Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[4]

Terbuntang biji mata Hera melihat skrin telefonnya. Berkali-kali dia gosok mata memastikan kebenaran yang dilihat. Tetap begitu.

Lantas nombor Azarael didail. Tak sampai sesaat deringan, lelaki itu segera menjawab.

"Yes, Miss Bean?"

"10K? Are you kidding me, Azarael?" Tanpa salam Hera terus menyerang. Macam nak luluh jantung dia apabila nilai baki banknya yang selalu dua ke tiga digit kini menjadi lima digit. Tak pernah selama ini cecah angka lima.

"Hello? Encik Grab yang bertauliah, I tanya ni."

"You menang loteri ke Hera?"

"You gila ke apa 10K? Bagi balik nombor account you, I transfer semula. You silap tekan digit ni. Sebenarnya you nak bagi RM10 kan tapi sebab you rabun, jadi you tertekan banyak kali angka sifar tu."

Tawa kedengaran di hujung talian. "Mana you tahu I ni rabun dekat?"

"See? Maknanya memang betul you salah transfer."

"Hera..." Seru Azarael di hujung talian.

"Itu duit you la. Tak ada apa yang salah. Memang betul 10k tu untuk you."

Hera tetap tak puas hati dengan penjelasan itu.  Azarael ni driver Grab ke tauke Grab? Hesh!

"For what? Banyak sangatlah 10k ni, Rael. Yuran I je 8k, lagi 2k nak buat apa?"

"Present from me."

Hera lambungkan diri ke atas katil bujang. Mata menala ke timbunan beg yang dibeli oleh Azarael sewaktu mereka bertembung. Dia tak mengusik seinci pun. Was-was rasa.

"You ni menteri kewangan ke nak bagi duit mudah-mudah macam tu?"

"Maybe. Menteri kewangan peribadi Hera Atilya."

Bola mata digolek ke atas melayan lawak hambar Azarael.

"Not funny, Rael."

"And I'm not joking."

Hera diam lama. Merenung ke angka dalam akaun bank itu benar-benar buat dia ralat. Macam mana lelaki yang mengenali dia lima hari ini boleh beri duit sebanyak itu? Dia bukan sesiapa pun. Just a stranger who coincidentally met.

"Okey, macam ni la. You tak perlu susah hati tengok duit tu. Anggap aje you yang usaha dapatkan duit tu semua. Boleh you relax sikit sem ni. Tak perlu kerja keras sangat."

"It feel surreal. Banyak ni..."

"Bukan masalah pun, Hera. Enjoy the money okay? I letak dulu, ada nak jumpa orang kejap. Take care."

Putus talian Hera termenung sendiri.

10K tanpa berbuat apa-apa. Wow. Dulu selalu minta supaya wujudnya hujan duit. Nah, sekarang terus dapat macam tu je. Orang gila mana aje nak bagi? Ada. Nama dia Azarael Mateen.

Hera tepuk dua pipi. 

Biarlah. Orang dah bagi, siapalah kita nak menolak? Hehe.

Okay, pertama sekali bayar yuran. Hera segera membuka laman web kolejnya. Laju jarinya melarikan cursor ke serata skrin sebelum terhenti pada halaman pembayaran yuran.

Satu detik. 

Dua.

"Hah?!"

STATUS PEMBAYARAN: SUDAH DIBAYAR

JUMLAH BAKI PEMBAYARAN: RM0.00

"Siapa..."

"Sure. Consider it settle."

Ayat Azaral tempoh lalu terbayang kembali. Nombor lelaki itu kembali dicari. Berkali-kali cuba menelefon lelaki itu tapi semua ditolak.

"Ei, main reject pulak! Bukan aku kutip hutang dengan dia pun." Rungut Hera. Dia kembali ke laman banknya. 10K diberi dan yuran dibayarkan. Berapa gaji Azarael ni sebenarnya? Kerja apa dia? Mana dapat duit banyak tu?

Ting!

Melihat nama Azarael yang naik, segera aplikasi whatsapp itu dibuka.

Encik Grab hensem tapi tak boleh lawan crush: Don't worry. It's a gift. Enjoy!

Hera sakit kepala.

.

.

.

"HERA!" 

Gadis yang baru saja keluar dari bilik kuliah berkerut dahi mendengar namanya dilaung. Kuat pula tu. Seperti orang lain, kepala Hera turut berpaling ke punca suara. Melihat gadis yang berkemeja kotak-kotak dengan tudung bawal hitam di kepala, keluhan kecil terlepas dari bibir Hera.

Langsung Hera berpaling buat tidak dengar apabila namanya dipanggil berkali-kali. Saat ini, dia hanya mahu pulang.

"Hera Atilya. Kau tak dengar ke aku panggil?" Tangan Hera direntap. 

Hera berdengus. "Nak apa Riq?"

Gadis bernama Ariqa atau selesa dipanggil Riq menjongket dua keningnya.

"Kau tanya aku? Lepas kau send mesej semalam dan tak nak jawab mesej atau panggilan aku, boleh lagi kau buat bodoh ya jumpa aku?" Ariqa mula berpeluk tubuh. Tidak menyenangi perbuatan Hera. Satu mesej yang diterima malam tadi sangat tidak boleh diterima.

"Aku dah buat keputusan, Riq. Kau cari ajelah orang lain."

"Apa kena dengan kau ni Hera? Kenapa nak quit? Cuba cakap dengan aku. Tak kelakar do."

Berhenti di tengah-tengah koridor jalan yang sedang sesak menyemakkan kepala Ariqa. Lantas diheret Syaza ke tangga kecemasan. Tutup pintu, punggung dilabuhkan ke salah satu anak tangga.

"Kau lupa ke macam mana susahnya kau nak dapat perhatian kapten?"

Hera jongket bahu. "Orang macam aku boleh jumpa dekat mana-mana, Riq. Kapten tak ralat."

"Mungkin. Tapi aku yang ralat. This is so not you! Bro, SAK (Sukan Antara Kolej) lagi seminggu kot. Kau buat hal pula waktu-waktu macam ni."

"Aku dah tak nak main. Aku nak quit. Kau fahamkan bahasa mudah? Ke tak faham?"

Suasana mula jadi tegang. Hera mula meluat dengan Ariqa padahal sebelum ni dia dengan Ariqa tak pernah bertegang urat. 

"Did something happen?"

"Mana ada."

Ariqa bungkam seketika. Kepala ligat mencari punca. Mustahil Hera semudah itu menarik diri dari kejohanan tahunan ini. Hera adalah atlet yang bersusah payah untuk diterima masuk. Dia sendiri ingat bahawa Hera antara atlet yang redah 3 hari 2 malam demi melayakkan diri ke pusingan kelayakan. Sampaikan bila diterima, gadis itu demam panas. Dah kebah, masih kental melakukan latihan. Dan tahun yang sama juga Hera berjaya meraih pingat perak. Sememangnya pencapaian dan usaha Hera mendapat perhatian kapten kolej mereka. Hinggakan dipuji sepanjang tahun. 

Tapi... nak quit? Tanpa sebab? Mustahil!

Siapa Hera selalu bersama? Fikir, Ariqa!

Atlet keranjang... siapa nama dia?

"Sebab Wazif ke?" Ariqa petik nama itu. Dia ingat lagi kecoh isu Hera couple dengan Wazif. Yelah, waktu itu Wazif diminati ramai wanita. Hera pula wanita yang beruntung daripada ramai-ramai wanita lain. Tapi kekecohannya tak lama. Orang mula redha kalau Wazif bercinta. Normal untuk lelaki yang ada rupa seperti itu.

"Bukan-bukanlah kau ni, Riq. Dahlah, aku nak balik."

"Dahtu, siapa nak gantikan kau?"

"Siapa-siapa ajelah. Ramai lagi budak dekat kolej ni. Rembat je sesiapa."

"Senangnya kau cakap. Kalau kapten tahu, kecewa dia."

"Urgh, aku minta maaf tapi aku memang tak boleh." Sebahagian hati Hera rasa serba-salah menarik diri dari kejohanan sukan tahun ini tapi dia lagi tak rela untuk 72 jam bersama Wazif. Kejohanan tahun ini diadakan di Sabah. Walaupun dia teringin sekali ingin ke Sabah, hajat itu terpaksa dikuburkan. 

Sakit hati dia ni memang tak boleh dirawat. Kesalahan Wazif sangat di luar jangkaan. Pertama kali bercinta dan pertama kali putus cinta bukanlah hal yang mudah. Bagilah dia rawat hati tanpa Wazif. Kalau tak fikir lagi dua semester saja untuk dia tamatkan pengajian, dah lama dia berhenti. Ini pun dia kuatkan hati dan semangat untuk habiskan belajar. 

Dia ingin kerja yang bagus-bagus. Dapat gaji yang berbaloi untuk menampung hidup.

"Kau putus cinta ke?" soal Ariqa.

"Hah?"

"Gaya kau ni nampak sangat macam baru putus cinta. Tapi satu jelah pesanan aku. Kalau kau lepaskan peluang dan bakat yang kau ada disebabkan rasa putus cinta tu, sia-sia je. Hati ni kalau sakit boleh rawat. Cinta lain boleh datang. Tapi peluang ni kau takkan dapat dekat tempat lain. Tahun ni tahun terakhir kau tau. Patutnya kau jadikan sakit hati kau tu untuk melonjak lebih berjaya. Persetankanlah kalau lelaki tu ada sekali pun. Kau patut tunjuk dekat dia yang tanpa dia pun, kau boleh berjaya dan kau terkesan sikit pun dengan apa benda  yang dia buat pada kau. Come on Hera, tak nak try gold medal ke? Tiga tahun sederet kau silver. Mana tahu rezeki tahun ni kau dapat gold medal?"

Ariqa bangkit. Dia pun malas nak panjangkan isu. Kalau kata Hera tetap keras kepala, dia kena terima ajelah. 

Bahu Hera ditepuk. "Tips aku macam ni. Kau bayangkan depan mata kau tu muka jantan tu. Lepas tu kau renjam lembing kau tu headshot kena kepala dia."

Hera tayang muka bosan mendengar tawa Ariqa. 

"Kalau kau insist, cakap sendiri pada kapten. Tak nak aku layan amukan dia. Aku gerak dulu."

Buka pintu, terpampang wajah Wazif. Lagi keruh muka Hera. Ariqa sudah silih berganti memandang dua manusia ini.

"Kau cakap apa tadi? Renjam sampai headshot kepala mamat tu ea?" Hera sudah cabut kasut sneakers miliknya. 

Ariqa berkerut dahi seraya memandang Hera. Gadis itu sudah bersedia. Belum sempat Ariqa menghalang...

Pap!

"Aduh!"

"Patut pakai lembing betul. Setakat kasut tak syok." Hera kutip sneakers lalu disarung laju ke kaki. Ditinggalkan Wazif dengan Ariqa. 

Ariqa lepas gelak melihat tapak kasut Hera berbekas di dahi Wazif. "Marah nau Hera dengan kau."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro