Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

005

+

no one pov -

sesampai nya kedua suami isteri di rumah baru mereka yang amat besar dan cantik . banglo yang berwarna putih lebih nampak elegan dan disertai dengan kolam renang yang agak besar dan taman mini yang disediakan dengan satu meja untuk lepak dan sebagainya.


" jom ... barang dalam kereta biar saya ambil nanti . " jungkook menarik tangan isterinya masuk ke dalam rumah . disebelahnya , aera yang masih terpinga pinga disebabkan tangan hangat jungkook menggenggam tangan kecil dia .


" awak , kita tidur bilik lain lain kan ? " aera memecahkan kesunyian ketika mereka berdua menjejakkan kaki di tingkat atas yang penuh dengan bilik.


" kenapa lain bilik ? bukan suami isteri kena satu bilik ke ? no no kalau apa apa jadi dekat awak macam mana ? entah entah dalam bilik tu ada lipas ke , haa naya je naik atas rambut awak nanti . " sengaja jungkook takutkan isteri dia yang sememangnya penakut dengan lipas . nak tau macam mana jungkook tahu semua ni ? semestinya dari bantuan nenek aera . segala benda tentang aera , jungkook tahu .

" alaa , em yela yela. tapi , kalau pasal - em ... takde papela . " tergagap aera menjawab bila teringatkan yang mesti ada lipas
dalam bilik baru tu nanti . takkan tak
tahu si choi aera ni memang anti lipas .

" macam macam lah awak ni. takpe
kalau ada lipas saya peluk je awak ,
apa susah kan ? " jungkook smirk ke
arah aera yang dah blushing tak tentu pasal. bergetar tulang rusuk perempuan ni bila dengar ayat sweet . dah la hati dia still tertutup untuk lelaki lain .

nasib lah dapat suami sweet macam gula melaka...

takpe aera ! kentalkan hati kau tu , jangan mudah buka pintu hati kau pada orang lain lagi !

sempat aera berkata sejenak didalam hatinya . mana tak bergetar tulangnya, dapat suami yang cukup pakejnya, mata bulat muka ala ala babyface . satu jerawat pun tiada di muka suaminya itu .


" eh aera, apa awak termenungkan
tu ? termenungkan masa depan kita bersama ke? hahah ... " suara garau jungkook yang betul betul di tepi telinga aera , telah mematikan lamunan panjang perempuan itu.

" ah tak err ... jomlah masuk ke awak memang dah pasang niat nak tidur luar jungkook-shii ? "

muka aera sedaya upaya dikawal dengan cool . malulah kalau jungkook tahu yang aera mengelamun tentang dirinya .

lalu jungkook terus berjalan menuju ke pintu rumah yang agak besar dan megah itu . eh macam pintu gerbang dalam cerita princess princess tu ha .


saat pintu dibuka , terbuntang biji mata jungkook melihat keindahan rumah baharunya itu . itupun nenek aera yang belikan rumah ini sebagai hadiah tanda perkahwinan cucunya .


" em jungkook , kalau awak lapar ke apa ke kan awak masaklah sendiri eh . saya nak naik atas , lagipun saya rasa nenek dah sediakan bahan memasak dalam peti ais . " aera yang setia berdiri disebelah jungkook terus mengangkatkan sedikit mukanya keatas memandangkan jungkook ni tinggi lampai orangnya.


kening jungkook sedikit terangkat mendengar segala perkataan dari mulut isterinya . bukan isteri yang kena masak makanan dekat suami ke ?


" oh, awak taknak makan sekali dengan saya ? saya rasa awak takde plan nak diet kan ? "

" hm taklah , cuma .... awak jelah makan, saya naik atas dulu . "

badan aera terus berpusing dan kakinya laju mengaturkan langkah menaiki tangga . jungkook yang ditinggalkan keseorangan hanya merenung kelibat isterinya sehingga hilang dari pandangan .

didalam benak fikirannya mungkin si isteri masih penat lagi kut . takpa, biar lah dia berehat.

laju saja kaki aera menuju ke bilik tidurnya, dimana dia takkan sebilik dengan jungkook walau apa sekalipun. yang dia tahu sekarang status sebagai anak dara sudah terhapus dan telah menjadi sebagai ' bini orang ' . benci sungguh dengan gelaran sebegitu . tak disangka sanggup nenek dan ommanya tergamak suruh dia kahwin dengan umur yang masih muda.

takkan nenek dan ommanya taktahu langsung yang hati perempuan yang bernama choi aera ni langsung tertutup untuk lelaki? ke mereka memang sengaja nak kenakan aku? sempat aera berkata sejenak didalam hatinya.


yang penting, dia takkan sesekali jatuh dalam lautan cinta suaminya sendiri, jeon jungkook.
sememangnya lelaki itu cukup dengan segala pakej idaman wanita diluar sana. tapi tidak bagi choi aera. cintanya telah mati, disebabkan seorang lelaki yang sanggup pergi meninggalkan dia .

setelah lama aera mengelamun diatas katilnya, akhirnya dia bangun dari duduknya dan mencapai tuala yang sedia tersangkut di dalam almari yang berwarna putih. tak dilupa juga segala sabun dan shampoo diambil keluar dari beg bagasi dia.

sudah seharian badannya melekit disebabkan majlis perkahwinan tadi. nasib dapat bersiram dengan aman sekali, lagipun lagi best kalau duduk dalam bilik sendiri. tak payah nak kongsi dengan suaminya itu. buang masa.


+++



" aera, bangun lah. dah nak dekat pukul 10 pagi ni haih... " sayup sayup suara garau jungkook diluar pintu bilik isterinya. riak muka jungkook agak kecewa dengan perangai isterinya, dia harap dapat satu bilik dengan aera. tup tup isteri dia dulu dah larikan diri pergi bilik lain.

ni lagi satu, bukan selalu isteri yang bangun awal sebab nak masakkan sarapan untuk suami ke? kenapa pulak aku yang kena kejutkan bini aku pulak ni? monolog jungkook didalam hatinya.

sekali lagi jungkook ingin mengetuk pintu bilik aera, belum sempat tanggannya berlaga dengan pintu itu. ia sudah terbuka dari dalam.

krekk

" hmm, kenapa jungkook? awak kenapa ketuk ketuk pintu bilik saya... saya mengantuk ni.."
kata aera dalam keadaan mamai. tanggannya menggosok mata kanannya.

haih... nasib sayang , jungkook hanya memerhati keadaan isterinya. hm agaknya aera memang jenis bangun lewat kut. apa salahnya jungkook berfikiran positif kan?

rambut aera yang serabai dan mukanya yang tanpa sebarang make up membuatkan jungkook tergelak kecil. senyuman manis muncul di mulutnya. comel sungguh isterinya ni.

" kenapa awak gelak? ada benda lawak ke dekat muka saya ha? " terus aera meraba segala permukaan dimukanya. risau jugak kalau kalau ada tahi mata ke air liur basi ke, jatuh maruah aera depan suaminya.

" hahah takda apalah. hm awak lapar aera? nak saya masakkan awak breakfast tak, kita makan sama sama eh? " suara jungkook benar benar seakan merayu kepada aera. bukan senang nak ajak perempuan ni makan sekali. malam tadi pun dibiarnya jungkook telan ramen seorang diri di dapur.

mendengar suara jungkook, terbit rasa kasihan dengan suaminya. aera hanya memandang jungkook yang setia berdiri didepan biliknya. lelaki ni sentiasa kemas dan kacak, tapi itu takkan buat aera tergoda.

perlahan lahan aera mengangguk kepala lantas pintu ditutup kembali. membiarkan jungkook termangu mangu didepan bilik aera. jungkook kembali senyum dan terus melangkah ke dapur. haih nampaknya kalini jungkook lah yang memasak dirumah, bukan isterinya.


+++



selesai aera mandi, dia terus berjalan menuju ke almari baju miliknya. tshirt putih dan seluar track adidas yang berwarna hitam diambil. memang penampilannya dirumah teramatlah simple. yelah siapa je nak tengok kalau dekat rumah kan? jungkook jelah...

rambutnya dikeringkan menggunakan hair dryer . nasib rambutnya tak panjang, cuma paras dada sahaja. itupun sebab dia rimas rambut panjang panjang nak kena ikat bagai.

selepas mengeringkan rambut, bedak dan segala skin care dipakai dan ditepek dimuka nya yang sudah sedia cantik. siapa kata dekat rumah tak payah berlawa lawa. hey ni choi aera okay sentiasa elegan dan kemas. ciri ciri ceo macam tulah.

neneknya pulak sebok suruh dia cuti kerja selama seminggu untuk meluangkan masa dengan suami tercinta, bak kata nenek. agak lah seminggu tu lama kot. si aera ni kalau sehari tak jumpa kertas kerjanya mahu meroyan hidup perempuan ni.

kakinya terus melangkah keluar dari biliknya lepas terbau satu makanan yang sedap. pandai jugak jungkook masak, ingatkan lelaki semua tak reti masak. beruntung jugaklah aera dapat suami macam tu.

perlahan lahan kepala aera mengintai susuk tubuh jungkook yang memakai apron dan memegang sudip. gerak geri jungkook seakan akan cef yang handal memasak. bau yang sedap membuatkan perut aera mengeluarkan bunyi. tangan aera laju mengusap perut kempisnya, terpaksa lah dia turunkan ego dirinya dan makan bersama cik suami.

kerusi di meja makan ditarik perlahan oleh aera , terkejut jugak jungkook tengok isterinya yang sebok memerhatinya yang setia memegang sudip. berkelip kelip mata jungkook tengok aera yang lawa walaupun tidak mengenakan sebarang solekan .

berkerut kerut kening aera memandang jungkook yang dari tadi merenung mukanya. gila agaknya suaminya ni.

" pandang apa? "

terus terhenti lamunan jungkook. laju dia memandang ke arah lain. nasi goreng di dalam kuali diangkat lalu diletakkan didalam mangkuk lut sinar. lalu tangannya menuangkan air teh dalam cawan dan hidangkan kepada isterinya yang dari tadi menunggu.

" err, makanlah . maaf kalau nasi goreng ni tak sesedap makanan macam dekat restoran mahal hehe ." kepala yang tidak gatal digaru. muka jungkook malu bila tengok aera yang sekejap pandang muka dia sekejap pandang nasi goreng tu .

" takpelah janji awak dah masakkan untuk saya. itu dah okay, jungkook err j-jom lah makan awak tunggu apa? "

" oh haha lupa pulak. saya asyik pandang muka awak tu yang terlupa tu. " lalu pinggan diambil dan jungkook mencedok nasi tersebut dan duduk berhadapan dengan aera.

" kenapa dengan muka saya? saya buruk sangat eh? "

tersentak jungkook bila mendengar kata kata bininya. merepek betul isteri nya ni, muka ala ala babyface dikatanya buruk . kalau buruk takdenya jungkook terpikat tengok isterinya sendiri.

" hahaha tak baik cakap muka sendiri buruk sayang. awak cantik, cantik luar dan dalaman. dah makan eh, lepas ni kita keluar tau sebab saya nak beli barang rumah sikit hehe . "

s-sayang ? .... gila kau jeon jungkook


" oh o-okey keluar, saya ikut je . "

tanpa jungkook sedari, aera memegang dadanya yang dari tadi berdegup kencang lepas jungkook mengucap kata kata sweet . ni kalau duduk sehari dah bersweet, macam mana kalau berbulan bulan nanti?






+




eyo eyow! please vote and comment okay
jangan la ber silent reader sangat
bosan saya menunggu vote ni hm :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro