangan tinggalkan I."

Melihat wajah Hera yang masih pucat, Azarael tak sampai hati. Tukar fikiran, dia pimpin Hera ke keretanya.

"Woi. Tak nampak aku ke?" Usai Hera masuk ke dalam kereta, Wazif mula menepik.

Berpaling, Azarael pandang tanpa minat. "This is a crime place. You should leave before the police come. Or else they will suspect you."

"Tak payah berlagak macho la. Aku yang selamatkan Hera, kau pula nak bawa dia. Banyak cantik muka kau."

"Perlu ke bergaduh untuk benda kecik macam ni? Bro, Hera is still in her traumatize phase dan kau pula perangai macam budak-budak tak puas hati dengan aku. She feels safe with me, so let her be."

Sebelum masuk ke dalam perut kereta, sempat Azarael menelefon seseorang. "Datang, aku bagi location. Sebelum ada yang call polis."

Langsung Azarael beransur ke tempat duduknya dan membawa keretanya meluncur pergi.

Berkali-kali dia melirik ke arah Hera. Paha Hera diusap kecil. "You okey?"

Hera tersentak sebelum menunduk. "Okey."

"Need anything?"

Hera menggeleng. Diam tak berputik membiarkan Azarael membawanya pergi.

Usai menguruskan pembayaran hotel, Azarael membawa Hera ke bilik yang ditempah.

"I book untuk seminggu. Soal rumah you, I akan settlekan. You tak perlu risau. You selamat dekat sini."

"Kenapa dia pilih rumah I? Dia tahu ke I tinggal seorang?" Hera bersuara usai dirinya mulai tenang. Dengan diri ditepuk angin dingin, hatinya mula tenteram. Tidak lagi laju berdetak.

"You jangan risau. Everything will be fine. Trust me."

Hera memandang Azarael sebelum dia berkerut melihat Azarael yang hanya berbaju pagoda dan berkain pelikat.

"You dari mana?"

"Oh." Azarael gelak kecil. "I baru nak tidur waktu you call. Tak sempat tukar baju, terus press minyak kereta."

"Kesian you." Segan pula Hera memikirkan balik Azarael selamba bawa dia masuk hotel dengan pakaian macam tu. Mesti orang pelik.

"Tak apa. Janji you selamat. Rest la. I pun nak balik ni."

Seketika wajah Hera kembali pucat. "Balik? You nak tinggalkan I?"

"Hera, bukan itu maksud I. Maksud I, you perempuan. I lelaki. Tak manis duduk berdua dalam satu bilik. Lagipun you jangan risau, ada orang akan jaga you. So you akan berteman."

"Rael, duduk la dengan I. Please. What if lelaki tu datang balik? Dia cari I sampai sini? Kalau dia apa-apakan I? Dahlah I ni anak yatim." Hera bangun sebelum merenggut lengan Azarael kuat. Tak mahu dilepaskan.

"But Hera..."

"Please."

Azarael pandang katil. Dahlah katil Queen saja, tahu dia ambil yang double single bed.

"Okey, you rest dekat sini. I rest dekat luar, depan tv."

"Tak nak. Sini jelah. Macam mana I nak tidur sorang-sorang?"

"Just sleep?" Rawan hati Azarael nak layan Hera yang tiba-tiba manja macam ni. Nak tidur sekatil? Naya!

"Kali ni je, Rael. Until I feel safe."

"Hera..."

"I agree with the agreement. So, please."

Azarael garu kepala.

"Kalau you nak tidur luar, tidurlah tapi sama-sama dengan I."

"Urgh, fine. Let's sleep."

Malas nak fikir, Azarael redha saja. Esok dia ada meeting di awal pagi. Kalau terlambat, tercalar imej dia dan syarikat. Esok kena bangun awal untuk balik ke rumah dulu, tukar baju dan baru pergi ke ofis.

"Now, tidur. Tutup mata, tidur. Jangan cakap apa-apa dan jangan gerak banyak sangat." Pesan Azarael pada Hera yang langsung tak melepaskan lengannya.

Azarael merebahkan tubuh di sebelah Hera. Dipandang siling atas. Sebelah tangan meraup muka.

Pandang Hera yang sudah tutup mata, Azarael telan liur. Debar lain macam. Kenapa perasaan ini tidak pernah terjadi saat dia bersama isterinya? Ini ke rasanya bila tidur di atas katil dengan seorang perempuan?

Ah, boleh jadi gila!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro