Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

BETULLAH apa yang Haikal cakap. Dan, memang betul juga apa yang dia teka selama ini. Sebab itulah Dian tu susah sangat nak terima Haikal. Rupa-rupanya, memang ada hubungan dengan lelaki lain. Memang logiklah kalau Haikal putuskan hubungan.

Esmail dah tak betah duduk. Mundar-mandir menanti anak daranya balik. Kata nak pergi ofis. Dia dah tanya, buat apa dekat ofis hujung minggu? Kerja urgent katanya, tapi melepak dekat Cafe Roma tu siap kongsi makan sepotong kek. Dah tu pula, sejak bila Dian reti makan benda manis?

Memanglah Dian ni dah berubah! Padanlah suka melawan sekarang. Dia dah jangka bersebab dan lelaki itulah sebabnya.

"Cuba abang duduk dulu..." suruh Elina. Sakitlah kepala dia.

Orang dah cakap, percaya aje dekat anak sendiri tapi sanggup tu pergi intip Dian. Apalah cenuai yang Haikal ni calit dekat suami dia. Percaya sangat dekat Haikal tu.

"Saya memang tak sabar dah nak tunggu budak ni muncul..."

"Dah, kalau dia muncul? Abang nak tabuh dia ke apa?" tanya Elina geram.

Kali ini, jika tangan suami dia naik ke wajah Dian, dia pun akan mengamuk. Anak tak salah apa, disakiti pula.

"Memang."

Mata Esmail terjegil. Dia benar-benar tak sabar menanti Dian muncul.

"Kalau ikut hati saya ni, tadi lagi saya seret Dian tu. Saya siram budak lelaki tu dengan air panas. Tapi, sebab saya ni sabar lagi... Saya tahankan diri. Lagipun Dato Seri Hamdan ada dengan saya tadi. Mujurlah dia tak nampak. Buatnya dia nampak, lagi parah. Padahal dia sendiri cakap tengah pujuk Haikal tu..."

"Yalah tu sabar..." Sempat Elina membidas biarpun separa berbisik.

"Ha, awak pun sama. Sekarang dah berubah juga. Suka sokong perangai tak semenggah Edian tu, kan? Dulu kemain suka dekat Haikal..."

"Abang!" seru Elina geram. Melampau pula suami dia ni.

"Pada saya Haikal tu bukan sesiapa kalau dia tak dapat nak hargai anak kita. Saya suka dia sebab abang suka. Dian terima. Tapi sekarang, dia yang tak nak Dian, buat apa lagi nak suka orang macam tu?"

"Hei, orang macam tu yang awak cakap tu, anak kawan lama saya. Yang banyak tolong kita dulu. Anak jutawan..."

"Jadinya, sebab anak jutawanlah abang paksa Dian terima Haikal?" bidas Elina.

Terkulat-kulat Esmail mendengarkan. Dia berdeham panjang.

"Apapun, saya tak suka dia berkawan dengan budak bancuh kopi tu..."

Duduk dihempas kasar di atas sofa. Sengaja dia alih perhatian kepada surat khabar yang baru saja dia capai.

Dibidas oleh isterinya tadi, pijar juga dahi! Geram pun ada tapi malas lagi nak berbahas. Dengan orang perempuan ni, mana pernah menang!

DIAN tak mampu lagi menahan ketawa. Nel ni memang jujur sungguh. Sampaikan dia pula yang tolong segan.

"Betul ni saya tak boleh hantar? Saya naik monorel dan LRT aje datang kerja atau ke mana saja."

"Eh, saya tak suruh awak hantarlah..."

"Manalah tahu. Kutlah awak ingat saya ni macam anak jutawan tu..."

Sajalah dia usik Dian. Nak tengok masih terusikkah letak duduk gadis ini bila dia sebut tentang hal lalu?

"Taklah. Saya tak pandang pun jutawan dia tu. Dia bukan jutawan. Bapak dia. Cuma rezeki dia lahir dalam keluarga jutawan. Saya memang tak hairan langsung..." balas Dian.

Fuh... Jawapan Dian sepertinya meminta untuk dia teruskan perjalanan. Jalan yang lurus lagi diredai menuju ke hati Dian. Nel mahu senyum tapi ditahan. Masih awal. Nanti ada roadblock tiba-tiba, haru hatinya nanti.

"Tak apalah kalau gitu. Kalau lain kali saya habis kerja awal, bolehlah saya hantar awak naik monorel..."

Ya, itu ajelah pengakutan yang dia tahu naik. Itu aje yang mampu setakat ini.

"Tak teringin nak beli kereta ke?" soal Dian tiba-tiba.

Dia langsung tiada niat nak jadi materialistik tapi Nel rasanya boleh jadi kawan untuk dia meluah. Dia pun tiada apa-apa rasa tentang lelaki ini. Dia hanya ceritakan apa yang bermain di dalam kepala orang tuanya saja tentang mereka berdua.

Hanya setakat itu. Selebihnya, Nel masih tiada hak untuk tahu.

"Kenapa? Awak teringin nak saya hantar awak dengan kereta ke?"

Dian geleng dalam senyuman. Nel terasa hati gamaknya.

"Saya tak kata awak, Encik Nel. Saya sesekali teringin juga bila tengok kereta sebelah berhenti, semua kereta mahal dan besar..."

Memang rasa itu ada. Rasa nak berlagak juga di depan Haikal.

Nel peluk tubuh.

"Dan awak tahu tak, bila awak nampak orang sebelah awak naik kereta lebih besar daripada awak, ada orang yang naik motor rasa alangkah eloknya kalau dia ada kereta macam awak. Dan pada yang jalan kaki macam saya ni akan terfikir benda sama. Paling tidak, ada motosikal pun jadilah. Senang nak ke mana-mana. Tapi, saya tak lupa... Saya patut bersyukur sebab saya masih ada kaki. Kaki ni boleh ke mana-mana saja andai nak dibandingkan dengan yang kudung. Betul tak, Cik El?"

El... Itulah nama yang diberitahu padanya. Nama manja barangkali. Nama panjang, dia masih tiada kekuatan nak tanya. Sampai masanya, dia yakin wanita ini akan memberitahunya.

Bibir Dian bergetar. Dia gamam seluruhnya. Sistem tubuh dia seperti sedang lumpuh dengan kata-kata Nel. Pandangan lelaki ini pada dia masih seperti air di kali. Nyaman lagi menenangkan. Dan kata-kata itu juga, seperti bisikan yang mampu buat dia sedar, dia sedang berpijak di bumi.

"Saya minta maaf," ucap Dian tiba-tiba.

Nel kerut dahi.

"Kenapa nak minta maaf? Awak tak salah apa-apalah..."

Dia hamburkan tawa.

"Saya takut awak terasa hati dengan soalan saya tadi..."

"Nak terasa hati kenapa? Betullah soalan awak tu. Teringin ke tidak? Keinginan tu selalu ada dalam diri setiap manusia, Cik El. Teringin nak jadi kaya, teringin nak kahwin, teringin isteri yang cantik, teringin itu, teringin ini. Tapi, yang membataskannya adalah... Ukur baju di badan sendiri."

Sekali lagi, Dian terpukul dengan kata-kata lelaki ini. Dia pandang Nel tanpa riak biarpun lelaki itu kekal tersenyum seperti sejak awal tadi. Wajah yang baru dia perasan ada dalam Cafe Roma kerana selama ini dia terlalu sibuk dengan urusan sendiri sampai tak pernah angkat wajah melihat pada empunya suara yang menyapa.

"Pergilah balik. Kalau rasa nak minum kopi pahit, datanglah. Saya boleh bancuhkan. Jangan takat bancuh, saya boleh temankan lagi..."

Bukan nak dihalau, tapi dah lewat.

Dian hanya memandang Nel tanpa ada tanda nak bergerak. Nel pula naik segan. Dia sengih. Gigi taringnya jelas.

"Awak pandang saya macam tu, macam saya sengaja halau awak pula. Kenyataan tak. Kalau boleh, saya nak awak ada dekat sini lama lagi. Tapi, dah lewat. Lagipun, saya ada kerja ni. Nanti, tak pasal-pasal kena potong gaji. Daripada naik LRT terus kena jalan kaki. Kalau awak sama-sama jalan dengan saya, okeylah. Ada juga teman..."

Sempat dia bergurau. Cuba mencipta senyum pada bibir Dian tapi sukar sungguh. Kejap okey, sekelipan pula sebaliknya.

Dian tak berkata apa. Dia terus pusingkan bahu dan terus menapak perlahan. Kata-kata Nel mengaum di dalam kepalanya.

"Cik El..." seru Nel tiba-tiba.

Dian hentikan langkah. Menoleh.

"Soalan saya tadi, awak tak jawab lagi..."

"Yang mana?"

Entah. Dia dah lupa.

"Perlu ke saya jadi orang yang mama dan ayah awak fikirkan tu?" ulang Nel.

Dian diam lama. Tapi, dia senyum kemudiannya. Terus dia ayun kaki tanpa menoleh lagi.

Satu yang pasti... Dadanya berdebar tak sudah.

Buat pertama kali.

SENYUM lebar. Adi sendiri pun tak boleh nak katup mulut lagi dah melihatkan Nel melayan gadis itu. Kemain. Kalau dengan perempuan lain, nak ambil order pun takut. Ini, siap beri layanan kelas pertama lagi.

"Umpan dimakan ke, bang?"

"Umpan?"

Nel kerut dahi. Tapi, dia jegilkan mata kemudiannya bila faham akan maksud kata-kata Adi.

"Kau ingat dia ikan?"

Hampir saja tangannya meluku Adi.

Adi gelak.

"Habis tu saya tengok kemain abang layan dia. Kalau dengan perempuan lain, lari berbatu-batu. Dengan customer yang sorang ni... Isy, isy, isy..."

Adi geleng buat muka.

"Eh, mana kau tahu dengan dia aje abang baik? Dengan orang lain yang kau tak nampak?" usik Nel.

Tapi, Adi terus mencebik. Usah nak momokkan dia dengan cerita begitu. Dia kenal siapa Nel ni. Sejak kerja dekat sini tiga bulan lepas, inilah kali pertama dia nampak Nel melayan perempuan. Yang dingin beku pula tu.

"She needs help, Adi."

"Help?" soal Adi bingung.

Nel angguk. Dipandang tempat di mana telah menjadi saksi pelbagai peristiwa sejak kali pertama dia pandang wajah gadis itu.

"Pertolongan yang dia sendiri tak sedar, dia perlukannya..." jawab Nel perlahan.

Entahlah. Sukar untuk dia jelaskan pada Adi. Adi tak akan faham. Ini urusan jiwa. Pertolongan yang perlu diberi biarpun orang tak meminta. Tapi, pada waktu-waktu sangat memerlukan. Ya, pertolongan jenis itu.

"Abang ni sebenarnya nak tolong masuk dalam hati dia, kan? Tolong cinta dia, kan?" tanya Adi langsung tak faham.

Nel ketawa kecil.

"Kau ni, Adi... Pick-up line kau memang dahsyat sekarang."

"Eh, betul apa..."

Adi dah sengih-sengih.

"Aku takkan masuk dalam hati orang sesuka hati aku, Adi. Sebab aku tahu, bila aku masuk... Aku tak akan mampu keluar lagi," ujarnya penuh makna.

Sekali lagi, dahi Adi berkerut. Kata pick-up line orang. Dia punya pick-up line lagi dahsyat.

Wajah seindah itu, perlu diserikan dengan senyuman ikhlas, Cik El. Bukan takat itu, perlu dihiasi dengan jiwa yang reda. Nel senyum sendiri. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro