[2]
HERA buang semua pemberian Wazif ke dalam satu plastik sampah hitam.
Binatang tu dah buat onar, buat apa lagi dia simpan semua benda ni? Semak rasa. Geli. Entah-entah semua barang ni pun dibeli guna duit haram tu. Ee.
"Ni dah kenapa buang semua barang-barang ni? Kan elok lagi."
Muka pintu bilik yang terbuka dipandang. Lelaki yang memakai baju pagoda bersama kain pelikat masuk sebelum duduk di atas katil bujang Hera.
"Nak buang. Dah rosak semua ni."
Harzan naik pelik mendengar alasan Hera. Rosak? Nampak bersih tak berusik.
"Mata kau buta ke apa?"
"Tak ada benda baik jangan cakap apa-apa, abang. Hera tak ada mood nak layan abang." Keras amaran Hera. Dicampak-campak semua jenis kemewahan yang dia dapat.
"Tak nak sedekah ke rumah anak yatim?"
Bum!
Beg LV yang baru diterima dua minggu lepas dihempas ke dalam plastik hitam.
Hera berpaling dengan pinggang dicekak.
"Tak nak. Hera nak bakar semua ni."
Memang taklah nak bagi barang dari duit haram pada budak-budak tu.
"Membazirlah, Hera."
"Abang masuk bilik Hera kenapa? Pergilah balik rumah bini kesayangan tu." Rengus Hera tak puas hati.
"Dahtu kerja aku dekat sini siapa nak buat?"
Senyuman Hera kelat mendengar jawapan itu. Jawapan yang juga memberi tanda bahawa Harzan datang ke sini semata-mata kerja. Bukan niat menjenguk dia yang ditinggal terkontang-kanting hidup sendirian di rumah kecil peninggalan ibu bapa mereka.
Harzan lebih rela duduk di rumah mertuanya yang kaya itu daripada membina keluarganya di sini.
Wallahi Hera terasa. Hilang tempat bergantung dia sebagai seorang adik. Mak bapak pulak dah bawah tanah. Abang takut bini. Memang ngam!
Diam tidak menjawab, Hera sambung kerja. Malas dia nak fikir tentang hidupnya yang malang selalu. Dibuang dan dipermainkan. Apalah nasib seketul Hera Atilya. Kenapalah dia tak ikut mak bapak dia masuk tanah sekali? Tak adalah dia kena sengsara meneruskan hidup.
"Aku nak keluar. Lepak mamak. Kau nak kirim apa-apa tak?"
"Takde. Bang, kejap lagi aku nak pinjam lighter kau."
"Pakailah. Aku pun dah tak merokok."
"Konon. Bendalah kat leher tu benda apa?" Hera merujuk pada vape yang tergantung pada leher Harzan.
"Ni vape. Lain. Tak pakai lighter."
"Ikut kau la."
Hilang Harzan dari rumah, selesai juga tugas Hera membuang benda-benda yang tak patut. Diheret plastik sampah yang memberat itu ke luar rumah.
Bakar kesemuanya tanpa sisa.
Kalau boleh dengan Wazif sekali ingin dibakar. Dasar jantan!
"STOP!"
Rimas dan lemas!
"Tolonglah dengar cakap I, Hera. I merayu sangat." Wazif sanggup kalau Hera suruh melutut sekalipun asalkan Hera memaafkannya.
Hera lelah dikejar sejak habis kelas tadi. Ikutkan hati memang dia nak ponteng kelas. Tapi nak ponteng kelas sebab lelaki tak guna rasa buang masa.
"Pergi mati sana."
"Kenapa you kasar sangat? Berat sangat ke salah I? Ya, I tahu semua tu salah I. I tak patut buat benda macam tu. I janji, I stop buat benda-benda tu. Please, sayang."
Terherot bibir Hera mendengar perkataan terakhir itu.
"Bibir yang sebut sayang pada I tu juga yang sebut benda bukan-bukan pada perempuan lain. Jijik."
Pedas dan Hera tak kisah kalau Wazif berang sekalipun. Hera berhak mengamuk sebab bukannya salah dia. Dia sudah cukup setia dan ikhlas dengan hubungan ini.
"Please, bagi I peluang untuk betulkan keadaan."
Hera merentap tangannya yang ditarik. Mata menjeling Wazif tajam.
"Peluang apa yang you nak? Selama kita bersama, you ada semua masa untuk stop buat benda bodoh tu. Tapi apa yang you buat? Menyesal bila kantoi? How funny."
"Okay... I mengaku tu semua salah I. I yang lalai. Please sayang, maafkan I. I akan berubah. Percayalah." Wazif tetap enggan melepaskan Hera.
Hera cuba menyelit kiri, Wazif pantas menghalang. Ke kanan, Wazif juga tangkas.
Hera mengeluh. Pandang wajah Wazif yang monyok itu lama-lama.
"Okay, fine!" Putus Hera.
Bola mata Wazif mendelik. Bibir merekah senyum. "Thanks sayang. I tahu you masih sayangkan I."
"Pergi mampus sayang kau!" Hera terus berpaling dan memulakan larian. Tak dapat lari ke depan, larilah ke belakang. Apa susah? Biar Wazif macam orang gila dalam delulu ciptaannya sendiri.
"Hera!"
Gadis itu berdecit mengenangkan Wazif tu atlet bola keranjang kolej sedangkan dia, hanya atlet rejam lembing. Jarang memakai stamina untuk berlari.
Sekelip mata, Wazif berjaya menyaingi Hera. Direnggut lengan itu sebelum diheret bersamanya.
"Eh, lepaslah! You ni dah kenapa?" Meronta-ronta Hera cuba meleraikan cengkaman Wazif yang ketat itu.
"Percayalah cakap I. I akan berubah. You kena percaya je."
"Oh, habis tu selama I dengan you, I tak percaya you? Sebab percayalah, otak bodoh you tu pijak kepala I. Dan untuk pengetahuan you, I pun tak bodohlah."
Ngap!
Tanpa belas Hera mengigit lengan Wazif supaya terlepas dari cengkaman.
"Argh!!"
Terus Hera melarikan diri sekali lagi. Dah macam pelarian. Memang pelarian pun. Lari dari gigolo muka jambu!
"Hera, here."
Mendengar suara asing yang memanggil, Hera berpaling. Mata dikecilkan cuba mengecam wajah itu sebelum terbuntang matanya.
"Abang Grab!"
Azarael tersentak. Memang betul-betul ke perempuan ni ingat dia kerja Grab? Loading juga minah ni rupanya.
"Tolong abang Grab, ada gigolo kejar I." Hera terus meluru ke arah Azarael dan bersembunyi di belakang tubuh tegap Azarael.
"Gigolo?" Hampir terlepas tawa Azarael. Ada ya gigolo cari makan pagi-pagi ni di tempat awam? Maju dah gigolo sekarang.
"Hera!"
Lagi Hera menyelit macam nak bercantum dengan tubuh Azarael saat mendengar suara Wazif. Bilalah lelaki tu nak menyerah?
"Bro tu..."
Azarael jongket kening bilamana Wazif menunding ke belakang tubuhnya. Tahu siapa yang dimaksudkan.
"Awek aku belakang kau tu."
"Awek? Mana? Ni?" Selamba Azarael menarik Hera keluar walaupun gadis itu dah peluk pinggang dia sebab tak nak pandang muka Wazif.
"Taknaklah you." bisik Hera keras. Tetap teguh memeluk batang tubuh Azarael. Sedap peluk. Wangi pun wangi. Lama-lama macam ni silap-silap terlelap dia.
Dalam diam Azarael mahu ketawa dengan aksi Hera. Manja!
Wajah kembali memandang Wazif yang mula berubah air muka.
"Takkanlah future wife aku ni awek kau, bro?"
"Eh?" Bukan setakat Wazif, Hera pun naik pelik. Terus keluar wajahnya dari tepi tubuh Azarael semata-mata hendak memandang Azarael. Memastikan lelaki ini bergurau.
Namun, tanda itu tiada.
"Right, baby?"
Mata Azarael menikam wajah polos Hera. Terdiam gadis itu. Kepala memikirkan bila masa pula Azarael melamar dia? Ada ke? Kenapa dia tak tahu?
"Jangan nak menipu, bro."
Mendengar alunan suara Wazif langsung mengeruhkan wajah Hera. Dipandang lelaki tak guna itu dengan hujung mata. Turun dari tubuh Azarael, Hera berdiri bersebelahan. Terus dipeluk lengan Azarael sebelum bersandar pada tubuh itu.
"Siapa yang menipu? Betullah nak kahwin. Terjamin masa depan. Daripada kena kahwin dengan gigolo yang dah tak suci. Euw." Nakalnya Hera lagi dimainkan jemarinya pada dada Azarael. Ah, semuanya mahu Wazif ni berambus cepat. Lelaki tu takkanlah nak berdiri tercengat lepas dia buat-buat manja dengan Azarael ni.
"See?" Azarael tangkap jemari Hera yang menguji keimanannya. Untuk memantapkan lakonan, dicium jemari itu sebelum digenggam.
"Hera, jangan bohong! Takkan dalam masa satu hari you boleh jumpa penganti? I tahu you bukannya boleh lupakan I."
Dek geram, Hera kembali menempelak. "Dahtu you nak tengok I dengan dia ni buat benda sama macam you dengan perempuan murah tu? Berani nak tengok?"
Terkelu Wazif. Dia mahu berkata sesuatu tetapi ditahan. Membayangkan apa yang Hera katakan sangat tak terjangkau dek akal. Sepanjang dia mengenali Hera, gadis itu bukan jenis begitu. Nak pegang lebih-lebih pun nanti kena marah. Tapi melihat Hera selamba membiarkan lelaki itu meraih pinggangnya, Wazif jadi ralat. Benarkah apa yang diperkatakan?
"Jomlah gerak. Panaslah sini." Hera menarik tangan Azarael pergi. Malas berlama-lama dengan Wazif. Lelaki itu sudah diam begitu lebih baik dia pergi dulu.
"Did what, huh?" soal Azarael kecil.
"Tak ada apa. Budak-budak tak boleh tahu. Ni hal orang dewasa."
Azarael lepas gelak. "I nampak macam budak-budak ke pada you?"
"Tak. Tapi itu ayat biasa yang orang akan cakap bila tak nak orang tanya lebih-lebih. Takkan nak cakap, orang tua tak boleh tahu? Kan biadap tu."
"You ni kelakar juga ya. No wonder la you minat Mr Bean tu."
"Well, we must learn from expert. I tak pernah miss lagi episod Mr Bean tu."
"Sekarang ni kita nak ke mana?"
Bagaikan tersedar, Hera berhenti menapak. Tahu-tahu sudah di hujung blok kedai. Gadis itu berpaling memandang Azarael.
"How can you be here?"
"My office up here."
"Up? Atas ni? Tapi..." Dahi Hera berkerut-kerut. Atas siling di pandang. Atas ni masih kolej dia. Takkanlah...
"Ada office Grab dekat sini ke?"
Terus Azarael jentik dahi Hera. Geram! Tak habis-habis dengan Grab. Ada juga dia beli motor kapcai buat Grab delivery.
"Adui! Sakit!"
"Nyamuk." Azarael beralasan sebelum memeluk tubuh.
"Tak guna punya nyamuk."
"Ada kelas lepas ni?"
Hera geleng sambil tangan masih menggosok dahi yang masih terasa sakitnya. Kuat jugalah kena jentik tadi.
"Jom, lunch."
Bersinar-sinar mata Hera bila masuk bab makan. Terus digendong lengan Azarael untuk kembali meneruskan langkah. "Ayam Gepuk Pak Gembus, we are coming!"
"Hah? Kedai apa tu?"
"Sumpahlah tak pernah makan?"
Geleng.
"You should try. Jom!" Lagi laju Hera heret Azarael untuk lintas jalan. Kedai tu bertentangan dengan kolej Hera. Memang port student lepas habis kelas. Pandai owner pilih tempat. Strategik gila!
"SAMBAL dia sumpah sedap!"
Terkebil-kebil Azarael merenung nasi dan ayamnya sudah banjir cili. Pinggan Hera dipandang. Lagi banjir.
Belakang kepala digaru.
"Makanlah." Jemput Hera yang sudah mula mengunyah.
Azarael telan liur. Diambil sudu dan ditolak cili semua ke tepi. Sudah itu, dia cuba untuk menjamah.
Masuk saja mulut, berdesup-desup rasa pijar di lidah dan ulu hati terasa. Wajah merah namun bibir enggan mengaku.
Spontan jemarinya membuka dua butang atas kemejanya. Lengan disinsing. Air dihirup pantas namun belum juga melegakan kepedasan yang melanda seisi tubuh.
Berpeluh!
Kagum Azarael melihat Hera selamba badak makan nasi yang sudah bercampur sambal pedas itu. Makan macam tiada deria. Elok saja makan. Tahu-tahu sudah suku pinggan gadis itu makan manakala dia... Masih tidak terusik!
"You tak makan ke? Tak sedap ke?" Soal Hera setelah tersedar pinggan depannya masih begitu sejak dia mula makan.
Dongak, terbahak-bahak Hera ketawa.
Geli hati!
Azarael sudah mencebik sambil mengipas diri. Duduk dalam tempat berhawa dingin pun masih belum legakan dirinya.
"Kenapa tak cakap tak tahan pedas? Penat je I bubuh sambal selambak. Aduh, tak vibe la you ni." Sisa tawa Hera masih ada. Tangan mengagau ke dalam begnya sebelum satu gula-gula dicapai dan dihulur pada Azarael.
"I'm not a kid, Hera." Tolak Azarael.
"Eleh, jaga macho konon. I bukan bagi you sebab you budak-budak. I nak legakan pedas tu. Makan gula-gula ni. Kedai ni mana ada susu. Kejap, I pergi 7E sebelah beli susu. Kesian you."
Ragu-ragu Azarael hendak percaya. Gula-gula hilangkan pedas? Bagaimana teori tu boleh dipercayai?
Baru Hera hendak bangun, laju juga Azarael bangun. Lelaki itu menggeleng, enggan Hera bersusah-payah. Dia sendiri yang keluar meninggalkan Hera sendirian.
Plastik Fruit Plus dikoyak lalu disumbat gula-gula kecil ke dalam mulut. Dikemam sambil mata meliar mencari susu.
Kepala terangguk-angguk menyedari kepedasan tadi beransur sedikit. Maknanya Hera tak tipu dia.
Usai bayar, Azarael kembali masuk ke kedai Ayam Gepuk Pak Gembus. Berkerut dahinya melihat Hera sudah stack dua pinggan manakala di hadapan Hera ada pinggan berisi nasi baru yang bersih tanpa cili. Ada tu pun cili di bekas kecil.
"Wait, you makan dua set?"
"Dahtu, takkan nak buang nasi you? Tak apa. Kontena perut I masih boleh muat." Ditepuk perut kecilnya dua kali.
"Tak takut gemuk?"
Geleng. "Right man won't care about his lady appearance. Yang penting hati. Betul tak?"
Bibir Azarael gagal menahan senyum. "You're really a different breed, Hera."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro