Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[12]

Ye, tahu lama tak update heuheu

.

.

HERA termenung sendirian. Mengenangkan nasib diri.

Entahlah.

Telefonnya suram. Berkali-kali cuba menghubungi Azarael, tidak berjaya. Entah apa yang jadi, Hera tidak tahu.

Disebabkan bosan, dia saja datang ke shopping complex. Ambil angin. Pusing seluruh aras dan tidak membeli. Sekadar cuci mata. Masuk kedai, belek, tengok harga dan keluar kedai.

Bukan tiada duit, malah berkepuk dek sudah sebulan lebih tempoh perjanjian dia dan Azarael. Angka di banknya tidak pernah menurun, malah menaik dengan cepat.

Namun kalau hati sudah tak berkenan memang tidaklah dia nak membeli. Biarpun duit ada.

Tengah hari seperti ini memaksa Hera mencari kedai makan. Lapar sedari pagi tidak bersarapan.

Manakan tidak. Semalam Azarael hantar dia pulang. Suruh dia turun. Rasanya baru setapak dia turun kereta, laju kereta itu berlalu pergi.

Habis madu sepah dibuang. Habis majlis, Hera dibuang. Sedih. Nasib baik sudah kenyang semalam. Kalau tak, dua kali sedih.

Restoran Chicken Rice Shop yang merah itu menarik perhatian Hera. Tak fikir panjang terus masuk. Bau nasi ayam benar-benar menyucuk hidung. Kecur!

Hera laju memberitahu menu yang diingini. Sejak ada duit, tak pernah berkira bab makan. Nak saja dia beli. Memang duit Azarael banyak habis buat beli makan saja. Lain itu tidak.

"Apa masalah la jantan ni palau aku? Aku ada buat salah ke semalam?" Rungut Hera melihat whatsappnya masih tidak terbalas.

Sementara tunggu hidangan lajulah dia scroll fyp tiktok. Bosan menunggu. Sudahlah makan seorang diri, Azarael pun buat perangai. Alahai.

Sedang-sedang skrol video For You Page di aplikasi Tiktok, Hera berhenti di satu video.

Lagu menyayat hati dengan video status perceraian.

Erk. Hera rasa tercekik kejap.

Skrol lagi.

Isu pelakon tanah air yang bercerai. Hera menceber. Tak minat nak baca isu pelakon Malaysia. Karya mereka aja tidak ditonton.

Skrol.

Video wanita merakam suaminya sedang berdating. Paling sadis, si isteri bersama anak-anak tengah makan angin. Mereka diberitahu suami itu sedang outstation. Sekali kantoi berdua-duaan dengan perempuan lain.

Hera kemam bibir.

Skrol lagi.

Mula dah video random dengan text yang memaki perbuatan orang ketiga dalam rumah tangga orang. Tengok komen, ramai bersetuju dengan sumpah serana yang dilontar. Kata mereka, memang layak kena maki.

"Rosak betul tiktok aku."

Tak puas hati, skrol lagi.

Video wanita yang naik angin habis semua barangan dalam rumah dilepar. Semua gara-gara jumpa pakaian dalam wanita lain di kereta suaminya. Kedengaran juga suara anak-anak yang menangis tetapi tidak berani mendekati baik si ibu ataupun bapa mereka.

Komen pula, sangat menyokong perempuan itu. Tak kurang yang mengeji perbuatan itu, dan kemudian dibalas dengan kemarahan oleh kaum wanita.

Hera teguk liur.

Skrol.

Kali ini video penyondol yang diserang habis-habisan oleh si isteri. Lebih memalukan apabila isteri tidak beri peluang untuk penyondol itu menyarungkan pakaian. Habis memerah wajah perempuan itu ditampar-tampar. Rambutnya dicarik-carik melepaskan geram dek perbuatan perempuan itu. Segala kata nista dibedal.

Yang lelaki pula diam tak berputik sebelum perlahan-lahan mencapai baju di lantai.

Hera buka komen.

Farah.Naim: Betina sangap. Laki orang pun sanggup henjut.

Miramira: Sampah jumpa tong sampah. Memang sesuailah dua ekor ni.

JijjjaHazim55: Padan muka kau. Dia tak tahu jantan tu buat dia jadi tisu lap taik je. Dah habis terus buang lol.

4rifMuiz: Bini punya cantik, penyondol make up 30 layer juga yang diminat.

Makcikbawangpower: Sekurang-kurangnya GRO pun kena bayar, kau free² je bagi wkwkwk

donaldduckduckducky: Langsung takde maruah. Tak malu ke hidup atas penderitaan orang lain?

meowHaulinizzz: Apa nak jadi manusia sekarang? Dah beranak bini pun curang lagi. Memang tak reti bersyukur la manusia zaman sekarang.

anotherpakcikbawangers: Lelaki curang dengan penyondol ni biasanya cari servis free. Dah sedap, hilang. Lagi-lagi kalau bini tak layan/baru lepas beranak

hawauyuz3: Sedap 5 minit je dik, video ni viral selama-lamanya. Malu kau nak keluar bilik. Dengan tak pakai bajunya. Alang-alang menyundal, tayang 1 Malaysia. Jadi pornstar teruih!!

Skrin gelap.

Laju Hera letak atas meja. Lengan digosok. Seriau!

Nafas dalam dilepas. Kepala ligat memikirkan komen-komen yang dibaca.

Tapi... Dia tak ada sampai ke hubungan ranjang.

Hera geleng kepala. Mereka takkan sampai ke situ. Azarael dah janji. Cukup sampai dia bercerai saja.

Entah mengapa, Hera rasa sebu. Yelah memang dia dah jadi orang ketiga yang sah. Isteri Azarael pun dah jumpa dia. Lepastu sepupu bini Azarael pun dah jumpa dia. Silap-silap memang tunggu masa untuk kena belasah dan dihujat komen netizen yang tak bertapis saja.

Mesti dia akan malu sangat waktu itu.

Oh, tidak...

"Enjoy your meal, miss!"

Hera tersedar makanannya sudah sampai. Terus dia buang fikiran buruknya itu. Enggan terlalu berfikir perkara yang belum terjadi.

.

.

.

AZARAEL berdecit saat pintu pejabatnya dibuka tanpa ketukan. Satu kepantangan buatnya.

Angkat wajah, lagi bertambah keruh. Terus dia alihkan pandangan membaca segala fail-fail yang bersusun yang menanti tandatangannya untuk kelulusan.

"Daddy ajak dinner sekali."

Azarael kekal diam di mejanya. Sedikit pun tidak melayan kehadiran isterinya.

"Rael, I tengah bercakap dengan you ni."

"Did you?"

Raila bengang. Handbag Gucci  diletak ke atas meja Azarael. Dia berpeluk tubuh sebelum melabuhkan duduk di depan meja Azarael. Mata merenung suaminya.

"Apa masalah you? I cakap elok-elok kot."

"Oh, really Raila? Did you? Ever since our marriage?" Azarael ketawa sinis seraya menggelengkan kepala. Kelakar ayat Raila.

"I tak kira. We go to the dinner tonight."

"You tak ada hak nak tentukan schedule I."

Raila angkat bahu. "So, you nak I minta PA you buat appointment for tonight? Stupid."

"Same as you."

"Whatever. Kita pergi dinner malam ni. Titik."

"I tak nak pergi."

"Tak kelakar la Rael. Respect la sikit family I."

Kalini baru Azarael pandang Raila. Satu senyuman pun tiada.

"It's all about family you. Family I? Ada you fikir? Tak pernah."

"Eh, apa pula tak ada." Raila menepis. Tak puas hati.

"Bila last time you balik rumah mama I? Long long time ago. Dah berbuih la mulut I nak cover you. Sibuk pasal respect konon. Macam you jelah ada family."

"Ala, mama you bukannya kisah. Dia sayang I, tak ada pun nak marah I tak jumpa dia. You je yang lebih-lebih."

Raila sangat menguji kesabaran Azarael. Antara sebab dia pun malas nak jumpa isteri sendiri. Setiap hari isterinya bermalam di mana pun dia tidak kisah. Curang dengan siapa pun, dia tidak kisah. Sebab rasa sayang buat isteri tu dah sampai tahap negatif.

"Fine. Tak payah pergi dinner. Simple. Macam mana you layan mama I, macam tu juga I layan family you."

"You ni macam budak-budak!" Raila geram. Sudahlah dia malas nak datang ke pejabat Azarael. Semua sebab suaminya ni memang menyakitkan hati. Tak pernah nak bersetuju dengan semua yang dia rancang.

Ini pun kerana daddy dia mula bertanya kenapa mereka berdua diam saja tak menziarahi lelaki itu.

Macam mana nak jumpa. Raila ke utara, Azarael ke selatan. Tak sebulu!

Semua sebab mama Azarael. Suruh itulah, suruh inilah. Paling tak menahan, awal-awal perkahwinan asyik tanya soal anak. Raila serabut. Dia kerja modelling dan namanya tengah hangat waktu ini. Mana mahunya dia korbankan kerjaya! Banyak job masuk tanpa henti! Sejak itu dia tak suka semua berkaitan Azarael. Benci terus!

"You yang budak-budak. Berfoya-foya tak tentu hala. Umur dah lanjut pun ada hati nak enjoy."

"Dahtu you nak I buat apa? Suka hati I la, hidup I."

"You nak hidup sampai bila? Semua manusia akan mati!"

"So?"

"You memang tak reti nak retire ke?"

Tawa Raila terburai. "You juga dulu tak kisah I nak buat apa. Kenapa tiba-tiba nak sibuk sangat jaga kain I?"

"Modelling is fine, Raila. Inner wear modelling is too much!"

"What? Bukannya togel terus."

"I'm so done with you." Putus Azarael. Dia langsung bangkit. Panas punggung aje bila berdua dengan Raila. Sedikit pun tak menyenangkan hati. Entah bagaimana dulu boleh suka pun entahlah.

First impression always the best.

Bila dah berkahwin, sekatil dan sebantal, tak semenggah! Buat sakit kepala.

"Tonight. 8pm. My family house." Raila anggap Azarael tiada masalah untuk itu.

"Nah, not going. Pandai you la cover I." Azarael terus keluar. Enggan berdebat. Meja PA dihampiri untuk memaklumkan kehilangannya sebentar.  Buat hilang stress duduk dalam pejabatnya.

Telefon pintarnya yang sedari tadi bergegar dibuka skrin. Semuanya datang dari Hera. Dia mengeluh.

"Attach sangat pulak budak ni."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro