Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

44❤

Maaf lambat update. ✨
Terima kasih kerana masih ada yang support.
Me loaf you❤

••

"Yerin! Kau kenapa ni?!" jerit aku setelah Yerin dapat aku pangku. Panik? Sudah semestinya aku panik.

Aku mengeluarkan telefon untuk menelefon Yoongi hyung.

" Kenapa ni, gais? " terdengar suara Yoongi hyung yang berada di kalangan pelahar yang berkerumun.

"Yoongi hyung!" aku menjerit namanya, terus saja dia muncul. Magik? Ya magik, tapi sekarang aku panik!

Yoongi terlalu terkejut. Dia terus melutut di hadapan adik kesayangannya. Telefon di tangan laju mendail nombor ambulans.

--

"Apa yang kecoh tu? Siap ada ambulans bagai. " kata aku sambil berjalan ke arah tempat tersebut.

Yoongi hyung? Jungkook?

Yoongi hyung terlihat aku, pandangan yang dihantar teramat lah menakutkan. Dia berjalan ke arah aku perlahan lahan, diikuti oleh Jungkook.

Takkan Yoongi hyung tahu?

"Kau buat apa dekat Yerin? " tanya Yoongi hyung. Jungkook terus menahan hyung dari terus bercakap.

"Jimin ni bukannya rapat dengan Yerin,hyung. Dia kisah pun tak. " ujar Jungkook membuatkan aku mengangguk setuju.

Yoongi menarik nafas sedalam yang mampu.

"Kalau aku tahu ada kerja kau disebalik semua ni, siaplah. " Yoongi hyung bersuara berbaur amaran. Aku mengetap bibir dan mengangguk perlahan.

Yoongi hyung dan Jungkook mula beredar, mungkin mahu ke hospital.

Yerin sakit? Sebab aku ke ? Ah lantak.

--

" Arghh.. " aku mengerang perlahan sebelum membuka mata.

Putih. Semuanya putih.

Aku pandang ke kanan. Okay, ada warna biru. Langsir.

Ya, hospital. Sekali lagi.

Bosan.

Aku terus bangun dan duduk dengan selesanya. Kemudian, mata aku melihat ke luar tingkap. Langit pada hari ini agak mendung.

Asyik mendung je, memang langit ni faham perasaan aku kan?

" Kau dah sedar ? " suara Jungkook kedengaran , terus saja aku berpaling .

Aku mengeluh berat.

" Aku dah duduk ni. Takkan pengsan lagi ? Kau ni lah pun soalan. " jawab aku membuatkan Jungkook tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Jungkook mendekati aku, kerusi disebelah katil dihenyak oleh punggungnya.

" Rileks lah, tanya je. Asal kau sensitif sangat ni? " soal Jungkook sambil ketawa kecil.

Pandangan kosong aku hantarkan kepadanya.

Pintu bilik aku dibuka perlahan, figura Yoongi kelihatan.

" Oi, kau dah sedar ! " jerit Yoongi sambil berlari ke arah katil aku. Terus saja aku dipeluk olehnya. Jarang sekali Yoongi berperangai macam ni.

Aku menolak Yoongi perlahan.

" Kau kenapa, Gi? Sawan ke? " soal aku. Yoongi masih lagi tersenyum, sekali lagi dia memeluk aku. Rambut aku dikusutkan olehnya.

" Aku ingat kau dah nak mati . " ujar Yoongi ketika aku masih dalam pelukannya.

Tersentak aku mendengar kata-katanya. Yoongi yang perasan keadaan aku berubah, terus melepaskan pelukan.

" K-kau memang nak aku mati ke,Gi? " soal aku perlahan. Yoongi melepaskan keluhan, dia kemudiannya duduk di atas katil dan berhadapan dengan aku.

" Abang yang mana nak adik dia mati, Rin ? Aku sayang kau tau. Kau adik aku. Mati hidup balik pun, kau tetap akan jadi adik aku. Nampak je aku ni suweg, hati aku pun tisu tau bila dengan kau. " kata Yoongi dan aku nampak kejujuran dan keikhlasan dari setiap bait katanya.

" Aku kalau boleh nak kita hidup abadi . Kekal sebagai adik beradik. Mana lagi aku nak cari adik yang sewel dan memahami macam kau? " sambungnya lagi.

" Kau ingat tak masa kecil, kau jatuh basikal. Luka kau darah tak berhenti. Aku yang kelam kabut, terus dukung kau bawa balik rumah. Basikal kau aku biar je. Dendam betul aku dengan basikal tu sebab buat adik aku luka. " Yoongi meluahkan segala isi hatinya.

Air mata aku mengalir perlahan mendengar setiap kata yang dibicarakan Yoongi. Tersenyum aku mengenangkan kembali semua kisah lama aku dan dia.

" Aku sayang kau, Rin. Kau adik aku sampai bila-bila. " kata Yoongi dan sekali lagi tubuh aku masuk di dalam dakapannya. Kali ini, aku menangis dengan lebih kuat di dalam pelukannya.

Yoongi, abang terhebat yang aku pernah ada. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya.

" Aku nak join nangis juga. Huwaaaa " Jungkook bersuara. Yoongi mengetuk kepalanya perlahan. Aku tergelak kecil sebelum meleraikan pelukan.

Jujur aku katakan, hidup aku cukup sempurna dengan kehadiran dua makhluk ini.

--

tbc

Hi kamu, kamu, kamu dan kamu ! I'm back ah gitcuw

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro