[[ ILY ; 03 ]]
Waktu rehat:
Hyunjin dan Heejin pergi tandas, jadi tinggal aku seorang diri lah kat kelas. Nak tunggu diorang tu, mungkin lepas rehat baru nak sampai sini. Kalau boleh satu sekolah diorang pusing baru jumpa kelas.
Aku buat keputusan nak pergi koperasi je beli bun dan banana milk, aku ambil dompet aku dalam beg lalu jalan ke koperasi. Dalam perjalanan tu boleh pula tali kasut aku terbuka aih, aku membetulkan tali kasut aku.
" Kalau terbuka lagi lantak lah, aku jatuh ke apa aku tak kesah. Kau ni en tali kasut cari pasal je tahu " bebel ku pada tali kasut. Selepas mengikat tali kasut aku dengan kemas aku pun berdiri, baru selangkah aku jalan tiber terlanggar sesuatu. Takkan lah ada dinding pula kat tengah jalan ni, aku menggosok dahi aku yang terhantuk dengan sesuatu.
" Ish, sejak bila ada dinding kat tengah jalan ni?! " Ujar ku sedikit geram.
" Ehem " kedengaran seseorang berdehem betul - betul kat depan aku.
Aku memandang ke depan dengan muka terkejut, rupa - rupanya dinding tu orang.
" eh orang rupanya, hehe. Kerasnya badan kau, macam dinding " kata ku sambil tersengih.
Orang yang depan aku ni langsung tak tunjukkan reaksi, asyik muka ketat je. Aku dengan janggalnya pergi ke arah kanan sebab nak beri dia laluan tapi dia pun ikut juga ke kanan, bila aku ke kiri dia pun sebok gi kiri. Apa masalah mamat ni? tampa kang tak sia sia.
" okey stop, sekarang ni biar aku ke kanan kau boleh jalan je takyah sebok nak ke kanan juga " ujar ku menahan geram. Kalau tak sampai besok lah macam ni nanti.
Mamat tu hanya menuruti kata aku lalu pergi dari situ, aku pun apa lagi jalan lah gi koperasi.
Selepas beli bun dan banana milk aku pun pulang ke kelas semula. Masuk je dalam kelas Hyunjin dan Heejin memandang aku dengan muka tak puas hati, aku pula hanya buat - buat tak nampak lalu duduk kat kerusi aku.
" Sampai hati kau kan " kata Heejin tiber.
" Hah? Apa pula ni? Aku ada buat salah ke apa? " soal ku yang tak tau apa apa.
" Alaa dia ni, buat - buat tak tau pula. Tadi kau gi mana? " Hyunjin pula menyampuk.
" Dari mana lagi, koperasi lah nak beli ni. Korang dah kenapa? " Aku menunjukkan bun dan banana milk yang aku beli pada mereka.
" Haihh, bukan tu lah " Heejin mengeluh.
" Ish, mood aku tak baik ni. Cakap je lah apa dia " kata aku dah bengang, dah lah lapar.
" Macam ni, tadi kitorang nampak kau bercakap dengan sunwoo kat luar tadi " Hyunjin akhirnya memberitahu apa yang diorang tak puas hati, Heejin pula hanya mengiyakan.
" Lahh, tu je ke? Aku bercakap dengan dia pun macam bercakap dengan dinding tau tak " kata ku dalam nada yang menahan marah.
" Asal pula ? " tanya Heejin.
Aku menceritakan kejadian tadi dari A smpai Z pada mereka berdua.
" Lahh , sombong juga eh dia tu " ujar Hyunjin lepas dengar cerita aku.
" Tahh , dah ah asyik muka ketat je " ucap ku sambil menyumbat bun yang aku beli tadi ke dalam mulut.
Keesokan harinya:
Aku sampai awal hari ni, kat kelas pun kosong je masa aku sampai tadi. Jadi aku pun meletakkan kepala atas meja dan sambung tidur sekejap sementara belum ramai yang sampai.
Tiba - tiba aku terdengar macam ada benda yang jatuh jadi aku pun cepat - cepat bangun untuk melihat apa yang jadi , bila aku melihat ke arah pintu kelas kelihatan mamat semalam tu terduduk atas lantai.
Aku menahan ketawa, apa hal dengan mamat tu. Masih mamai ke apa.
Sunwoo berdiri semula seperti tiada apa apa yang berlaku lalu duduk di tempatnya. Sempat juga dia menjeling ke arah aku sebelum duduk, aku senyum pada dia tapi dia pula serius je. aihh muka hensem tapi sombong tahap takleh bincang erk.
Baru aku nak sambung tidur tiber Hyunjin muncul entah dari mana, di ikuti dengan Heejin. Diorang ni susah betul nak berpisah.
" Awal kau hari ni " kata Hyunjin.
" Haah, selalunya kau lambat en " kata Heejin pula.
" Aku datang awal pun salah ke? " Aku membalas dengan soalan.
" tak kata pun salah " Hyunjin tersengih.
" Weyh, aku ada nak citer ngan korang " ujar ku dengan teruja. Mesti diorang un ketawa terbahak - bahak bila dengar.
" Ha citer ler " balas Heejin.
Baru aku nak buka mulut tiba - tiba ada pula pen yang berguling ke kaki aku.
Aku menundukkan badan nak ambil pen tu, tapi dalam masa yang sama ada tangan lain yang cuba ambil pen tu juga. Jadi secara tak sengaja tangan kami bersentuhan, aku memandang orang tersebut dan rupanya dia adalah mamat tu Kim Sunwoo erkk.
Aku baru nak alihkan tangan aku tapi Sunwoo menahan tangan aku, apa hal pula mamat ni. Aku memandang dia dengan muka blur.
" Aku tahu kau nampak aku jatuh tadi, so sila diam. Biar aku dan kau je tahu " ujar Sunwoo dengan suara berbisik.
" erkk okeyy " balasku.
Selepas tu, dia pun ambil pen tu dan pergi ke tempat dia semula. Aku pun bangun dari posisi menunduk tu.
" Amboii macam drama pula eh korang " Heejin menyiku aku.
" ceh drama apa pula " aku membuat muka.
" ha sambung lah , apa kau nak citer tadi " kata Hyunjin.
" Ouh haa, citer tu ... " Aku stop kejap, alahh tapi dia suruh aku diam pula.
" Emm sebenarnya aku lupa nak citer apa tadii " sambung aku sambil tersengih.
" Ee dia ni en , dah lah aku nak pergi koperasi beli bun " ujar Hyunjin.
" Wehh nak ikutt " Heejin mengejar Hyunjin yang sudah di luar kelas.
Aku?
Sambung tidur je lah...
+Continue+
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro