Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

E N A M

11.00 pagi

"Ahhh nasib hari ni class sekejap je." kata Syafia perlahan. Syafia mengemas barangnya untuk pulang.

Ketika bergerak keluar dari pagar collage seseorang menegur Syafia.

"Syafia!" jerit orang itu. Syafia berhenti dan memandang orang tersebut. "Kenapa Kamal?" tanya Syafia.

"Hari ni awak balik sorang ke?" tanya Kamal. Kamal merupakan salah seorang pelajar yang dapat menyambung pelajarannya di Korea.

"Haah, kenapa?" balas Syafia.

"Jom keluar sama-sama. Kita tak pernah keluar berdua." pelawa Kamal.

Syafia sebenarnya tidak selesa apabila berada bersama Kamal. Bukan hanya Kamal, tetapi Syafia memang tidak selesa apabila keluar berdua dengan lelaki, lagi-laginya orang seperti Kamal yang bergitu socialize.

"Em tak apalah, awak ajaklah SaeJung. Saya dah janji dengan JaeSoo nak balik awal. Sorry." kata Syafia menolak pelawaan Kamal lalu meminta izin untuk beredar.

Kamal menahan Syafia dengan memegang tangannya. Syafia terkejut lalu merentap tangannya dari pegangan Kamal tetapi tidak berjaya.

"Awak kenapa ni Kamal!" kata Syafia sedikit menengking kerana terkejut.

"Awak boleh tak sekali je notice saya? Awak tak nampak ke saya buat macam-macam effort untuk awak notice saya?" kata Kamal yang masih memegang tangan Syafia. Syafia yang masih bergelut untuk tangannya dilepaskan berhenti.

"Ye, saya nampak awak buat banyak effort supaya saya sukakan awak. Awak pulak tak nampak ke effort saya untuk awak faham saya tak suka awak? Awak nak saya cakap direct macam ni ke baru awak faham? Saya tak nak sakitkan hati awak sebab saya masih nak berkawan dengan awak." terang Syafia. Kamal terdiam tetapi genggamannya semakin kuat.

"Kamal! Lepaslahhh tangan saya sakitttt. Kamalll!!" jerit Syafia. Ketika itu tiada sesiapa disitu. Kamal mendekatkan mukanya dengan Syafia.

"Sakit? Awak tau tak hati saya lagi sakit? Sakit ni baru sikit je Syafia." kata Kamal. Syafia menahan kesakitan tangannya sehingga menangis.

"Woii!!" jerit seseorang. Syafia membuka mata dan tepat didepan matanya, Kamal ditumbuk. Syafia terkejut apabila meliha KyungSoo yang menumbuk Kamal.

"Mana adab kau! Kau Islam, Syafia pun Islam! Kau tau adab pergaulan mana haram mana halal! Kenapa kau masih pegang tangan Syafia! Bukan tu je, kau sakit kan Syafia! Dasar jantan tak guna!" jerit KyungSoo lalu ingin pergi kearah Kamal yang tersungkur untuk menumbuknya lagi.

"Soo. Sudah, jangan tumbuk dia lagi." kata Syafia.

"Tapi dia dah sakitkan awak. Dia tak hormat awak sebagai perempuan. Tumbukan saya tak cukup untuk sedarkan dia." kata KyungSoo dengan geram.

"Sudahlah, saya tak suka tengok orang bergaduh." kata Syafia.

"Huh, hormat dia sebagai perempuan Islam? Saya tak sangka awak pilih lelaki kafir ni daripada saya. Awak dah bagi maruah awak dekat lelaki ni ke sampai lelaki ni sanggup datang cari awak lepastu tumbuk saya? Dasar pelacur murahan!" kata Kamal. Syafia terkejut dengan kata-kata Kamal. Lidah Syafia kaku tetapi dia ingin mempertahankan dirinya.

Tanpa berlengah masa, KyungSoo terus memberi satu tumbukan padu pada muka Kamal.

"Mulut kau tu jaga sikit. Syafia perempuan suci! Dia tak akan buat benda macam tu!" kata KyungSoo kepada Kamal.

KyungSoo pergi kearah Syafia yang terkedu. KyungSoo memegang bahu Syafia.

"Syafia, jom balik. Saya jalan dengan awak." kata KyungSoo lalu memusingkan badan Syafia supaya menghadap jalan keluar dari collage tersebut.

Sepanjang perjalanan, Syafia hanya terdiam.

"Awak okay?" tanya KyungSoo. Syafia tidak membalas apa-apa.

"Syafia?" tegur KyungSoo lagi sambil mencuit bahu Syafia. Syafia terkejut.

"Haa kenapa?" balas Syafia.

"Awak kenapa ni? Okay tak?" tanya KyungSoo.

"Saya okay kot. Saya cuma pelik, awak faham bahasa melayu?" tanya Syafia.

"Tak. Hehe. Kenapa? Dia cakap apa dekat awak tadi?" tanya KyungSoo.

"Owhh tak ada apa. Awak pergilah balik. Jalan kita dua orang kan beza." kata Syafia lalu senyum kearah KyungSoo.

"Syafia, awak boleh tipu saya tapi awak tak boleh tipu diri awak. Emm lagipun saya dah cakap dekat JaeSoo yang saya hantar awak balik nanti." kata KyungSoo.

"Haihh. Okaylah." kata Syafia.

Sepanjang  perjalanan Syafia bercerita tentang kampung halamannya dan rutin harian keluarganya kepada KyungSoo. KyungSoo pula bercerita tentang keluarganya dan zaman kecilnya.

Tanpa sedar, Syafia dan KyungSoo sudah sampai dihadapan rumah Syafia dan JaeSoo.

"Jangan lupa letak ubat dekat lengan awak. Sampai lebam lelaki tu genggam tangan awak. Mesti sakitkan." kata KyungSoo.

"Okey. Bye, hati-hati masa balik nanti." kata Syafia lalu masuk kedalam rumah.

●●●○○○

KyungSoo masuk kedalam dormnya.

"Dari mana KyungSoo?" tanya Suho.

"Dari luar." balasnya selamba.

"Dengan Syafia?" kata Lay pula.

"Haaa KyungSoo keluar dengan Syafia bedua?!" kata BaekHyun dengan excited.

"Yahhhh KyungSoo!! Kan hyung dah cakap jangan keluar berdua." kata ChanYeol yang baru sahaja keluar dari bilik air.

"Aduhh korang ni bisinglah. Ye, ye KyungSoo keluar dengan Syafia. KyungSoo tanya kawan dia yang Syafia balik dari collage dengan siapa. Sebab tulah KyungSoo pergi amik dia." jelas KyungSoo.

"Amik dia naik kereta company?" tanya Xiumin.

"Hyung, KyungSoo tak gila tahap tu tau nak guna kereta company. KyungSoo jalan kaki je." jelas KyungSoo. Kemudian KyungSoo menjelaskan apa yang terjadi kepada Syafia.

"Wahh ada orang suka Syafia. Gila sia, orang tu berani buat macam tu dekat dia. KyungSoo okay tak ni?" tanya BaekHyun.

"Mestilah KyungSoo hyung okay. KyungSoo hyung kan kalau tumbuk memang padu." kata Sehun. KyungSoo hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat ahli EXO.

○○○●●●

Dingg dongg~~

JaeSoo membuka pintu rumahnya.

"Owh Kamal, kenapa datang sini?" tanya JaeSoo.

"Syafia ada? Aku nak jumpa dia kejap." kata Kamal.

"Fiaaa. Ada orang cari kauu." jerit JaeSoo.

"Siapa?" tanya Syafia sambil membetulkan tudungnya. Syafia terkejut apabila melihat Kamal. "Awak nak apa lagi?" tanya Syafia dengan dingin.

"Sorry, saya tak sengaja cakap macam tu. Saya betul-betul sukakan awak." kata Kamal.

"Sudahlah. Awak balik jelah." kata Syafia kepada Kamal. "JaeSoo, tolong tunjukkan jalan balik untuk Kamal. Aku tak nak jumpa dia." kata Syafia lalu masuk kedalam biliknya.

"Kamal, korang gaduh ke?" tanya JaeSoo.

"Tak ada apa, aku balik dulu." kata Kamal lalu beredar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro